Monday, January 30, 2006
winter january 2006
huih.. winter kali nih snow turun lebat sungguh.. dengar citer kat toulouse lama sungguh dah takde snow.. dah lebih kurang 20 years takde snow kat sini.. excited gila kitaorg tgk snow.. hahaha..
memula tu dengar ramalan cuaca hari jumaat tu.. cakap snow akan turun kat semua tempat.. aku tak caya.. yela.. thn lepas aku duk sini.. snow sikit je turun.. tak sempat nak memutih kat tanah tu... dah cair..nak ambik gambar pun tak sempat.. :(
tapi.. pagi sabtu tu.. bila aku bangun je.. aku tgk dahan2 pokok tu dah memutih dengan snow.. wah!!! bestnye.. seronok gila rasa nya.. terus kejutkan aqilah.. mandikan dia.. sediakan sarapan.. masak mkn tengahari semua.. dah settle.. apalagi.. kami pun turun bawan.. nak main snow!!!
masa kami turun tu tak ramai lagi org kat bawah tu.. kami pun bergambar la bertiga.. ngan kete baru kami.. heheh seronok.. tapi sejuk gila..
aku dah lama teringin nak buat snowman.. masa gi main ski hari tu tokleh nak buat.. kali nih aku tak nak lepaskan peluang.. aku buat jugak snowman tu sorang2.. puas hati aku.. dah siap snowman.. kami bergambar ngan dia.. kuang kuang kuang..
masa tu aqilah dah start mengamuk dah nak naik.. dia tak suka sejuk.. geram betul aku.. hehe.. org tgh excited.. dia pulak tak nak main snow.. cam tak heran je ngan snow..nak tak nak terpaksala kami bawak dia masuk dalam.. then dia ok sikit.. masa lepak2 kat bawah tu.. barula kami tgk org2 lain turun nak main snow.. diorg kata nak buat big snowman... aku pun excited la... nak join.. kami pun kluar balik.. join others buat snowman... pastu ambik gambar ramai2... lama gila kami stay kat tgh padang tu.. buat snowman.. ada la dalam 4 snowman yg kami buat.. termasuk satu the biggest snowman yg budak2 enac buat.. enjoy gila.. nak tgk gambar snowman yg aku buat tak?? ni ada aku pos gambar snowman.. aku buat sorang2 tau.. kuang kuang kuang..
Posted by weeda at 09:15 0 comments
Friday, January 27, 2006
Peugoet 309 dalam kenangan..
tup tap tup tap.. akhirnya kami berjaya jugak jumpa ngan pembeli kete kami tu.. rasa berat hati sungguh nak let it go.. dengan harga yg sangat murah... harap2 kete tu masih dapat digunakan.. :)
Posted by weeda at 09:25 0 comments
Wednesday, January 25, 2006
aqilah dah 17 months!!!
20 january hari tu birthday ma belle yg ke 17 bulan... dah besar dah anak aku.. seronok sungguh dapat tgk anak sendiri membesar kat depan mata... sayang.. marah.. geram.. terharu.. macam2 perasaan la..
baru aku tau betapa byknya dugaan jaga anak nih.. kekadang tu hilang sabar sampai kita jadi marah kat dia.. and then dalam masa yang sama kita jadi rasa bersalah sangat sebab dah termarah kat dia...
susah sungguh bila anak dah makin besar.. makin cerdik.. aku rasa macam ketinggalan je... sampaikan selalu sgt dia buat benda yg kita tak jangka dia akan buat..
skarang nih semua benda dia nak buat sendiri...makan sendiri..pilih stoking sendiri.. pilih kasut sendiri.. bukak plastik coklat sendiri.. everything la.. semuanya by herself... tak nak orang tolong lagi dah...
bila kita sakit.. dia nak tolong.. sapukan minyak.. siap bacakan doa lagi.. bila kita jatuh.. dia nangis.. seems like dia betul2 caring ngan mama dan papa dia.. terharu sungguh rasanya..
apa yg aku buat semuanya dia nak tolong.. kemas rumah.. masak.. tapi bila dia tolong.. aku rasa makin penat pulak.. mana taknya.. kita kemas jadi lagi elok.. dia kemas.. bertambah berselerak.. dua keje pulak jadinya.. geram sungguh.. ada org cakap ni lah masa anak2 di peringkat paling cergas sekali.. semua dia nak try buat.. memang menguji kesabaran sungguh.. :)
aqilah dah start boleh sebut banyak benda sekrg nih.. seronok pulak dengar dia bercakap...dan dia jugak dah start nak bergaya.. bila dapat baju cantik dia mesti nak pakai baju tu dan berjalan ala2 model gitu... hehehe..
hmmm.. byk sungguh kejutan2 yg aku rasa sepanjang jaga anak sorang nih.. tak tau la kejutan apa lagi yg bakal aku rasa lepas nih.. apa pun semua nih mengajar aku lebih matang.. lebih bersabar.. dan lebih sayang anak aku..
aqilah.. je t'aime!!!
Posted by weeda at 13:22 0 comments
Labels: all about aqilah
Wednesday, January 11, 2006
Your baby is 16 months old
Anda sekarang dah really boleh nampak karakter anak anda.
At 16 months, dia dah mula ada idea yg kukuh terhadap apa yg dia inginkan
apa yg dia ingin makan,dengan mainan apa dia nak main dan dia langsung tak hesitate utk express pendapat dia.
Malangnya utk dia dan anda, ia masih tidak mempunyai perkataan utk menyatakan semua yg dirasainya/inginkan ini amat frustrating. dia menggunakna jari, membaling barang2, jeritan, utk menyatakan apa yg dipikirkan, dan anda terpaksa meneka2 apa yg ingin dia nyatakan, dgn semua keinginan yg dia miliki, dan dengan masalah utk menyatakan hasratnya, baby anda kadangkala sampai ketikanya akan merasa marah
bertindaklah dengan baik dan memahami..adalah period yg sukar untuk semua org,
tetapi jgnla merasa putus harapan.
Dia akan buat progress vocab dengan banyak tidak lama lagi dan dia akan dapat berkomunikasi dengan anda dgn lebih precision. Sementara menunggu, cuba lihat dari segi yg positif.
Anak anda berkomunikasi dgn serius bersama anda, dan personalitinya mula menunjukkan bentuknya..rasailah kebahagiaan cuba memahaminya, relation anda-anak anda akan menjadi lebih rapat dan mendalam lagi kaya
PERMAINAN
Pada peringkat ini, semua aktiviti dilakukan oleh anak anda, tumpahkan isi pinggannya, kutip masukkan semula makan dalam pinggan, keluarkan semua pakaian berlipat dalam almari, susun semua mainannya didinding..semuanya adalah permainan baginya, semua ini menghidupkannya, permainan ini membantu anak anda membina fakulti pergerakannya, sociabilitinya, bahasanya, dan kecerdikannya. Luckily, semua permainan ini datang secara natural. Kanak2 kecil memiliki kelebihan luarbiasa dalam mencari sudut menarik bagi sebarang benda atau situasi. Tetapi hati2! perasaannya terhadap permainan sering membawanya kepada kemungkinan melakukan sesuatu yg "nakal"
KESIHATAN
Ketika ini, 2 perkara yg penting dan perlu ada bagi setiap family ialah poussette dan porte-bebes
PEMAKANAN
Pada umur sekarang, anak anda sepatutnya diberi kebebasan maximum dalam memilih makanan yg digemarinya...dalam limit yg dibenarkan.
Propose kepadanya semua makanan yg sihat dan biarkan dia memilih beberapa mana yg dia sukai. Appetit dan tumbesarannya akan menjadi setara sepanjang tahun kedua ini, jadi tidak perlu kuantiti makanan yg terlalu tinggi. Jenis makanan, anak anda tidak lagi perlu makanan yg direbus, makanan yg bertexture membantunya membina kekuatan oral: mengunyah dan menelan, dan ini membantunya meningkatkan keperbezaan rasa. Peluang memilih makanannya yg juga dimakan oleh seisi keluarga. nasihat: cuba bersabar di meja makan, elakkan dari perkara seperti berkata :" lihat kakak kamu ... dia suka makan sayur!". Exercice cara memaksa hanya akan membantutkan seleranya, anak anda akan makan apabila dia lapar. Dengan cara memberinya makan pada ketika2 yg penting sahaja akan membantu anak anda mendapatkan kebiasaan pemakanan yg baik. Makan bersamanya adalah baik agar dia dapat merasakan dirinya sebahagian daripada keluarga.
by:
Pampers France
Posted by weeda at 11:04 0 comments
Labels: about baby, all about aqilah
tahun baru.. azam baru...
hmmm.. lama rasanya aku tak post mesej kat blog aku nih.. tup tup dah tahun baru.. seems like masih sama je dengan thn lepas.. nothing's change.. cuma aqilah je yg semakin membesar.. makin cerdik.. dah banyak cakap.. semua org buat dan cakap dia nak ikut..dah pandai speak french.. jumpa org je nak cakap.... 'bonjour'.. 'bonjour'.. org kasik apa2 cakap 'merci'.. hmmm.. kelakar sungguh..
masa nih la mama ngan papa dia kena jaga perbuatan dan percakapan tu.. hehehe.. kalau tak semua dia nak ikut..
semlm.. hari raya aidiladha.. dah dua thn aku beraya kat sini.. tak rasa macam beraya pun.. hmmm sedih.. tapi kira masih bernasib baik sebab papa aqilah dapat cuti utk bawak aqilah ke klinik.. nak kena injek..vaksination yg terakhir before balik mesia...dapat la beraya bersama jugak.. .. hehehe.. apa nak buat.. duk negeri org..
hmmm.. takde idea pulak aku nak merapu kat sini.. maybe next time..
by the way.. walaupun rasanya dah terlambat.. aku nak jugak wish Bonne Annee 2006 dan Selamat Hari raya aidiladha kat semua..
chow
Posted by weeda at 10:47 0 comments











