Showing posts with label daily. Show all posts
Showing posts with label daily. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

sangat seronok

kalau last post aku duk tanya aku happy ke tak.. now i m sure sgt happy this weekend.. walaupun papa sgt busy tapi kami still enjoy this weekend.. antara sebab2 nya..
-sabtu ptg.. adik my hubby dr perak dtg rumah kami.. dia dan family nya bermalam dirumah kami .. first time diorg dtg rumah ni.. sgt seronok bila ada tetamu.. both of my kids la yg paling happy.. main tak ingat.. kakak ntah pukul berapa tah tido malam tu.. adik pun pukul 12 jugak baru tido.. papa borak ngan adik dia sampai 3 pagi..
-ahad ptg.. my sister and family dr shah alam pay us a visit.. aqilah bukan main happy lagi.. dia mmg agak rapat dgn chik dia.. paling kelakar dia duk ajak semua tetamu dia naik atas.. tgk bilik dia.. walaupun masa tu masih belum ada apa2 dalam bilik tu.. masih kosong..cat pun belum..tapi sebab kami dah cakap tu bilik dia.. buatkan dia sgt excited..
-ahad malam..sempat g giant.. beli barang rumah.. pegi jugak mlm tu walaupun penat sebab ada plan lain on monday..
-isnin pagi.. tepat pukul 9.03 minit kami keluar dr rumah ke ikea.. tak suka g lambat2 nanti jam..second time pegi ikea semenjak sale.. nak carik katil utk anak2 je sebenarnya.. sebelum nih pegi survey harga.. so semlm setelah dah tgk harga kat beberapa kedai perabot.. kami decide nak beli kat ikea.. just get lucky.. katil yg kami nak beli utk aqilah ada sale pulak.. so tak byk pikir.. terus order.. dan order utk muaz jugak.. tak muat masuk kete kali ni.. so amik express delivery service.. masa sale je ada nih.. RM50.. hantar semlm jugak..pastu on the way balik.. singgah kedai hardware.. beli tangga dan cat..pastu singgah beli lauk utk lunch..balik rumah.. rehat dan keluar balik dalam pukul 4.. pegi carik tilam pulak..tilam tak beli kat ikea.. sebab kalau yg dlm range harga yg kami mampu tilam dia mmg tak best.. so kebetulan fella design pun ada sale.. dekat je ngan rumah.. harga pun masih boleh dipertimbangkan walaupun terlebih sikit dr bajet asal..beli dua.. bawak balik sendiri.. hehe.. tapi bonet tak boleh tutup.. nasib baik dekat.. bawak slow2..
sampai rumah.. aku sempat lelap sekejap sementara papa borak ngan jiran kat luar.. papa masuk je terus ajak mengecat bilik anak2 kat atas.. tgh duk mengecat org ikea call nak hantar barang.. dalam pukul 10 baru siap mengecat dua2 bilik tu.. pastu berenti dinner.. sambung pasang katil.. 11.30 settle semua.. kakak sengeh je tgk bilik dia... dan paling best sekali malam tadi for the first time kakak tido dalam bilik dia sendiri.. sorang sorang!! selesa sikit mama ngan papa tido malam tadi..

kakak dgn adik tgh seronok main cat .. abih lantai kena cat.. penat mama ngan mak cai duk mengikis.. huhuhu

bilik kakak dalam proses.. belum siap betul lagi.. baru ada katil je.. nanti dah siap aku amik gambar lagi

oh ye.. hari ni kakak ada test kat sekolah.. mama doakan kakak buat elok2.. aja aja!!..tak sabar nak tgg kakak balik.. nak tahu apa cerita dia kat sekolah.. aku pulak hari ni bukan main busy lagi.. kemas rumah yg berantakan semlm.. sat lagi nak kena basuh kain bermesin2 pulak.. penatnyaaa.. tapi seronok.. okla.. nak kena stop dulu.. byk keje.. a plus

Friday, March 06, 2009

weekend???

hari nih dah jumaat.. tak tahu nak rasa happy ke tak.. rasanya cam tak happy.. esok pagi papa ada meeting kat melaka.. ptg pulak jaga test.. ahad 10pg-4ptg ada kelas.. habih dah weekend.. just get lucky sebab monday cuti.. huhuhu.. plan nak balik kelantan pun terpaksa dicancel.. sampai semlm pun aku masih berharap dapat balik.. tapi tgk tiket flight sikit punya mahal.. terpaksa terima hakikat.. sedihnya..
dah 2 hari adik demam.. hari ni baru baik sikit.. mulut dia dah tak boleh berenti bercakap... balas balik tak larat nak bercakap dua hari lepas.. aku pulak yg naik pening nak layan dia.. kesian betul tgk dia demam dua hari nih.. panas sgt badan dia.. muntah2.. berkepit je dgn mama dia.. manja betul..
alhamdulillah.. pagi tadi.. papa belum siap nak g keje dia dah bangun.. ops.. dgn cergas dia bangun.. terus nak muahh papa dia.. cakap pun tak berenti.. mmg sgt good mood.. tolong mama kejut kakak.. teman kakak sarapan.. hantar kakak kat depan rumah.. kalau dua hari lepas lepas kakak naik van.. dia terus ajak masuk dalam.. tapi kali nih dia pulak yg tak nak masuk.. nak main kat luar.. kelakar betul la adik nih.. tapi apapun mama lega sebab adik dah baik demam.. risau aje bila badan anak panas..
nasib baik kakak tak demam.. kalau tak ponteng sekolah lagi.. cuma kakak batuk2 jugak... dan selsema sikit.. masih tak kuat reason utk ponteng.. tapi cikgu2 dah tahu... selalu bgtau apa aktiviti menarik kat sekolah esoknya utk menarik minat kids ke sekolah.. macam semlm cikgu dia cakap hari ni ada aktiviti mewarna.. tu yg kakak berkobar2 nak g sekolah.. macam minggu lepas cikgu cakap esoknya nak buat kucing.. nak lekt kat dinding.. semangat kakak nak g sekolah..belajar rajin2 ye nak.. aja aja
okla.. nak start gosok baju papa utk next week.. aja aja jugak utk mama...

Tuesday, March 03, 2009

my kids

lamanya tak dapat nak update blog.. ada je keje nak kena buat kat rumah nih.. banyak yg nak citer kat sini especially about my kids.. weekend pun penuh je lately.. shopping barang dapur.. visit my brother yg baru pindah rumah.. ikut papa g ofis bila dia ada kelas on sunday.. sangat penuh.. tapi best.. dan sememangnya penat..
okla.. very ringakas punya update tentang perkembangan kakak semenjak dua bulan belajar kat tadika..
--dah pandai mengira 1-->10 in english.. kalau dulu dia cuma pandai hafal dan sebut.. sekarang dia dah kenal ...
--dah pandai mengeja 2 suku kata yg guna vowel "a"
--qiraati pun dah sampai huruf dal
--dah banyak tahu bacaan dalam solat.. al fatihah.. bacaan dalam sujud..dan jugak dah rajin solat
--dah pandai menulis.. last month masa papa g bayar yuran.. teacher cakap tulisan kakak cantik..:)

adik pulak..
--tgh berusaha nak berenti minum susu mama.. kadang2 dia boleh tahan.. tapi most of the time dia kalah dgn diri dia sendiri.. selalu bila nak minum susu.. dia cakap "adik dah besar" "tokleh minum susu mama.. but at the end dia nangis nak jugak.. huhuhu..
--sangat suka melukis .. kat tangan dia mmg sentiasa ada pensil atau pen.. sebab tu barang kat rumah aku dah byk kesan pen.. dinding.. sofa.. tension mama
--pandai sgt memujuk mama.. bila mama marah.. mula la dtg dekat.. pastu buat muka paling sedih.. dan cakap "adik sayang mama"
--suka nak ikut papa g keje sekrg nih.. selalu kami cuba tak nak kasik dia bangun awal.. susah kalau dia nak ikut.. papa terpaksa bawak pusing dulu baru ok.. itupun kadang2 dia nangis jugak..
--paling best .. tak nak kalah yg kakak.. bila mama atau papa suruh kakak eja .. dia pun sibuk nak eja.. tapi dia dah boleh eja mama dan papa dan kakak dgn betul.. cuma yg lain tu dia belasah aje.. hehe

okla.. nak stop dulu.. byk benda nak buat hari nih.. aja aja

Friday, January 30, 2009

la suite: selamat bercuti

ok.. nak sambung cerita cuti2 kami kali nih.. hari sabtu kami mmg penuh diisi dgn2 keje2 kat rumah.. settle semua keje pasang lampu.. sempat jugak simen sedikit bahagian kat belakang rumah kami.. tak boleh nak habiskan semua.. penat buat benda tu sebenarnya.. nak gaul simen paling seksa sekali.. sekali dah berenti simen.. hujan la pulak.. nasib baik hujan renyai2 je.. dah lewat petang.. jiran sebelah call.. diorg ada organize picnic kat janda baik.. tanya nak join ke tak.. kebetulan kami mmg takde apa2 plan esoknya.. cuma tgg my sister dtg je.. papa join diorg meeting dan setuju utk join sekali.. mlm tu diorg prepare ayam dan kambing utk bbq kt janda baik.. aku tak join pun.. sebab tak perasan.. dah dekat pukul 10 mlm baru perasan.. cepat2 suruh papa join.. dah nak settle dah pun.. plannya.. gerak hari ahad pukul 8.30 pagi.. balik hari..
ahad... pukul 8.30 kami dah ready.. kami cuma bawak air je dua bekas.. yg lain2 semua diorg sediakan.. tong tong duit.. dalam pukul 9 lebih baru gerak.. sejam lebih sampai.. semua pangkin dan penuh sebab kami tak book awal.. so bentang tikar dan bukak khemah yg kami bawak je.. papa busy snap gambar.. aku pulak bawak anak2 g main air.. bukan main air sgt pun.. duk je dalam kapal itik diorg.. tak tahan sejuk dan tak nak pijak batu2 kecik tu...kejap je stay dalam air.. naik... makan nasi lemak.. pastu kebetulan ada pangkin kosong utk disewa.. so kami pindah ke tempat yg lebih selesa.. siap ada tempat utk bbq.. diorg pun memulakan upacara membakar ayam dan kambing dan sausage.. aku pulak bergegas pegi toilet utk tukar baju kami anak beranak.. kakak tak habis2 merenggek mintak tukar baju.. cakap dia dah tak nak main air lagi dah.. so dalam pukul 12 dah habis dah upacara main air utk kami bertiga.. dah settle tukar baju kami makan lagi.. pastu kakak ngan adik aku biar duk dalam khemah.. aku borak2 ngan jiran2.. masa ni je pun nak berkenalan dgn lebih rapat.. bukan selalu jumpa..kecuali jiran yg sbelah rumah je.. belah ptg masa utk papa pulak main air.. kelakar bila tgk org tak reti berenang main air.. hehehe.. sorry ye pa... dalam pukul 4 lebih kami gerak balik.. singgah beli durian kat kg melayu subang.. terus balik rumah.. aku mmg dah tak larat sgt dah masa tu.. sakit gigi.. pipi dah bengkak sikit.. sampai rumah sempat jugak makan durian.. pastu lelap sekejap.. suruh papa kejut pukul 6.45 nak solat asar.. bangun tido aku rasa makin tak sihat.. dah demam.. pipi makin bengkak.. mintak papa tuamkan.. sekali makin tuam makin bengkak.. aduh.. tension betul.. dah tak nampak cam muka aku dah.. bengkak sebelah muka.. camana nak join mak uda g tunang sepupu papa ni.. hopefully esok baik la.. pukul 10 lebih sms my sister.. tanya dah sampai kat mana.. sekali dia balas cakap masih kat rumah my mom.. anak dia tak berapa sihat.. huhuhu.. sedihnya..
masa baru sampai kat janda baik.. papa2 semua tgh siapkan tempat utk kami lepak.. kecuali papa kami yg busy snap gambar

mama dah masuk air.. anak2 dah tak sabar tgk kawan2 dia main

seronok je kakak ngan adik ada org yg tolak.. mama yg seksa sakit pijak batu.. belum kira batu licin lagi.. ngeri je..

statik je mama .. malas nak gerak byk2..

mama dah duduk.. hehehe.. pusing my kids dr satu tempat je..

benda yg selalu buatkan aku nak join diorg nih.. ada kambing bakar.. wah.. sgt sedap dan sgt suka

one of my neighbour

papa tgh seronok guna kapal itik our kids.. pecah jugak ni karang

my turn to snap photo of papa.. hehehe.. kesian dia selalu takde dalam gambar.. look like he's enjoy main air.. hahaha

jeles pulak tgk papa main air2 lama2 nih.. kalau tak pikirkan leceh nak tukar baju mesti kami pun dah join balik

papa and our neighbour

adik.. baru keluar dari khemah two second yg kami bawak.. hehe

isnin.. bangun pagi papa cakap bengkak aku masih tak surut.. papa ajak g klinik.. tapi aku tak nak... takut jumpa dentist.. tgk kat cermin.. mmg masih teruk bengkaknya.. terus cancel nak g majlis tu.. rehat kat rumah je sepanjang hari.. kononnya tak nak masa cuti dihabiskan macam tu je.. sudahnya seharian aku tido je.. kita hanya manusia.. hanya mampu merancang.. ptg tu ada org tekan loceng,,, sekali tgk mak uda dah ada depan pagar.. berlari aku naik atas.. dah ptg belum mandi lagi.. malunya.. tapi takpe... org sakit sentiasa ada excuse..dah settle mandi.. malunya nak turun.. dgn bengkak kat pipi.. tapi turun jugak.. masa diorg balik.. aku dah rasa makin sakit.. pulak tu dapat call dr my sister dr kelantan cakap on the way..maybe bermalam rumah aku.. esok nak ajak g ikea.. terus ajak papa g klinik gigi.. carik kat sek 9.. semua klinik gigi tutup sebab raya cina.. pegi demc je lah.. doktor kasik ubat tahan sakit dan antibiotik.. on the way balik singgah beli makan malam.. sampai rumah dinner dan makan ubat.. solat.. pastu terus kemas rumah.. rumah agak berantakan bila aku sakit.. siapkan bilik utk my sister yg akan sampai.. nasib baik dah makan ubat.. kurang la sikit sakitnya.. pukul 1 lebih my sister sampai.. diorg tak jumpa jalan.. so kami jemput kat kg baru sg buluh.. sampai rumah buat air panas.. dan semua org tido..
selasa.. bgn pagi.. papa g beli nasi lemak utk tetamu.. aku sediakan air.. sarapan pagi dan kami semua keluar g ikea.. lama jugak duk dalam ikea.. pastu dah settle shopping kat ikea.. kami lunch kat the curve.. lepas tu window shopping kat the curve.. my sister sakan betul shopping.. dalam pukul 4 lebih kami gerak g rumah my sister kat shah alam... ada family gathering kat situ.. my sister masakkan nasi dagang.. seronoknya.. dah lama betul rasanya tak jumpa adik beradik kat sini.. stay sampai pukul 9 lebih pastu kami gerak balik rumah.. sampai rumah je.. baring kat depan tv.. semua terlelap.. terjaga pukul 3 lebih.. solat isyak dan sambung tido..
rabu.. pagi2 kami keluar g bank.. settlekan akaun bank aku.. dah lama nak buat.. tak sempat je.. settle at 12.. g lunch kat giant 13.. pastu terus balik rumah..papa ada appointment nak g french ambassy pukul 4 ptg.. nak collect sijil dia.. aku nak ikut tapi papa tak kasik.. tension betulla.. satu hari aku merajuk hari tu.. sudahnya aku layan australian open 2009 sorang2.. geram betul dgn papa ni.. bila dia balik.. terus cakap.. nasib baik mama tak ikut.. sesak org kat dalam lrt.. pastu nak jalan dr ampang park ke ambassy tu bukan dekat.. tapi dia pujuk sikit sangat.. sampai malam aku merajuk.. papa ajak makan luar pun tak nak.. dah lapar aku masakkan bihun sup utk dinner malam tu.. berselera betul kakak makan.. bertambah2.. papa pun cakap dia suka.. tak tahu la betul2 suka.. atau sebab nak pujuk aku.. hehehe.. itula cerita cuti2 kami kali ni.. berakhir dgn aku merajuk.. hehehe..

souvenir dr taiwan from kak ani.. suka sgt.. tq

souvenir dr taiwan jugak.. table rounder ke org panggil benda ni.. also from kak ani..tq lagi

kain pasang dr bandung from kak ana.. kembar kak ani.. hehehe.. sukanya.. boleh la tempah utk pakai kawin my cousin bulan 3 nanti..

gaun from taiwan for my daughter from kak ani.. aqilah suka sgt.. dapat2 je terus pakai.. merci beaucoup..

okla.. nak kena stop dulu.. dah tghari.. panjang pulak karangan kali nih.. nak kasik kids makan tghari.. a plus

Saturday, January 24, 2009

selamat bercuti

yeay!!!! papa cuti sampai rabu.. bestnya... 5 hari.. apa nak buat ek.. hari nih first day cuti.. pagi2 bangun.. sarapan.. makan nasi lemak semlm.. pastu ajak papa cabut rumput kat belakang rumah.. banyak betul ulat2 kat tanah belakang tu.. papa pun rimas.. decide utk beli simen.. nak simen nipis2 dulu sementara.. so settle cabut rumput.. gunting rambut papa.. pastu papa gunting rambut adik.. siap2 keluar g kedai hardware kenyik.. best la kedai tu.. macam2 ada.. rasanya harga dia pun ada berpatutan.. simen yg 50kg tu diorg jual 14.50 je.. dah settle kat kedai hardware.. pegi kedai stationary becon.. nak beli whiteboard.. tutup la pulak.. dah alang2 sampai shah alam terus singgah giant utk beli barang rumah.. settle shopping dah lapau pulak.. lunch kat situ.. pukul 1.30 kami dah sampai rumah.. kemas barang2 yg baru beli.. hehehe.. seronok dapat bekas beras .. dah lama nak beli.. tapi carik asik tak jumpa je.. nasib baik nak raya cina.. diorg jual bekas beras yg kayu tu.. sepat jugak rehat 30 minit.. naik solat.. dan sementara tgg papa solat aku update blog.. sat lagi nak sambung keje.. papa nak pasang lampu kot.. tgg kurang sikit panas nak simen tanah belakang rumah.. okla.. nanti aku cerita lagi apa yg kami buat masa cuti nih.. kalau boleh tak nak masa cuti habis macam tu je.. oh ye.. esok maybe kakak aku yg kat tganu turun.. bestnya.. tak sabar tgg diorg.. nak main ngan baby zaim.. okla.. papa dah tgg kat bawah.. a plus..

Thursday, January 22, 2009

short update

tak sabar nak tgg friday.. hehe.. lepas tu papa cuti sampai selasa.. bestnya.. so far takde apa2 plan lagi.. except nak join sepupu papa bertunang on monday.. mula2 hari tu ingatkan khairul ada meeting kat tganu.. so dah alang2 ke tganu.. cuti pun ada .. kami plan nak balik kelantan.. tup tup.. meeting kat tganu cancel.. hancur semua harapan aku nak balik kelantan.. takpela.. kumpul duit utk balik bulan 3 nanti la.. kalau ada rezeki boleh balik masa my cousin kawin..

perkembangan terbaru kakak semenjak sekolah:
-masih rajin dan seronok nak g sekolah
-dah senang utk tido malam
-senang kejut bangun pagi.. most of the time dia yg terjaga sendiri.. pastu kelam kabut cakap dah siang.. kakak nak g sekolah
-dah boleh accept breakfast di awal pagi.. selalunya kena paksa.. sekrg nih dia yg mintak nak milo panas
-yg susah sikit bila time nak buat homework.. dia selalunya nak cepat siap.. so buat laju2.. aku pulak bila tak puas hati suruh dia buat balik.. suruh buat elok2.. mula la dia payah sikit.. sampai bergaduh ngan mama.. geram betul.. sampaikan kadang2 tu terpaksa tgg papa balik la settlekan dia..
-dah kenal banyak huruf.. dan dah pandai mengeja.
-dah mula kenal word in english
-dah rajin nak solat kat rumah
-asik selawat je kat rumah.. walaupun tak berapa betul lagi sebutan dia.
-dah boleh mandi sendiri
-dah pernah tak pergi sekolah satu hari.. sebab dia demam selsema
tu je update ttg kakak semenjak g sekolah tadika.. adik pulak...

adik semenjak kakak g sekolah:
-makin rapat dgn mama.. makin manja.. tak g jauh dr mama.. mama kat depan pc.. dia ada kat sbelah.. mama kat dapur.. dia pun kat dapur...mmg sentiasa melekat je ngan mama.. bila kakak balik dari sekolah .. baru la dia start main
-dah pandai kira 1 hingga 3
-dah pandai baca abc
-kakak buat homework dia pun sibuk nak buat jugak.. mesti ada pensil dan buku utk dia jugak.. kalau tak dia kacau
-dah pandai eja mama.. hehehe.. sebab selalu sgt dengar kakak eja mama.
-masih belum berenti minum susu.. ayoo.. susah sikit nak ajar muaz berenti minum susu.. dulu kakak senang je
-makin manja dgn kakak.. macam biasa.. bila kakak g sekolah.. asik tanya kakak kat mana..
-minat main kereta sekrg nih.. bila naik atas dia akan carik kereta2 kecik dia.. susun banyak2 dan main sorang.. bila turun bawah.. dia main kereta dan basikal dia.. senang nak ajar muaz setakat nih..
hmm.. tu je yg termuncul kat kepala sekrg nih.. nanti dah ingat aku update lg.. lagipun dah nak start bekerja.. lama sgt dah duk depan pc nih.. a plus

Tuesday, December 16, 2008

a big suprise

wohoho.. seronoknya.. tak putus2 tetamu dtg rumah kami lately.. happynya tak terkata.. bak kata AI.. murah rezeki kalau rumah sentiasa ada tetamu.. harap2 begitulah.. amin..:)
malam semlm.. leenda and family datang.. dah hampir dua bulan tak jumpa leenda since kami balik .. leenda sampai msia 5hb.. welcome home!!!.. thanks for visiting us..
siang tadi.. leenda dtg lagi.. hehe.. bawakkan pencuci toilet cosway sebab semlm aku mengadu toilet aku susah nak cuci.. mmg power la pencuci tu.. highly recommend.. hehe.. hilang la sikit2.. buat banyak2 kali mungkin hilang kot..
ptg tadi tgh duk mencari2 barang dlm kotak.. ada org hon.. org nak hantar katil rupanya.. janji pukul 7.. pukul 6 dah sampai.. papa takde kat rumah lagi.. geram betul.. nasib baik jiran2 ramai kat depan rumah.. kalau tak takut jugak... tgh diorg duk sibuk pasang katil.. tetiba nampak ada budak menonong je masuk rumah aku.. mulanya ingat dia salah rumah.. rupanya adik ipar my sister yg dtg.. sorryla.. mmg tak kenal anak2 diorg.. jarang sgt jumpa.. diorg duduk satu taman dgn aku rupanya.. dtg sekejap je sebab husband dia dah balik..
settle je org pasang katil.. papa tetiba je panggil aku.. cakap malam ni ada tetamu nak dtg..leenda and family yg akan bawak.. dah lewat baru dia bgtau aku.. mana sempat nak prepare apa2.. puas la kami teka sapala bakal tetamu kami nih.. tanya leenda pun dia taknak bagitau.. dah tak tahu nak hidang apa.. apa lagi.. beli kat luar je lah.. balik rumah.. dalam 30 minit diorg sampai.. rupanya.. leenda bawak unti cora dan family.. mana nak sangka.. diorg sekeluarga kat toulouse.. balik bercuti 2 minggu.. what a suprise.. patutla lama cora tak balas msg facebook aku.. happynya dapat jumpa diorg.. kalau tahu ajak nora sekali.. baru rasa cam kat ias.. hehe..paling terperanjat tgk sofea.. dah besar.. dah kurus .. geramnya tgk dia.. sgt comel.. apa pun sgt seronok malam ni.. walaupun penat.. tapi happy sgt.. thanks sebab sudi dtg rumah kami.. nanti dtg lagi.. sorry kalau ada apa2 kekurangan..leenda punya suprise mmg berjaya.. :)
okla.. nak tidokan budak2 nih.. pastu nak kejutkan papa.. dia ada keje nak kena settlekan malam ni.. sian tgk my hubby.. byk betul keje kena buat.. tapi takpe.. mama yakin papa boleh buat.. aja aja..
....bestnya malam nih dapat tido atas katil baru.. hahaha

Friday, December 12, 2008

cerita lagi

bgn je hari nih badan sakit2.. semenjak balik dr melaka kami tak rehat2 lagi.. hari nih baru aku rehat sikit.. sebab papa keje.. kalau tak tak lekat kat rumah.. masih busy mencari barang2 rumah..
oh ye.. last wednesday kan aku pegi jcard day kat jucso bukit tinggi.. mak ai.. punya la ramai org.. terbantut niat nak shopping sakan.. beli sikit2 je.. tapi yg best sebab papa belikan hadiah utk anniversary kami.. dapat uzap.. osim.. kuang.. kuang.. nampak sangat papa nak aku diet.. hehe.. anyway thanks.. mama sgt suka.. dah lama teringin nak bendalah tu.. pantang pegi rumah my sister kat shah alam.. mesti guna punya..
sekejap je kami stay kat jusco.. dah lapar tapi tak sanggup nak makan kat situ.. punya la ramai org.. teringin nak makan nasi beriani.. pegi tesco.. makan kat jm beriani.. ok jugak.. cuma mahal!!!
lepas tu terus gerak g ikea.. nak cari sofa dan meja makan.. punya la lama kami duk pusing2 dalam tu.. dah ada yg berkenan tapi macam2 tak cukup.. tension je.. last2 kami balik tanpa beli apa2 kecuali sebiji mug ganti yg pecah ituhari.. sekotak bateri, dulang dan lapik periuk panas je.. tension betulla.. lepas maghrib baru kami gerak balik.. dah lapar.. singgah mcd depan ikea.. makan dan balik..
semlm pagi2 bangun terus kemas2 rumah.. my sister yg duk cheras cakap nak dtg.. nak bawak daging yg my mom pesa dr kampung.. yeayyy... so prepare lunch utk diorg.. masak simple2 je.. asam pedas daging tetel dgn ayam goreng..
kejap je lepas my sister balik.. my brother in law yg duk serdang pulak sampai.. kebetulan diorg belum lunch.. dan aku mmg masak banyak.. hidang lauk yg sama.. diorg tak stay lama sgt.. nak balik bawak anak diorg g klinik.. so dah takde apa nak buat.. lepas asar kami keluar kejap.. pegi kedai perabot yg dekat2 rumah ni.. tgh seronok2 duk tgk.. sekali my brother in law dr melaka lak sampai(actually dia duk brunei, balik cuti utk kenduri).. so bergegas la kami balik rumah.. nasib baik dekat je.. takde la lama sgt diorg kena tgg.. panik aku tak tahu nak hidang apa kat tetamu jauh nih.. lauk ada lagi.. nasi je dah habis.. papa decide beli satay samuri kat nearest rest area.. sambil2 tu masak jugak nasik.. prepare utk my brother yg dr klang nak dtg.. elok je my brother in law nak balik.. my brother lak sampai.. ada la sedikit satay dan nasi yg aku dah siapkan utk diorg.. tinggal nak goreng telur je.. nasib baik masak asam tu byk2.. cukup utk semua tetamu aku.. hehe.. patutnya nak masak special lagi tapi macam2 takde dalam petiais rumah aku.. dah lama tak shopping barang rumah besar-besaran.. ingatnya ptg nih nak g giant.. beli barang rumah dan sedikit buah tangan utk bawak pegi rumah my cousin kat taman sebelah.. hopefully papa balik awal la ptg nih.. lepas maghrib boleh pegi rumah my cousin..
so semlm.. pukul 12 lebih baru settle.. aku dah tak larat nak bangun.. melepak depan tv.. browse tv.. sekali tersangkut tgk ibu mertua ku.. pukul 12 baru habis.. sudah nya pukul 2 pagi baru naik atas.. solat dan tido... itu yg bgn pagi tadi sakit2 badan.. tapi takpe.. kami semua seronok sebab ramai tetamu dtg semlm.. merci beaucoup!!!.. nanti bila2 dtg lagi ye..
okla.. nak solat asar,, pastu nak siapkan baju nak pakai malam nih.. aqilah dah panggil kat bawah.. boring la tu.. adik dia tido.. tinggal sorang2.. dah tak nak tido siang dah dia sekrg nih.. adik je yg masih maintain tido ikut masa..
ok.. aplus

Tuesday, December 02, 2008

no title

yeaaaa!!! dapat peluang nak update blog... since last update.. mmg takde masa.. balik dr kelantan ahad.. isnin sibuk cuci baju, kemas rumah semua.. pack baju.. selasa gerak g skudai.. menginap dua malam je kat rumah tamu utm.. tak best.. hehehe..not recommended.. hahaha..
masa tu la kami dapat rehat sikit.. takyah masak.. tak yah kemas rumah.. dan sgt bertuah sebab papa present on the first day.. the second day tu tak yah pegi lagi dah.. so pagi kamis dah keluar... breakfast kat cafe utm dan terus gerak ke jb.. jalan2.. singgah danga bay.. kasik anak2 main kat playground.. aqilah sempat lagi main pasir kat danga beach..pastu singgah masjid apa tah.. solat.. on the way back berenti tepi jalan.. nampak org jual sea food.. beli kupang dan lokan.. byk beli.. hehe.. sampai rumah abah kami bakar lokan.. kami bertiga je habiskan lokan tu.. pastu rebus kupang.. buat sambal.. buruk makan betul la... ayooo
so stay rumah abah sampai ahad.. papa busy tolong settlekan rumah.. aku takde la penat buat keje tapi penat sebab tak sihat.. tekak sakit, selsema, demam.. asik makan ubat je.. sampai sekrg pun masih tak berapa sihat.. suara pun tak berapa nak keluar..tghari ahaad gerak balik rumah.. singgah klia jumpa abang khairul yg baru balik dr brunei.. pastu dalam 3 lebih gerak balik.. singgah sungai buloh.. carik batu sungai dan pasu.. nak siapkan kawasan tanah kami yg sedikit tu.. sampai rumah je solat dan terus gegas buat keje.. papa simenkan bahagian yg dah bertakung air dia sebab penyewa rumah kami buang minyak kat situ..:(.. aku pulak tgh pening pikir nak masak apa.. sekali tgh sibuk2 buat keje.. jiran kami jemput ke birthday party ... lagi sekali langkah kanan.. asal balik jalan jauh2 je ada org ajak makan.. hehehe.. selamat la makan malam kami kali nih.. ada amik gambar.. tapi adobe photoshop lom install lagi.. tokleh nak kecikkan saiz..maghrib je settle.. balik solat dan siap2 nak keluar.. plannya nak beli jarum dan benang.. plus barang2 dapur.. tapi bila dah masuk giant tu.. aku dah tokleh pikir nak beli apa.. last2 amik peelfresh dan apple terus bayar.. penat sgt.. terus balik rumah..
isnin.. papa dah start keje.. aku pun bgn je terus basuh kain.. 4 kali basuh tuuu.. dua session jemur kain.. nasib baik cuaca sgt cantik hari tu.. mmg elok je kering kain aku... tgh duduk rehat2 papa call cakap our friend nak dtg.. mariana and family... bestnye.. mula la gelabah aku tak tahu nak masak apa.. tapi memandangkan keadaan kami sekrg.. aku cuma boleh masak yg simple2 je.. kari ayam, sotong goreng kicap dan sambal belacan.. diorg sampai dalam pukul 7 lebih.. akhirnya sampai jugak diorg sekeluarga ke rumah kami.. rasanya selain family.. diorg la tetamu first kami.. thank you so much kerana sudi dtg rumah kami.. nanti dtg lagi tau...
semlm dah start kurang sikit keje aku.. boleh kata normal balik.. tak tak... semlm kena lipat kain yg dah membukit tu.. tak best betul kena lipat kain yg byk.. pastu kemas kain baju kat bilik kami... kali nih dah jumpa kotak utk masukkan baju2.. hahaha.. koboi betul.. sementara nak ada almari..
ari nih nak kena start kemas baju .. jumaat nih nak balik melaka.. akad nikah hari jumaat, sabtu kenduri rumah perempuan, ahad kenduri rumah lelaki.. isnin raya haji.. 4 hari berturut2 nak kena pakai baju cantik.. ahaks.. pening lagi aku duk keluarkan baju yg lama2.. baju dalam kotak.. ayooo... bila nak habis keje aku nih.. keje surirumah ni penat rupanya.. rasanya nak start pack baju dah.. tak suka kelam kabut masa nak balik nanti.. ptg ni plan nak keluar.. amik baju yg tempah last week.. pastu nak shopping sikit2..
okla.. nak berenti dah.. nak gosok baju papa utk esok.. dia ada presentation kat summit.. paper IEEE.. good luck ye bang.. all the best!!!

a plus

Monday, November 24, 2008

update lagi

banyak betul benda yg tak sempat nak tulis kat sini... sgt2 busy.. baru je balik dari kelantan.. my kampung.. balik weekend je.. sebab papa pun byk kerja nak kena settle kat sini.. esok nak gerak g skudai.. papa kena present paper.. so hari nih papa kat ofis bertungkus lumus siapkan slide utk presentation dia.. lepas tu nak singgah melaka.. kampung papa.. hehe.. nak tolong2 siapkan rumah utk kenduri lagi 2 minggu.. tak lama lagi dah.. nak dapat ahli keluarga yg baru.. semoga semuanya berjalan dgn lancar.. so segala projek rumah terbengkalai la sekrg nih.. huhuhu..
ni cerita balik kampung hari tu.. gerak pukul 2 dr rumah.. ikut highway guthrie.. direction ipoh... ikut cameron highland.. jimat dalam setengah jam dari biasa tapi bayar tol mahal.. dah minyak tak jimat.. hehe.. sampai rumah my mom pukul 9.15 malam.. my mom dah masak special utk kami.. kari daging, ayam goreng, udang goreng, sambal kicap dan ulam.. tapi sebab dah penat makan pun tak selera sgt.. budak2 nih je yg bertenaga.. sakan diorg main malam tu.. kakak lagi la lansung tokleh tido... mana tak nye sepanjang perjalanan dia tido...
esoknya.., pepagi dah bangun.. ingat nak keluar tapi tak jadi sebab my sister nak dtg.. dan my sister yg dekat tganu pun nak balik.. so hari ni kira hari bersosial dgn family je la.. bagus jugak.. papa pun masih penat lagi.. tapi lepas maghrib tu terpaksa jugak keluar, pampers adik dah habis.. pegi shopping dekat rumah mak.. lepas isi minyak.. dan pegi beli nasi kukus zakini.. sedap tapi lauk yg kami nak semua dah habis..
hari sabtu pepagi kami bawak my mom pegi airport hantar my sister punya adik ipar nak g umrah.. settle dalam 9 lebih.. lepas tu pegi berek 12.. beli sarapan.. sebenar nak nak beli my feveret kuih.. tapi makcik tu start lambat.. pukul 11 baru dia dtg.. huhuhu sedih..
balik rumah dan sarapan.. lepas tu siap2 terus g bandar kb.. carik tudung bawal la.. hehe .. dapat jugak 3 helai tudung kali nih.. papa cakap kalau nak beli lebih pun ambik la.. hehehe.. tapi tak nak.. mahal.. cukup la 3 dulu.. nanti lain kali balik beli lagi..anyway thanks ye pa..sambung beli barang2 keperluan lain dan singgah makan kat restoran nasi ulam cikgu..nasi kosong 3 pinggan, ambik kuah asam pedas ikan patin, ayam goreng quater, ikan keli goreng, budu, ulam dan sejug sirap selasih.. bayar rm13 je.. rasa murah sgt..
balik rumah my sister dah lama ada..bawakkan udang besar dan ketam.. nyum2.. daging kijang pun ada.. tapi tak larat nak mkn lg.. simpan dulu.. kebetulan collegue papa merangkap my sister punya kawan dtg.. layan diorg dulu.. dah pukul 5 lebih baru kami mkn balik.. kakak berjaya habiskan seekor udang besar sorang2... mama lagi banyak.. hahaha..
lepas maghrib aku ikut my sister pegi pasar malam.. beli kain utk aku dan kakak.. tak tahu la masih ada org nak terima tempahan lagi ke tak.. lagi 21 minggu nak pakai.. harap2 ada la.. kalau tak terpaksala beli baju siap..
balik rumah my sister dr kl pun dah sampai.. meriahla rumah my mom masa tu...ramai budak2.. my mom sgt happy.. malam tido pun ada cucu teman..:)
ahad.. pepagi dah kecoh rumah my mom.. my sister yg tganu nak drive balik tganu.. ada case pukul 10.. my sister yg baru sampai dr kl siap2 nak g lapur diri kat usm.. kami pun siap2 nak balik kl.. dalam pukul 10 pagi kami gerak dr rumah mak.. singgah rumah my sister kejap.. my sister siap bekal kan bihun dan kuih sri muka utk kami.. siap ada durian lagi.. hehe.. gerak dalam pukul 11..
berenti makan dekat kawasan rehat gua musang jugak.. solat dan gerak balik dalam pukul 2 lebih.. kali nih ikut bentong, lalu highway karak.. lambat 20 minit kot.. jimat tol dan jimat minyak.. pukul 7 lebih sampai rumah.. kebetulan jiran sebelah buat makan2.. jemput kami sekali.. rezeki la aku tak yah masak.. thanks..hehe.. balik rumah.. kemas2 barang yg bersepah.. mandikan anak2 .. dalam pukul 12 lebih jugak kot baru settle.. wah penatnyaaa!!!!
oh ye .. lupa nak update kat sini.. barang2 yg kami pos dr toulouse dah selamat sampai.. alhamdulillah.. syukur semuanya ok.. leenda .. dont worry.. rumah kami belum ada byk barang.. its ok barang2 u all kat sini dulu.. ada ambik gambar tapi tak boleh nak transfer masuk pc lagi.. lom jumpa kad reader.. nanti dah jumpa weeda upload gambar ye..
okla.. dah lambat nih.. nak g masak utk lunch.. nanti citer lagi.. a plus

Tuesday, November 18, 2008

cerita

dah pukul 10.11 malam.. papa masih belum balik lagi.. ni la satu2nya benda yg paling tak best bila dah balik sini.. huhuhu.. papa sgt busy.. boring bila dah malam pun hanya kami bertiga je yg tinggal kat rumah.. tak best.. tapi takpelah..papa tgh dapatkan satu pc utk mama.. hehehe..
so apa aktiviti kami bertiga kat rumah hari2 papa g keje?? cam biasa.. bgn pagi.. mandi2.. dan turun bawah..siapkan breakfast dan breakfast sama2.. lepas tu anak2 tgk citer kartun.. mama basuh kain, kemas rumah dan sidai kain.. join anak2 tgk kartun.. lepas tu mama masak lunch.. biasanya lunch masak yg simple2 je.. ptg baru masak special sikit.. utk dinner kami berempat.. settle lunch.. biasanya muaz akan tido.. kakak je yg dah tak tido siang sekrg nih.. main aje la keje dia .. takpun kacau mama.. bila dah free mama layan tv je la.. habis semua drama melayu mama tgk... tah apa2 cite.. tak sihat jugak macam tuh.. tapi takde apa nak buat.. nak kena carik keje cepat2 camnih.. sapa2 yg info ttg job vacancies inform saya ye..:)
dalam pukul 5 lebih mula bergegas utk masak dinner.. settle.. dalam pukul 6lebih keluar kejap join jiran2 bersosial.. hehehe.. sebenarnya lebih nak kasik anak2 main dgn kawan2.. kesian diorg duk dalam rumah je satu hari.. pukul 7 semua org bergegas masuk.. mandikan anak2..dan dinner sama2.. tgk tv lagi dan biasanya pukul 11 malam kami semua bergegas naik atas utk tido.. macam tu jugak lah utk esoknya.. boring kan.. huhuhu.. okla.. muaz buang air besar.. nak cebuk dia.. sambil tgg papa balik.. nanti2 update lagi... a plus

Friday, November 14, 2008

announcement

horray!!! dah ada internet dah kat rumah kami.. seronok.. boleh la selalu update blog yg dah agak berhabuk ni.. hehe.. so far semuanya berjalan dgn lancar.. syukur sgt2..alhamdulillah.. nanti ada masa update lagi.. sekrg nih dah lewat.. pukul 12mlm dah.. ngantuk.. nak tido..

a plus

Tuesday, November 04, 2008

we are officially moved in..

alhamdulillah.. dah dua malam kami sekeluarga tido kat rumah sendiri.. rumah kosong.. byk yg belum ada..
ahad lepas kami sekeluarga dan abg khairul sekeluarga dan adik khairul pegi cuci rumah.. penyewa tu tak bersihkan apa2.. sapu2 habuk je kot.. toilet tinggal dalam keadaan yg sgt tak elok.. nasib baik takde kerosakan yg teruk.. cuma ada shower punya handle tercabut dan tombol pintu tertanggal.. so ahad tu terpaksa la buat pembersihan besar-besaran.. nasib baik dapat bantuan dr ahli keluarga..so ringan la sikit keje kami..merci beaucoup... cuma tiga2 toilet tu tak dapat nak cuci dgn elok sebab takde cukup barang... dalam pukul 1 semua keje2 membersih settle.. kanak2 ni sgt happy dapat main air.. semua rajin nak tolong.. kakak dgn getah paip tolong sembur air.. adik sibuk dgn berus lantai.. tepi!!tepi!!siap marah org lagi..
pukul 2 lebih kami g lunch.. kedai makan belakang rumah kami je.. kedai tomyam kak long.. quite ok jugak masakan dia.. rasanya selagi tak boleh nak masak kat rumah kami.. kat situ la kami beli mknan kot.. harga quite ok.. compare kalau mkn kat fastfood.. mahal betul sekrg nih..
dlm pukul 3 lebih settle lunch... family khairul semua dah balik.. dlm pukul 4 lebih my sisters, my mom and brother dtg.. siap bawak ketupat dan spagetti goreng.. buah2 pun ada.. barang2 yg kami simpan for the last 4 years pun diorg bawak.. termasukla langsir yg kami beli masa jualan gudang metrojaya baru2 ni.. so terus pasang langsir..sambil makan2.. seronok sebab semua tetamu kami sempat solat kat rumah kami.. alhamdulillah..
family kami semua balik dalam pukul 6 lebih.. tgg magrib lepas tu terus keluar g giant .. beli barang2 rumah.. dinner sekali.. balik dalam pukul 9 lebih.. terus sambung kemas rumah.. bersihkan toilet.. sorting brg2 yg kami tinggal 4 thn lepas.. kemas baju .. settle dalam pukul 1 lebih.. nasib baik barang tak byk sgt.. takdela pening sgt nak kemas..
semlm pagi2 keluar.. mission: beli barang2 wajib.. petiais, mesin basuh dan TV(for my kids).. susahnya nak carik yg kami nak dgn bajet kami ... terutamanya petiais.. sampai pukul 9 lebih baru la settle.. itupun kami belasah je beli.. walaupun dah terlebih bajet.. huhuhu.. terkujat jugak lepas settle booking semua tu.. tak tahu la betul ke tak apa yg kami buat.. tawakkal aja la.. lagipun khairul tak suka nak buang masa.. masa sgt penting bagi dia.. byk keje yg dia nak kena settlekan kat ofis.. itupun semlm dia ponteng.. settle at 10pm.. drive ke mcd utk dinner.. kesian anak2 kami.. kebulur.. dah la tak lunch.. tghari g ikea.. beli utensil.. pastu janji ngan uncle khairill nak g pernama.. tgk barang letrik.. beli periuk nasi je.. pastu mkn goreng pisang uncle khairill belanja.. ada nasik semua.. dah ptg2 takde selera nak mkn nasik.. simpan utk dinner kononnya.. sekali pukul 10 lebih baru dpt dinner.. nasib baik ada gula2 yg mama simpan dlm handbag.. bolehla buat alas perut... sorry ye nak.. and thanks kerana sgt memahami.. balik rumah terus sambung kemas rumah.. bersihkan bilik air bawah yg aku dah sembur dgn cillit bang masa nak keluar tghari tadi.. pastu sambung kemas baju kat atas.. takde almari lagi.. terpaksala susun kat lantai2 tepi dinding.. hehe.. senang sikit nak carik baju compare ngan duk dlm beg je.. tension setiap kali nak carik baju budak2 nih.. settle dekat pukul 2 pg.. terus tido..huhuhu penat...
sekrg nih tgh melepak kat rumah my sister.. khairul hantarkan masa dia nak g keje tadi.. boring la duk rumah.. takde apa nak buat.. tghari sat lagi dia dtg amik.. nak balik rumah tgg barang sampai..
okla.. nak rehat.. penatnya.. kang nak keluar lagi.. carik tilam.. carik cat.. macam2 nak kena carik.. pening rupanya nak masuk rumah baru.. nak nak kami yg mmg takde apa nih.. huhuhu.. semoga semuanya berjalan lancar.. aminnnn

alhamdulillah..so far anak2 kami sgt happy duk rumah tu.. dah lama aqilah duk kira nak masuk rumah sendiri.. sebelum balik msia lagi.. sekrg nih mmg dia sgt excited.. even bab shopping pun dia lebih panik dr mama..:)

Friday, October 31, 2008

we are approaching..

esok malam insyallah kami dapat kunci rumah kami .. maybe pegi tgk2 je.. kalau sempat boleh cuci sikit2.. kalau semuanya berjalan dgn lancar.. ahad bolehla kami masuk rumah tu..
sgt tak sabar.. mesti seronok..hopefully..:)
alhamdulillah..kakak ngan muaz dah baik dr demam... kakak demam sekejap je.. satu malam.. muaz yg demam teruk sikit.. dekat 3 hari.. makan ubat demam sepupu dia je.. lega sikit pagi ni dah baik .. dua malam yg lepas duk tempek cool fever.. mahal sungguh benda tu rupa nya.. utk baby, dekat RM10.. ada 4 keping je lak tu.. kakak punya RM15 lebih.. ada 6.. mahalnya harga barang sekrg nih..pening jugak pikir.. ari tuh tgk kinder bueno.. RM9lebih.. ada 3 paket.. huhuhu.. tak dapat la nak makan kinder lagi dah lepas nih.. tgk berita duk gembar-gembur nak turunkan harga barang.. tapi setakat nih tak turun2 lagi.. harap2 bykla turunnya..

-anak2 sgt happy semejak balik sini.. kawan2 ramai.. main je keje dia..

Tuesday, October 28, 2008

keep counting

lg 4 hari insyallah kami boleh start masuk rumah kami.. penyewa tu janji nak keluar sebelum bulan 11.. harap2 diorg tinggalkan rumah tu dalam keadaan yg elok.. sekrg nih stay kat rumah my borther in law.. merempat je kami sekrg nih.. duk keje kemas baju dalam beg je.. pastu angkat.. mmg tak keruan je hidup.. sgt2 tak sabar nak rasa duduk rumah sendiri... bukan tak best duduk rumah kakak dan abang.. tapi rasa banyak menyusahkan diorg.. tak terbalas segala budi yg diorg dah buat...:)
sekrg nih tgh duk survey barang2 rumah.. setakat nih baru beli langsir je.. beli yg murah2 masa metrojaya buat jualan gudang dekat stadium melawati..hari ni papa dah start keje.. tinggal aku dan anak2 dan my biras and her kids ... bgn pepagi tadi settlekan baju yg byk tak basuh.. kemas2 beg .. borak2 dan lunch...
oh ye.. sorry kat kak ai sebab tak dapa dtg sabtu lepas.. mmg dah plan nak pegi tapi.. pagi sabtu tu abg khairul call ajak pegi perak.. nak tolong adik dia pindah rumah baru.. pegi satu kete je..balik hari.. so tak dapat la nak join kawan2 kat rumah ai... maybe next time.. tak sabar dah nih nak jumpa diorg.. tapi sekrg ni tak berapa sesuai lagi.. rasanya dah settle masuk rumah dan dah dapat kete baru boleh plan kot..
semlm my sister buat makan2 sempena birthday anak bongsu dia..so semua family kami yg kat lembah kelang semua datang.. happy sgt.. since first day kami sampai.. baru semlm la kami sekelurga dapat berkumpul balik... sgt seronok... tinggal belum jumpa kakak dan abg yg tinggal kat pantai timur je.. insyallah.. nanti kami nak balik jugak.. tunggu masa yg sesuai...ingatkan kami yg baru je kasik souvernirs kat family.. rupanya aku pun dapat byk souvernirs dr my sister.. macam2 dapat... even duit raya pun aqilah dan muaz masih dapat jugak.. aqilah la paling seronok.. byk betul aku makan semlm... ada nasi kerabu, solok lada, roti jala, kambing masak kuzi, spageti sos merah dan putih, ayamas, keropok goreng, cupcake, tiramisu from secret resepi, kuih serimuka.. macam2 la.. makan tak ingat la aku semlm.. habis program diet aku.. tapi apapun sgt seronok semlm..
okla.. nak kena stop.. muaz kacau.. a plus

Saturday, October 25, 2008

update ringkas

penatnya.. sangat busy.. tapi sangat seronok.. hampir seminggu kami kat msia.. sekrg nih masih tinggal kat rumah my sister.. kete pun pinjam kete my sister..
byk lagi benda yg belum settle... rumah lom masuk lagi.. kete pun belum dapat lagi.. family lom jumpa semua lagi.. kawan2 pun baru jumpa mariana dan ana and family diorg.. tak sempat nak plan apa2 lagi setakat nih.. maybe ptg nih kalau sempat nak g open house rumah mak kak ai.. lom sure lagi.. takut ada hal lain..
ok la.. takde idea nak update panjang2.. nanti dah settle down semua boleh la kot.. a plus..

-rindunya kat leenda dan cora sekeluarga...

Wednesday, October 15, 2008

short update

penat nya.. byk benda lagi lom settle.. rasanya start dr pagi tadi sampai la hari nak balik mmg dah tak boleh rilek lagi lagi dah.. macam2 nak kena settlekan.. ni pun curik tulang kejap sebab dah tak larat sgt.. sepagi ni duk menyental periuk2, avon dan microwave je.. sakit betul tangan nih.. luka2 dan sangat lenguh.. sat lagi nak clearkan cabinet dapur... pastu nak bersihkan.. sekrg ni pinggang mangkuk semua dah asingkan.. pakai yg basic2 je.. masak pun dah malas sgt dah.. tadi pun lunch kat rumah unti cora..hehe..
thanks to unti leenda sebab datang visit kami hari ni.. unti wawa sekali.. and of course lah unti cora.. hehe.. sorry la.. tak dapat nak entertain dgn baik.. dah gelabah sgt dah sekrg nih.. even air pun unti leenda kena amik sendiri dalam petiais.. hehehe..
semlm seharian tak kemas apa2.. pepagi bangun.. lepas depan pc .. internet laju je semalm.. dapat la on ym .. chat ngan family dan kawan2.. pastu kelam kabut siapkan inti dan kulit karipap.. papa balik pukul 1 terus keli karipap.. nak bawak g sekolah papa.. ada makan2 sikit.. pukul 3 ptg kami keluar.. amik bas dan metro.. sampai sekolah papa.. tinggal barang pastu terus ke supermarket.. beli junk food.. and of cos cheese.. dah air2 minuman.. pastu patah balik ke ofis papa.. hidang kat atas meja.. and tepat pukul 5 ptg tetamu dah ada yg datang.. pukul 7.15 baru tetamu beredar.. kemas2 dan balik.. naik metro sampai faculty farmasi.. pastu call uncle iqmal.. mintak tolong amikkan sebab dah takde bas masa tu.. balik rumah dah penat.. apa pun tokleh buat.. tension.. awal lagi dah tido.. nasib baik pagi tadi bgn awal.. dan internet takde.. efficient la sikit keje.. kalau tak apa pun tak jalan..
sebelum stop nak letak jugak gambar makan2 ptg semalam..

foods.. tak nampak la pulak karipap

papa and tetamu yg hadir

okla.. nak kena stop dulu.. nanti citer lagi..
3 more days to go..

a plus

Sunday, October 12, 2008

cerita semalam

semlm for the first time since kami dapat kereta 4 thn yg lepas.. kami naik bas balik.. bukan takde sesiapa nak mintak tolong kalau nak g memana.. jiran2 kami kat sini ramai yg mmg ready je tolong hantar g memana.. tapi saja je nak flash back kenangan masa memula sampai.. lagipun kakak ngan adik seronok betul dapat naik bas..
amik bas depan cnes utk ke metro station kat faculty farmasi.. amik metro kebandar.. berenti kat station francois verdier.. stop utk ke sekolah khairul.. pastu jalan sampai ke pont neuf.. sambil2 jalan sambil2 snap gambar.. sampai pont neuf.. posing sikit2 pastu naik navette (bas free) utk ke capitol.. kejap je.. posing sikit2.. pastu window shopping sikit2 dan g makan kebab kat jean d'árc dan terus amik metro utk balik.. done.. kira settle dah visit bandar toulouse..enjoy dgn outing semlm sebab anak2 sporting sangat.. both of them sgt2 happy dapat naik bas dan train.. cumaaqilah je tak habis2 asik lupa yg kami dah takde kereta.. kejap2 cakap.. kita tinggal la stroller dalam kereta.. bila kami cakap kereta dah jual kat org.. dia selalu cakap.. papa.. nanti papa beli la kereta baru..hehe.. kelakar betul la.. rupanya dia yg paling terasa kehilangan kereta kami...:)
okla.. nak naik atas dah.. nak kena prepare utk minum petang..

Wednesday, October 08, 2008

no title

update nih utk semlm.. semlm dah siap taip.. tapi internet takde.. hari ni baru dapat upload..

bgn lambat lagi hari nih.. tak tahu apa masalahnya.. ngantuk je sekrg nih.. keje byk lagi yg belum settle.. risaunya.. semalam bawak muaz jumpa pediatre..last vaccination sebelum balik msia for good.. nanti sambung yg seterusnya kat msia.. punya la semangat bawak kamera nak bergambar dgn doktor kakak dan adik utk kenang-kenangan.. sekali masa khairul tgh try nak amik gambar masa budak2 nih main kat salle d'attende.. sekali dah on takde apa yg menyala.. ingatkan memori yg pening.. rupanya bateri yg dah kong.. punya la tension.. terpaksala snap gambar guna kamera handphone.. huhuhu
malam tadi muaz asik meragam je.. ingatkan tak sedap badan sebab kena injek 2 sekaligus.. tapi dia asik duk pegang peha dia yg belah kanan je.. mula la risau.. khairul kata kalau salah cucuk biasanya kaki akan lenguh2.. mmg sepanjang malam tadi sampai hari ni dia tak nak jalan lansung.. bila dia cuba berdiri.. kalau gunakan force kaki kanan je dia nangis.. tak tahu nak buat camana.. kalau org angkat dia.. tersentuh je kaki kanan pun dia nangis.. pagi tadi bangun masa khairul nak g keje tanya dia sakit lagi ke tak.. dia tak jawab apa2.. cuma dia lansung tak bangun.. terbaring je.. bila tanya mana kaki pun.. dia angkat kaki kiri je.. kaki kanan dia tak nak angkat.. risaunya.. khairul kata nak call dr balg tanya camana.. tapi sampai sekrg takde dpt call dr khairul lagi.. muaz menyusu je sepanjang pagi nih.. sampai la semua org tertido balik lepas khairul g keje.. so far tak tahu lagi la camana kaki muaz nih.. tgg dia bgn sat lagi tgk camana pulak.. harap2 tak melarat la lenguh kaki dia tu...aminnn
balik dr jumpa dr balg.. singgah carrefour.. beli gula2 utk kids.. dan amik jeket.. hantar cuci last saturday.. dah bersih jaket i..hehehe.. balik rumah dpat call dr kawan arab khairul.. nak dtg rumah copy movie.. kebetulan masak laksa penang hari nih.. ajak dia makan sekali.. dia puasa.. tapi dia nak bungkus.. nak bawak balik.. habisla menangis mamat tu makan laksa pedas.. hehe..
semalam masa khairul hantar kawan dia ke metro station.. macam2 benda jadik.. masa turun kat bawah terserempak dgn one of the jury yg akan attend viva dia nanti..borak2 sekejap.. pastu dah hantar kawan dia.. jumpa asmahana.. pastu dia dapat sms dr leenda.. cakap yg semua kotak kami lepas.. hari nih ship to amsterdam..alhamdulillah.. semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminn.. again.. THANKS to UNTI LEENDA...:)
hari nih dah selasa.. tinggal lagi 3 hari sebelum hari bersejarah utk papa.. so sekrg ni masa2 yg sgt busy utk my husband.. so far.. semuanya masih on time.. slide semua dah ready.. tinggal nak practise speech supaya hari tu nanti semuanya berjalan dgn lancar.. mama ngan kakak ngan adik doakan semuanya berjalan dgn lancar.. supaya papa lulus dgn cemerlang nya.. aminnn..mama pulak yg takut.. kuatkan semangat ye papa.. u can do it..insyallah.. aja aja!!
okla.. muaz dah bgn.. so far nampak ok.. dah nak jalan sendiri.. cuma kadang2 dia pegang peha belah kanan tu.. lega sikit la sebab ada improvement. nak g layan diorg la.. a plus

edited: semlm dapat good news dari khairul.. dah dapat e-ticket utk balik msia.. alhamdulillah.. tinggal kereta je takde buyer lagi.. harap2 adala org berminat nak beli kereta kami sebelum kami balik msia next week.. tu je.. chow

Friday, October 03, 2008

update.. update..

hari nih genap seminggu takde internet kat rumah kami.. maknanya seminggu la tak dapat nak update apa2 cerita.. tak dapat nak jengah blog kawan2.. sgt boring.. tapi alhamdulillah.. hari nih kami dah dapat balik connection internet kat rumah nih.. ingatkan sampai balik takde internet..:p
so far takde apa2 berita dr bendahari pasal tiket balik kami sekeluarga.. so takleh nak confirm lagi tarikh balik... huhuhu..
dah ada internet ni.. nak citer la apa yg kami dah buat sepanjang seminggu nih.. sgt2 penuh.. busy.. ada je benda nak kena buat..:)

sabtu
- pagi2 bangun.. siapkan jelly (desert utk majlis berbuka puasa kat rumah kami hari nih)... pepagi jugak la kacau unti cora.. macam2 nak kena pinjam sebab barang kami semua dah takde.. semua dah masuk kotak.. settle at 11.. ingat nak keluar.. tapi ada jiran singaporean datang.. ada hal sikit.. so tertunda sikit agenda kami hari ni.. pukul 12 lebih baru dapat keluar beli barang2 rumah.. pegi carrefour dan paris store..dalam pukul 3 lebih baru kami sampai rumah.. terus bergegas masak.. menu hari tu.. asam pedas ikan dorade+ayam goreng+ikan mackerel masak kicap+salad.. agak gagal jugak majlis kami kali nih.. asam pedas tak berapa menjadik.. khairul asik complain je.. nak buat camana.. tak biasa masak byk2.. selalu paling byk pun masak 2 ekor je .. ini belasah masak 7 ekor sekali.. tension je... majlis selesai dalam 11 lebih kot.. sgt penat.. satu hari tak rehat..

ahad
-sepanjang tengah hari kami belasah tido je ..khairul still busy dgn keje2 presentation dia.. belah petang kami pulun kemas kotak.. kena settlekan balance2 kotak yg kami nak hantar ke msia.. hari nih cuti dr memasak.. nak g makan kebab kat bandar.. first time berbuka puasa kat luar sepanjang ramadhan tahun ni.. berbuka kat rumah makan lauk semalam.. solat dan keluar ke bandar..pergi 3 family.. ila ngan haris pun join.. seronok betul dapat makan kebab.. kakak cam biasa la.. makan daging je dia.. dalam pukul 10 lebih settle..

isnin
-keluar lagi..sebelum tu check surat.. ada note dr la poste suruh collect barang.. happy nya.. mesti baju melayu muaz yg ayah di hantar.. tak sabar nak g collect .. tapi pejabat post tutup tghari.. so pegi lidl dulu.. kononnya nak beli gula.. takut esok raya.. khairul dah siap pesan... jgn nak beli apa2.. kotak kami dah penuh.. sekali sampai lidl.. dia pulak yg lebih2.. nampak breadmaker.. dia yg meleleh.. i apalagi.. kalau khairul yg minat i lagi cucuk2.. hehehe.. last2 angkat jugak la breadmaker tu..lepas tu pegi castorama.. beli lagi satu kotak.. then singgah post office.. ambik parcel dr ayah di.. yeaaa.. betul baju melayu muaz.. matching dgn kaler baju melayu khairul "THANKS YE AYAH DI"..happy sgt muaz dapat baju melayu.... balik rumah terus pack our last box.. aduh.. ada barang yg tak dapat masuk sebab beli breadmaker tu..huhuhu..
lepas berbuka.. khairul check kat internet.. dah ada pengumuman raya.. cakap raya hari selasa.. gelabah la mamat tu sebab belum bayar zakat.. pukul 9 khairul dan kawan2 dia pegi masjid.. dalam pukul 10 dapat call dari khairul.. cakap info kat internet tu salah.. raya hari rabu.. lega sgt sebab apa pun tak masak lagi... so esok boleh la masak awal2.. malam tu boleh rehat2..

selasa
-tghari dah start masak utk juadah raya esok.. kena masak awal2 sebab malam nanti ada majlis berbuka puasa kat rumah unti leenda.. masak kuah kacang dulu.. pastu masak sedikit rendang ayam.. nasik himpit dah masak siap2 hari isnin lagi.. lepas berbuka.. rehat sikit hari nih sebab bahan2 semua dah siapkan masa hari isnin.. so nih kononnya persiapan raya yg paling cool sekali la kot.. biasanya malam raya tu pukul 2 3 pagi baru dapat tido.. dgn nak masak.. kemas rumah..
berbuka kat rumah unti leenda.. bawak nasi himpit, kuah kacang dan rendang je.. tak sempat nak buat kuih.. settle at 11.. balik rumah tgk nasi himpit dah tinggal 5 bungkus.. takut tak cukup la pulak.. terus mintak tolong khairul buatkan nasi himpit.. jerang atas dapur.. set jam .. masuk bilik tidokan anak2.. sambil2 tgg pukul 12.30.. nak call family kat msia.. nak wish selamat hari raya.. khairul call melaka dulu.. pastu me call kelantan.. ucap selamat hari raya kat semua.. mintak maaf.. macam biasa.. bila nak letak mesti mek nangis punya.. huhu.. insyallah lagi 2 minggu kita jumpa ye mek.. tido dalam pukul 2 pagi..

rabu
-pukul 4 pagi kakak terjaga.. nak buang air kecik.. dah lepas tu tokleh nak tido dah.. kemas2 rumah sikit.. clearkan sinki.. buat puding buah-buahan.. pukul 7 kejutkan khairul.. subuh habis lambat sekrg ni.. dekat pukul 8.. seronok la khairul peram tido sekrg nih.. settle solat dan sarapan.. kejut anak2 dan siap2 baju raya.. ingat nak g masjid.. nak rasa suasana solat hari raya kat sini.. tapi masa turun bawah tgk highway jem teruk.. terus cancel.. naik rumah balik dan berposing sakan satu family.. pukul 9.30 kami dah start ketuk rumah sebelah nak beraya "SELAMAT HARI RAYA!!!".. pukul 11 lebih settle.. keluar kejap.. pegi lidl lagi.. dr mlm tadi duk teringat kat bekas yg leenda ngan cora beli utk isi biskut raya diorg.. nak jugak.. tension je khairul dgn perangai aku.. kotak semua dah seal.. tak malu pulak tu nak tumpang kotak cora..huhu.. bila pikir2 balik mmg tak senonoh la perangai aku nih.. sorry ye cora..:).. balik tghari.. siapkan rumah... panaskan lauk2 dan hidang kat meja.. ready utk terima tetamu.. alhamdulillah.. semua dtg beraya kat rumah kami thn nih.. ila, haris, guna, panjang and mija, nazri, cora and family , leenda and family and azzami and nora... thanks kerana sudi dtg beraya kat rumah kami.. dan sorry sebab juadah yg tak seberapa.. masak sikit je kali nih sebab biasanya kami beraya kat bawah.. berbbq.. selalu makanan tak habis.. so kali nih tokleh nak agak.. settle dalam pukul 4.. semua tido.. kecuali khairul yg sambung keje.. kesian dia.. busy betul dia lately.. takpe ye bang.. sikit je lagi..dekat pukul 5 khairul kejut.. bgn solat.. pastu rebus spageti, rebus telur, potong timun dan salad.. nak makan dgn kuah kacang.. teringin sgt nak makan rojak mee.. nyum2.. so minum ptg kami hari ni.. rojak mee.. lepas makan.. ingat nak baring2.. sekali tertido sampai pukul 7.30.. bgn je terus siap2 nak pegi rumah uncle panjang.. diorg buat openhouse.. makan lagi.. pegi kejap je sebab muaz tak behave.. bising.. balikrumah.. papa masih sambung keje.. esok ptg dia nak kena present depan lecturer dia..ingat nak tido awal.. sekali.. ada masalah sikit .. berat kotak2 kami terlebih berat.. so macam2 solution la kami cuba carik.. pukul 1 lebih kot baru settle.. lewat jugak la kami tido malam tu.. anak2 pun tahan mata semuanya.. semua tak nak tido..

khamis
-bangun pepagi.. hari ni lori dtg lagi sekali utk angkut lagi 30 kotak.. so total 60 boxes semuanya dah diambil.. tinggal diorg nak scan, wrap dan shipping to pelabuhan klang.. harap2 semuanya berjalan sgn lancar.. aminnn.. settle at 10.30.. khairul dan iqmal dan azammi dan khairill angkat barang2 leenda nak pindah rumah as.. settle dalam pukul 12.. masa khairul balik rumah dr hantar barang.. dia bawakkan satu kad raya besar sgt.. siap ada cd lagu raya..hehe.. dah dapat agak dah dari sapa.. sure la MARIANA and FAMILY.. thanks a lot ya!!.. seronok.. pastu masakkan makan tghari utk khairul.. lunch .. pastu ptg pegi rumah cora lagi.. makan lagi.. sampai senak2 perut nih sebab makan byk sgt.. malam pun meriah lagi sebab unti leenda ngan anak2 dia turun.. esoknya anak2 dan husband leenda dah nak balik msia.. so busy mengemas.. settle dalam pukul 10 lebih.. dalam pukul 11 azammi ngan nora dtg.. bawak buah tgn dr msia.. dan duit raya utk my kids.. dalam pukul 12 lebih semua settle..siap2 dan tido..esok nak kena bgn awal .. nak masak nasi lemak utk sarapan sebelum pegi airport.. sekaligus meraikan kawan yg dah nak balik..hehee..

jumaat
-pukul 7.15 baru terjaga.. gelabah sgt masa tu.. mana taknya.. jemput semua tetamu dtg pukul 8.. pukul 7.15 abru bgn.... nasi lemak belum masak... ikan bilis belum goreng.. telur pun tak goreng lagi.. aduh.. nasib baik sambal dah siap masak malam tadi.. agak laju jugak aku buat semua tu.. dan percaya atau tak.. mmg tepat2 pukul 8 semua siap.. tapi belum ada tetamu lagi yg dtg.. hanya anak2 unti cora je yg tgh bersiap2 nak g sekolah singgah sekejap.. unti cora pun menyumbang sekali utk majlis kali nih.. dua version of nasi lemak.. nasi lemak kukus dan nasi lemak biasa.. nyum nyum..
pukul 10 kami semua ke airport.. saje je memeriahkan keadaan.. kesian unti leenda.. tinggal sorang2 sekrg nih.. tapi takpe.. unti leenda kuat.. aja aja.. pukul 12 sampai rumah.. lunch dgn nasi lemak pagi tadi dan tido..hehe.. tak senonoh.. pukul 1.45 khairul bgn.. ready utk g solat jumaat.. dpt sms dr leenda.. nak dtg rumah masa jumaat.. leenda ngan nora dtg.. lunch dan diorg sambung angkat barang bawak g rumah baru unti leenda..so hari ni secara officialnya unti leenda dah pindah rumah baru.. kurang lg satu jiran kami kat sini..
sambung borak2 dan makan biskut raya ngan unti cora.. pukul 5 baru settle down.. tgk2 internet dah ada.. so.. apa lagi.. update blog la kita.. hehe.. sambil menanti khairul balik rumah.. tak sabar nak habiskan hari ni.. nak tgg weekend.. boleh la khairul rehat sikit..okla.. nak surf the net..gambar nanti upload later.. a plus