Showing posts with label all about aqilah. Show all posts
Showing posts with label all about aqilah. Show all posts

Friday, August 13, 2010

latest photos of my kids

my eldest daughter.. another 7 day before her 6th birthday!!.. dah berjaya puasa penuh dua hari.. hari ni pun cuba jugak.. harpnya berjaya..aja aja


my only son so far.. belum masuk 4 years.. another 4 months to go.. tapi dah boleh tido sorang2 dalam bilik dia.. good boy..

my youngest daughter so far.. baru masuk sebulan semalam.. lom g injek lagi ni.. sebab dia selsema.. alhamdulillah.. sgt behave .. takdela mamanya penat sgt.. dalam pantang ni mmg mamanya lemah sikit.. syukur


kakak tgh cuba habiskan masanya dgn melukis.. sementara nak tgg waktu berbuka.. takpun dia akan main game.. dan tgk tv..

patutla kakak melukis.. notebook mama dah dikonker oleh muaz..

dan baby hamna.. masih lagi tido.. hehe
okla..nanti2 update lagi

Thursday, August 12, 2010

it's day 30

sedar tak sedar dah 30 hari dah aku berpantang.. dan genapla sebulan umur baby Hamna.. macam2 yg berlaku sepanjang berpantang ni.. nenek dah balik huhu.. tinggal la aku berpantang sendiri.. papa sgt busy dgn kerjanya yg tak pernah kurang.. balik rumah mmg sentiasa dah penat.. tak sampai hati nak mintak tolong uruskan baby.. walaupun papa tak pernah menolak kalau aku mintak tolong..
agak kelam kabut jugak hidup aku semenjak mek dah balik kampung.. pagi2 nak kena mandikan baby.. pastu kemas rumah.. pastu basuh kain.. jemur kain.. masak.. lipat kain.. tghari dapatla rehat sikit.. pastu ptg mandikan baby lagi.. settlekan anak2 yg dah besar tu.. hehe.. maghrib je aku dah pancit.. nasib baik baby hamna sgt behave.. syukur sgt2.. kalau tak panik aku..
semalam first day puasa.. utk papa dan kakak la.. sebab aku masih dalam pantang.. insyallah pertengahan ramadan nanti aku akan ikut berpuasa.. since nenek dah balik.. kami cuba utk kembali ke kehidupan yg asal.. tido kat atas.. cuba utk train kakak dan muaz tido dalam bilik masing2.. kami siapkan bilik diorg seadanya.. cuma belum ada aircond je.. takde bajet lagi la .. fisrt night..muaz ok.. berjaya.. tapi kakak asik terjaga dan cakap mimpi takut.. tapi still dia tido dalam bilik dia sampai pagi.. second and third night.. kakak ajak adik teman dia.. nasib adik cool.. so dia temankan kakak.. malam ke empat.. malam tadi la ni.. kakak cakap dia dah berani.. so masing2 tido kat bilik masing2.. sgt cool.. seronok sgt bila tgk dua2 dah makin berani tido sorang2..alhamdulillah..
ari ni kakak cuba lagi utk berpuasa.. tapi tak tahu la boleh bertahan ke tak.. harapnya boleh la.. tapi aku tak nak paksa.. tak sampai hati sebenarnya bila dengar dia mintak air.. huhu..
okla.. nak berehat kejap.. tak berapa sihat sgt lately.. sakit tekak cam nak kena demam.. nauzubillah... mintak jauh sgt...

a plus

Wednesday, September 02, 2009

dah masuk hari ke 12 bulan ramadhan.. alhamdulillah.. so far semuanya ok.. walaupun aku demam teruk the first week of ramadhan.. tapi masih boleh bertahan.. alhamdulillah.. oh ye.. semlm for the first day kakak puasa penuh.. alhamdulillah lagi... sebelum ni ada dua tiga hari dia berpuasa.. tapi paling lama bertahan sampai pukul 3 ptg.. agaknya sebab kelmarin kakak bangun sahur siap makan nasi kerabu lagi.. tu yg boleh tahan sampai maghrib... walaupun banyak jugak renggekan yg aku terpaksa dengar seharian semlm... hehe.. tahniah ye kakak.. nanti cuba lagi.. hari ni kakak tak nak puasa.. esok nak puasa balik.. katanya la..
sepanjang 12 hari berpuasa ni.. ada sekali kami berbuka diluar.. join gathering utk pm10.. seronok..dapat la aku jumpa kawan2 lama setelah sekian lama aku tak jumpa diorg.. kebanyakannya dah jadik mama... anak2 pun dah boleh jalan.. sgt enjoy that night.. thanks to kak ai dan meor for organizing such a great event..
gambar ada la jugak papa snap.. tapi tak berapa cantik la.. masih dgn masalah yg sama.. lens papa ada masalah.. semuanya berpunca masa g tganu hari tu la.. papa bawak kamera g pantai pagi2 buta tu.. mungkin ada pasir yg masuk kot... so ni ada beberapa keping gambar yg elok sikit .. boleh la aku letak kat sini.. nanti nak kena copy dr kak ai dan meor.. boleh kan?? hehe


























oh ye.. isnin lepas berbuka ngan mak uda kat rumah ni.. aku masak nasi kerabu.. lama rasanya tak buat nasi kerabu sendiri.. berselera aqilah makan hari tu.. siap bertambah lagi.. kembang rasanya bila anak aku suka makan nasi org kelantan nih.. hehe.. bagus bagus.. papa pun suka nasi kerabu sekrg ni.. pukul 12 malam pun kami duk supper ngan nasi kerabu.. sampai sahur.. muaz pun dah pandai makan.. abih semua ulam pun dia telan..
oh.. tghari isnin tu dapat sms dr leenda.. ada kedai tudung buat sale.. cuba ajak papa.. tak sangka pulak dia nak bawak aku pegi.. huhuhu.. mmg best.. 50%off utk semua tudung.. kelabu mata aku.. tak tahu nak pilih mana satu.. tapi akhirnya berjaya jugak aku borong 6 helai tudung.. 4 utk aku dan lg dua utk kakak.. thanks ye unti leenda.. kalau ada lagi sale menarik.. jgn lupa bagitau.. hehe
okla.. ngantuk dah.. nak sambung tido ngan anak2.. kang diorg dah bgn.. macam2 diorg mintak.. milo la.. nasi la.. a plus.. daaa

Thursday, August 20, 2009

happy birthday kakak

esok... 20.08.2009..genapla umur kakak 5 thn.. dah besar anak mama.. disebabkan esok hari kerja.. mama ngan papa buat party birthday kecil-kecilan utk kakak last saturday.. event keluarga sahaja.. sambil buat makan2 menyambut puasa dah family gathering.. mak uda serdang je tetamu kami yg paling awal datang.. family aku semua ada hal dan terpaksa dtg lewat.. so sempat la papa dan adik melayan tetamu main game.. tapi adik.. hari ni sgt tak behave.. menjerit je sepanjang hari.. mungkin sebab dia demam ataupun mungkin jugak sebab dia jeles ngan kakak dia.. ye la.. kakak asik duk ulang yg hari tu birthday kakak.. bukan birthday adik.. tension la member..
okla.. ni ada sedikit gambar sekitar majlis.. hihihi.. tak banyak sgt gambar.. kamera papa pening sikit hari tu.. so enjoy..

kakak seronok betul papa belikan wii nih.. baru dia tahu bestnya main game.. dulu ps2 dia tak pandai sgt.. sekrg ni semenjak ada game wii.. bangun tido je suruh mama pasangkan game.. kira ok la papa cakap beli wii ni hadiah birthday kakak.. ahaks

hidangan kami hari tu.. hehehe.. semuanya beli.. susah nak masak byk2 dalam keadaan dapur aku yg belum siap.. (alasan je tu sebenarnya)

mama tgh pasangkan lilin kat kek birthday kakak.. chocolate indulgence from secret recipe.. teringin jugak nak belikan kek bentuk princess ke.. apa ke.. tapi terkenangkan chocolate indulgence tu.. terus tak jadik.. nasib baik kakak pun cool je..

mood adik sgt tak baik masa ni.. lansung tak nak tgk kamera.. geram betul mama..

kakak tiup lilin dgn sepenuh perasaan.. hehe.. tgkla muncung adik tu.. boleh ikat..

masa ni adik demand nak tiup lilin pulak.. siap jerit2.. bila nyalakan lilin lagi.. dia tak mahu pulak.. merajuk!..

my family yg dtg.. thanks.. gambar tak clear sebab kamera papa pening

our princess.. happy birthday!!.. semangat nak kasik goodies kat sepupu-sepupu dia

kak alin.. sepupu aqilah yg paling kerap jumpa.. kalau tak kami yg g rumah dia.. dia yg dtg rumah kami.. byk benda share sesama..

jeng.. jeng.. jeng.. masa yg kakak tunggu-tunggu.. bukak hadiah..senyum yg tak tertahan..

bukak satu2 je.. takut adik jeles.. sampai hari ni baru habis bukak hadiah dia.. nasib baik kakak seorg yg penyabar.. bila mama ngan papa cakap satu hari bukak satu je hadiah.. dia ikut je.. saaayang kakak.. dan ni utk kakak... nanti dah besar.. kakak dah boleh faham.. there you know.. mama ngan papa saaaayang sgt dgn kakak.. dan adik jugak...

"Your birthday is a special time to celebrate the gift of ‘you’ to the world"
--Anonymous

“Our family is a circle of love and strength. With every birth and every union, the circle grows. Every joy shared adds more love. Every obstacle faced together makes the circle stronger.”
--Anonymous

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR PRINCESS

Monday, July 20, 2009

our holiday

hari ni rasa panjang pulak.. lama betul rasanya nak tgg kakak dan papa balik rumah.. kalau weekend tu sekejap je rasa.. tau2 dah malam.. macam2 program tak sempat nak buat.. dah dua weekend kami spend masa kat office papa.. sabtu dan ahad.. takde cuti lansung.. nasib sabtu minggu lepas half day je.. sempat la kami g giant beli groceries dan balik rumah rehat2 dgn our two kids.. layan tgk tv.. ahad pulak mmg the whole day kat office papa...
minggu nih.. sabtu full day.. pukul 5 baru habis.. singgah pkns.. nak menyebok kat pesta buah-buahan tempatan.. balik rumah.. singgah kedai runcit near to our house.. beli sedikit lauk.. ada tetamu malam nanti.. adik papa dr penang..
ahad.. pukul 9.30, kami sama2 keluar ngan tetamu.. diorg dgn agenda diorg dan kami ke office papa.. huwwwaaa. pukul 4 lebih baru habis kelas papa.. singgah sacc mall.. beli donut.. nak g melawat my sister kat kelana jaya.. kesian dia.. terseliuh kaki.. terjatuh tangga.. semoga kak nah cepat baik. masa kat rumah my sister.. pak uda call.. suruh dtg ambik buah-buahan kat rumah dia.. mulanya macam tak nak pegi.. sebab dah penat.. tapi bila dengar ada rambutan dan cempedak.. terus tukar decision.. pegi jugak.. ingat nak stay kejap je.. sekali mak uda goreng cempedak.. pastu tgk2 tudung.. pukul 8 lebih baru gerak balik rumah.. penatnya.. kakak tido tak sedar apa pun... aku melepak2 sekejap pastu settlekan anak2.. dinner dgn lauk semlm.. pastu tido.. papa study sampai kul ssatu pagi.. kesian papa.. penat betul aku tgk dia..
hari ni.. bgn pepagi.. buat air utk kakak dan papa.. bakar roti.. kakak siap mintak nasi.. huhu.. sorry kak.. mama tak larat hari ni.. nak bgn pagi pun susah..oh ye.. kakak dah mula seronok pegi sekolah.. dah tak nangis bangun pagi.. sampai sekolah pun dah tak nangis.. papa cakap kakak sampai je tadi.. kawan2 dia duk jerit2 panggil.. maryam..maryam.. seronok aku dengar.. dia kata sekolah baru ni best.. cikgu semua baik2.. kawan2 pun baik.. dah suka g kelas taekwondo.. hehe
okla.. adik dah mintak air.. hihi.. adik ni biasa la.. mama busy sekejap je dia mula la mintak itu dan ini.. a plus

Tuesday, July 14, 2009

kakak

tadi borak ngan papa kat google talk.. papa cakap hari ni first day kakak tak nangis masa sampai kat sekolah.. berjaya jugak papa pujuk dia.. hehe..lega rasanya..
dah dua hari aku buat nasi goreng utk breakfast dua org buah hati aku tu.. selera betul kakak makan pagi sekrg nih.. kalau ikutkan selalunya utk papa.. semug nescafe + biskut hup seng.. kakak pulak cuma minum segelas milo. tapi lately kakak asik mintak nasi je utk breakfast.. demand betul anak aku sorang tu.. tapi berbaloi kalau buat.. sebab mmg bertambah2 dia makan..
adik pun breakfast ngan nasi goreng hari nih.. seronok tgk dia makan banyak.. tapi yg pelik nya tak naik2 jugak badan diorg ni.. macam mama tak kasik makan je.. mama dia je yg semakin membesar.. aduh.. camana nak kurus nih..
tetiba tak tahu nak tulis apa la.. apa ye.. tak yah tulis dulu la.. ni ada sekeping gambar kakak dgn baju sekolah baru dia..

sempat lagi beri pose menarik walaupun ngantuk.. hehe

a plus



Wednesday, July 01, 2009

my children

hari ni first day kakak kat sekolah baru.. setelah lama bercuti dan berseronok kat rumah.. we finally decided utk hantar kakak kat tadika dan taman asuhan Uitm.. from 7.30 to 5.30.. aku ikut sekali hantar kakak hari nih.. nangis jugak la dia tadi.. ada 3 kelas utk 5 years.. 1 kelas 17 orang.. hopefully kakak akan happy dgn sekolah baru dia.. nanti papa akan ambik additional kelas utk kakak supaya dia tak boring.. kelas iqra' dan taekwondo.. mama berharap sgt kakak dapat menyesuaikan diri dgn baik kat sekolah baru nih...aminnn
sampai je tadi.. serahkan resit bayaran dan kakak dapat seragam dia.. terus tukar.. mmm cantik.. rugi tak bawak kamera.. hehe

hari ni jugak muaz is officially berenti breasfeeding.. sekrg ni dia banyak minum susu segar dalam cawan dan botol.. you're big enough dear.. lega rasanya dapat berentikan dia.. ayat2 yg dia selalu cakap bila teringin nak minum susu badan..
-kalau adik minum susu botol nanti papa beli transformers banyak-banyak..
-papa belikan adik transformers sebab adik minum susu botol kan..
-adik bagus kan mama.. kalau adik minum susu botol..
hmm.. mama sgt lega.. bolehla ready utk dapat baby baru.. harap2 ada la rezeki kami nak ada baby baru.. aminnn

okla.. nak main game.. boring ni.. seharian duk ofis papa.. saje je ikut hantar kakak first day kat sekolah baru.. apa cerita dia kat sekolah baru dia nanti aku update esok.. insyallah... sekrg ni aku pun tgh pening duk nyusun dokumen2 papa.. jadik sektretari tak berbayar sekejap.. ok la..
aplus

Tuesday, June 16, 2009

Pantai Puteri

kakak... happy sgt dapat g pantai.. photo taken last month kat pantai puteri, melaka

Sunday, April 19, 2009

all of us???

sekrg nih cam biasa.. hari ahad.. tgh melepak kat ofis papa.. kakak tgh buat homework.. papa dah g kelas.. muaz tido.. aku pulak tak tahu nak buat apa.. the best thing to do is updating my blog..
pagi semlm pukul 8 lebih kami semua dah keluar.. first destination demc.. semua org tak sihat.. jumpa doktor beramai2..tak ramai sgt org..tiba turn kami.. dr gulam yg periksa kami.. muaz be the first to be checked.. muka doktor tu serius je.. aku dah cuak gila.. actually muaz dah byk hari demam.. cuma kejap demam.. kejap baik.. takde muntah2.. aktif je kat rumah.. itu yg weekend baru kami bawak g klinik.. tapi rupanya muaz dah kena infection kat paru2 dia... rasa bersalahnya aku sebab tak ajak papa g klinik awal2..nurse kasik muaz nebulizer.. dan dr suruh buat x ray... bila result x ray kluar.. sah mmg ada kuman kat paru2 muaz.. nak nangis je aku.. dr suruh dtg lg 2 kali utk amik nebulizer hari tu...dan lagi 3 kali hari nih.. dr kasik antibiotik, ubat demam, ubat batuk dan ubat kahak utk muaz.. pastu check kami bertiga.. papa, mama dan kakak.. kami demam!!.. papa dapat ubat sembur special utk selsema dia.. dan alhamdulillah.. papa dah tak selsema hari nih.. kakak pun dah tak demam.. aku pun dah tak demam.. cuma perut mmg tak selesa semenjak mkn ubat semlm...
berbalik pada citer muaz pulak..settle hal kat klinik.. terus g glenmarie.. servis kete.. pastu singgah mkn kat d kayu tesco... tak sedap la compare ngan masa kami mkn last time kat d kayu ioi mall.. mahal lak tuh.. nyesal je mkn kat situ...dah settle mkn dalam 1.30.. tak tahu nak buat apa.. nak balik rumah tak boleh sebab nak kena g demc balik.. so decide nak g rumah my sister kat sek 19.. my mom pun ada kat sana..my elder sister pun ada.. kebetulan diorg baru balik dr spa kat klang.. muaz ngan kakak mmg seronok dpt g rumah chik.. tak duduk diam.. papa mmg belasah tido je dia.. lepas asar baru kami gerak g demc lagi sekali.. amik nebulizer utk second time pastu doktor check.. dah ok byk so tak payah buat 3 kali.. continue pagi hari nih.. on the way balik kami singgah pkns sat.. beli fries utk adik dan aiskrim utk kakak.. pastu balik rumah.. join jiran2 bersosial kat depan rumah..
malam pulak.. papa prepare utk kelas hari nih.. aku kemas rumah.. masak maggi je sebab takde rasa nak masak lansung.. lepas makan je adik terus muntah.. aku sapukan minyak.. pastu kasik ubat demam dan antibiotik..nampak cam dia dah nak muntah.. risaunya.. kalau dia muntah abih la ubat tu kluar balik.. tak berkesan la nanti.. cepat2 aku riba dia.. gosok2 kat perut dan belakang dia.. alhamdulillah dia tak jadik muntah.. pastu kami decide utk bawak masuk katil kakak dalam bilik kami.. semenjak nenek dia dtg.. kakak dah tak nak tido dalam bilik dia dah.. dah terseronok tido ramai2 pulak.. geram betul.. takpela.. buat sementara ni boleh la.. tapi ada limit jugak.. sampai masa nanti kakak kena tido dalam bilik sendiri jugak.. pukul 10 lebih adik dah tido.. kami pun dah settle kemaskan bilik.. dalam pukul 11 lebih aku turun bawah.. buat nescafe.. perut mmg tak sedap betul... dengar macam suara muaz panggil aku.. pastu tetiba senyap.. kejap lepas tu dia panggil lagi.. cakap dia muntah.. terus aku berlari naik atas.. habis cadar aku kena muntah.. banyak jugak.. tukarkan baju adik.. ajak dia minum air panas kat bawah... lepas minum muntah lagi.. bersihkan badan dia.. sapukan minyak aroma dan minyak mestika.. alhamdulillah sampai pagi dia tido..
hari ni pegi amik nebulizer lagi sekali.. pastu doktor check.. cakap dah okay.. tak perlu ambik lagi ptg nih.. just continue dgn ubat.. paling penting makan antibiotik ikut arahan doktor.. so far.. adik takde muntah2 lagi hari nih.. just buang air besar je baru sat tadi.. sekrg nih tgh tido.. semoga adik cepat baik..insyallah.. aminnnn

---tak sabar nak tgg hari khamis.. harapnya adik dah sihat masa tu.. aminnn

Friday, April 10, 2009

felicitation ma fille

last monday pegi sekolah kakak.. bayar yuran dan tandatangan progress card kakak.. cikgu puji kakak.. cakap kakak pandai.. cuma banyak diam.. last test dia semua dapat A.. tahniah ye kakak.. belajar rajin2.. tapi hari ni kakak tak g sekolah.. sebab semlm dia demam.. mama risau kan kakak.. takut kakak boring g sekolah.. sekrg dah ada tanda2 kakak tak nak g sekolah..

Tuesday, April 07, 2009

sunday without papa

weekend lepas sabtu ahad papa keje.. tak bestnya.. kesian kat papa pun ye jugak.. penat tu.. takde satu hari pun dia off.. sampai demam lagi.. hari ni pun belum baik lagi.. so back to main topic.. aktiviti kami bertiga kat rumah..aku bgn pagi2.. siapkan breakfast utk papa.. papa g lewat sikit hari nih.. sebab tahu mmg student dia dtg lewat.. budak2 masih tido lagi... penat berpesta kat rumah ayah di dia semlm.. sementara tgg diorg bgn..aku kemas rumah yg berantakan.. pastu kejutkan diorg.. mandikan.. siapkan breakfast.. pastu kakak buat homework..

adik cam biasa.. main lego..dah macam2 dia pandai buat sekrg nih.. kapal terbang, kek cokolat.. kapal selam..kereta.. dapat la mama rehat sekejap..

pastu layan dvd.. tgk kung fu panda.. aku mmg malas betul hari tu.. nak masak lunch pun malas.. sudahnya kami 3 beranak makan ntah apa2 je hari tu.. makan roti.. nestum.. jajan.. biskut.. hehe.. dalam pukul 1 lebih kot.. my exclassmate, syarul dan wife dan family singgah rumah kejap.. malunya.. apa pun takde.. ada air sirap je.. itupun termanis aku buat.. sorry ye.. aku ni mmg gelabah sikit orgnya.. wife syarul, meza tgh sarat.. semlm katanya dia kena admit utk bersalin.. setakat ni belum ada apa2 berita... kami sekeluarga doakan semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminnnn.. and thanks sebab sudi singgah.. hehe
lepas tetamu balik.. kami masih terus duk depan tv.. kejap tgk kartun.. kejap tgk citer mama.. dah ptg baru aku masuk dapur.. masak utk dinner.. pastu.. takde keje.. join jiran2 melepak kat luar.. sambil tgg papa balik.. -the end-

okla.. kena stop dulu.. nak mandikan adik.. a plus

Friday, March 13, 2009

kakak

-dah masuk malam ke 4 tido dalam bilik sendiri.. tak yah paksa.. cuma papa kena bercerita dgn dia dulu sebelum dia tido..
-dah pandai tulis nama sendiri
tu je utk kali nih.. a plus

Tuesday, March 10, 2009

sangat seronok

kalau last post aku duk tanya aku happy ke tak.. now i m sure sgt happy this weekend.. walaupun papa sgt busy tapi kami still enjoy this weekend.. antara sebab2 nya..
-sabtu ptg.. adik my hubby dr perak dtg rumah kami.. dia dan family nya bermalam dirumah kami .. first time diorg dtg rumah ni.. sgt seronok bila ada tetamu.. both of my kids la yg paling happy.. main tak ingat.. kakak ntah pukul berapa tah tido malam tu.. adik pun pukul 12 jugak baru tido.. papa borak ngan adik dia sampai 3 pagi..
-ahad ptg.. my sister and family dr shah alam pay us a visit.. aqilah bukan main happy lagi.. dia mmg agak rapat dgn chik dia.. paling kelakar dia duk ajak semua tetamu dia naik atas.. tgk bilik dia.. walaupun masa tu masih belum ada apa2 dalam bilik tu.. masih kosong..cat pun belum..tapi sebab kami dah cakap tu bilik dia.. buatkan dia sgt excited..
-ahad malam..sempat g giant.. beli barang rumah.. pegi jugak mlm tu walaupun penat sebab ada plan lain on monday..
-isnin pagi.. tepat pukul 9.03 minit kami keluar dr rumah ke ikea.. tak suka g lambat2 nanti jam..second time pegi ikea semenjak sale.. nak carik katil utk anak2 je sebenarnya.. sebelum nih pegi survey harga.. so semlm setelah dah tgk harga kat beberapa kedai perabot.. kami decide nak beli kat ikea.. just get lucky.. katil yg kami nak beli utk aqilah ada sale pulak.. so tak byk pikir.. terus order.. dan order utk muaz jugak.. tak muat masuk kete kali ni.. so amik express delivery service.. masa sale je ada nih.. RM50.. hantar semlm jugak..pastu on the way balik.. singgah kedai hardware.. beli tangga dan cat..pastu singgah beli lauk utk lunch..balik rumah.. rehat dan keluar balik dalam pukul 4.. pegi carik tilam pulak..tilam tak beli kat ikea.. sebab kalau yg dlm range harga yg kami mampu tilam dia mmg tak best.. so kebetulan fella design pun ada sale.. dekat je ngan rumah.. harga pun masih boleh dipertimbangkan walaupun terlebih sikit dr bajet asal..beli dua.. bawak balik sendiri.. hehe.. tapi bonet tak boleh tutup.. nasib baik dekat.. bawak slow2..
sampai rumah.. aku sempat lelap sekejap sementara papa borak ngan jiran kat luar.. papa masuk je terus ajak mengecat bilik anak2 kat atas.. tgh duk mengecat org ikea call nak hantar barang.. dalam pukul 10 baru siap mengecat dua2 bilik tu.. pastu berenti dinner.. sambung pasang katil.. 11.30 settle semua.. kakak sengeh je tgk bilik dia... dan paling best sekali malam tadi for the first time kakak tido dalam bilik dia sendiri.. sorang sorang!! selesa sikit mama ngan papa tido malam tadi..

kakak dgn adik tgh seronok main cat .. abih lantai kena cat.. penat mama ngan mak cai duk mengikis.. huhuhu

bilik kakak dalam proses.. belum siap betul lagi.. baru ada katil je.. nanti dah siap aku amik gambar lagi

oh ye.. hari ni kakak ada test kat sekolah.. mama doakan kakak buat elok2.. aja aja!!..tak sabar nak tgg kakak balik.. nak tahu apa cerita dia kat sekolah.. aku pulak hari ni bukan main busy lagi.. kemas rumah yg berantakan semlm.. sat lagi nak kena basuh kain bermesin2 pulak.. penatnyaaa.. tapi seronok.. okla.. nak kena stop dulu.. byk keje.. a plus

Friday, March 06, 2009

weekend???

hari nih dah jumaat.. tak tahu nak rasa happy ke tak.. rasanya cam tak happy.. esok pagi papa ada meeting kat melaka.. ptg pulak jaga test.. ahad 10pg-4ptg ada kelas.. habih dah weekend.. just get lucky sebab monday cuti.. huhuhu.. plan nak balik kelantan pun terpaksa dicancel.. sampai semlm pun aku masih berharap dapat balik.. tapi tgk tiket flight sikit punya mahal.. terpaksa terima hakikat.. sedihnya..
dah 2 hari adik demam.. hari ni baru baik sikit.. mulut dia dah tak boleh berenti bercakap... balas balik tak larat nak bercakap dua hari lepas.. aku pulak yg naik pening nak layan dia.. kesian betul tgk dia demam dua hari nih.. panas sgt badan dia.. muntah2.. berkepit je dgn mama dia.. manja betul..
alhamdulillah.. pagi tadi.. papa belum siap nak g keje dia dah bangun.. ops.. dgn cergas dia bangun.. terus nak muahh papa dia.. cakap pun tak berenti.. mmg sgt good mood.. tolong mama kejut kakak.. teman kakak sarapan.. hantar kakak kat depan rumah.. kalau dua hari lepas lepas kakak naik van.. dia terus ajak masuk dalam.. tapi kali nih dia pulak yg tak nak masuk.. nak main kat luar.. kelakar betul la adik nih.. tapi apapun mama lega sebab adik dah baik demam.. risau aje bila badan anak panas..
nasib baik kakak tak demam.. kalau tak ponteng sekolah lagi.. cuma kakak batuk2 jugak... dan selsema sikit.. masih tak kuat reason utk ponteng.. tapi cikgu2 dah tahu... selalu bgtau apa aktiviti menarik kat sekolah esoknya utk menarik minat kids ke sekolah.. macam semlm cikgu dia cakap hari ni ada aktiviti mewarna.. tu yg kakak berkobar2 nak g sekolah.. macam minggu lepas cikgu cakap esoknya nak buat kucing.. nak lekt kat dinding.. semangat kakak nak g sekolah..belajar rajin2 ye nak.. aja aja
okla.. nak start gosok baju papa utk next week.. aja aja jugak utk mama...

Tuesday, March 03, 2009

my kids

lamanya tak dapat nak update blog.. ada je keje nak kena buat kat rumah nih.. banyak yg nak citer kat sini especially about my kids.. weekend pun penuh je lately.. shopping barang dapur.. visit my brother yg baru pindah rumah.. ikut papa g ofis bila dia ada kelas on sunday.. sangat penuh.. tapi best.. dan sememangnya penat..
okla.. very ringakas punya update tentang perkembangan kakak semenjak dua bulan belajar kat tadika..
--dah pandai mengira 1-->10 in english.. kalau dulu dia cuma pandai hafal dan sebut.. sekarang dia dah kenal ...
--dah pandai mengeja 2 suku kata yg guna vowel "a"
--qiraati pun dah sampai huruf dal
--dah banyak tahu bacaan dalam solat.. al fatihah.. bacaan dalam sujud..dan jugak dah rajin solat
--dah pandai menulis.. last month masa papa g bayar yuran.. teacher cakap tulisan kakak cantik..:)

adik pulak..
--tgh berusaha nak berenti minum susu mama.. kadang2 dia boleh tahan.. tapi most of the time dia kalah dgn diri dia sendiri.. selalu bila nak minum susu.. dia cakap "adik dah besar" "tokleh minum susu mama.. but at the end dia nangis nak jugak.. huhuhu..
--sangat suka melukis .. kat tangan dia mmg sentiasa ada pensil atau pen.. sebab tu barang kat rumah aku dah byk kesan pen.. dinding.. sofa.. tension mama
--pandai sgt memujuk mama.. bila mama marah.. mula la dtg dekat.. pastu buat muka paling sedih.. dan cakap "adik sayang mama"
--suka nak ikut papa g keje sekrg nih.. selalu kami cuba tak nak kasik dia bangun awal.. susah kalau dia nak ikut.. papa terpaksa bawak pusing dulu baru ok.. itupun kadang2 dia nangis jugak..
--paling best .. tak nak kalah yg kakak.. bila mama atau papa suruh kakak eja .. dia pun sibuk nak eja.. tapi dia dah boleh eja mama dan papa dan kakak dgn betul.. cuma yg lain tu dia belasah aje.. hehe

okla.. nak stop dulu.. byk benda nak buat hari nih.. aja aja

Thursday, January 22, 2009

short update

tak sabar nak tgg friday.. hehe.. lepas tu papa cuti sampai selasa.. bestnya.. so far takde apa2 plan lagi.. except nak join sepupu papa bertunang on monday.. mula2 hari tu ingatkan khairul ada meeting kat tganu.. so dah alang2 ke tganu.. cuti pun ada .. kami plan nak balik kelantan.. tup tup.. meeting kat tganu cancel.. hancur semua harapan aku nak balik kelantan.. takpela.. kumpul duit utk balik bulan 3 nanti la.. kalau ada rezeki boleh balik masa my cousin kawin..

perkembangan terbaru kakak semenjak sekolah:
-masih rajin dan seronok nak g sekolah
-dah senang utk tido malam
-senang kejut bangun pagi.. most of the time dia yg terjaga sendiri.. pastu kelam kabut cakap dah siang.. kakak nak g sekolah
-dah boleh accept breakfast di awal pagi.. selalunya kena paksa.. sekrg nih dia yg mintak nak milo panas
-yg susah sikit bila time nak buat homework.. dia selalunya nak cepat siap.. so buat laju2.. aku pulak bila tak puas hati suruh dia buat balik.. suruh buat elok2.. mula la dia payah sikit.. sampai bergaduh ngan mama.. geram betul.. sampaikan kadang2 tu terpaksa tgg papa balik la settlekan dia..
-dah kenal banyak huruf.. dan dah pandai mengeja.
-dah mula kenal word in english
-dah rajin nak solat kat rumah
-asik selawat je kat rumah.. walaupun tak berapa betul lagi sebutan dia.
-dah boleh mandi sendiri
-dah pernah tak pergi sekolah satu hari.. sebab dia demam selsema
tu je update ttg kakak semenjak g sekolah tadika.. adik pulak...

adik semenjak kakak g sekolah:
-makin rapat dgn mama.. makin manja.. tak g jauh dr mama.. mama kat depan pc.. dia ada kat sbelah.. mama kat dapur.. dia pun kat dapur...mmg sentiasa melekat je ngan mama.. bila kakak balik dari sekolah .. baru la dia start main
-dah pandai kira 1 hingga 3
-dah pandai baca abc
-kakak buat homework dia pun sibuk nak buat jugak.. mesti ada pensil dan buku utk dia jugak.. kalau tak dia kacau
-dah pandai eja mama.. hehehe.. sebab selalu sgt dengar kakak eja mama.
-masih belum berenti minum susu.. ayoo.. susah sikit nak ajar muaz berenti minum susu.. dulu kakak senang je
-makin manja dgn kakak.. macam biasa.. bila kakak g sekolah.. asik tanya kakak kat mana..
-minat main kereta sekrg nih.. bila naik atas dia akan carik kereta2 kecik dia.. susun banyak2 dan main sorang.. bila turun bawah.. dia main kereta dan basikal dia.. senang nak ajar muaz setakat nih..
hmm.. tu je yg termuncul kat kepala sekrg nih.. nanti dah ingat aku update lg.. lagipun dah nak start bekerja.. lama sgt dah duk depan pc nih.. a plus

Tuesday, January 13, 2009

last weekend:cerita bergambar

weekend lepas.. tak tahu la ada weekend ke tak.. sabtu papa ada meeting dan bengkel kat ofis.. so kami tiga beranak lepak rumah je lah.. leenda passed by bagi ikan tongkol.. hehehe.. tq.. plannya ptg papa balik nak g shopping barang rumah.. ahad pagi nak g sek 13 beli lauk.. sekali pukul 4 lebih papa call.. suruh pack baju.. pegi IOI resort.. esoknya ada meeting.. hancur semua plan aku.. busy betul papa sekrg nih.. sabtu ahad pun keje..okla.. tgk gambar ye..

pukul 7mlm ..kat palm garden hotel.. baru lepas check in.. tgh tgg pukul 7.45.. jumpa kawan kerja papa kat lobby
kakak..

mama

kakak lg.. gambar adik ngan papa takde.. adik tak duk diam.. gambar sume gegar

papa ngan kakak.. yunkee's hut

papa ngan adik ngan kakak

mama pulak dgn kakak dan adik.. masa nih dah kenyang .. teringat pulak masa kawan2 mama belanja last two years.. menu pun lebih kurang sama

mama and rakan kerja papa

semua dah kekenyangan


balik hotel dlm pukul 10 lebih.. siapkan anak2.. gosok baju.. solat dan tido.. esoknya pukul 6 suku dah bgn.. mandi dan kejutkan anak2..pukul 7.15 dah ready utk g breakfast.. sincerely speaking.. breakfast dia semua tak sedap..chinese food.. sgt tak sedap.. ingatkan ada nasi lemak.. by 8 papa dah ready utk masuk bilik meeting.. sekali kawan dia cakap meeting start at 9.. so papa bawak kami ronda2 kawasan sekeliling.. tunjukkan swimming pool.. bawak kids main kat playground.. sekali meeting lewat lg start.. pukul 10.. sempat lg papa teman kids main kat pool.. tapi main kejap je sebab kami tak prepare things utk swim pun.. ad hoc la katakan.. pukul 10 papa g meeting.. kami pun naik bilik.. adik sambung tido.. kakak layan kartun.. pukul 11 lebih.. kejutkan anak2.. kasik diorg berendam air panas kat bathtub.. kesian diorg sejuk.. aircond bilik tak boleh nak control.. pukul 12 dah ready utk check out.. kids dah tak sabar nak beli mknan.. semua dah lapau.. sekali papa call cakap meeting habis pukul 1.. mengamuk la budak2 nih.. puas aku pujuk.. nasib baik ada pen dan kertas.. ajak melukis baru cool diorg nih.. pukul 1.. aku bawak kids abd bags.. tgg papa kat conference room.. check out dan terus gerak ke nearest mcdonalds.. lunch.. pastu singgah rumah my brother in law.. nak ambik my sis in law..papa.. cam biasa bila sampai rumah abg dia tu.. mesti nak lelap jugak.. so lepak sekejap.. pastu dalam 3 lebih pegi jusco dekat situ jugak.. ingat nak beli carseat utk adik.. tapi cancel sebab mahal sgt.. tgg next bajet.. beli barang mama je sebab nak habiskan voucher.. pastu balik balik rumah abg papa.. lepak lagi.. lewat ptg pegi pasar malam bandar kinrara.. ingatkan nak beli lauk sebab lauk kami dah habis kecuali ada ikan tongkol yg unti leenda kasik.. tapi apa pun kami tak beli sebab semuanya mahal.. at last kami singgah kat giant bandar kinrara.. beli barang rumah dan lauk... balik rumah abg papa dalam pukul 9.. dinner kat situ dan balik rumah.. sampai rumah dekat pukul 11.. nasib baik kakak dah tido dalam kete.. esok nak sekolah.. aku balik cam biasa.. bukan boleh terus tido.. kena masukkan lauk dalam petiais.. kemas barg2 yg baru beli.. clearkan sinki.. mandi dan solat.. baaaaaaaru boleh tido.. esoknya.. pukul 6 suku dah bgn.. weekend dah habis.. rutin harian bermula.. solat subuh.. turun masak air.. siapkan secawan air dan roti utk papa.. naik atas balik.. kejutkan kakak.. mandikan kakak.. siapkan breakfast dan bekal utk kakak.. siapkan beg.. hantar dia kt depan rumah.... pastu settlekan adik.. bila tinggal berdua.. adik jadik kawan mama.. mama jaik kawan adik.. hehehe.. oh ye.. semlm kakak dah ada homework.. ptg dah bertambah rutin aku utk ajar dia buat homework.. hari nih pun ada.. lum buat lagi.. okla.. dah pukul 2 ptg... kids belum lunch lagi.. tadi kakak balik sekolah dah makan coco crunch .. kenyang lagi.. ni baru ngadu lapar.. kena berenti sekrg.. kang merajuk pulak anak2 manja aku tu.. a plus

kat rumah my biras..mak uda.. last sunday.. tgh makan kerepek ubi perasa ayam dan perasa blackpepper.. sedap.. nyum2.. muaz bila tgk gambar nih dia cakap nak lagi.. nak lagi..:)