Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, September 19, 2008

my first try

hehe.. semlm try buat kuih lapis.. dapat resepi dr tulip77.. senang rupanya nak buat kuih lapis.. dulu kat kelantan selalu beli je .. tak pernah terlintas nak belajar buat.. bila dah takde jual terpaksa la buat sendiri..
ini la hasilnya.. thanks tulip77 for sharing the resepi..

photo of my first kuih lapis.. taken and edited by me.. ahaks!!

amik gambar dgn piring unti leenda.. kononnya nak pulangkan piring dgn kuih.. sekali unti leenda takde kat rumah.. terpaksa la kami yg habiskan

okla.. tu je update utk hari nih.. a plus

hmmm.. apa la nak masak utk berbuka hari nih.. takde idea la..

Thursday, June 26, 2008

jeruk prune

mesti pelik je dengar org buat jeruk prune kan?? aku pun dah masuk tahun ke empat pun ni baru first time aku try.. itupun sebab unti cora yg bg idea.. bukan main semangat aku nak try... aku kan penggemar jeruk.. kat sini takde jeruk macam kat msia tu.. kalau dah teringin sgt nak makan jeruk tu.. terpaksala beli jeruk cornichon dan lepas tu kena taruk gula byk2 dalam air jeruk dia yg masam tu dan biar la beberapa hari.. barula sedap dan rangup.. nyum nyum.. tapi sekrg nih musim prune.. dan mmg takde sapa yg petik prune kat sini.. tinggal aku, cora ngan leenda je yg bersungguh2 duk memetik..:)
first time petik hati tu.. terus jeruk.. memula cora ada tanya kena bukak kulit ke.. tapi aku rasa cam leceh.. terus basuh bersih2 dan rendam ngan air garam.. masak air gula.. esoknya .. pepagi aku sejatkan air garam.. pastu terus perap dgn air gula dalam bekas kedap.. sekali.. ptg tu papa balik tanya aku.. ok ke jeruk2 sebiji2 camtuh.. cam susah je nak serap air gula.. biasa org belah dua.. buang biji dia..aduhhh.. tak terpikir pulak aku.. mana tahan.. ptg tu jugak aku ajak khairul pegi petik lagi buah prune.. kali ni balik je.. terus potong kecik2 dan rendam air garam.. ikut step yg semlm tu jugak.. semlm cora ngan leenda try diorg cakap sedap.. nyum... nyum.. diorg pun nak buat jugak.. tak tahu la apa nak jadik dgn jeruk prune aku yg sebiji2 tuh.. huhuhu... harap2 elok la dia.. cuma mungkin lambat sikit dia nak jadik jeruk kot..
ni ada gambar jeruk prune aku yg sebiji2 tu.. yg dah potong2 tu tak amik gambar la.. malas nak keluarkan kamera papa..
ni la jeruk prune aku.. comel kan buah dia..:) .. cerdik betul sampai tak terpikir nak potong2 dulu buah dia..:)

Monday, June 02, 2008

our dinner last night

ptg semlm naik awal dr aktiviti bersukan harian sebab cuaca tak mengizinkan utk stay lebih lama.. hujan.. budak2 nih tak puas main lagi.. sebelum turun bersukan semlm aku sempat masak utk makan malam dulu.. tinggal nak bakar ikan je bila dah naik.. menu semalam.. nasi lemak+sambal ikan bilis+ikan bar bakar dalam daun pisang+salad+timun+air asam.. semenjak makan nasi lemak bungkus dalam daun pisang kat rumah unti leenda la aku dah addicted nak buat.. mmg tak sama rasa nasi lemak daun pisang dgn tak.. sebelum nih kakak ipar khairul yg sulung pun selalu buat camtuh.. asal buat nasi lemak je... mesti ada yg dibungkus dalam daun pisang.. cuma sebelum ni aku tak perasan sgt.. tahu makan je.. bila kita dah mula memasak sendiri baru tahu..:).. dalam seminggu nih.. dah dua kali aku buat nasi lemak.. ada daun pisang la katakan.. cuma yg kali nih special sikit sebab ada ikan bakar dalam daun pisang.. yg sebelum ayam bakar je..hehe.. sempat lagi papa snapkan gambar sebelum makan malam tadi.. et voila hasilnya setelah aku edit dgn tak cantiknya..;(
ikan bar bakar dgn daun pisang+sambal ikan bilis+salade+timun+air asam..

ceri dan salade yg kami petik semlm kat jardin st sernin.. fresh gitu..:)

okla.. nak stop dulu.. nak g sambung mengait..a plus

Monday, April 07, 2008

brioches au chocolate


brioche au chocolate by brioche doree.. suka sgt roti nih.. tak sama dgn nantaise tu.. yg ni lg best.. lg lembut.. beli masa diorg buat promotion last saturday.. tgk roti cantik2 nih teringin pulak nak bukak kedai roti.. byk betul angan2 aku nih.. hehehe

Sunday, April 06, 2008

sambal daging

penatnye hari nih.. buat serunding utk bekal trip kami next week.. sekrg ni tgh rehat kejap sambil nyusukan muaz.. papa sambung kacau kejap.. tak taula bila nak kering.. huhuhu..
nanti dah siap aku inform kat sini kalau menjadik.. pagi2 dah call mak aku kat kampung mintak resepi.. harap2 menjadik la nih..
okla.. muaz dah tido.. nak g sambung mengacau...:)
by the aku nak amik kesempatan nak wish happy birthday to mc rose... semlm birthday dia.. tak sempat nak wish semlm sebab internet takde.. semoga bahagia selalu.. dah bersalin jgn lupa inform aku.. ok.. chow

Tuesday, April 01, 2008

my feveret nantaise

roti feveret aku dan my husband.. Nantaise au chocolate et Nantaise nature.. sedap sgt roti ni.. nampak macam keras tapi lembut sgt.. lagi lembut kalau sebelum makan tu kita panaskan dalam microwave.. nyummy nyummy.. kami beli sabtu lepas sebab diorg buat promotion buy one free one.. kalau takde promotion mmg kami tak beli.. mahal sangat.. yg nantaise au chocolate tu 3euro 50 centim satu.. so aku beli dgn harga 1euro 75centim.. jimat 50%.. macam yg selalu khairul cakap la.. makan kat sini kena ikut rentak peniaga... apa yg dia buat sale tu la yg kita makan.. so sekrg nih aku pun mula adapt dgn keadaan kat sini.. itu yg pantang sale je aku pulun habis-habisan.. sampai 6 kami beli roti nih.. 2 nantaise au chocolate et 4 nantaise nature..
nanti lepas ni nak try buat sendiri.. dah try carik resepi dia tapi lom jumpa lagi.. nanti kalau dah dapat resepi dia aku letak kat sini..

Nantaise au chocolate et Nantaise nature by Brioche Doree



Friday, March 21, 2008

tiramisu oren

selasa lepas.. disebabkan oren yg terlampau byk.. teringin la pulak aku nak makan tiramisu oren.. kebetulan cora ada kasik biskut utk buat tiramisu.. tapi disebabkan keeksenan my yayang tu.. tak nak buat dgn biskut.. nak dgn kek span jugak.. huhuh.. ngengada tau u nih.. combination dr dua resepi yg aku dapat dr niza dan linda... terjadik la tiramisu oren ni.. sedap tau.. papa tu kalau makan sepinggan pun boleh habis.. siap tak cukup lagi tu... buat dua biji... satu guna kek span satu guna biskut(lady finger).. yg biskut tu kasik cora..
tak reti la nak edit gamba nih.. sorry la gelap semacam je.. nanti mintak tolong my laling betulkan baru ganti gamba baru ye.. heheh (ha ni dah ganti gambar baru.. :p)

ni aku letak sekali resepi dia..(sorry la.. takde link resepi ni sebab dapat dr niza.. so just copy and paste sahaja) utk tuan punya resepi ni jgn marah ye)

utk kek span

bahan-bahan
-3 biji telur
-100g tepung
-110g gula
-2 sudu teh susu
-15g butter-panaskan susu dan cairkan butter didalamnya
-sedikit esen vanila

cara-cara
-asingkan telur putih dan kuning, pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
-didalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi
-masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit
-masukkan kuning telur yg telah dipukul tadi kedalam adunan
-masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila, pukul hingga sebati
-masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjag selama 25-30minit

bahan krim
-250ml whipping cream --aku ganti dgn cream yg makan dgn strawberi tu (ikut resepi niza)
-200ml cream cheese/mascarpone
-1/2 cawan gula halus
-1 cawan air panas (nak bancuh nescafe) (gantikan dgn jus oren)
-1 sudu makan serbuk nescafe (gantikan serbuk nescafe dgn oren)

-serbuk koko untuk hiasan (gantikan dgn isi2 oren utk hiasan)

cara-cara
-satukan gula, whipping cream dan cream cheese dan pukul sehingga gebu
-potong kek kepada dua bahagian
-satu bahgian disusun isi2 oren dan sapukan sebahagian adunan yg telah dipukul tadi
-letak satu bahagian lagi dan sapukan baki adunan yg telah dipukul tadi
-hiaskan bahagian atas dgn isi2 limau
-tutupkan dengan aluminium foil
-simpan dalam petias at least 3 atau 4 jam
-ready utk dimakan

at voila.. my tiramisu oren.. nyum nyum.. cuba la... sedap tau


Wednesday, March 19, 2008

makan -makan..

takde apa nak buat hari nih.. tetiba teringat papa ada snap gambar pizza ngan vanilla cupcake yg kami buat dulu.. so disebabkan aku takde benda nak update hari nih.. nak letak la gambar bendalah tu kat sini..
ni pizza udang feveret aku.. tapi aku tak pandai buat.. kalau nak makan pizza nih kenala chef papa yg buatkan.. sedaaaaaap sangat.. siap ada cheese kat dalam roti dia.. masa nih papa buat 4 biji pizza.. nak kasik kat jiran2 kami yg akan balik dr jalan2 ke barcelona.. dah jadik kebiasaan.. bila ada jiran yg balik dr jalan jauh kena buat something utk diorg alas perut .. sebelum diorg nak masak benda lain.. kalau kami balik dr jalan jauh2 pun mesti jiran kami buat jugak.. macam masa kami balik dari paris... unti niza ngan unti linda hantar makanan.. dan masa kami balik dr italy.. unti linda siap masakkan dua jenis lauk lagi utk kitaorg.. rasa lega sgt.. sampai2 rumah je dah boleh makan... hehehe... thanks ye semua2 :)

ni pulak cupcake vanilla yg aku buat masa nak pegi rumah unti linda.. dia ada buat makan2 sempena birthday husband dia.. puas aku pikir nak buat apa.. sebab tahu dah lambat.. so byk benda yg takde utk buat kuih2.. so cupcake je yg mampu aku buat that time.. tapi papa suka cupcake ni.. dia cakap rasa macam bahulu.. hehehe.. org dah lama tak makan bahulu la katakan..aqilah pun suka.. sekali makan boleh sampai 3 biji.. aku dpt resepi dr blog yummylicious.. kalau nak resepi boleh la klik kat sini banyak resepi cupcake kat blog dia.. best2...

ok nak g sambung mengait.. nant2 update lagi.. tata..

a plus

Friday, April 20, 2007