Wednesday, April 30, 2008

Printemps trip 2008 - part IV -

lagi sambungan dr printemps trip kami kali nih.. covering day 7 and day 8..

day 7 -roermond, maasmechelen and luxembourg

pagi2 dah gerak dr amsterdam.. tak sabar sebenarnya nak tinggalkan bandar amsterdam yg sgt busy.. first destination was mac arthur glen netherland, roermand.. kejap je singgah.. tak best.. timberland dia mahal gila.. then gerak ke maasmechelen village, maastricht.. pun tak best jugak.. tak murah sgt.. so berenti sekejap je la.. so.. gerak ke luxembourg.. plan utk visit city of luxembourg... sampai hotel.. rehat kejap.. pastu kluar ke bandar luxembourg.. terkenal dgn jambatan tua dia.. dekat je dgn hotel.. 15 minit.. luxembourg by night.. on the way balik belikan happy meal mc donald utk kakak.. kesian dia takut boring makan nasik.. tak best kat luxembourg nih.. sebab aku tak jumpa satu pun kedai souvernirs.. tension je..
on the way nak g parking dr gare.. carik fridge magnet punya pasal... tapi TAKDE..
city of luxembourg, luxembourg

day 8 - zweibrucken, stuttgart and gunzburg, germany
macam biasa jugak.. pukul 9 pagi kami dah gerak.. target kali ni ke designer outlet zweibrucken, besar sgt.. ada mango, swatch, dan byk lagi la.. mungkin sebab takde sale kot.. sebab tu la factory outlet yg pegi kali ni semua tak best.. rasanya harga yg diorg jual tu boleh dapat kat toulouse masa summer sale... cuma aku tersangkut jugak sehelani baju mango.. hakhak.. new york limited edition.. dalam pukul 12 kami gerak.. berenti kat highway utk makan tghari.. pastu teruskan perjalanan ke stuttgart.. visit bandar dia jugak.. cantik la.. agak baru bandar dia.. terkenal dgn bandar buat kereta.. ada kilang kereta kat situ.. cuma aku tak pergila.. around 7 ptg arrived hotel kat gunzburg.. check in dan rehat utk ke legoland esoknya..

kakak di stuttgart.. germany

muaz pun nak posing jugak..dalam hujan ni.. hujan renyai2..;)

nak tambah sikit.. pasal muaz.. miss satu benda semlm .. aku dah boleh communicate dgn dia.. best sgt.. bila dia buat perangai je.. aku tanya dia muaz nak nenen ke.. dia jawab nak.. dan dia terus ok... cool huh.. hikhikhi

ok for now... lot of things to do.. a plus

ps.. for scenary picture.. please klik here

Tuesday, April 29, 2008

my preciousss

lama rasanya tak cite pasal perkembangan anak2 aku kat blog nih.. byk sebenarnye perubahan yg berlaku pada diri diorg terutamanya muaz yg sedang gigih belajar benda baru.. seronok rasanya bila dapat tgk anak2 membesar depan mata nih.. semua benda baru yg diorg buat aku dapat tgk sendiri.. tak tahula balik msia nanti camana.. nak teruskan tugas sebagai surirumah sepenuh masa macam sekrg atau nak carik kerja.. aku pun tak tahu.. mmg tgh pening pikirkan pasal nih.. kalau ikutkan kawan2 yg aku kenal.. ada la dua tiga org.. semuanya dah tak sanggup nak keje... sebab tak sanggup nak tinggalkan anak2 kat org lain.. tak tahula aku camana nanti.. hmmm... tak nak pening kepala sekrg la.. nanti 2 pikir..
aqilah hari nih genap umur dia 3 tahun, 8 bulan, 9 hari.. dah besar dah anak aku.. tak lama lagi nak masuk 4 thn.. makin nakal.. hehehe.. suuuuka sgt melukis.. masa kami g bercuti hari tu dia mmg tak senang hati bila tak dapat pen dan kertas.. balik rumah ptg tu jugak mintak kertas dan pen.. dan berjam2 jugak dia duk melukis sorang.. nasib baik adik dia pun dah rindu mainan kat rumah nih.. so takde la org kacau dia melukis.. bercakap pun byk sangat sekrg nih anak dara aku yg sorang ni.. sampaikan aku tak larat nak layan.. ABC dah hafal.. Alif Ba Ta pun dah hafal.. paling terer hafal lagu.. haru betul la.. sekali dengar je lepas tu dia dah boleh ikut even lagu tu in french.. ikut bapak betulla.. hehe
umur muaz hari nih genapla 1 thn 4 bulan dan 6 hari.. muaz dah start bertatih .. cuma dia nak bertatih kat luar rumah je.. kat dalam rumah jgn haraplah... tak paham aku kenapa.. dah pandai bila lapar mintak makanan.. semlm aku masak lewat sikit sebab makan ptg lambat.. so semua org kenyang.. lupa pulak yg muaz tak makan ptg.. masa aku masak dia lansung tak nak tinggalkan dapur.. nak aku dukung dia kat tempat masak tu.. bila aku dah bubuh nasik dan daging dalam pinggan....tanya dia nak nasik ke...dah pandai jawab nak.. hehehe.. kesian betulla.. camana mama boleh biar anak lapau nih.. haru betul.. paling ketara sekrg ni dia dah pandai ikut apa yg org lain buat.. terutamanya kakak dia.. kakak dia buang kertas dalam tong sampah.. dia pun sibuk kutip kertas.. pegang sebelah tangan.. sebelah tangan lagi merangkak sampai tong sampah.. pastu buang dlm tong sampah.. sebijik cam kakak dia buat.. seronok aku tgk.. muaz nih manja sgt.. tokleh kena marah.. kalau aku marah.. dia jebek2 je muka.. tapi kalau papa dia marah siapla..terus carik mama pastu menangis cam apa.. geram betul.. setakat ni dia dah boleh ikut byk words yg kami sebut.. papa, mama, kakak, tata, aminnn, awooo(helllo), mmmuah, nak (kalau tak nak dia geleng je), dan banyak lagi la.. seronok sgt tgk baby belajar cakap.. sgt happy..
okla dulu nak kena stop.. nak g buat sambal goreng ikan bilis.. nak buat bekal.. khamis ni nak ikut unti leenda ngan unti cora g jalan2 kat tours.. tgk castle.. insyallah.

Monday, April 28, 2008

Printemps trip 2008 -Part III-

ni nak citer pasal tempat yg paling aku nak pegi.. kaukenhof.. the most photograped place in the world.. lama tunggu nak pegi sini.. minah bunga la katakan.. thn akhir baru papa bawak.. thanks ye papa.. saaaayang u..:p

day 6- kaukenhof, lisse
pagi2 lagi lepas breakfast terus gerak ke lisse.. nak g kaukenhof.. ladang bunga tulip tu.. bukak pukul 8 pagi.. kami sampai dalam pukul 8 lebih.. dah ramai dah org park utk entree park tu.. cuaca tak menentu hari nih.. kejap ada matahari.. dan sekejap mendung.. tapi alhamdulillah.. takdela teruk sampai terpaksa berentikan visit.. seronok sgt bila dah masuk dalam tu.. penuh dgn bunga .. bau wangi sgt.. yg paling banyak bunga tulip la.. macam2 warna .. mmg aku gila la masuk dalam tu.. sampai tak tahu nak posing kat mana.. masa 6 jam yg kami ada tu macam tak cukup je.. tetapi terpaksa dicukupkan sebab ptg tu ada plan nak visit bandar amsterdam.. lunch pun tak sebab tak sempat.. nasib baik masa breakfast dah makan byk2.. mulanya plan nak buat dua round.. rupanya satu round pun tak habis.. huhu.. pukul 3 ptg kami dah bergegas utk balik.. dalam duk carik pintu kluar tu sempat lagi posing.. tak puas.. hehehe.. dalam pukul 4 kami sampai hotel.. lunch.. rehat kejap dan siap2 utk kluar visit bandar amsterdam
gila aku tgk bunga2 ni.. rasa nak petik bawak balik je..

posing kak jangan tak posing.. hikhik

anak dara aku sorang nih.. boleh tahan sekrng nih..

muaz yg manja.. bila cakap boom je terus lentok kepala dia.. suka betul mama

me and tulips..

tulips.. cantik sgt..

day 6 - city of amsterdam
dalam pukul 6 lebih kami siap utk gerak ke bandar amsterdam.. dalam gps tulis 15 minit je.. tapi punya la jam jalan dia.. sejam baru kami sampai.. ngeri betul tgk papa drive kat amsterdam.. dengan kereta yg banyak.. dengan org yg naik basikal pun ramai... bila dah park baru la rasa lega.. dan tak sabar nak balik hotel.. sempat snap beberapa keping gambar je... dan beli sedikit anggur.. dah lama tak makan buah..hehe.. dalam pukul 8 kami dah sampai hotel.. perlukan rehat yg cukup utk lalui lagi 6 hari..
city of amsterdam.. terkenal dengan basikal tuanya.. tapi baru.. most of them naik basikal.. tapi yg peliknye kete tetap banyak.. jalan pun asik jam je.. so boleh la bayangkan kalau semua org naik kete..??

okeyla dulu.. tak larat dah nak menaip.. nanti2 aku update lagi.. a plus


ps.. for scenary picture.. please klik here



Printemp trip 2008 - Part II-

ni nak sambung lagi citer semlm.. termiss satu part masa day 4.. so ari nih nak sambung balik.. hihihi

day 4- bruxelles
ni belah petang bila dah settle brupark.. terus gerak ke bandar bruxelles.. macam biasa la dalam bandar.. g place dan tgk arkitekture diorg la.. tak lama sangat kat sini sebab dah penat.. posing sikit2 dan papa snap gambar utk flickr dia.. kitaorg pun gerak ke hotel.. rehat sebelum mulakan perjalanan esok..
city of bruxelles, belgium

day 5 - Den Haag, madurodam (mini holand)-
pagi2 dah gerak ke den haag, holland.. drive around 2hour and half.. visit madurodam (mini holland) kakak seronok betul pegi park macam nih.. banyak bangunan kecik2 yg cute.. ada train yg bergerak.. dia asik duk kejar train je.. muaz mula2 tu boring je.. bila dah bawak g jumpa caracter sesame street baru dia happy.. lagi happy bila kami biar je dia mewarna kat tempat jumpa sesame street tu... kakak pun happy sgt dapat lepaskan gian dia melukis dan mewarna..
lama jugak stay kat madurodam.. sampai ptg.. lepas tu terus gerak ke hotel.. drive sejam.. check in.. makan ..siap2 dan rehat..
in front of entrance of madurodam

dalam madurodam-mini holland (lagi besar dr mini europe)

rehat time.. bawak anak2 berehat dalam hall sambil jumpa caracter sesame street

atas jambatan mini at rotterdam.. bandar pelabuhan, holland.. penuh ngan lori je highway dia..

ok dulu utk this time.. nanti aku sambung lagi.. gambar bungaaaaa... tempat yg paling aku nak pegi.. hikhikhik

ps.. for scenary picture.. please klik here

Sunday, April 27, 2008

Printemps trip - Part I -

lepas gian betul aku hari nih.. mana tak nya.. dah byk hari tak dapat update blog.. dan dengan keadaan internet yg tak berapa stabil ni.. tu yang nak post semua cerita hari nih.. huhu.. day 1 aku dah sempat update masa kat hotel hari tu.. so aku sambung dengan day 2

day 2 - st malo and mont st michel
dalam pukul 9 kami gerak dr la rochelle ke st malo.. 4 jam driving + berenti rehat sekejap.. arrived st malo dalam pukul 1 tghari.. cantik sgt st malo.. luas sgt rasa pantai dia.. bangunan kat sekeliling dia buatkan dia special.. cuaca pun cantik.. tapi dapat ambik gambar sikit je.. pastu hujan turun.. s kami decide utk makan tghari dan tukar pamper anak2.. settle je makan dan tukar pampers.. alhamdulillah.. cuaca kembali terang..
muaz dah seronok main pasir.. asik berebut je pengorek pasir ngan kakak dia.. -st malo-

view pantai dr castle at st malo

ptg kami gerak ke hotel porte de mont st michel.. driving around 1 jam je.. sampai hotel.. check in dan rehat kejap dan terus siap2 utk visit mont st michel.. bangunan besar kat atas bukit yg dikelilingi laut.. kami sampai masa air surut.. tak tunggu air pasang sebab lewat sgt.. hanya dapat tgk laut yg kering macam padang pasir.. sgt terkagum.. hehe
view dr atas mont st michel.. laut yg tgh kering.. air pasang pukul 12 mlm dan 12 tghari at that time

vue mont michel dr jauh... nampak sayup2 je.. snap pagi esoknye sementara menunggu alligator bay bukak.. dapat matahari pagi lagi..:)

day 3 - alligator bay and factory outlet roubaix
sebelum gerak ke lille kami sempat singgah alligator bay.. aqilah excited sgt nak tgk buaya.. aku pun interested jugak.. cuma sgt takut.. buaya tak takut sgt.. tapi masa masuk labyrinth yg ada snake and biawak tu yg buat aku ngeri je.. sgt tak suka tgk bendalah tu..
pukul 11 settle dan terus gerak ke lille.. drive around 5 jam jugak + berenti rehat.. sampai roubaix dalam pukul 5 ptg.. sekali pusing je factory outlet tu.. tak best la.. mahal jugak.. kalau kat toulouse sale boleh dpat lagi murah dr tu.. gerak ke hotel kat lille utk rehat..
sempat lagi posing sementara menunggu pintu bukak.. lewat la dia bukak.. pukul 10 pagi.. org nak cepat nak gerak g tempat lain.. boring je.. hikhik

day 4 - brugge and bruxelle
gerak dr lille ke brugge.. drive dlm sejam 15 minit..bandar dalam belgium.. cantik sgt.. bangunan dia dah start pelik2.. banyak canal..
bandar brugge.. cantik kan.. bandar kecik je.. tapi worth it to visit..

kakak yg tak habis2 nak bergambar dgn kuda.. -brugge, belgium-

tghari gerak ke bruxelle.. sampai hotel.. check in dan bersiap utk ke brupark.. ada mini europe kat situ dan atomium.. ptg on the way balik terus singgah bandar bruxelle.. kejap je sebab takde apa sgt yg menarik.. pada aku brugge lagi cantik.. very nice town
atomium, bruxelles

mini london at brupark, bruxelles


ok dulu for today.. a plus

Printemps trip 2008 -map-

peta trip yg paling besar yg kami buat.. maybe this is the last trip yg melibatkan 12 days .. cover belah atas france .. masuk france benelux (belgium, holand and luxembourg) dan masuk german utk ke legoland.. sekrg just tinggal trip2 kecil.. itupun kalau masih ada budget.. hehe.. poket kering sekrg nih.. hikhikhik..

its roller time

dah lama nak upload gambar nih.. tak sempat je plus dgn takde internet.. gambar aqilah dgn roller blade nye.. seronok tgk dia dah pandai main roller sekrg nih.. berani betul anak dara aku sorang nih.. macam2 gaya dia nak tiru.. pantang kawan2 dia buat dia nak try.. apapun seronok tgk dia ceria bermain roller blade..

tak rugi mama dan papa belikan roller blade utk kakak.. dia betul2 main.. tak macam mama.. simpan je kat bawah katil.. hehehe

semua nak sama dgn kawan2 dia.. hehe

no title

pening betulla la internet connection kat rumah aku nih.. dah banyak hari try tak dapat.. org lain semua dapat.. tup tup semlm try dapat pulak.. tak tahu apa masalah dia.. apa pun happy sgt dah dapat internet.. boleh la aku update macam biasa...
penat betul lately.. tak sempat nak rehat lagi since balik dr printemps trip rabu lepas.. banyak betul agenda yg tak dirancang berlaku.. walaupun penat tapi seronok.. alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar.. kami selamat sampai toulouse pukul 3 ptg hari rabu.. seronok sgt dah sampai rumah sendiri... bukan la maksudnya gi jalan2 tak best... best sangat.. cuma mana nak sama dgn rumah sendiri.. lagi selesa.. 12 hari duk makan nasi dgn rendang dan serunding dan sambal goreng ikan bilis(tahan sampai day 8 je) .. tapi berselera je makan.. cuma anak2 je slow sikit.. diorg suka makan nasi dgn sup..
aqilah dan muaz dah start get use dgn cara hidup masa berjalan.. tido pukul 10 mlm paling lewat dan pukul 7 pagi dah bgn.. dan terus mandi utk g breakfast.. takde masalah mandi pagi lagi dah.. cuma semlm dan kelmarin tokleh nak elak.. bersosial sampai pun 1 pagi.. diorg pun tahan mata.. ni yg sekrg ni aku sorang je yg dah bgn.. yg lain semua tgh tido.. penat tak habis lagi..
okla.. nak stop dulu.. nanti aku update cerita dan gambar masa trip printemps hari tu.. a plus

Sunday, April 20, 2008

muaz tatih

seronoknya hari nih.. muaz dah start bertatih.. baru dua tiga tapak je la tapi.. maybe sebab dia tgk ramai budak2 duk berlari kut.. happy sangat.. alhamdulillah..
pasal trip pulak.. hari nih masuk hari ke 9.. 3 days to go.. alhamdulillah.. hari nih kami dah masuk semula ke france.. so far.. semuanya masih on schedule.. cuma hari ni dah terasa sikit penatnye.. hopefully semuanya berjalan lancar.. aminnn

Wednesday, April 16, 2008

printemps trip 2008- suite-

hari nih masuk hari ke 5 trip kali nih.. penat sangat... 7 days to go.. alhamdulillah.. so far semuanya ok.. sekrg nih baru je lepas breakfast kat etap hotel brussel.. makan baget kenyang2 sebelum teruskan perjalanan ke holland.. setakat 4 hari yg lepas.. lunch and dinner kami masih makan bekal yg kami bawak.. serunding daging, rendang daging dan sambal goreng ikan bilis.. rasanya sampai day 12 pun bekal kami masih cukup.. cuma kadang2 belikan jugak fries utk aqilah dan muaz.. takut diorg boring makan nasi.. hopefully semuanya berjalan dengan lancar... aminnn..
okla.. nak kena siap2.. nak jalan dah.. nanti ada masa aku citer lagi.. sekrg nih dah subscribe internet 10 jam dengan orange.. 15 euro.. boleh pakai dalam masa sebulan kat mana2 orange nye hotspot..
ok.. chow

Sunday, April 13, 2008

printemps trip 2008 -day 1 la rochelle & ile de re-

sambil tgg nasi masak.. kemas2 barang utk gerak ke next destination.. nak upload gambar semlm..ada internet kat hotel la katakan.. hehehe

la rochelle

la flotte, ile de re

Saturday, April 12, 2008

printemps trip 2008

first day trip kami start today.. sekrg kami kat hotel premiere class la rochelle.. rehat kejap sementara tgg waktu solat dan nak g pantai lepas.. so far.. alhamdulillah semuanya ok.. hopefully semuanya berjalan lancar.. amin..
to be updated..

Tuesday, April 08, 2008

day6 - venice part II

suite: lagi gambar2 kami kat venise.. byk sgt gambar sebab kami stay sehari suntuk kat situ..

masa ni muaz dah bgn.. baru la ada gambar hero kami nih.. buruk kan bangunan dia.. tapi cantik

-Le pont du Rialto, venise-

semoga bahagia ke akhir hayat.. aminnn

adik jeles mama peluk kakak

barula adik ok..:)

paling seronok.. soping time..

to be continued..

day6 - venice part I

lagi sambungan trip italy kami yg lepas.. paling suka hari ni.. dah lama teringin nak pegi venise.. walaupun bandar buruk tapi cantik dan pelik.. bandar yg dikelilingi air.. tak tahu la sampai bila dia boleh bertahan.. takde apa nak cerita.. tgk gambar je la ye.. ;)

10 euros perperson, aqilah ngan muaz free ;p

eh segan la pulak..;p

sorry la pa.. tak reti nak edit la.. gelap kan..:(



muaz tido.. so takde dalam gambar nih.. -basilic st marc-

kasik makan burung.. kena beli makanan dia... 1 euro perpack kecik

-basilic st marc- pun takde muaz.. pun sebab dia tido.. kesian adik kan.. hehehe


to be continued...

day 5 -rome-

ni pun gambar2 lama jugak.. tak sempat nak update masa tu..

papa at colleseum, rome.. gelap sikit la gambar nih.. tak reti nak edit

my family.. my precioussss

kakak.. dgn mafla yg mama buat.. ngeh ngeh

suite: paris-disneyday-toulouse 2007- last episode

tgh duk tgk2 gambar lama.. jumpa pulak gambar g disney last year.. ada lg yg lom update.. so aku pilih sikit2 dr gambar yg ada utk letak kat blog nih.. utk kenang-kenangan..

day 3 at disneyland resort.. kejap je stay sini.. sebab hujan.. mmg target nak amik gambar ngan mickey dan minnie je.. aku letak gambar nih je sebab gambar ngan mickey tak cantik .. sebab hujan dan rushing..

i'm in love

visit tour eiffel just before balik toulouse

kakak melompat..

dalam tgv on the way back home

muaz yg tak berenti main.. seronok tgk..

ni lah keje muaz.. sakat kakak dia.. hehehe