Friday, January 30, 2009

la suite: selamat bercuti

ok.. nak sambung cerita cuti2 kami kali nih.. hari sabtu kami mmg penuh diisi dgn2 keje2 kat rumah.. settle semua keje pasang lampu.. sempat jugak simen sedikit bahagian kat belakang rumah kami.. tak boleh nak habiskan semua.. penat buat benda tu sebenarnya.. nak gaul simen paling seksa sekali.. sekali dah berenti simen.. hujan la pulak.. nasib baik hujan renyai2 je.. dah lewat petang.. jiran sebelah call.. diorg ada organize picnic kat janda baik.. tanya nak join ke tak.. kebetulan kami mmg takde apa2 plan esoknya.. cuma tgg my sister dtg je.. papa join diorg meeting dan setuju utk join sekali.. mlm tu diorg prepare ayam dan kambing utk bbq kt janda baik.. aku tak join pun.. sebab tak perasan.. dah dekat pukul 10 mlm baru perasan.. cepat2 suruh papa join.. dah nak settle dah pun.. plannya.. gerak hari ahad pukul 8.30 pagi.. balik hari..
ahad... pukul 8.30 kami dah ready.. kami cuma bawak air je dua bekas.. yg lain2 semua diorg sediakan.. tong tong duit.. dalam pukul 9 lebih baru gerak.. sejam lebih sampai.. semua pangkin dan penuh sebab kami tak book awal.. so bentang tikar dan bukak khemah yg kami bawak je.. papa busy snap gambar.. aku pulak bawak anak2 g main air.. bukan main air sgt pun.. duk je dalam kapal itik diorg.. tak tahan sejuk dan tak nak pijak batu2 kecik tu...kejap je stay dalam air.. naik... makan nasi lemak.. pastu kebetulan ada pangkin kosong utk disewa.. so kami pindah ke tempat yg lebih selesa.. siap ada tempat utk bbq.. diorg pun memulakan upacara membakar ayam dan kambing dan sausage.. aku pulak bergegas pegi toilet utk tukar baju kami anak beranak.. kakak tak habis2 merenggek mintak tukar baju.. cakap dia dah tak nak main air lagi dah.. so dalam pukul 12 dah habis dah upacara main air utk kami bertiga.. dah settle tukar baju kami makan lagi.. pastu kakak ngan adik aku biar duk dalam khemah.. aku borak2 ngan jiran2.. masa ni je pun nak berkenalan dgn lebih rapat.. bukan selalu jumpa..kecuali jiran yg sbelah rumah je.. belah ptg masa utk papa pulak main air.. kelakar bila tgk org tak reti berenang main air.. hehehe.. sorry ye pa... dalam pukul 4 lebih kami gerak balik.. singgah beli durian kat kg melayu subang.. terus balik rumah.. aku mmg dah tak larat sgt dah masa tu.. sakit gigi.. pipi dah bengkak sikit.. sampai rumah sempat jugak makan durian.. pastu lelap sekejap.. suruh papa kejut pukul 6.45 nak solat asar.. bangun tido aku rasa makin tak sihat.. dah demam.. pipi makin bengkak.. mintak papa tuamkan.. sekali makin tuam makin bengkak.. aduh.. tension betul.. dah tak nampak cam muka aku dah.. bengkak sebelah muka.. camana nak join mak uda g tunang sepupu papa ni.. hopefully esok baik la.. pukul 10 lebih sms my sister.. tanya dah sampai kat mana.. sekali dia balas cakap masih kat rumah my mom.. anak dia tak berapa sihat.. huhuhu.. sedihnya..
masa baru sampai kat janda baik.. papa2 semua tgh siapkan tempat utk kami lepak.. kecuali papa kami yg busy snap gambar

mama dah masuk air.. anak2 dah tak sabar tgk kawan2 dia main

seronok je kakak ngan adik ada org yg tolak.. mama yg seksa sakit pijak batu.. belum kira batu licin lagi.. ngeri je..

statik je mama .. malas nak gerak byk2..

mama dah duduk.. hehehe.. pusing my kids dr satu tempat je..

benda yg selalu buatkan aku nak join diorg nih.. ada kambing bakar.. wah.. sgt sedap dan sgt suka

one of my neighbour

papa tgh seronok guna kapal itik our kids.. pecah jugak ni karang

my turn to snap photo of papa.. hehehe.. kesian dia selalu takde dalam gambar.. look like he's enjoy main air.. hahaha

jeles pulak tgk papa main air2 lama2 nih.. kalau tak pikirkan leceh nak tukar baju mesti kami pun dah join balik

papa and our neighbour

adik.. baru keluar dari khemah two second yg kami bawak.. hehe

isnin.. bangun pagi papa cakap bengkak aku masih tak surut.. papa ajak g klinik.. tapi aku tak nak... takut jumpa dentist.. tgk kat cermin.. mmg masih teruk bengkaknya.. terus cancel nak g majlis tu.. rehat kat rumah je sepanjang hari.. kononnya tak nak masa cuti dihabiskan macam tu je.. sudahnya seharian aku tido je.. kita hanya manusia.. hanya mampu merancang.. ptg tu ada org tekan loceng,,, sekali tgk mak uda dah ada depan pagar.. berlari aku naik atas.. dah ptg belum mandi lagi.. malunya.. tapi takpe... org sakit sentiasa ada excuse..dah settle mandi.. malunya nak turun.. dgn bengkak kat pipi.. tapi turun jugak.. masa diorg balik.. aku dah rasa makin sakit.. pulak tu dapat call dr my sister dr kelantan cakap on the way..maybe bermalam rumah aku.. esok nak ajak g ikea.. terus ajak papa g klinik gigi.. carik kat sek 9.. semua klinik gigi tutup sebab raya cina.. pegi demc je lah.. doktor kasik ubat tahan sakit dan antibiotik.. on the way balik singgah beli makan malam.. sampai rumah dinner dan makan ubat.. solat.. pastu terus kemas rumah.. rumah agak berantakan bila aku sakit.. siapkan bilik utk my sister yg akan sampai.. nasib baik dah makan ubat.. kurang la sikit sakitnya.. pukul 1 lebih my sister sampai.. diorg tak jumpa jalan.. so kami jemput kat kg baru sg buluh.. sampai rumah buat air panas.. dan semua org tido..
selasa.. bgn pagi.. papa g beli nasi lemak utk tetamu.. aku sediakan air.. sarapan pagi dan kami semua keluar g ikea.. lama jugak duk dalam ikea.. pastu dah settle shopping kat ikea.. kami lunch kat the curve.. lepas tu window shopping kat the curve.. my sister sakan betul shopping.. dalam pukul 4 lebih kami gerak g rumah my sister kat shah alam... ada family gathering kat situ.. my sister masakkan nasi dagang.. seronoknya.. dah lama betul rasanya tak jumpa adik beradik kat sini.. stay sampai pukul 9 lebih pastu kami gerak balik rumah.. sampai rumah je.. baring kat depan tv.. semua terlelap.. terjaga pukul 3 lebih.. solat isyak dan sambung tido..
rabu.. pagi2 kami keluar g bank.. settlekan akaun bank aku.. dah lama nak buat.. tak sempat je.. settle at 12.. g lunch kat giant 13.. pastu terus balik rumah..papa ada appointment nak g french ambassy pukul 4 ptg.. nak collect sijil dia.. aku nak ikut tapi papa tak kasik.. tension betulla.. satu hari aku merajuk hari tu.. sudahnya aku layan australian open 2009 sorang2.. geram betul dgn papa ni.. bila dia balik.. terus cakap.. nasib baik mama tak ikut.. sesak org kat dalam lrt.. pastu nak jalan dr ampang park ke ambassy tu bukan dekat.. tapi dia pujuk sikit sangat.. sampai malam aku merajuk.. papa ajak makan luar pun tak nak.. dah lapar aku masakkan bihun sup utk dinner malam tu.. berselera betul kakak makan.. bertambah2.. papa pun cakap dia suka.. tak tahu la betul2 suka.. atau sebab nak pujuk aku.. hehehe.. itula cerita cuti2 kami kali ni.. berakhir dgn aku merajuk.. hehehe..

souvenir dr taiwan from kak ani.. suka sgt.. tq

souvenir dr taiwan jugak.. table rounder ke org panggil benda ni.. also from kak ani..tq lagi

kain pasang dr bandung from kak ana.. kembar kak ani.. hehehe.. sukanya.. boleh la tempah utk pakai kawin my cousin bulan 3 nanti..

gaun from taiwan for my daughter from kak ani.. aqilah suka sgt.. dapat2 je terus pakai.. merci beaucoup..

okla.. nak kena stop dulu.. dah tghari.. panjang pulak karangan kali nih.. nak kasik kids makan tghari.. a plus

Saturday, January 24, 2009

selamat bercuti

yeay!!!! papa cuti sampai rabu.. bestnya... 5 hari.. apa nak buat ek.. hari nih first day cuti.. pagi2 bangun.. sarapan.. makan nasi lemak semlm.. pastu ajak papa cabut rumput kat belakang rumah.. banyak betul ulat2 kat tanah belakang tu.. papa pun rimas.. decide utk beli simen.. nak simen nipis2 dulu sementara.. so settle cabut rumput.. gunting rambut papa.. pastu papa gunting rambut adik.. siap2 keluar g kedai hardware kenyik.. best la kedai tu.. macam2 ada.. rasanya harga dia pun ada berpatutan.. simen yg 50kg tu diorg jual 14.50 je.. dah settle kat kedai hardware.. pegi kedai stationary becon.. nak beli whiteboard.. tutup la pulak.. dah alang2 sampai shah alam terus singgah giant utk beli barang rumah.. settle shopping dah lapau pulak.. lunch kat situ.. pukul 1.30 kami dah sampai rumah.. kemas barang2 yg baru beli.. hehehe.. seronok dapat bekas beras .. dah lama nak beli.. tapi carik asik tak jumpa je.. nasib baik nak raya cina.. diorg jual bekas beras yg kayu tu.. sepat jugak rehat 30 minit.. naik solat.. dan sementara tgg papa solat aku update blog.. sat lagi nak sambung keje.. papa nak pasang lampu kot.. tgg kurang sikit panas nak simen tanah belakang rumah.. okla.. nanti aku cerita lagi apa yg kami buat masa cuti nih.. kalau boleh tak nak masa cuti habis macam tu je.. oh ye.. esok maybe kakak aku yg kat tganu turun.. bestnya.. tak sabar tgg diorg.. nak main ngan baby zaim.. okla.. papa dah tgg kat bawah.. a plus..

Thursday, January 22, 2009

short update

tak sabar nak tgg friday.. hehe.. lepas tu papa cuti sampai selasa.. bestnya.. so far takde apa2 plan lagi.. except nak join sepupu papa bertunang on monday.. mula2 hari tu ingatkan khairul ada meeting kat tganu.. so dah alang2 ke tganu.. cuti pun ada .. kami plan nak balik kelantan.. tup tup.. meeting kat tganu cancel.. hancur semua harapan aku nak balik kelantan.. takpela.. kumpul duit utk balik bulan 3 nanti la.. kalau ada rezeki boleh balik masa my cousin kawin..

perkembangan terbaru kakak semenjak sekolah:
-masih rajin dan seronok nak g sekolah
-dah senang utk tido malam
-senang kejut bangun pagi.. most of the time dia yg terjaga sendiri.. pastu kelam kabut cakap dah siang.. kakak nak g sekolah
-dah boleh accept breakfast di awal pagi.. selalunya kena paksa.. sekrg nih dia yg mintak nak milo panas
-yg susah sikit bila time nak buat homework.. dia selalunya nak cepat siap.. so buat laju2.. aku pulak bila tak puas hati suruh dia buat balik.. suruh buat elok2.. mula la dia payah sikit.. sampai bergaduh ngan mama.. geram betul.. sampaikan kadang2 tu terpaksa tgg papa balik la settlekan dia..
-dah kenal banyak huruf.. dan dah pandai mengeja.
-dah mula kenal word in english
-dah rajin nak solat kat rumah
-asik selawat je kat rumah.. walaupun tak berapa betul lagi sebutan dia.
-dah boleh mandi sendiri
-dah pernah tak pergi sekolah satu hari.. sebab dia demam selsema
tu je update ttg kakak semenjak g sekolah tadika.. adik pulak...

adik semenjak kakak g sekolah:
-makin rapat dgn mama.. makin manja.. tak g jauh dr mama.. mama kat depan pc.. dia ada kat sbelah.. mama kat dapur.. dia pun kat dapur...mmg sentiasa melekat je ngan mama.. bila kakak balik dari sekolah .. baru la dia start main
-dah pandai kira 1 hingga 3
-dah pandai baca abc
-kakak buat homework dia pun sibuk nak buat jugak.. mesti ada pensil dan buku utk dia jugak.. kalau tak dia kacau
-dah pandai eja mama.. hehehe.. sebab selalu sgt dengar kakak eja mama.
-masih belum berenti minum susu.. ayoo.. susah sikit nak ajar muaz berenti minum susu.. dulu kakak senang je
-makin manja dgn kakak.. macam biasa.. bila kakak g sekolah.. asik tanya kakak kat mana..
-minat main kereta sekrg nih.. bila naik atas dia akan carik kereta2 kecik dia.. susun banyak2 dan main sorang.. bila turun bawah.. dia main kereta dan basikal dia.. senang nak ajar muaz setakat nih..
hmm.. tu je yg termuncul kat kepala sekrg nih.. nanti dah ingat aku update lg.. lagipun dah nak start bekerja.. lama sgt dah duk depan pc nih.. a plus

Thursday, January 15, 2009

tak best

dah dua hari.. seksanya rasa.. huwaaaaa!!!!

Tuesday, January 13, 2009

last weekend:cerita bergambar

weekend lepas.. tak tahu la ada weekend ke tak.. sabtu papa ada meeting dan bengkel kat ofis.. so kami tiga beranak lepak rumah je lah.. leenda passed by bagi ikan tongkol.. hehehe.. tq.. plannya ptg papa balik nak g shopping barang rumah.. ahad pagi nak g sek 13 beli lauk.. sekali pukul 4 lebih papa call.. suruh pack baju.. pegi IOI resort.. esoknya ada meeting.. hancur semua plan aku.. busy betul papa sekrg nih.. sabtu ahad pun keje..okla.. tgk gambar ye..

pukul 7mlm ..kat palm garden hotel.. baru lepas check in.. tgh tgg pukul 7.45.. jumpa kawan kerja papa kat lobby
kakak..

mama

kakak lg.. gambar adik ngan papa takde.. adik tak duk diam.. gambar sume gegar

papa ngan kakak.. yunkee's hut

papa ngan adik ngan kakak

mama pulak dgn kakak dan adik.. masa nih dah kenyang .. teringat pulak masa kawan2 mama belanja last two years.. menu pun lebih kurang sama

mama and rakan kerja papa

semua dah kekenyangan


balik hotel dlm pukul 10 lebih.. siapkan anak2.. gosok baju.. solat dan tido.. esoknya pukul 6 suku dah bgn.. mandi dan kejutkan anak2..pukul 7.15 dah ready utk g breakfast.. sincerely speaking.. breakfast dia semua tak sedap..chinese food.. sgt tak sedap.. ingatkan ada nasi lemak.. by 8 papa dah ready utk masuk bilik meeting.. sekali kawan dia cakap meeting start at 9.. so papa bawak kami ronda2 kawasan sekeliling.. tunjukkan swimming pool.. bawak kids main kat playground.. sekali meeting lewat lg start.. pukul 10.. sempat lg papa teman kids main kat pool.. tapi main kejap je sebab kami tak prepare things utk swim pun.. ad hoc la katakan.. pukul 10 papa g meeting.. kami pun naik bilik.. adik sambung tido.. kakak layan kartun.. pukul 11 lebih.. kejutkan anak2.. kasik diorg berendam air panas kat bathtub.. kesian diorg sejuk.. aircond bilik tak boleh nak control.. pukul 12 dah ready utk check out.. kids dah tak sabar nak beli mknan.. semua dah lapau.. sekali papa call cakap meeting habis pukul 1.. mengamuk la budak2 nih.. puas aku pujuk.. nasib baik ada pen dan kertas.. ajak melukis baru cool diorg nih.. pukul 1.. aku bawak kids abd bags.. tgg papa kat conference room.. check out dan terus gerak ke nearest mcdonalds.. lunch.. pastu singgah rumah my brother in law.. nak ambik my sis in law..papa.. cam biasa bila sampai rumah abg dia tu.. mesti nak lelap jugak.. so lepak sekejap.. pastu dalam 3 lebih pegi jusco dekat situ jugak.. ingat nak beli carseat utk adik.. tapi cancel sebab mahal sgt.. tgg next bajet.. beli barang mama je sebab nak habiskan voucher.. pastu balik balik rumah abg papa.. lepak lagi.. lewat ptg pegi pasar malam bandar kinrara.. ingatkan nak beli lauk sebab lauk kami dah habis kecuali ada ikan tongkol yg unti leenda kasik.. tapi apa pun kami tak beli sebab semuanya mahal.. at last kami singgah kat giant bandar kinrara.. beli barang rumah dan lauk... balik rumah abg papa dalam pukul 9.. dinner kat situ dan balik rumah.. sampai rumah dekat pukul 11.. nasib baik kakak dah tido dalam kete.. esok nak sekolah.. aku balik cam biasa.. bukan boleh terus tido.. kena masukkan lauk dalam petiais.. kemas barg2 yg baru beli.. clearkan sinki.. mandi dan solat.. baaaaaaaru boleh tido.. esoknya.. pukul 6 suku dah bgn.. weekend dah habis.. rutin harian bermula.. solat subuh.. turun masak air.. siapkan secawan air dan roti utk papa.. naik atas balik.. kejutkan kakak.. mandikan kakak.. siapkan breakfast dan bekal utk kakak.. siapkan beg.. hantar dia kt depan rumah.... pastu settlekan adik.. bila tinggal berdua.. adik jadik kawan mama.. mama jaik kawan adik.. hehehe.. oh ye.. semlm kakak dah ada homework.. ptg dah bertambah rutin aku utk ajar dia buat homework.. hari nih pun ada.. lum buat lagi.. okla.. dah pukul 2 ptg... kids belum lunch lagi.. tadi kakak balik sekolah dah makan coco crunch .. kenyang lagi.. ni baru ngadu lapar.. kena berenti sekrg.. kang merajuk pulak anak2 manja aku tu.. a plus

kat rumah my biras..mak uda.. last sunday.. tgh makan kerepek ubi perasa ayam dan perasa blackpepper.. sedap.. nyum2.. muaz bila tgk gambar nih dia cakap nak lagi.. nak lagi..:)

Wednesday, January 07, 2009

photos: muaz's second birthday

since routine dah berubah semenjak kakak sekolah.. aku ada banyak masa free.. mana taknya.. bgn subuh.. terus tak tido2 sampai sekrg.. kalau biasa tu.. lepas subuh mesti sambung tido balik ngan budak2 nih.. bangun balik dah pukul berapa.. mandikan anak2.. lepas tu sediakan sarapan.. mmg sampai tghari baru settle.. sekrg nih.. lepas kakak g sekolah.. sapu sampah kat lluar rumah sikit.. cabut2 rumput.. siram pokok..(dah ada byk pokok sekrg ni.. daun pandan, limau purut, limau nipis dan limau kasturi, pokok serai, daun kari, daun bawang dan daun kuchai)k, kemas rumah.. mandikan adik.. pukul 9 dah settle.. so sempat la nak edit gambar.. gambar masa birthday muaz last month tak sempat upload lagi kat sini.. ops.. before tu.. nak citer sikit pasal kakak semlm.. aku pegi jemput dia kat sekolah.. tapi dia nak naik van.. okla.. aku pun mmg nak biasakan dia naik van.. tapi punyala semlm kelam kabut.. cikgu sekolah dia tak kasik add rumah aqilah.. punya la lama aku tgg kat rumah.. tak sampai2 jugak anak dara aku tu.. dah risau.. tanya akak sebelah.. biasa ke lama macam nih.. akak tu pun terperanjat sebab aqilah tak sampai lagi.. bila tgk anak jiran aku yg naik van sama2 dah sampai mula la aku panik.. terus call akak yg bawak van tu.. rupanya dia takde add aqilah.. so dia patah balik ke sekolah nak amik address.. lega sikit.. tak lama lepas tu.. dia pun sampai.. nasib baik tak nangis.. tinggal dia sorang je dalam van..dah sampai rumah.. tanya la dia best tak g sekolah.. dia kata best.. esok nak g sekolah lagi tak.. dia kata nak... aku pun lega la.. sekali malam tadi.. bila kami suruh dia naik tido.. dia tak boleh tido sebab dah tido byk siang.. nangis2 tak nak tido sampaikan cakap tak nak g sekolah.. risau jugak.. bgn pagi tadi pun susah.. mana taknya pukul 12 baru tido malam tadi.. puas aku pujuk dia.. baru dia nak pegi.. sepatutnya naik van.. tapi jiran sebelah offer tumpang dia.. aqilah tak nak naik.. dah aku kena ikut sekali.. geram betul la aqilah nih.. so esok dia akan naik van balik la.. so.. ari ni semuanya ok.. kakak sampai awal dr sekolah.. dan dia kata seronok kat sekolah.. hopefully dia akan continue macam tu.. belajar rajin2 kak.. hehe..
adik pulak.. kesian mama tgk.. masa kakak g sekolah.. asik tanya mana kakak je.. bila mama cakap kakak g sekolah.. dia cakap tak... kakak ada kat atas.. pastu mula la dia ajak mama dia naik atas.. kesian betul.. pastu asik duk cakap.. ma.. adik nak.. adik nak.. bila aku tanya adik nak apa.. dia cakap adik nak sekolah.. alahai anak oii.. tggla.. kalau mama rajin nak keje.. adik mmg kena g nursery.. hehehe
okla.. banyak pulak selingannya.. enjoy the photos ya..

adik tgh praktis tiup lilin

panas mama.. last2 kakak yg tiup

terlewat upload gambar nih.. ni gambar upacara akhir.. cop tangan

acara potong kek

adik tgh teruja tgh hadiah birthday dia..:)

sedapnya chocolate cake yg papa beli

three red indian.. hikhikhik..

adik dah start seronok main cat tangan..

okla.. nak siapkan lunch for three of us.. lapau la.. nanti citer lagi.. a plus

Tuesday, January 06, 2009

kakak: first day at school and new routine for mama

today is the first day kakak to school.. bangun pagi tadi bukan main excited dia.. malam tadi pun suruh naik tido agak senang compared sebelum2 nih.. aku pun agak excited jugak.. mana taknya.. first time hantar anak g sekolah.. so rutin aku completely change.. bgn subuh dah tokleh tido.. kena bergegas2 siap.. dan siapkan aqilah.. kena prepare breakfast.. tadi papa pun join sekali hantar kakak.. semlm dia cakap tokleh hantar sebab ada meeting pagi nih.. tapi tetiba dia tukar pikiran.. mesti excited jugak nak hantar kakak g sekolah.. rasa macam cepatnya masa berlalu.. tahu2 anak sulung kami dah masuk tadika.. hopefully dia enjoy kat sekolah..
masa hantar tadi.. kakak buat muka suprise je.. dah sampai sekolah.. dia macam tak tahu nak buat apa.. kami hantar sampai atas.. sampai dia duduk kat kerusi dalam kelas.. muka cam nak nangis pun ada.. bila kami cakap nak balik dah.. dia cakap ok.. salam mama, salam papa.. siap salam adik sekali.. aku mmg rasa berat hati nak tinggal.. takut dia nangis sebab ada jugak budak2 yg nangis.. takut benda tu pressure kakak.. nasib baik kawan dia yg duduk sebelah rumah nih pun sekelas ngan dia.. mungkin selesa sikit kot.. hopefully la.. sat lagi aku nak g ambik kakak.. ari nih habis pukul sepuluh.. patutnya naik van.. tapi first day takpela.. mama g ambik.. rasa sunyi pulak bila kakak takde kat rumah.. adik pun asik duk tanya kakak je.. pastu tokleh berenggan dgn mama... selalu mian ngan kakak.. kesian adik.. nanti kalau mama keje mama hantar adik g sekolah jugak ye.. hehe
okla.. ni ada beberapa keping gambar kakak on her first day school..







okla.. kena stop dulu.. nak g ambik kakak.. citer dia camana kat sekolah.. nanti aku update later.. kena tanya dia dulu sat lagi.. a plus