Showing posts with label all about muaz. Show all posts
Showing posts with label all about muaz. Show all posts

Friday, August 13, 2010

latest photos of my kids

my eldest daughter.. another 7 day before her 6th birthday!!.. dah berjaya puasa penuh dua hari.. hari ni pun cuba jugak.. harpnya berjaya..aja aja


my only son so far.. belum masuk 4 years.. another 4 months to go.. tapi dah boleh tido sorang2 dalam bilik dia.. good boy..

my youngest daughter so far.. baru masuk sebulan semalam.. lom g injek lagi ni.. sebab dia selsema.. alhamdulillah.. sgt behave .. takdela mamanya penat sgt.. dalam pantang ni mmg mamanya lemah sikit.. syukur


kakak tgh cuba habiskan masanya dgn melukis.. sementara nak tgg waktu berbuka.. takpun dia akan main game.. dan tgk tv..

patutla kakak melukis.. notebook mama dah dikonker oleh muaz..

dan baby hamna.. masih lagi tido.. hehe
okla..nanti2 update lagi

Thursday, August 12, 2010

it's day 30

sedar tak sedar dah 30 hari dah aku berpantang.. dan genapla sebulan umur baby Hamna.. macam2 yg berlaku sepanjang berpantang ni.. nenek dah balik huhu.. tinggal la aku berpantang sendiri.. papa sgt busy dgn kerjanya yg tak pernah kurang.. balik rumah mmg sentiasa dah penat.. tak sampai hati nak mintak tolong uruskan baby.. walaupun papa tak pernah menolak kalau aku mintak tolong..
agak kelam kabut jugak hidup aku semenjak mek dah balik kampung.. pagi2 nak kena mandikan baby.. pastu kemas rumah.. pastu basuh kain.. jemur kain.. masak.. lipat kain.. tghari dapatla rehat sikit.. pastu ptg mandikan baby lagi.. settlekan anak2 yg dah besar tu.. hehe.. maghrib je aku dah pancit.. nasib baik baby hamna sgt behave.. syukur sgt2.. kalau tak panik aku..
semalam first day puasa.. utk papa dan kakak la.. sebab aku masih dalam pantang.. insyallah pertengahan ramadan nanti aku akan ikut berpuasa.. since nenek dah balik.. kami cuba utk kembali ke kehidupan yg asal.. tido kat atas.. cuba utk train kakak dan muaz tido dalam bilik masing2.. kami siapkan bilik diorg seadanya.. cuma belum ada aircond je.. takde bajet lagi la .. fisrt night..muaz ok.. berjaya.. tapi kakak asik terjaga dan cakap mimpi takut.. tapi still dia tido dalam bilik dia sampai pagi.. second and third night.. kakak ajak adik teman dia.. nasib adik cool.. so dia temankan kakak.. malam ke empat.. malam tadi la ni.. kakak cakap dia dah berani.. so masing2 tido kat bilik masing2.. sgt cool.. seronok sgt bila tgk dua2 dah makin berani tido sorang2..alhamdulillah..
ari ni kakak cuba lagi utk berpuasa.. tapi tak tahu la boleh bertahan ke tak.. harapnya boleh la.. tapi aku tak nak paksa.. tak sampai hati sebenarnya bila dengar dia mintak air.. huhu..
okla.. nak berehat kejap.. tak berapa sihat sgt lately.. sakit tekak cam nak kena demam.. nauzubillah... mintak jauh sgt...

a plus

Wednesday, December 23, 2009

23 december

hari ni genap umur muaz 3 tahun.. happy birthday my dear son.. tak sempat nak buat birthday party utk muaz lagi.. nanti ada masa teringin jugak nak buat.. plan hari ni.. papa balik awal.. pastu nak bawak diorg keluar..beli hadiah utk birthday boy.. beli cake dan makan-makan kat luar.. dan macam biasa akan ada aktiviti cop tangan.. hehe..
dah besar dah muaz.. soon dia akan jadi abang... malam tadi.. pukul 3 pagi.. dia kejut.. nak g toilet.. aku tak larat nak bangun.. sempat lagi dia membebel.. mama nih.. tak nak bawak adik g toilet.. terpaksala jugak aku gagahkan diri utk bangun.. aku pulak cam biasa la dah bangun tu susah betul nak tido balik.. lapau.. berbunyi2 perut aku.. aduhhh..
pagi ni kakak bangun awal.. dia yg excited lebih.. awal2 dah siapkan kad utk adik dia.. sayang jugak kakak dgn adik dia.. hihihi..
okla.. byk keje yg perlu diselessaikan pagi ni sebelum papa balik.. nanti2 aku tulis lagi.... daaaa

a plus

Monday, July 20, 2009

our holiday

hari ni rasa panjang pulak.. lama betul rasanya nak tgg kakak dan papa balik rumah.. kalau weekend tu sekejap je rasa.. tau2 dah malam.. macam2 program tak sempat nak buat.. dah dua weekend kami spend masa kat office papa.. sabtu dan ahad.. takde cuti lansung.. nasib sabtu minggu lepas half day je.. sempat la kami g giant beli groceries dan balik rumah rehat2 dgn our two kids.. layan tgk tv.. ahad pulak mmg the whole day kat office papa...
minggu nih.. sabtu full day.. pukul 5 baru habis.. singgah pkns.. nak menyebok kat pesta buah-buahan tempatan.. balik rumah.. singgah kedai runcit near to our house.. beli sedikit lauk.. ada tetamu malam nanti.. adik papa dr penang..
ahad.. pukul 9.30, kami sama2 keluar ngan tetamu.. diorg dgn agenda diorg dan kami ke office papa.. huwwwaaa. pukul 4 lebih baru habis kelas papa.. singgah sacc mall.. beli donut.. nak g melawat my sister kat kelana jaya.. kesian dia.. terseliuh kaki.. terjatuh tangga.. semoga kak nah cepat baik. masa kat rumah my sister.. pak uda call.. suruh dtg ambik buah-buahan kat rumah dia.. mulanya macam tak nak pegi.. sebab dah penat.. tapi bila dengar ada rambutan dan cempedak.. terus tukar decision.. pegi jugak.. ingat nak stay kejap je.. sekali mak uda goreng cempedak.. pastu tgk2 tudung.. pukul 8 lebih baru gerak balik rumah.. penatnya.. kakak tido tak sedar apa pun... aku melepak2 sekejap pastu settlekan anak2.. dinner dgn lauk semlm.. pastu tido.. papa study sampai kul ssatu pagi.. kesian papa.. penat betul aku tgk dia..
hari ni.. bgn pepagi.. buat air utk kakak dan papa.. bakar roti.. kakak siap mintak nasi.. huhu.. sorry kak.. mama tak larat hari ni.. nak bgn pagi pun susah..oh ye.. kakak dah mula seronok pegi sekolah.. dah tak nangis bangun pagi.. sampai sekolah pun dah tak nangis.. papa cakap kakak sampai je tadi.. kawan2 dia duk jerit2 panggil.. maryam..maryam.. seronok aku dengar.. dia kata sekolah baru ni best.. cikgu semua baik2.. kawan2 pun baik.. dah suka g kelas taekwondo.. hehe
okla.. adik dah mintak air.. hihi.. adik ni biasa la.. mama busy sekejap je dia mula la mintak itu dan ini.. a plus

Tuesday, July 14, 2009

kakak

tadi borak ngan papa kat google talk.. papa cakap hari ni first day kakak tak nangis masa sampai kat sekolah.. berjaya jugak papa pujuk dia.. hehe..lega rasanya..
dah dua hari aku buat nasi goreng utk breakfast dua org buah hati aku tu.. selera betul kakak makan pagi sekrg nih.. kalau ikutkan selalunya utk papa.. semug nescafe + biskut hup seng.. kakak pulak cuma minum segelas milo. tapi lately kakak asik mintak nasi je utk breakfast.. demand betul anak aku sorang tu.. tapi berbaloi kalau buat.. sebab mmg bertambah2 dia makan..
adik pun breakfast ngan nasi goreng hari nih.. seronok tgk dia makan banyak.. tapi yg pelik nya tak naik2 jugak badan diorg ni.. macam mama tak kasik makan je.. mama dia je yg semakin membesar.. aduh.. camana nak kurus nih..
tetiba tak tahu nak tulis apa la.. apa ye.. tak yah tulis dulu la.. ni ada sekeping gambar kakak dgn baju sekolah baru dia..

sempat lagi beri pose menarik walaupun ngantuk.. hehe

a plus



Wednesday, July 01, 2009

my children

hari ni first day kakak kat sekolah baru.. setelah lama bercuti dan berseronok kat rumah.. we finally decided utk hantar kakak kat tadika dan taman asuhan Uitm.. from 7.30 to 5.30.. aku ikut sekali hantar kakak hari nih.. nangis jugak la dia tadi.. ada 3 kelas utk 5 years.. 1 kelas 17 orang.. hopefully kakak akan happy dgn sekolah baru dia.. nanti papa akan ambik additional kelas utk kakak supaya dia tak boring.. kelas iqra' dan taekwondo.. mama berharap sgt kakak dapat menyesuaikan diri dgn baik kat sekolah baru nih...aminnn
sampai je tadi.. serahkan resit bayaran dan kakak dapat seragam dia.. terus tukar.. mmm cantik.. rugi tak bawak kamera.. hehe

hari ni jugak muaz is officially berenti breasfeeding.. sekrg ni dia banyak minum susu segar dalam cawan dan botol.. you're big enough dear.. lega rasanya dapat berentikan dia.. ayat2 yg dia selalu cakap bila teringin nak minum susu badan..
-kalau adik minum susu botol nanti papa beli transformers banyak-banyak..
-papa belikan adik transformers sebab adik minum susu botol kan..
-adik bagus kan mama.. kalau adik minum susu botol..
hmm.. mama sgt lega.. bolehla ready utk dapat baby baru.. harap2 ada la rezeki kami nak ada baby baru.. aminnn

okla.. nak main game.. boring ni.. seharian duk ofis papa.. saje je ikut hantar kakak first day kat sekolah baru.. apa cerita dia kat sekolah baru dia nanti aku update esok.. insyallah... sekrg ni aku pun tgh pening duk nyusun dokumen2 papa.. jadik sektretari tak berbayar sekejap.. ok la..
aplus

Sunday, April 19, 2009

all of us???

sekrg nih cam biasa.. hari ahad.. tgh melepak kat ofis papa.. kakak tgh buat homework.. papa dah g kelas.. muaz tido.. aku pulak tak tahu nak buat apa.. the best thing to do is updating my blog..
pagi semlm pukul 8 lebih kami semua dah keluar.. first destination demc.. semua org tak sihat.. jumpa doktor beramai2..tak ramai sgt org..tiba turn kami.. dr gulam yg periksa kami.. muaz be the first to be checked.. muka doktor tu serius je.. aku dah cuak gila.. actually muaz dah byk hari demam.. cuma kejap demam.. kejap baik.. takde muntah2.. aktif je kat rumah.. itu yg weekend baru kami bawak g klinik.. tapi rupanya muaz dah kena infection kat paru2 dia... rasa bersalahnya aku sebab tak ajak papa g klinik awal2..nurse kasik muaz nebulizer.. dan dr suruh buat x ray... bila result x ray kluar.. sah mmg ada kuman kat paru2 muaz.. nak nangis je aku.. dr suruh dtg lg 2 kali utk amik nebulizer hari tu...dan lagi 3 kali hari nih.. dr kasik antibiotik, ubat demam, ubat batuk dan ubat kahak utk muaz.. pastu check kami bertiga.. papa, mama dan kakak.. kami demam!!.. papa dapat ubat sembur special utk selsema dia.. dan alhamdulillah.. papa dah tak selsema hari nih.. kakak pun dah tak demam.. aku pun dah tak demam.. cuma perut mmg tak selesa semenjak mkn ubat semlm...
berbalik pada citer muaz pulak..settle hal kat klinik.. terus g glenmarie.. servis kete.. pastu singgah mkn kat d kayu tesco... tak sedap la compare ngan masa kami mkn last time kat d kayu ioi mall.. mahal lak tuh.. nyesal je mkn kat situ...dah settle mkn dalam 1.30.. tak tahu nak buat apa.. nak balik rumah tak boleh sebab nak kena g demc balik.. so decide nak g rumah my sister kat sek 19.. my mom pun ada kat sana..my elder sister pun ada.. kebetulan diorg baru balik dr spa kat klang.. muaz ngan kakak mmg seronok dpt g rumah chik.. tak duduk diam.. papa mmg belasah tido je dia.. lepas asar baru kami gerak g demc lagi sekali.. amik nebulizer utk second time pastu doktor check.. dah ok byk so tak payah buat 3 kali.. continue pagi hari nih.. on the way balik kami singgah pkns sat.. beli fries utk adik dan aiskrim utk kakak.. pastu balik rumah.. join jiran2 bersosial kat depan rumah..
malam pulak.. papa prepare utk kelas hari nih.. aku kemas rumah.. masak maggi je sebab takde rasa nak masak lansung.. lepas makan je adik terus muntah.. aku sapukan minyak.. pastu kasik ubat demam dan antibiotik..nampak cam dia dah nak muntah.. risaunya.. kalau dia muntah abih la ubat tu kluar balik.. tak berkesan la nanti.. cepat2 aku riba dia.. gosok2 kat perut dan belakang dia.. alhamdulillah dia tak jadik muntah.. pastu kami decide utk bawak masuk katil kakak dalam bilik kami.. semenjak nenek dia dtg.. kakak dah tak nak tido dalam bilik dia dah.. dah terseronok tido ramai2 pulak.. geram betul.. takpela.. buat sementara ni boleh la.. tapi ada limit jugak.. sampai masa nanti kakak kena tido dalam bilik sendiri jugak.. pukul 10 lebih adik dah tido.. kami pun dah settle kemaskan bilik.. dalam pukul 11 lebih aku turun bawah.. buat nescafe.. perut mmg tak sedap betul... dengar macam suara muaz panggil aku.. pastu tetiba senyap.. kejap lepas tu dia panggil lagi.. cakap dia muntah.. terus aku berlari naik atas.. habis cadar aku kena muntah.. banyak jugak.. tukarkan baju adik.. ajak dia minum air panas kat bawah... lepas minum muntah lagi.. bersihkan badan dia.. sapukan minyak aroma dan minyak mestika.. alhamdulillah sampai pagi dia tido..
hari ni pegi amik nebulizer lagi sekali.. pastu doktor check.. cakap dah okay.. tak perlu ambik lagi ptg nih.. just continue dgn ubat.. paling penting makan antibiotik ikut arahan doktor.. so far.. adik takde muntah2 lagi hari nih.. just buang air besar je baru sat tadi.. sekrg nih tgh tido.. semoga adik cepat baik..insyallah.. aminnnn

---tak sabar nak tgg hari khamis.. harapnya adik dah sihat masa tu.. aminnn

Tuesday, April 07, 2009

sunday without papa

weekend lepas sabtu ahad papa keje.. tak bestnya.. kesian kat papa pun ye jugak.. penat tu.. takde satu hari pun dia off.. sampai demam lagi.. hari ni pun belum baik lagi.. so back to main topic.. aktiviti kami bertiga kat rumah..aku bgn pagi2.. siapkan breakfast utk papa.. papa g lewat sikit hari nih.. sebab tahu mmg student dia dtg lewat.. budak2 masih tido lagi... penat berpesta kat rumah ayah di dia semlm.. sementara tgg diorg bgn..aku kemas rumah yg berantakan.. pastu kejutkan diorg.. mandikan.. siapkan breakfast.. pastu kakak buat homework..

adik cam biasa.. main lego..dah macam2 dia pandai buat sekrg nih.. kapal terbang, kek cokolat.. kapal selam..kereta.. dapat la mama rehat sekejap..

pastu layan dvd.. tgk kung fu panda.. aku mmg malas betul hari tu.. nak masak lunch pun malas.. sudahnya kami 3 beranak makan ntah apa2 je hari tu.. makan roti.. nestum.. jajan.. biskut.. hehe.. dalam pukul 1 lebih kot.. my exclassmate, syarul dan wife dan family singgah rumah kejap.. malunya.. apa pun takde.. ada air sirap je.. itupun termanis aku buat.. sorry ye.. aku ni mmg gelabah sikit orgnya.. wife syarul, meza tgh sarat.. semlm katanya dia kena admit utk bersalin.. setakat ni belum ada apa2 berita... kami sekeluarga doakan semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminnnn.. and thanks sebab sudi singgah.. hehe
lepas tetamu balik.. kami masih terus duk depan tv.. kejap tgk kartun.. kejap tgk citer mama.. dah ptg baru aku masuk dapur.. masak utk dinner.. pastu.. takde keje.. join jiran2 melepak kat luar.. sambil tgg papa balik.. -the end-

okla.. kena stop dulu.. nak mandikan adik.. a plus

Monday, March 30, 2009

first day training

hari ni hari pertama aku nak ajar muaz tanpa pampers.. tak tahu kenapa aku masih rasa muaz nih masih baby.. maybe sebab dia belum dapat adik kot.. harap2 senang la berjaya mission kali ni.. hehe.. mop lantai kena sentiasa sedia.. at any time aku akan perlukan khidmat dia.. aja aja!!

Thursday, March 19, 2009

adik demam

lama rasanya tak dapat nak update blog.. penat weekend lepas tak habis lagi..sabtu g kenduri anak buah kawin.. dari pukul 9 sampai pukul 3 ptg.. balik tu singgah jusco equine.. rebate voucher dan beli mattress protecter.. pastu singgah rumah my biras. kat serdang.. kebetulan pulak .. my biras dr melaka pun nak dtg.. so tgg je kat situ...dalam pukul 8 lebih semua gerak g rumah kami.. ramai tetamu aku hari tu.. sgt seronok.. penuh setiap ruang utk org tido.. ahad tu pulak aku ikut my biras g kenduri rumah sedara belah papa.. papa tak ikut sebab ada kelas.. kesian papa.. tapi pegi kejap je.. dalam pukul 2 lebih dah sampai rumah balik dah.. sampai rumah je semua dah lapau balik dah.. my sister in law buatkan cekodok.. aku siapkan air panas dan sejuk.. pastu semua tertido keletihan sementara nak tgg papa balik.. dalam pukul 6 semua tetamu bergerak balik.. dua kereta balik melaka.. satu kereta balik serdang.. penat sungguh rasanya.. tapi sgt enjoy melayan tetamu.. nanti2 datang lagi ye..
hari isnin rutin dah kembali macam biasa.. cuma tak payah bangun pagi2 sebab kakak cuti seminggu.. mmg nak bermalas2 je.. tapi tak boleh jugak.. byk kain baju nak kena basuh.. nak kena kemas rumah yg berantakan.. penatnyaaaaa!!!... tambah pulak adik demam .. since monday night.. cuma masa kena tu tak panas sgt.. pagi semlm suhu badan panas sgt.. sampaikan aku tak berani nak check.. so tgg papa bali ptg.. terus bawak g demc..39degree.. doktor kasik ubat bontot.. pastu kasik ubat demam, antibiotik dan ubat selsema.. singgah maybank.. pastu singgah taman kat denai alam kejap pastu terus balik rumah.. lapau.. semlm kami bertiga tak lunch pun.. adik mmg tak kasik aku chance utk bergerak hari tu.. kena jaga dia je.. nak masak utk lunch pun tak boleh.. sampai rumah semua terus makan... terlupa pulak malam tu ada kenduri kat rumah jiran kami... dah terkenyang la pulak.. tapi kena jugak pegi.. sebab org dah jemput.. makan nasi sikit je.. tapi aku belasah kuih koci sampai 3 biji la pulak.. ayoo.. buruk makan betulla.. tokleh jadik nih.. ptg nih nak kena start jogging ngan papa nih...disebabkan adik demam.. kami stay kejap.. adik tak habis2 duk cakap nak masuk rumah.. adik nak muntah.. kakak mmg lupa diri sekejap.. hilang dia dgn kawan2 dia.. main kejar2 la.. ajak balik pun tak nak.. hehe
oh ye.. semlm tak tahu kenapa.. tetiba ada mood rajin pulak nak snap gambar my kids.. dah lama rasanya tak letak gambar diorg kat sini.. plus nak amik gambar bean bag tu sekali(kak ai yg promote nih) .. my birthday present from papa.. hehe.. cantik tak.. kalau ikutkan nak warna hijau plain tapi tak menarik so amik yg nih je.. hijau muda with polkadot..

adik.. baru lepas mandi.. panas sgt badan dia masa ni.. tapi dia ngadu sejuk.. kesian sgt

asik berkerut je dahi adik nih

adik nangis sebab mama baringkan dia



kakak pun nak jugak.. kakak tak demam ye.. hehe

best je kakak baring kat bean bag mama

okla... nak stop dah.. nak start mengemas rumah.. isnin nih my mom nak dtg.. tak sabarnya.. weekend nih maybe my father in law nak dtg.. ada follow up check up kat UH..

Friday, March 06, 2009

weekend???

hari nih dah jumaat.. tak tahu nak rasa happy ke tak.. rasanya cam tak happy.. esok pagi papa ada meeting kat melaka.. ptg pulak jaga test.. ahad 10pg-4ptg ada kelas.. habih dah weekend.. just get lucky sebab monday cuti.. huhuhu.. plan nak balik kelantan pun terpaksa dicancel.. sampai semlm pun aku masih berharap dapat balik.. tapi tgk tiket flight sikit punya mahal.. terpaksa terima hakikat.. sedihnya..
dah 2 hari adik demam.. hari ni baru baik sikit.. mulut dia dah tak boleh berenti bercakap... balas balik tak larat nak bercakap dua hari lepas.. aku pulak yg naik pening nak layan dia.. kesian betul tgk dia demam dua hari nih.. panas sgt badan dia.. muntah2.. berkepit je dgn mama dia.. manja betul..
alhamdulillah.. pagi tadi.. papa belum siap nak g keje dia dah bangun.. ops.. dgn cergas dia bangun.. terus nak muahh papa dia.. cakap pun tak berenti.. mmg sgt good mood.. tolong mama kejut kakak.. teman kakak sarapan.. hantar kakak kat depan rumah.. kalau dua hari lepas lepas kakak naik van.. dia terus ajak masuk dalam.. tapi kali nih dia pulak yg tak nak masuk.. nak main kat luar.. kelakar betul la adik nih.. tapi apapun mama lega sebab adik dah baik demam.. risau aje bila badan anak panas..
nasib baik kakak tak demam.. kalau tak ponteng sekolah lagi.. cuma kakak batuk2 jugak... dan selsema sikit.. masih tak kuat reason utk ponteng.. tapi cikgu2 dah tahu... selalu bgtau apa aktiviti menarik kat sekolah esoknya utk menarik minat kids ke sekolah.. macam semlm cikgu dia cakap hari ni ada aktiviti mewarna.. tu yg kakak berkobar2 nak g sekolah.. macam minggu lepas cikgu cakap esoknya nak buat kucing.. nak lekt kat dinding.. semangat kakak nak g sekolah..belajar rajin2 ye nak.. aja aja
okla.. nak start gosok baju papa utk next week.. aja aja jugak utk mama...

Tuesday, March 03, 2009

my kids

lamanya tak dapat nak update blog.. ada je keje nak kena buat kat rumah nih.. banyak yg nak citer kat sini especially about my kids.. weekend pun penuh je lately.. shopping barang dapur.. visit my brother yg baru pindah rumah.. ikut papa g ofis bila dia ada kelas on sunday.. sangat penuh.. tapi best.. dan sememangnya penat..
okla.. very ringakas punya update tentang perkembangan kakak semenjak dua bulan belajar kat tadika..
--dah pandai mengira 1-->10 in english.. kalau dulu dia cuma pandai hafal dan sebut.. sekarang dia dah kenal ...
--dah pandai mengeja 2 suku kata yg guna vowel "a"
--qiraati pun dah sampai huruf dal
--dah banyak tahu bacaan dalam solat.. al fatihah.. bacaan dalam sujud..dan jugak dah rajin solat
--dah pandai menulis.. last month masa papa g bayar yuran.. teacher cakap tulisan kakak cantik..:)

adik pulak..
--tgh berusaha nak berenti minum susu mama.. kadang2 dia boleh tahan.. tapi most of the time dia kalah dgn diri dia sendiri.. selalu bila nak minum susu.. dia cakap "adik dah besar" "tokleh minum susu mama.. but at the end dia nangis nak jugak.. huhuhu..
--sangat suka melukis .. kat tangan dia mmg sentiasa ada pensil atau pen.. sebab tu barang kat rumah aku dah byk kesan pen.. dinding.. sofa.. tension mama
--pandai sgt memujuk mama.. bila mama marah.. mula la dtg dekat.. pastu buat muka paling sedih.. dan cakap "adik sayang mama"
--suka nak ikut papa g keje sekrg nih.. selalu kami cuba tak nak kasik dia bangun awal.. susah kalau dia nak ikut.. papa terpaksa bawak pusing dulu baru ok.. itupun kadang2 dia nangis jugak..
--paling best .. tak nak kalah yg kakak.. bila mama atau papa suruh kakak eja .. dia pun sibuk nak eja.. tapi dia dah boleh eja mama dan papa dan kakak dgn betul.. cuma yg lain tu dia belasah aje.. hehe

okla.. nak stop dulu.. byk benda nak buat hari nih.. aja aja

Thursday, January 22, 2009

short update

tak sabar nak tgg friday.. hehe.. lepas tu papa cuti sampai selasa.. bestnya.. so far takde apa2 plan lagi.. except nak join sepupu papa bertunang on monday.. mula2 hari tu ingatkan khairul ada meeting kat tganu.. so dah alang2 ke tganu.. cuti pun ada .. kami plan nak balik kelantan.. tup tup.. meeting kat tganu cancel.. hancur semua harapan aku nak balik kelantan.. takpela.. kumpul duit utk balik bulan 3 nanti la.. kalau ada rezeki boleh balik masa my cousin kawin..

perkembangan terbaru kakak semenjak sekolah:
-masih rajin dan seronok nak g sekolah
-dah senang utk tido malam
-senang kejut bangun pagi.. most of the time dia yg terjaga sendiri.. pastu kelam kabut cakap dah siang.. kakak nak g sekolah
-dah boleh accept breakfast di awal pagi.. selalunya kena paksa.. sekrg nih dia yg mintak nak milo panas
-yg susah sikit bila time nak buat homework.. dia selalunya nak cepat siap.. so buat laju2.. aku pulak bila tak puas hati suruh dia buat balik.. suruh buat elok2.. mula la dia payah sikit.. sampai bergaduh ngan mama.. geram betul.. sampaikan kadang2 tu terpaksa tgg papa balik la settlekan dia..
-dah kenal banyak huruf.. dan dah pandai mengeja.
-dah mula kenal word in english
-dah rajin nak solat kat rumah
-asik selawat je kat rumah.. walaupun tak berapa betul lagi sebutan dia.
-dah boleh mandi sendiri
-dah pernah tak pergi sekolah satu hari.. sebab dia demam selsema
tu je update ttg kakak semenjak g sekolah tadika.. adik pulak...

adik semenjak kakak g sekolah:
-makin rapat dgn mama.. makin manja.. tak g jauh dr mama.. mama kat depan pc.. dia ada kat sbelah.. mama kat dapur.. dia pun kat dapur...mmg sentiasa melekat je ngan mama.. bila kakak balik dari sekolah .. baru la dia start main
-dah pandai kira 1 hingga 3
-dah pandai baca abc
-kakak buat homework dia pun sibuk nak buat jugak.. mesti ada pensil dan buku utk dia jugak.. kalau tak dia kacau
-dah pandai eja mama.. hehehe.. sebab selalu sgt dengar kakak eja mama.
-masih belum berenti minum susu.. ayoo.. susah sikit nak ajar muaz berenti minum susu.. dulu kakak senang je
-makin manja dgn kakak.. macam biasa.. bila kakak g sekolah.. asik tanya kakak kat mana..
-minat main kereta sekrg nih.. bila naik atas dia akan carik kereta2 kecik dia.. susun banyak2 dan main sorang.. bila turun bawah.. dia main kereta dan basikal dia.. senang nak ajar muaz setakat nih..
hmm.. tu je yg termuncul kat kepala sekrg nih.. nanti dah ingat aku update lg.. lagipun dah nak start bekerja.. lama sgt dah duk depan pc nih.. a plus

Tuesday, January 13, 2009

last weekend:cerita bergambar

weekend lepas.. tak tahu la ada weekend ke tak.. sabtu papa ada meeting dan bengkel kat ofis.. so kami tiga beranak lepak rumah je lah.. leenda passed by bagi ikan tongkol.. hehehe.. tq.. plannya ptg papa balik nak g shopping barang rumah.. ahad pagi nak g sek 13 beli lauk.. sekali pukul 4 lebih papa call.. suruh pack baju.. pegi IOI resort.. esoknya ada meeting.. hancur semua plan aku.. busy betul papa sekrg nih.. sabtu ahad pun keje..okla.. tgk gambar ye..

pukul 7mlm ..kat palm garden hotel.. baru lepas check in.. tgh tgg pukul 7.45.. jumpa kawan kerja papa kat lobby
kakak..

mama

kakak lg.. gambar adik ngan papa takde.. adik tak duk diam.. gambar sume gegar

papa ngan kakak.. yunkee's hut

papa ngan adik ngan kakak

mama pulak dgn kakak dan adik.. masa nih dah kenyang .. teringat pulak masa kawan2 mama belanja last two years.. menu pun lebih kurang sama

mama and rakan kerja papa

semua dah kekenyangan


balik hotel dlm pukul 10 lebih.. siapkan anak2.. gosok baju.. solat dan tido.. esoknya pukul 6 suku dah bgn.. mandi dan kejutkan anak2..pukul 7.15 dah ready utk g breakfast.. sincerely speaking.. breakfast dia semua tak sedap..chinese food.. sgt tak sedap.. ingatkan ada nasi lemak.. by 8 papa dah ready utk masuk bilik meeting.. sekali kawan dia cakap meeting start at 9.. so papa bawak kami ronda2 kawasan sekeliling.. tunjukkan swimming pool.. bawak kids main kat playground.. sekali meeting lewat lg start.. pukul 10.. sempat lg papa teman kids main kat pool.. tapi main kejap je sebab kami tak prepare things utk swim pun.. ad hoc la katakan.. pukul 10 papa g meeting.. kami pun naik bilik.. adik sambung tido.. kakak layan kartun.. pukul 11 lebih.. kejutkan anak2.. kasik diorg berendam air panas kat bathtub.. kesian diorg sejuk.. aircond bilik tak boleh nak control.. pukul 12 dah ready utk check out.. kids dah tak sabar nak beli mknan.. semua dah lapau.. sekali papa call cakap meeting habis pukul 1.. mengamuk la budak2 nih.. puas aku pujuk.. nasib baik ada pen dan kertas.. ajak melukis baru cool diorg nih.. pukul 1.. aku bawak kids abd bags.. tgg papa kat conference room.. check out dan terus gerak ke nearest mcdonalds.. lunch.. pastu singgah rumah my brother in law.. nak ambik my sis in law..papa.. cam biasa bila sampai rumah abg dia tu.. mesti nak lelap jugak.. so lepak sekejap.. pastu dalam 3 lebih pegi jusco dekat situ jugak.. ingat nak beli carseat utk adik.. tapi cancel sebab mahal sgt.. tgg next bajet.. beli barang mama je sebab nak habiskan voucher.. pastu balik balik rumah abg papa.. lepak lagi.. lewat ptg pegi pasar malam bandar kinrara.. ingatkan nak beli lauk sebab lauk kami dah habis kecuali ada ikan tongkol yg unti leenda kasik.. tapi apa pun kami tak beli sebab semuanya mahal.. at last kami singgah kat giant bandar kinrara.. beli barang rumah dan lauk... balik rumah abg papa dalam pukul 9.. dinner kat situ dan balik rumah.. sampai rumah dekat pukul 11.. nasib baik kakak dah tido dalam kete.. esok nak sekolah.. aku balik cam biasa.. bukan boleh terus tido.. kena masukkan lauk dalam petiais.. kemas barg2 yg baru beli.. clearkan sinki.. mandi dan solat.. baaaaaaaru boleh tido.. esoknya.. pukul 6 suku dah bgn.. weekend dah habis.. rutin harian bermula.. solat subuh.. turun masak air.. siapkan secawan air dan roti utk papa.. naik atas balik.. kejutkan kakak.. mandikan kakak.. siapkan breakfast dan bekal utk kakak.. siapkan beg.. hantar dia kt depan rumah.... pastu settlekan adik.. bila tinggal berdua.. adik jadik kawan mama.. mama jaik kawan adik.. hehehe.. oh ye.. semlm kakak dah ada homework.. ptg dah bertambah rutin aku utk ajar dia buat homework.. hari nih pun ada.. lum buat lagi.. okla.. dah pukul 2 ptg... kids belum lunch lagi.. tadi kakak balik sekolah dah makan coco crunch .. kenyang lagi.. ni baru ngadu lapar.. kena berenti sekrg.. kang merajuk pulak anak2 manja aku tu.. a plus

kat rumah my biras..mak uda.. last sunday.. tgh makan kerepek ubi perasa ayam dan perasa blackpepper.. sedap.. nyum2.. muaz bila tgk gambar nih dia cakap nak lagi.. nak lagi..:)

Wednesday, January 07, 2009

photos: muaz's second birthday

since routine dah berubah semenjak kakak sekolah.. aku ada banyak masa free.. mana taknya.. bgn subuh.. terus tak tido2 sampai sekrg.. kalau biasa tu.. lepas subuh mesti sambung tido balik ngan budak2 nih.. bangun balik dah pukul berapa.. mandikan anak2.. lepas tu sediakan sarapan.. mmg sampai tghari baru settle.. sekrg nih.. lepas kakak g sekolah.. sapu sampah kat lluar rumah sikit.. cabut2 rumput.. siram pokok..(dah ada byk pokok sekrg ni.. daun pandan, limau purut, limau nipis dan limau kasturi, pokok serai, daun kari, daun bawang dan daun kuchai)k, kemas rumah.. mandikan adik.. pukul 9 dah settle.. so sempat la nak edit gambar.. gambar masa birthday muaz last month tak sempat upload lagi kat sini.. ops.. before tu.. nak citer sikit pasal kakak semlm.. aku pegi jemput dia kat sekolah.. tapi dia nak naik van.. okla.. aku pun mmg nak biasakan dia naik van.. tapi punyala semlm kelam kabut.. cikgu sekolah dia tak kasik add rumah aqilah.. punya la lama aku tgg kat rumah.. tak sampai2 jugak anak dara aku tu.. dah risau.. tanya akak sebelah.. biasa ke lama macam nih.. akak tu pun terperanjat sebab aqilah tak sampai lagi.. bila tgk anak jiran aku yg naik van sama2 dah sampai mula la aku panik.. terus call akak yg bawak van tu.. rupanya dia takde add aqilah.. so dia patah balik ke sekolah nak amik address.. lega sikit.. tak lama lepas tu.. dia pun sampai.. nasib baik tak nangis.. tinggal dia sorang je dalam van..dah sampai rumah.. tanya la dia best tak g sekolah.. dia kata best.. esok nak g sekolah lagi tak.. dia kata nak... aku pun lega la.. sekali malam tadi.. bila kami suruh dia naik tido.. dia tak boleh tido sebab dah tido byk siang.. nangis2 tak nak tido sampaikan cakap tak nak g sekolah.. risau jugak.. bgn pagi tadi pun susah.. mana taknya pukul 12 baru tido malam tadi.. puas aku pujuk dia.. baru dia nak pegi.. sepatutnya naik van.. tapi jiran sebelah offer tumpang dia.. aqilah tak nak naik.. dah aku kena ikut sekali.. geram betul la aqilah nih.. so esok dia akan naik van balik la.. so.. ari ni semuanya ok.. kakak sampai awal dr sekolah.. dan dia kata seronok kat sekolah.. hopefully dia akan continue macam tu.. belajar rajin2 kak.. hehe..
adik pulak.. kesian mama tgk.. masa kakak g sekolah.. asik tanya mana kakak je.. bila mama cakap kakak g sekolah.. dia cakap tak... kakak ada kat atas.. pastu mula la dia ajak mama dia naik atas.. kesian betul.. pastu asik duk cakap.. ma.. adik nak.. adik nak.. bila aku tanya adik nak apa.. dia cakap adik nak sekolah.. alahai anak oii.. tggla.. kalau mama rajin nak keje.. adik mmg kena g nursery.. hehehe
okla.. banyak pulak selingannya.. enjoy the photos ya..

adik tgh praktis tiup lilin

panas mama.. last2 kakak yg tiup

terlewat upload gambar nih.. ni gambar upacara akhir.. cop tangan

acara potong kek

adik tgh teruja tgh hadiah birthday dia..:)

sedapnya chocolate cake yg papa beli

three red indian.. hikhikhik..

adik dah start seronok main cat tangan..

okla.. nak siapkan lunch for three of us.. lapau la.. nanti citer lagi.. a plus

Tuesday, December 23, 2008

joyeux anniversaire mon petit!!

happy birtdhay to my sweet little boy.. muaz hadif mohd khairul.. hari nih genap umur muaz 2 thn.. dah makin banyak cakap anak mama sorang ni.. suka sgt bercerita sekrg nih.. kalau tak paham siap la.. dia akan ulang berkali2.. kalau tak paham jugak nanti dia nangis.. kelakar betul.. penat nak melayannya.. sekrg nih dia dah banyak faham apa yg mama dan papa cakap.. so senang sikit nak ajar dia.. kurang sikit la perangai dia yg nakal2 tu.. macam biasa.. benda yg paling susah nak control.. suka sakat kakak dia.. and vice versa.. benda tu yg selalu buat aku sakit kepala.. tak tahu camana nak handle.. hopefully bila dah besar sikit kurang la diorg gaduh..
takde apa yg menarik hari nih.. cuma kakak layan adik baik je hari nih.. sebab tahu hari nih birthday adik.. dari tadi duk main berdua je.. boleh pulak tak gaduh.. dan takde yg menangis..
plan utk malam ni.. masak nasi lemak dgn sambal ikan bilis+ikan bakar+sambal kicap.. dan tgg papa bawak balik kek utk adik.. sambut kami berempat je.. tak boleh nak buat party.. papa busy.. nasib baik kami dah belikan adik hadiah siap2.. so.. rasanya ok kot.. adik kecik lagi.. nanti adik dah besar.. kalau ada rezeki mama buatkan birthday party utk adik ye..
okla.. nak g join anak2 aku main .. seronok jugak sesekali join anak2 main lego..once again.. happy birthday to muaz.. semoga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki.. semoga menjadi anak yg soleh.. beramal dan bertaqwa.. semoga menjadi cerdik pandai.. dengar cakap mama dan papa ye.. paling penting semoga sentiasa didalam lindunganNya.. aminnn
a plus

Friday, October 31, 2008

we are approaching..

esok malam insyallah kami dapat kunci rumah kami .. maybe pegi tgk2 je.. kalau sempat boleh cuci sikit2.. kalau semuanya berjalan dgn lancar.. ahad bolehla kami masuk rumah tu..
sgt tak sabar.. mesti seronok..hopefully..:)
alhamdulillah..kakak ngan muaz dah baik dr demam... kakak demam sekejap je.. satu malam.. muaz yg demam teruk sikit.. dekat 3 hari.. makan ubat demam sepupu dia je.. lega sikit pagi ni dah baik .. dua malam yg lepas duk tempek cool fever.. mahal sungguh benda tu rupa nya.. utk baby, dekat RM10.. ada 4 keping je lak tu.. kakak punya RM15 lebih.. ada 6.. mahalnya harga barang sekrg nih..pening jugak pikir.. ari tuh tgk kinder bueno.. RM9lebih.. ada 3 paket.. huhuhu.. tak dapat la nak makan kinder lagi dah lepas nih.. tgk berita duk gembar-gembur nak turunkan harga barang.. tapi setakat nih tak turun2 lagi.. harap2 bykla turunnya..

-anak2 sgt happy semejak balik sini.. kawan2 ramai.. main je keje dia..

Wednesday, October 08, 2008

no title

update nih utk semlm.. semlm dah siap taip.. tapi internet takde.. hari ni baru dapat upload..

bgn lambat lagi hari nih.. tak tahu apa masalahnya.. ngantuk je sekrg nih.. keje byk lagi yg belum settle.. risaunya.. semalam bawak muaz jumpa pediatre..last vaccination sebelum balik msia for good.. nanti sambung yg seterusnya kat msia.. punya la semangat bawak kamera nak bergambar dgn doktor kakak dan adik utk kenang-kenangan.. sekali masa khairul tgh try nak amik gambar masa budak2 nih main kat salle d'attende.. sekali dah on takde apa yg menyala.. ingatkan memori yg pening.. rupanya bateri yg dah kong.. punya la tension.. terpaksala snap gambar guna kamera handphone.. huhuhu
malam tadi muaz asik meragam je.. ingatkan tak sedap badan sebab kena injek 2 sekaligus.. tapi dia asik duk pegang peha dia yg belah kanan je.. mula la risau.. khairul kata kalau salah cucuk biasanya kaki akan lenguh2.. mmg sepanjang malam tadi sampai hari ni dia tak nak jalan lansung.. bila dia cuba berdiri.. kalau gunakan force kaki kanan je dia nangis.. tak tahu nak buat camana.. kalau org angkat dia.. tersentuh je kaki kanan pun dia nangis.. pagi tadi bangun masa khairul nak g keje tanya dia sakit lagi ke tak.. dia tak jawab apa2.. cuma dia lansung tak bangun.. terbaring je.. bila tanya mana kaki pun.. dia angkat kaki kiri je.. kaki kanan dia tak nak angkat.. risaunya.. khairul kata nak call dr balg tanya camana.. tapi sampai sekrg takde dpt call dr khairul lagi.. muaz menyusu je sepanjang pagi nih.. sampai la semua org tertido balik lepas khairul g keje.. so far tak tahu lagi la camana kaki muaz nih.. tgg dia bgn sat lagi tgk camana pulak.. harap2 tak melarat la lenguh kaki dia tu...aminnn
balik dr jumpa dr balg.. singgah carrefour.. beli gula2 utk kids.. dan amik jeket.. hantar cuci last saturday.. dah bersih jaket i..hehehe.. balik rumah dpat call dr kawan arab khairul.. nak dtg rumah copy movie.. kebetulan masak laksa penang hari nih.. ajak dia makan sekali.. dia puasa.. tapi dia nak bungkus.. nak bawak balik.. habisla menangis mamat tu makan laksa pedas.. hehe..
semalam masa khairul hantar kawan dia ke metro station.. macam2 benda jadik.. masa turun kat bawah terserempak dgn one of the jury yg akan attend viva dia nanti..borak2 sekejap.. pastu dah hantar kawan dia.. jumpa asmahana.. pastu dia dapat sms dr leenda.. cakap yg semua kotak kami lepas.. hari nih ship to amsterdam..alhamdulillah.. semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminn.. again.. THANKS to UNTI LEENDA...:)
hari nih dah selasa.. tinggal lagi 3 hari sebelum hari bersejarah utk papa.. so sekrg ni masa2 yg sgt busy utk my husband.. so far.. semuanya masih on time.. slide semua dah ready.. tinggal nak practise speech supaya hari tu nanti semuanya berjalan dgn lancar.. mama ngan kakak ngan adik doakan semuanya berjalan dgn lancar.. supaya papa lulus dgn cemerlang nya.. aminnn..mama pulak yg takut.. kuatkan semangat ye papa.. u can do it..insyallah.. aja aja!!
okla.. muaz dah bgn.. so far nampak ok.. dah nak jalan sendiri.. cuma kadang2 dia pegang peha belah kanan tu.. lega sikit la sebab ada improvement. nak g layan diorg la.. a plus

edited: semlm dapat good news dari khairul.. dah dapat e-ticket utk balik msia.. alhamdulillah.. tinggal kereta je takde buyer lagi.. harap2 adala org berminat nak beli kereta kami sebelum kami balik msia next week.. tu je.. chow

Friday, September 19, 2008

we are approaching..

alhamdulillah.. dua hari lepas lori utk amik sebahagian dr barang kami dah dtg.. semuanya berjalan dgn lancar... walaupun lori tu sampai lewat sejam tapi kami sgt2 lega.. 2/3 drp barang2 yg kami nak hantar ke msia dah selamat diangkut pagi tadi.. 30 kotak semua nya for this first wave.. 25 kotak kami punya.. 5 kotak unti leenda punya.. malu je.. macam unti leenda pulak yg tumpang kitaorg..walaupun pada hakikatnya kami yg menumpang unti leenda..hikhikhik.. thanks bebenyak ye unti leenda..:).. sama2 la kita berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminnnn
my hero...

masuk 30 kotak pun byk lagi ruang dlm lori tu.. memula sampai nampak cam kecik je..

muaz dgn unti valerie.. baik makcik nih.. pandai cakap melayu sebab pernah duduk indonesia lama

plannya the second wave.. another 30 boxes... will be after raya.. lega sgt2 dah bila tgk rumah dah kosong.. hampir sebulan jugak kami tido malam berteman kan kotak2.. sesak je bilik tido kami.. dah beberapa malam ni bermula balik zaman indah.. dapat tido dalam bilik normal.. dapat tgk luar rumah dr tingkap..hehehe
lately nih sgt2 busy... sampai sakit2 kepala.. mana taknya.. dah beberapa malam berturut2 kami tido lambat.. malam jumaat sibuk duk menampal declaration letter kat each of box.. malam yg sebelumnya pulak temankan papa prepare slide utk presentation dia.. dua2 malam tido dekat pukul 2 pagi.. malam sabtu tido awal sikit.. awal pun pukul 12 jugak la.. malam tadi la paling teruk .. dekat pukul 3 jugak baru tido..nasib baik sahur sentiasa ada wake up call dr unti cora.. kalau tak.. selamat la jawabnya..

malam jumaat.. bertungkus lumus tampal list of item pada kotak

25 out of maybe 36 of our boxes.. abaikan rumah kami yg bersepah tu ye

kotak2 nih la yg teman kami tido malam



anak2 dua2 batuk.. teruk jugak.. start malam jumaat la.. sampai muntah2... lepas tu sapukan minyak mestika kat dada.. baru la diorg boleh tido nyenyak sampai pagi.. sekrg ni pun masih belum baik lagi..
weekend yg sgt busy.. sabtu malam ada jamuan berbuka puasa aka sambutan birthday irhamm.. cite tu nanti update later..tak sempat nak edit gambar lagi.. a plus

Wednesday, September 17, 2008

updating my blog

lama rasanya tak dapat nak update my blog.. busy sungguh rasanya lately.. busy buat biskut raya..(dah settle).. busy tolong papa settlekan kotak2 yg nak dihantar ke msia.. sampai sekrg nih tak habis2 lagi busy.. rasanya sampai balik msia baru habis busy nih.. i'm going home.. counting the days!!!
semlm my brother ym.. dia cakap dah poskan baju melayu utk muaz.. thanks ye ayah di.. really appreciate it.. harap2 sempat la sampai.. sorry la mak usu nih ngengada pulak gi mintak baju melayu.. hehehe.. getting too sensitive pulak bila pikir yg muaz je takde baju melayu.. :).. jadik rajin la turun bawah check surat next week..:)
adik tak sihat.. selsema yg boleh kata agak teruk jugak.. dr semlm lagi.. so pagi semlm terpaksa la mama dia telan ubat selsema masa sahur.. nak kasik dia makan ubat selsema.. takde pulak doktor kasik ubat selsema utk baby kat sini.. so selain dr ubat yg mama dia makan.. kasik la dia ubat demam dan sapukan minyak mestika kat dada, belakang,ubun2 kepala, betis,dan tapak kaki.. ni dia tgh tido lagi.. kesian betul tgk dia bernafas pakai mulut.. but he's a good boy.. kurang sgt merengek.. kadang tu kita tak tahu pun yg dia tak sihat.. tido malam tu takde jaga lansung walaupun hidung dia tersumbat.. alhamdulillah..
progres adik so far:
-dan byk sgt cakap.. i love u.. adik sayang mama.. kakak cubit.. kakak tolak.. papa cubit.. nak mandi.. nak tukar pers(pampers).. dah boleh buat ayat..
-jalan dah laju

-tgh belajar melompat

-dah pandai ajuk org cakap

-dah pandai berkawan.. pantang bukak pintu.. laju je dia keluar.. pastu dgn selamba nya dia masuk rumah unti cora... aduh.. geram betul la..selagi tak puas main.. kalau ajak masuk rumah.. jgn harap la dia nak masuk dgn elok.. sure menangis punya.. nak kuar.. nak kuar...
-dah pandai gaduh ngan kakak

-dah ingat nama2 org sekeliling dia..

-dah pandai pilih baju yg nak pakai sendiri.. nak baju cantik.. yg ada gambar2.. tak nak baju kosong
-dah pandai cakap nak buang air besar.. hmm tak lama lagi boleh la mama cuba tak yah pakaikan pampers

-dah pandai nyanyi.. ikut kakak dia.

-dah pandai marah org.. ada sekali tu papa dia sakat.. baling bantal kat dia.. tau dia cakap apa?? "hey!!"... "hey papa!!".. siap jeling lagi papa dia.. kelakar betul kami tgk dia masa tu..:)
-suka ikut papa solat.. siap ruku' , sujud, mulut pun bising, siap bagi salam..so cute.. walaupun kadang tu tension jugak sebab dia kacau tempat kita sujud..
-apa lagi ye.. tak ingat dah.. nanti bebila teringat update lagi..
-->cerita pagi ni: muaz bangun je.. semua org kat luar.. bising je mulut dia.. ingatkan dia akan carik mama.. rupa nye.. "mana kakak? mana kakak?".. bila mama tunjuk kakak tgh tido.. baru dia happy.. sayang betul rupanya dia kat kakak.. terharu mama.. siap cium kakak lagi.. so so cute.. mama sayang sgt kat both of you..

adik tgh seronok main lego

rajin posing dia sekrg nih

ops.. sempat lagi nak buat kakak dia..

kakak so far alhamdulillah.. sihat.. cuma ada batuk2 sikit.. risau jugak takut dia berjangkit demam ngan adik dia.. walaupun ada possibility besar utk kena.. hehehe.. biasanya kalau sorang demam dalam rumah nih... semua akan kena.. mama dia pun pagi tadi bangun sahur dah ada ciri2 nak demam.. cepat2 telan panadol.. 2 in 1.. utk mama dan utk adik sekali..
kakak nya progress so far:
-dah pandai claim her right
-dah pandai amik air solat.. walaupun abih basah baju dia lepas tu
-dah pandai ikut papa solat jugak..

-makan byk sekrg ni.. ops.. makan lauk banyak sekrg nih.. ayo.. bahaya tu.. boleh obes.. hehe

-sgt suka memanjakan diri dia dgn org lain..

-sgt suka tgk cerita barbie.. pastu bukan main seronok lagi duk cerita kat mama dia.. dia dah start cuba kenal karakter dalam cerita kartun yg dia tgk..
-jarang melukis lately.. agaknya sebab byk barang dia mama dia dah kemas.. buatkan dia takde feeling utk beraktiviti..
-rajin tolong mama kemas
-dah boleh diharap.. unti cora pun kalau sofea nangis je.. mesti panggil kakak tolong pujuk sofea.. dan mmg kalau kakak pegi.. sofea mesti cool..;)

-apa lagi ye.. takde lagi kot for now.. nanti2 update lagi.. org dah besar nih kita kurang sikit nampak progress dia.. sebab dia dah ada minat yg khas.. so tumpuan dia byk kat benda yg dia suka je..


kakak la yg sungguh2 nak bergambar ngan lego eiffel tower yg papa buat

et voila.. my kids at home.. belakang eiffel tower..:)

papa sekrg nih tgh busy.. siapkan slide utk presentation dia.. esok nak tunjuk kat cikgu.. hehehe.. kesian jugak kadang2 tu tgk papa.. byk betul benda yg dia nak kena settle.. settlekan slide, settlekan kotak.. settlekan benda admin..mintak tiket balik.. settlekan kete kat sini.. byk la benda dia nak kena settle.. surely dalam kepala dia tgh serabut sungguh sekrg nih.. tapi takpe.. u can do it honey!! aja aja!!

okla.. tu je kot update utk kali nih.. till next update.. tata.. a plus