Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Friday, September 19, 2008

my first try

hehe.. semlm try buat kuih lapis.. dapat resepi dr tulip77.. senang rupanya nak buat kuih lapis.. dulu kat kelantan selalu beli je .. tak pernah terlintas nak belajar buat.. bila dah takde jual terpaksa la buat sendiri..
ini la hasilnya.. thanks tulip77 for sharing the resepi..

photo of my first kuih lapis.. taken and edited by me.. ahaks!!

amik gambar dgn piring unti leenda.. kononnya nak pulangkan piring dgn kuih.. sekali unti leenda takde kat rumah.. terpaksa la kami yg habiskan

okla.. tu je update utk hari nih.. a plus

hmmm.. apa la nak masak utk berbuka hari nih.. takde idea la..

Monday, April 07, 2008

serunding daging@sambal daging

berjaya jugak aku siapkan serunding daging yg berkilo2 tu semlm.. dekat 6 jam jugak duk mengacau nak tgg kering.. belum kira rebus daging sehari sebelumnye tu.. nak siat2 daging tu lagi.. mula2 tu ada rasa give up jugak.. dgn anak2 yg duk menjerit.. dgn papa yg tak berapa yakin akan menjadik serunding.. rasa cam tak nak buat pun ada gak.. tapi memikirkan sayangkan daging yg dah berkilo2 aku rebus tu.. aku kuatkan semangat.. buat jugak.. dan jeng jeng jeng.. ni la rupa serunding daging yg aku buat tu..
papa tgh seronok masukkan serunding dlm paket kecik2..

walaupun tak sesedap dan secantik yg mak aku buat tapi aku berpuas hati dgn hasil yg aku dapat.. khairul suka sgt... byk kali dia duk cakap sedap.. mana tak sedap kalau dia yg tukang try.. ikut tekak dia la.. kalau aku nak manis sikit lagi.. tapi kira ok la.. yg penting ada pedas2 sikit.. dah siap pack kecik2 utk trip nanti.. tinggal nak buat sambal goreng ikan bilis ngan rendang aje..
gambar nih saje nak show off aku nye penimbang baru.. beli kat lidl baru2 nih.. 9 euro je.. seronok2..:)

ni aku letak sekali resepi dia.. so that bebila aku nak buat senang.. bukak je blog tgk resepi.. takde la pepagi buta nak kena call mak aku.. hehehe..

utk sekilo daging

bahan-bahan
daging- 1 kilo
santan -3 biji kelapa
cili kering-35 biji
bawang merah -1 kg
serai -7 batang
ketumbar -1 senduk
lengkuas -1 inci
halia- 1 inci
bawang putih- 2-3 ulas
asam keping -2-3 keping
garam-secukup rasa
gula-secukup rasa

cara-cara
-masak santan sampai keluar minyak
-masuk bahan blend-semua kecuali santan, daging, bawang merah,garam, gula dan asam keping
-masuk daging
-masukkan bawang merah yg dimayang
-masukkan garam dan gula dan asam keping..
-masak hingga kering

Friday, March 21, 2008

tiramisu oren

selasa lepas.. disebabkan oren yg terlampau byk.. teringin la pulak aku nak makan tiramisu oren.. kebetulan cora ada kasik biskut utk buat tiramisu.. tapi disebabkan keeksenan my yayang tu.. tak nak buat dgn biskut.. nak dgn kek span jugak.. huhuh.. ngengada tau u nih.. combination dr dua resepi yg aku dapat dr niza dan linda... terjadik la tiramisu oren ni.. sedap tau.. papa tu kalau makan sepinggan pun boleh habis.. siap tak cukup lagi tu... buat dua biji... satu guna kek span satu guna biskut(lady finger).. yg biskut tu kasik cora..
tak reti la nak edit gamba nih.. sorry la gelap semacam je.. nanti mintak tolong my laling betulkan baru ganti gamba baru ye.. heheh (ha ni dah ganti gambar baru.. :p)

ni aku letak sekali resepi dia..(sorry la.. takde link resepi ni sebab dapat dr niza.. so just copy and paste sahaja) utk tuan punya resepi ni jgn marah ye)

utk kek span

bahan-bahan
-3 biji telur
-100g tepung
-110g gula
-2 sudu teh susu
-15g butter-panaskan susu dan cairkan butter didalamnya
-sedikit esen vanila

cara-cara
-asingkan telur putih dan kuning, pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
-didalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi
-masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit
-masukkan kuning telur yg telah dipukul tadi kedalam adunan
-masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila, pukul hingga sebati
-masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjag selama 25-30minit

bahan krim
-250ml whipping cream --aku ganti dgn cream yg makan dgn strawberi tu (ikut resepi niza)
-200ml cream cheese/mascarpone
-1/2 cawan gula halus
-1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) (gantikan dgn jus oren)
-1 sudu makan serbuk nescafe (gantikan serbuk nescafe dgn oren)

-serbuk koko untuk hiasan (gantikan dgn isi2 oren utk hiasan)

cara-cara
-satukan gula, whipping cream dan cream cheese dan pukul sehingga gebu
-potong kek kepada dua bahagian
-satu bahgian disusun isi2 oren dan sapukan sebahagian adunan yg telah dipukul tadi
-letak satu bahagian lagi dan sapukan baki adunan yg telah dipukul tadi
-hiaskan bahagian atas dgn isi2 limau
-tutupkan dengan aluminium foil
-simpan dalam petias at least 3 atau 4 jam
-ready utk dimakan

at voila.. my tiramisu oren.. nyum nyum.. cuba la... sedap tau


Wednesday, March 19, 2008

makan -makan..

takde apa nak buat hari nih.. tetiba teringat papa ada snap gambar pizza ngan vanilla cupcake yg kami buat dulu.. so disebabkan aku takde benda nak update hari nih.. nak letak la gambar bendalah tu kat sini..
ni pizza udang feveret aku.. tapi aku tak pandai buat.. kalau nak makan pizza nih kenala chef papa yg buatkan.. sedaaaaaap sangat.. siap ada cheese kat dalam roti dia.. masa nih papa buat 4 biji pizza.. nak kasik kat jiran2 kami yg akan balik dr jalan2 ke barcelona.. dah jadik kebiasaan.. bila ada jiran yg balik dr jalan jauh kena buat something utk diorg alas perut .. sebelum diorg nak masak benda lain.. kalau kami balik dr jalan jauh2 pun mesti jiran kami buat jugak.. macam masa kami balik dari paris... unti niza ngan unti linda hantar makanan.. dan masa kami balik dr italy.. unti linda siap masakkan dua jenis lauk lagi utk kitaorg.. rasa lega sgt.. sampai2 rumah je dah boleh makan... hehehe... thanks ye semua2 :)

ni pulak cupcake vanilla yg aku buat masa nak pegi rumah unti linda.. dia ada buat makan2 sempena birthday husband dia.. puas aku pikir nak buat apa.. sebab tahu dah lambat.. so byk benda yg takde utk buat kuih2.. so cupcake je yg mampu aku buat that time.. tapi papa suka cupcake ni.. dia cakap rasa macam bahulu.. hehehe.. org dah lama tak makan bahulu la katakan..aqilah pun suka.. sekali makan boleh sampai 3 biji.. aku dpt resepi dr blog yummylicious.. kalau nak resepi boleh la klik kat sini banyak resepi cupcake kat blog dia.. best2...

ok nak g sambung mengait.. nant2 update lagi.. tata..

a plus

Monday, March 03, 2008

lagi update

hehehe.. byk jugak benda yg aku miss nak update masa first update ituhari.. so hari ni aku tambah balik.. sambungan cerita papa pegi paris utk conference.. cam biasa la bila g conference mesti ada buah tangan dari penganjur... benda first yg aku tanya bila papa sampai rumah ialah.. papa dapat apa kat conference.. cam biasa jugak.. aqilah akan dapat ketas kuning yg boleh lekat2 tu.. papa dapat beg.. dan ada benda special kali ni.. thumb drive tapi rupa dia cam kad kredit.. papa cakap tu hadiah birthday aku... huhuhu tensionnyeeeee..
hadiah birthday ke nih?? tak nakkkk.. nak lain.. huwaaaaaaa

pastu cakap pasal makan2.. paling aku suka ni.. susah hati betul kalau dah teringin nak makan benda2 yg leceh nak masak nih.. apa lagi.. laksa penang la.. faveret aku dan papa... kalau aku buat.. sure kuah sampai satu periuk besar.. makan dua hari baru habis.. tapi tak boring... siap breakfast pun aku makan laksa..hehehe
bawang merah+bawang putih+serai+cili kering+belacan+kunyit+ikan makerel blend+asam keping+asam jawa+garam+daun kesum+air rebusan ikan= kuah laksa

lagi satu makanan yg aku agak malas nak buat ialah sup tulang... sebab dia amik masa yg sgt lama utk daging tu lembut dan kuah jadik agak pekat..tapi bila dah buat aqilah la paling selera makan nasi.. hehehe
sup tulang.. rebus tulang dengan air.. sampai empuk.. tumis bawang merah+bawang putih+halia+lada hitam--masukkan dalam tulang yg direbus--masak sampai kuah pekat--masukkan garam+bawang goreng+daun sup= sup tulang

lg satu mknan yg sgt simple dan paling senang nak masak.. moule et frites..tapi susah nak dapat moule yg murah sekrg nih..masak dia senang sgt.. rebus2 je pastu goreng fries.. moule ni boleh kira macam kupang la kat msia.. last time kami beli 3 kg.. sekali mkn je kami dua org nih.. boleh tahan ek.. hehehe
moule et frites a volonte - serai+bawang putih+garam+air -- rebus=moule

sekrg nih diet aku dah tak berkesan.. sebabnya byk stok coklat krismas yg kami beli tak berjaya dihabiskan lg.. 2007 thn last la kami dpt borong coklat krismas... thn nih dah tak sempat.. insyallah bulan 10 kami nak balik msia dah..
petit desert by lindt

les rocher.. lindt

13hb 2... birthday my twin sister.. happy birthday sis.. on that day kami attend birthday party marina.. one of the children at ias.. ni ada gamba dia..

and latest.. gambar our visit to hospital joseph ducuing... tgk baby farrel..

at voila c'est fini.. till next time
chowww

Monday, June 04, 2007

steamed 'bar'

ikan bar + bawang merah + bawang putih + serai + halia + cili api + sos tiram + garam + sedikit air + daun sup = "steamed bar"

Wednesday, January 11, 2006


mee rebus melayu toulouse.. nyum...nyumm

Monday, June 20, 2005

Favourite Cookies-Tart Apricot Melayu Toulouse-




jem
bahan-bahan
500 gram buah apricot segar
20 sudu besar gula
2 sudu besar planta

cara-cara
blend buah apricot hingga hancur kemudian masak hingga pekat.Kemudian masukkan gula dan planta dan kacau hingga betul2 kering.

kulit
bahan-bahan
2 x butter 250g
1/2 cawan gula halus
4 biji kuning telur
2 sudu kecik esen vanila
6-7 cawan tepung gandum

cara-cara
blend semua bahan2 diatas (kecuali gandum) hingga sebati. kemudian masukkan gandum kedlm bahan-bahan yang telah diblend dan uli hingga sebati jugak..kepalkan tepung tadi bersaiz ibu jari tangan gemuk yang kemudiannye diisikan dengan jem dan bakar selama 17 minit ditahap kepanasan yang sederhana (170�C)