Thursday, August 20, 2009

happy birthday kakak

esok... 20.08.2009..genapla umur kakak 5 thn.. dah besar anak mama.. disebabkan esok hari kerja.. mama ngan papa buat party birthday kecil-kecilan utk kakak last saturday.. event keluarga sahaja.. sambil buat makan2 menyambut puasa dah family gathering.. mak uda serdang je tetamu kami yg paling awal datang.. family aku semua ada hal dan terpaksa dtg lewat.. so sempat la papa dan adik melayan tetamu main game.. tapi adik.. hari ni sgt tak behave.. menjerit je sepanjang hari.. mungkin sebab dia demam ataupun mungkin jugak sebab dia jeles ngan kakak dia.. ye la.. kakak asik duk ulang yg hari tu birthday kakak.. bukan birthday adik.. tension la member..
okla.. ni ada sedikit gambar sekitar majlis.. hihihi.. tak banyak sgt gambar.. kamera papa pening sikit hari tu.. so enjoy..

kakak seronok betul papa belikan wii nih.. baru dia tahu bestnya main game.. dulu ps2 dia tak pandai sgt.. sekrg ni semenjak ada game wii.. bangun tido je suruh mama pasangkan game.. kira ok la papa cakap beli wii ni hadiah birthday kakak.. ahaks

hidangan kami hari tu.. hehehe.. semuanya beli.. susah nak masak byk2 dalam keadaan dapur aku yg belum siap.. (alasan je tu sebenarnya)

mama tgh pasangkan lilin kat kek birthday kakak.. chocolate indulgence from secret recipe.. teringin jugak nak belikan kek bentuk princess ke.. apa ke.. tapi terkenangkan chocolate indulgence tu.. terus tak jadik.. nasib baik kakak pun cool je..

mood adik sgt tak baik masa ni.. lansung tak nak tgk kamera.. geram betul mama..

kakak tiup lilin dgn sepenuh perasaan.. hehe.. tgkla muncung adik tu.. boleh ikat..

masa ni adik demand nak tiup lilin pulak.. siap jerit2.. bila nyalakan lilin lagi.. dia tak mahu pulak.. merajuk!..

my family yg dtg.. thanks.. gambar tak clear sebab kamera papa pening

our princess.. happy birthday!!.. semangat nak kasik goodies kat sepupu-sepupu dia

kak alin.. sepupu aqilah yg paling kerap jumpa.. kalau tak kami yg g rumah dia.. dia yg dtg rumah kami.. byk benda share sesama..

jeng.. jeng.. jeng.. masa yg kakak tunggu-tunggu.. bukak hadiah..senyum yg tak tertahan..

bukak satu2 je.. takut adik jeles.. sampai hari ni baru habis bukak hadiah dia.. nasib baik kakak seorg yg penyabar.. bila mama ngan papa cakap satu hari bukak satu je hadiah.. dia ikut je.. saaayang kakak.. dan ni utk kakak... nanti dah besar.. kakak dah boleh faham.. there you know.. mama ngan papa saaaayang sgt dgn kakak.. dan adik jugak...

"Your birthday is a special time to celebrate the gift of ‘you’ to the world"
--Anonymous

“Our family is a circle of love and strength. With every birth and every union, the circle grows. Every joy shared adds more love. Every obstacle faced together makes the circle stronger.”
--Anonymous

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR PRINCESS

Wednesday, August 19, 2009

kakak and adik

semlm.. tgh duduk2.. layan citer sekar.. tetiba budak2 ni jerit suruh ambik gambar diorg.. cuaca tak cantik.. malas nak pasang flash.. so aku guna auto sahaja.. huhu..
so ni lah hasilnya.. gambar kakak dan adik...

lama betul mama tak snap gambar u all berdua.. papa lagi la lama.. papa busy sgt lately... mungkin nak kena g jalan2 kot baru papa snap gambar kita kan.. sgt manja adik dgn kakaknya.. masa tu la.. hihihi

semua nak bergaya peace.. hihihi

ni ntah gaya apa la pulak adik oiii..

Friday, August 14, 2009

at last!

at last we finally managed to buy it last night!! setelah beberapa kedai kami pegi carik last weekend tak jumpa yg kami rasa cam best.. hihihi..
ptg semlm papa balik agak lambat.. terus dinner... dan papa ajak keluar.. tak sabar nampaknya.. kononnya hadiah birthday utk kakak.. hihihi.. our target was sunway pyramid.. pegi jusco dulu.. tgk vacum cleaner.. nasib baik ada.. bersusun2 kotaknya.. tapi tak beli lagi.. pegi carik benda tu dulu.. masuk satu kedai tak best..mahal!.. pastu the second kedai.. first time tanya dia dah kasik harga yg best.. terus tak pikir byk.. angkut!..
pegi jusco balik.. nak ambik vacum.. nasib baik.. ada rezeki kami lagi... tinggal 2 kotak je lagi.. ambik.. terus g test dan bayar.. balik rumah.. apa lagi ..pulun.. hihihi.. dekat pukul 2 pagi jugak kami satu family tido malam tadi.. apapun.. enjoy..thanks ye pa..:)
okla.. byk keje hari ni.. a plus

Thursday, August 13, 2009

sms from mc rose

"kalau hadapi simptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, pening kepala, sakit tekak mungkin tanda2. minum air susu dan buah-buahan. Makan makanan yg dibuat daripada buah kerana pihak kami telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1"
- sumber: HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR

Friday, August 07, 2009

felicitation!!

alhamdulillah.. selesai sudah

Monday, August 03, 2009

random photo

hari ni rasa lapang sikit.. boleh aku upload gambar2 yg dah lama duk dalam pc.. dah agak berkulat jugak.. hihihi..

gambar ni aku snap 23 july.. seminggu lebih dah la.. masa ni nak siram pokok2 aku .. tgk banyak la pulak bunga2 bendi ni keluar.. masuk rumah sat.. amik kamera dan snap beberapa keping.. dan ini salah satu dari hasilnya.. seronok betul memetik bendi sekrg ni.. tiap hari ada je bendi yg boleh dipetik.. tapi tak sebanyak petik kat farmville la.. tapi dah tiga kali aku masak asam pedas taruk bendi yg tanam sendiri.. bangga tu..hehe..
dua minggu sekali boleh makan kangkung yg tanam sendiri jugak.. ini semua idea unti leenda.. tanam kangkung dalam pasu... daun pandan.. daun kesum pun dah banyak..s etakat nak masak laksa.. mmg takde masalah.. petik aje.. daun kari.. serai.. daun kuchai.. pokok cili api pun dah banyak buah dia.. pokok cili api aku amik anak dia kat rumah jiran sebelah.. bukan curi.. tapi akak tu kasik.. hehe... daun limau purut.. daun limau nipis dan pokok limau kasturi pun ada.. sekrg ni tgh tgg kacang buncis pulak mengeluarkan hasil.. dah banyak bunga dia.. tapi belum berbuah.. pokok kacang botol?? huhuhu.. yg ni aku mmg tak tahu kenapa.. tak nak keluarkan buah.. pokok bukan main menjalar.. tapi tak nak keluarkan hasil.. lama2 ada aku buang jugak pokok tu..


gambar ni papa yg snap during birthday party yg unti mai dan uncle najib buat last saturday.. sempena birthday baby cute ni la.. ada tahlil dan doa selamat sekali.. kami sampai lambat sebab salah bajet masa.. so tak sempat tahlil.. lucky us.. malam tu ada kenduri tahlil lagi sekali kat rumah jiran yg lagi satu.. buat kenduri sempena nak mengerjakan umrah hari ni.. kali ni kami dtg awal.. sempat baca yasin ramai2.. makan free lagi kami malam tu..

the reason kami pegi lewat kenduri.. pegi ikea lagi.. beli pintu utk shoe cabinet kami.. aku la tu yg tak sempat2.. tak best bila nampak kasut.. so inilah hasilnya.. our new shoe department.. papa yg settlekan semua.. lampu pun papa pasang sendiri... ada benda yg kurang lagi kat situ.. tapi bajet tak mengizinkan.. so hold dulu...

gambar ni anak buah aku yg snap.. smlm kat rumah my eldest sister kat kelana jaya.. dia buat family gathering sebelum puasa.. merangkap majlis birtday utk anak dia yg sulung jugak... anak buah aku yg first.. dah 23 tahun.. my sister masak laksa lemak.. nyum nyum.. dan ada bermacam2 buah2an dari kebun my brother in law.. sedapnya..

gambar ni aku yg snap..semlm jugak.. adik.. tgh sibuk main piano.. masa ni dia belum tahu ada game wii kat atas..

gambar adik jugak lagi.. gambar kakak semua gegar.. dan tak ada byk gambar pun sebab papa busy melayan adik main tenis wii.. game baru utk birthday boy dari family dia.. best la game wii ni.. rasa macam betul2 main tenis.. hihihi..

settle semua.. pukul 3 lebih kami gerak balik.. rehat2 sambil2 mengerjakan ladang .. hehe.. pastu masak utk makan malam.. masak lebih sebab kawan papa nak dtg.. lepas maghrib g pasar malam.. borong buah2an.. pukul 9 mlm kawan papa datang.. pukul 12 lebih baru balik..kebetulan adik jiran sebelah baru balik dari kampung.. kasik kami buah2an lagi.. tetiba je banyak buah kat rumah kami.. aku puasa lak tu hari ni.. huhuhu.. 2 more days to go

okla.. nak siapkan lunch utk kakak dan adik.. kakak tak g sekolah hari ni sebab mlm tadi tido lambat sangat.. tak sampai hati nak kejutkan tadi.. a plus