Wednesday, December 23, 2009

23 december

hari ni genap umur muaz 3 tahun.. happy birthday my dear son.. tak sempat nak buat birthday party utk muaz lagi.. nanti ada masa teringin jugak nak buat.. plan hari ni.. papa balik awal.. pastu nak bawak diorg keluar..beli hadiah utk birthday boy.. beli cake dan makan-makan kat luar.. dan macam biasa akan ada aktiviti cop tangan.. hehe..
dah besar dah muaz.. soon dia akan jadi abang... malam tadi.. pukul 3 pagi.. dia kejut.. nak g toilet.. aku tak larat nak bangun.. sempat lagi dia membebel.. mama nih.. tak nak bawak adik g toilet.. terpaksala jugak aku gagahkan diri utk bangun.. aku pulak cam biasa la dah bangun tu susah betul nak tido balik.. lapau.. berbunyi2 perut aku.. aduhhh..
pagi ni kakak bangun awal.. dia yg excited lebih.. awal2 dah siapkan kad utk adik dia.. sayang jugak kakak dgn adik dia.. hihihi..
okla.. byk keje yg perlu diselessaikan pagi ni sebelum papa balik.. nanti2 aku tulis lagi.... daaaa

a plus

Tuesday, December 15, 2009

confirmed!

alhamdulillah.. sabtu lepas kami ke demc.. nak check for pregnancy.. mulanya nak g klinik kat sek 3 je.. sebab ada doktor perempuan.. tapi dah selalu g demc ... takpela.. utk sahkan pregancy je.. nanti nak check up lebih2 kami akan carik doktor perempuan jugak.. tapi mungkin rezeki baby kot.. ada pulak doktor perempuan ari ni.. bukan doktor permanent.. dia buat locum je kat situ..
kena soal soalan2 yg biasa masa first and second pregnancy.. buat urine test.. dan scan utk tahu exact date baby.. alhamdulillah..setakat ni semuanya ok.. tekanan darah, kandungan gula.. semuanya di tahap yg normal.. syukur sgt.. ikutkan mesin scan tu dan berdasarkan tarikh yg aku kasik.. my baby is now dah masuk 8 minggu.. ada satu gambar scan yg doktor kasik.. tapi lom masuk dalam pc lagi.. nanti aku upload later.. sekrg ni tak boleh nak ngadap pc ni lama.. cepat je pening.. agak teruk jugak angin aku kali ni.. cuma lucky me tak sampai tahap muntah2..
kesian jugak kat anak2 aku yg dua org tu.. aqilah dan muaz.. aku tak boleh uruskan makan minum diorg dgn baik.. nasib baik sekrg ni nenek ada.. tapi esok nenek dah nak g rumah my sister.. camana ye? harap2 dah masuk bulan ke empat nanti hilang la mual2 aku ni.. boleh aku concentrate balik kat putera dan puteri kesayangan kami tu..
ok la.. dah start pening.. a plus

Thursday, December 10, 2009

my 7th marriage anniversary

10 december 2002.. 7 years ago.. at my mom house.. ada kenduri yg menyatukan aku dan my husband.. rasa macam baru je berlaku.. rupanya dah 7 tahun kami bersama.. di serikan dgn dua cahayamata yg sgt comel dan ceria.. kakak.. dah 5 tahun sekrg ni.. dah besar dah puteri kami.. muaz pulak.. dalam masa beberapa hari lagi akan menyambut ulangtahun yg ke 3.. kalau ada rezeki kami.. tahun depan kami bakal menerima seorg lagi cahayamata.. aminnn
papa kerja hari ni.. aku kat rumah tokleh buat apa.. kepala berdenyut2.. nasib baik mak aku ada kat sini.. byk membantu aku.. muaz agak rapat ngan nenek.. kurang la sikit dia merenggek dgn aku.. sangat lega.. kakak dah pandai bawak diri sendiri.. hmm.. tokleh nak menaip lama2.. perut sgt tak selesa.. sebu je.. nak makan takde selera.. pendekkan cerita.. HAPPY 7th MARRIAGE ANNIVERSARY TO US.. semoga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.. semoga keluarga kami sentiasa di dalam lindunganNya.. aminn.. je t'aime tres tres fort abang!!