Friday, March 21, 2008

tiramisu oren

selasa lepas.. disebabkan oren yg terlampau byk.. teringin la pulak aku nak makan tiramisu oren.. kebetulan cora ada kasik biskut utk buat tiramisu.. tapi disebabkan keeksenan my yayang tu.. tak nak buat dgn biskut.. nak dgn kek span jugak.. huhuh.. ngengada tau u nih.. combination dr dua resepi yg aku dapat dr niza dan linda... terjadik la tiramisu oren ni.. sedap tau.. papa tu kalau makan sepinggan pun boleh habis.. siap tak cukup lagi tu... buat dua biji... satu guna kek span satu guna biskut(lady finger).. yg biskut tu kasik cora..
tak reti la nak edit gamba nih.. sorry la gelap semacam je.. nanti mintak tolong my laling betulkan baru ganti gamba baru ye.. heheh (ha ni dah ganti gambar baru.. :p)

ni aku letak sekali resepi dia..(sorry la.. takde link resepi ni sebab dapat dr niza.. so just copy and paste sahaja) utk tuan punya resepi ni jgn marah ye)

utk kek span

bahan-bahan
-3 biji telur
-100g tepung
-110g gula
-2 sudu teh susu
-15g butter-panaskan susu dan cairkan butter didalamnya
-sedikit esen vanila

cara-cara
-asingkan telur putih dan kuning, pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
-didalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi
-masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit
-masukkan kuning telur yg telah dipukul tadi kedalam adunan
-masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila, pukul hingga sebati
-masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjag selama 25-30minit

bahan krim
-250ml whipping cream --aku ganti dgn cream yg makan dgn strawberi tu (ikut resepi niza)
-200ml cream cheese/mascarpone
-1/2 cawan gula halus
-1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) (gantikan dgn jus oren)
-1 sudu makan serbuk nescafe (gantikan serbuk nescafe dgn oren)

-serbuk koko untuk hiasan (gantikan dgn isi2 oren utk hiasan)

cara-cara
-satukan gula, whipping cream dan cream cheese dan pukul sehingga gebu
-potong kek kepada dua bahagian
-satu bahgian disusun isi2 oren dan sapukan sebahagian adunan yg telah dipukul tadi
-letak satu bahagian lagi dan sapukan baki adunan yg telah dipukul tadi
-hiaskan bahagian atas dgn isi2 limau
-tutupkan dengan aluminium foil
-simpan dalam petias at least 3 atau 4 jam
-ready utk dimakan

at voila.. my tiramisu oren.. nyum nyum.. cuba la... sedap tau


4 comments:

Anonymous said...

wah... menarik sungguh tiramisu oren tuh.. dah lama x buat tiramisu. tak sabo nak abis pantang nak makan mcm2. weeda.. kat mana ekk nak beli kristal murah kat paris? huhu.. tetibe jer tanye kat sini. hehe

weeda said...

puas satu malam pikir no metro ngan nama stop kedai kristal tu... tak tokleh ingat la.. nanti weeda tolong tanyakan akak tu ye.. dah dapat nanti weeda bgtau ye

weeda said...

niza. br borak ngan akak tu semlm.. dia kata metro no 6 atau 2... stop goncourt..

Anonymous said...

ok, tq weeda. mcm sempat jer nak pegi semua tempat..hehe.. risau gak sekrg asyik ujan.