Tuesday, December 13, 2005


takutnyee

Monday, December 12, 2005


nampak cam terer je.. :)


aqilah takut snow... :)


snow at plateau de beille

journee ski à plateau de beille

ahad lepas.. 11 disember kami ikut trip to plateau de beille utk main ski.. hehehe.. cantik sungguh tempat tu..alhamdulillah.. cuaca pun elok sungguh hari tu.. dengan matahari terik kat tempat tu.. so kurang la sikit sejuk nye.. tapi yg tak bestnye si aqilah nih not in a good mood.. merenggek je.. org nak tarik dia dalam luge tu pun dia tak nak.. macam takut snow je.. so terpaksa la kami bergilir2 main ski.. hehehe.. macam jakun pulak aku rasa.. mana taknya.. first time tgk snow.... :)
more picture visit www.touslesbonheurs.photoalbums.com


hadiah, kek dan (pizza-sponsored by ruhaida)

third marriage anniversary

joyeux anniversaire de marriage!!!!
10 disember 2006 genapla tiga thn aku kawin.. alhamdulillah... dan semoga perkahwinan kami diberkati dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t hingga ke akhir hayat... aminnn

Tuesday, November 29, 2005

Akon


View more video clips at Yashi

Wednesday, November 16, 2005


hehehe.. makan.. makan..


open house rumah aku

raya ke sepuluh

yea.. hari ni aku pulak buat open house.. tapi jemput budak2 bujang je la.. rumah kami sempit je.. nak jemput ramai2 pun risau.. aku masak nasik lemak sambal udang ngan sambal ikan bilis.. ikan bakar.. cicah sambal kicap.. pastu ruhaida buat roti jala ngan kuah kari (sedap.. nyum.. nyum..)
selagi tak settle aku risau je.. mana taknye my hubby jemput kawan dia arab dia.. takut pulak depa tokleh telan makanan kita.. luckily depa tu sporting habis.. semua benda depa try.. siap tambah2 lagi.. kul 5 ptg semua dah ready nak balik..
alhamdulillah.. everything's ok.. lega rasanya.. thn depan boleh buat lagi..:)


pakwe kita pun beraya jugak.. hahaha


aweks aweks msia beraya


raya di rumah kak yah

hari raya ke sembilan

hmmm.. hari nih kak yah buat open house kat house dia yg besar dan cantik tu.. kami pi dah lewat sebab hari ni yg lelaki kena pi sembahyang jumaat dulu.. aku bawak nasi iran lagi.. maklumla ada request.. hahaha..ye ye je..
seronok bila sesekali dapat berkumpul ramai2.. maklumla ni je pun msian yg ada kat sini.. dapat jugakla mengubat rindu kat org msia...
kul 9.00 mlm baru balik... kepala aku sakit gila.. dah la besok aku pulak yg nak buat open house kat rumah aku yg kecik comel nih...hahaha.. kacau sungguh.. balik aku berehat sekejap sebelum start masak desert utk open house esok..kul 1 pagi baru aku tido.. tak sabar nak ttg esoknyee.. :)

Monday, November 07, 2005


hari raya ketiga.. aku dah takde baju raya.. sob. sob

raya ketiga - open house rumah salina

kami sambung beraya kat rumah salina pulak.. dia buat open house.. ramai jugak yg dtg.. mcm2 makanan ada.. aku bawak nasik iran.. glamor nasi iran I.. kejap je abih.. perasan la pulak.. hahaha


mlm raya kedua.. beraya kat rumah kak nisa..


pagi raya dirumah kami.. makan rendang, kuah kacang ngan nasi himpit je


pagi raya kat rumah kami..perasan tak baju raya kami??

second time raya di toulouse

hmmm.. ni kali kedua aku beraya kat perantauan... syahdu sungguh bila dengar takbir raya kat radio.. lagi syahdu bila tau semua adik beradik lain balik beraya kat rumah bonda..
macamana raya kat sini?? nak cerita pun susah.. mlm raya aku masak rendang daging, kuah kacang ngan nasi himpit.. pastu kul 12 mlm ready utk call rumah bonda.. borak ngan semua org.. wish selamat hari raya...pastu gosok baju raya yg dah 3thn berturut2 aku pakai.. hehehe
pagi raya jemput kawan msian yg lain dtg beraya kat rumah aku sebelum depa pi kelas.. pastu lebih menyedihkan aku sambung beraya kat imegresen toulouse untuk renew aku punya titre de sejour(kira mcm ic la nih).. settle renew ic aku pi ronda2 bandar toulouse...window shopping
mlm.. lepas maghrib kami pi beraya kat rumah msian yg tinggal ditoulouse.. dia buat open house..masa ni lah baru terasa mcm beraya.. mcm2 mknan ada..
pukul 9 kami dah ready utk balik sebab ada student yg ada exam esoknye dan husband aku pun ada kelas.. raya dah habisss????

Tuesday, October 25, 2005


RAYA!!!!

Monday, October 10, 2005


telescope at pic du midi


pic du midi (Peak of the midi)


Lourdes

Fifth Visit

semlm aku ikut lagi trip yg campus nih buat.. puasa pun nak jalan jugak..
7.30
kami turun bawah.. sampai je bawah...bas pun sampai
7.50
bertolak dari campus ke Lourdes.. first destination for this trip...
10.15
sampai ke lourdes.. hmmm.. ingatkan best.. rupanya tak best lansung.. mana tak nya.. lourdes ni sebenarnya tempat org2 kristian buat haji.. ishhh.. bosan sungguh.. kedai souvernir byk gila tapi takde satu pun benda yg aku boleh beli.. mana taknya semuanya ada gambar salib ngan gambar pompuan yg dipuja oleh org2 situ..tensen sungguh...:(
12.00
bertolak dr lourdes ke Pic Du Midi
13.00
berenti lunch on the way to the pic du midi- utk org2 yg tak posa.. termasukla aqilah:)
13.45
sampai di kaki pic du midi.. our guide pi belikan tiket utk naik cable car ke puncak tu.. pastu kami beratur utk naik cable car.. ingatkan cable car mcm kat genting.. rupa2 nya tak macam cable car.. macam sardine car.. berhimpit2 kat dalam tu.. adala lebih 45 org naik sekaligus dlm cable car tu.. huiihh tak larat.. dahla puasa..
we take about 15 minutes in the cable car sebelum sampai ke puncak.. tinggi sungguh 2877m
sampai kat puncak tu kami dapat tgk telescope..macam2 lagila.. tokleh nak citer sebab aku tak dengar sgt explaination yg guide tu kasik..hehehe..tempat ni selalu dikunjungi oleh researcher2 dalam bidang scientific.. kalau nak ikutkan puncak ni mmg menarik tapi disebabkan kami dah penat gila masa tu.. jadik hambar je..
semua yg posa dah pancit.. sempatla bergambar sikit2 kat atas tu
15.45
kami semua turun balik ke kaki pic du midi naik cable car.. beratur sikit punya panjang nak naik cable car tu.. tensen je..
17.00
kami bertolak balik ke Toulouse.. perjalanan balik will around two and half hour tapi sebabkan ada berenti tukar driver.. jadik 3 jam la pulak.. dah terpaksa bukak puasa dalam bas.. mkn la apa yg ada
20.00
sampai ke campus IAS.. berlari2 naik ke rumah.. nak semayang maghrib pastu makannnnnn :)


aqilah dan oscar


dr kiri: hakimin, shah, hanif (husband kak nisa), jean pierre, khairul, dan badawi


dr kiri kak nisa(tuan rumah), irfan, in, ruhaida, aqilah, aku, salina dan elina

berbuka kat rumah kak nisa

jumaat lepas.. kak nisa jemput kami sekeluarga ngan other msian yg stay kat campus IAS berbuka kat rumah dia.. kira gathering utk msian ditoulouse la ni.. seronok sungguh.. kak nisa masak sambal udang taruk petai.. gulai nangka.. terung masak sambal.. ngan ayam and mushroom masak apa pun aku tak tau.. hehehe.. rasa cam kat msia je.. aku pulak bawak karipap.. tak tau la sedap ke tak sedap.. lepas berbuka yg lelaki semua sembahyang maghrib berjemaah.. yg pompuan lak berjemaah kat dlm bilik.. seronok la.. dah lama tak rasa berbuka ramai2.. berjemaah ramai2.. baru la tau.. betapa kerdilnya kami kat sini.. :)

Tuesday, October 04, 2005

je suis

Your Personality Is

Guardian (SJ)


You are sensible, down to earth, and goal oriented.
Bottom line, you are good at playing by the rules.

You tend to be dominant - and you are a natural leader.
You are interested in rules and order. Morals are important to you.

A hard worker, you give your all at whatever you do.
You're very serious, and people often tell you to lighten up.

In love, you tend to take things carefully and slowly.

At work, you are suited to almost any career - but you excel in leadership positions.

With others, you tend to be polite and formal.

As far as looks go, you are traditionally attractive. You take good care of yourself.

On weekends, you tend to like to do organized activities. In fact, you often organize them!

FADILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Tuesday, September 27, 2005


Rocamadour


St Cirq Lapopie


Ville de cahors

fourth visit

hehehe.. the visit come again!!!! setelah 2 minggu cuti dari trip.. ahad lepas dah start ada balik dah cultural visit campus nih buat.. minggu ni kami pi visit cahors.. st cirq lapopie dan rocamadour.. the first two village yg kami visit semuanya ok lagi.. tempat nya cantik... antara the most beutiful village in france.. tapi masa kat rocamadour tu.. hujan lebat la pulak.. lama pulak tu.. hilang semua rasa seronok yg ada..semua org awal2 lagi dah naik bas.. ye la dah tak tau nak buat apa kat luar tu.. kul 4 lebih baru nampak hujan reda.. masa tu kami pun kluar la bergambar sikit utk hilangkan rasa tensen..trip kali ramai org tak puas hati..:(

minggu yang busy sungguh...

lama rasanya tak dapat nak update blog nih.. mana taknya .. since balik dari london hari tu.. hari nih baru aku dapat rehat.... macam menteri2 pulak sibuknya...hehehe
sabtu -17 September 2005-
aku sampai rumah dr london..
ahad -18 september 2005-
aku dan other msian kluar ramai2 pi bandar toulouse.. makan kebab.. hehehe.. petangnya si mus tu dtg rumah aku.. nak jumpa family abg nizam yg dah nak balik tu..
isnin -19 september 2005-
aku kluar pi carrefour shopping barang2 rumah.. ptg tu aku jemput other msian datang makan kupang dan fries kat rumah aku.. sebab aku jumpa kupang murah kat carrefour..
selasa -20 september 2005-
aku gi carrefour lagi.. saja nak jln2..
rabu -21 september 2005-
aku kena pi carrefour dan kedai asia utk beli barang2 utk farewell party kat rumah aku hari jumaat.. petang nya pulak aku kena gi rumah kak arfah utk tolong diorg masak utk hari graduation abg nizam.. sampai malam aku stay sana..
khamis -22 september 2005-
aku dijemput utk masuk dewan graduation.. lepas tu ada mkn2 kat rumah kak arfah.. sampai petang kami busy..
jumaat -23 september 2005-
pagi2 aku dah kena bgn utk prepare barang2 nak masak utk farewell party tu... sampâi pukul 3 pagi aku tak dapat tido lagi.. mana taknya budak2 bujang tu pukul 3 pagi baru balik..yg diraikan dah lama balik..
sabtu -24 september 2005-
pagi2 aku kena kemas rumah yg mcm tongkang pecah tu.. tghari aku gi carrefour lagi.. pastu petang nya pulak kami and other msian pi rumah kak yah.. dia jemput utk mkn mlm.. pukul 11 mlm baru sampai rumah..
ahad -25 september 2005-
seawal pagi aku dah bgn utk masak bekal.. nak ikut pi trip campus..huih penat gila rasanya... pukul 9 mlm baru kami sampai di rumah...
isnin -26 september 2005-
kul 6.00 aku dah bangun.. hari nih nak kena gi hantar abg nizam sekeluarga ke airport.. diorg nak balik msia for good.. tghari pulak aku pi carrefour.. carik sayur2 utk aqilah.. huih.. penat sungguh..
selasa -27 september 2005-
hari nih pun aku bgn pagi jugak.. nak masakkan bekal utk my hubby.. ingatkan dia dah start kelas hari nih.. tapi rupanya2 next week baru start kelas dia.. sekrg nih la baru lega sikit... tapi rasa macam nak gi jalan lagi la..hehehe

Sunday, September 18, 2005


Guard


Big Ben dari jauh


Phone booth in London


Big Ben


London Eye


Tower Bridge -London


kota london

kota london yang busy

hmmm... alhamdulillah.. kami dah selamat sampai kat rumah dr london semlm... yeaaaa.. papa dah dapat passport baru.. lega bila semuanya dah settle!!! thanks to kak ucu n abg johan sebab bawak kami jalan kat leicestershire n city of london.. sakan kami shopping.. mana taknya.. dibawaknya kami pi shopping kat kedai2 murah.. aku yg konon2nya nak window shopping je pun terus jadik shopping... huihhh tak larat..
makan kat london nih senang sungguh kalau nak compare ngan toulouse..; byk sungguh kedai makanan halal kat london... restoran melayu tu pun ada.. tapi kami pi mkn sekali je kat kedai tu.. tak sedap..; hahaha... jgn marah..
apapun enjoy stay in london walaupun for a few days :)

Monday, September 12, 2005

London.. here I come!!!

hmmm.. tak sabar rasanya nak tunggu esok... napa ek??? hehehe.. esok.. insyallah kalau everything's gonna be ok kami akan ke london for few day utk renew passport my hubby.. sambil2 tu kami nak visit kawan (KAK EINA)kat laborough..
hmmm.. harap2 semuanya berjalan ngan lancar... aminnn..

Saturday, September 10, 2005


Cit� de Carcassonne

Wednesday, September 07, 2005


Cit� de Carcassonne

Third Visit

the return to Carcassonne!!! hmmm.... trip kali ni pegi carcassonne for the second time... tapi takpe sebab carcassone ni cantik sungguh.. dan visit kali ni kami diiringi oleh professional guide dari carcassonne.. kami spend half day kat carcassonne.. pegi kul 12.30 balik kul 7.00.. seronok.. actually ramai yg g carcassone ni nak carik souvenir.. ye la dah tak lama nak abih study.. kami je yg ada lagi 3 thn kat sini...apa pun seronok jugak join trip... lepas ni 2 minggu berturut2 takde trip.. aku pun nak pi london next week.. hujung bulan nih baru start balik sunday trip.. seronoknya!!!

Friday, September 02, 2005

Second visit

ahad lepas 28 ogos aku join lagi second trip yang campus IAS buat... seronok.. kami pegi lac saint ferriol..yang terletak kat atas black mountain.. tasik buatan sendiri utk salurkan air ke canal du midi yang menjadi sumber pengangkutan masyarakat sini..
memula sampai.. rasa cam tak best je.. sebab tasik kenyir pun lagi besar dari nih rasanya.. tapi bila kami dah naik lagi kat atas bukit tu.. nampak air terjun.. terus semua org happy... seronok dapat main air terjun kat france.. ni la first time aqilah merasa berendam dalam air.. sejuk...
lepas tu kami semua di bawa utk melawat bandar tua di france.. REVEL.. takde yang menarik sangat kat sini kecuali market dia yg tertua yang masih beroperasi hingga ke hari ini..
at last kami di bawa ke Saint Felix Laugarais.. bandar kat atas bukit yang tinggi... dari bandar ni kami dapat tgk view yng menarik..pukul 6.30 ptg kami bertolak balik.. hmmm.. tak sabar nak tgg next trip pulak.. :)

Thursday, August 25, 2005

first visit

last sunday aku join trip IAS to abbaye de fontfroide, pantai mediterranean dan Carcassonne..... bertolak kul 9.30 sampai rumah kul 7.30 ptg.. ramai gak la yg join.. lebih 20 org..
awal2 tu seronok lagi sebab cuaca elok... tapi bila time nak g pantai mediterranean tu.. hujan la pulak.. semua org kecewa.. takde can la mandi manda.. so singgah kejap je kat pantai tu.. our tourist guide tu pening dah tak tau nak bawak pi mana... at last dia bawak kami g carcassonne.. kalau ikutkan trip ke carcassonne ni minggu ke 4.. tapi kami seronok je.. sebab dah save 15 euro seorg.. carcassonne ni cantik sungguh.. ada castle yg besar gila.. kira ok la trip kali nih... ni tgh tak sabar nak tunggu second trip... ahad ni..28ogos.. trip to black mountain and revel yg tasik st feriol..harap2 trip kali ni pun best jugak...

Saturday, August 20, 2005

Happy Birthday Ma Princess

hari nih... 20 ogos 2005 genapla umur aqilah setahun.. dah besar dah anak aku... pejam celik pejam celik dah sethn.. macam tak pecaya je aku dah ada anak!!! hehehe
apapun aku happy dengan kehadiran dia... dia mmg penyeri dan pelengkap dalam hidup aku.. kalau tak sure boring gila duk sini... thanks ma cherie!!! Alhamdulillah... :)

Felicitation!!!!

aqilah dah boleh jalan!!!!
semlm aku happy sungguh tgk buah hati aku nih dah boleh jalan... dia nampak bersungguh-sungguh nak praktis jalan sekrg nih... dia dah makin besar.. cerdik dan nakal...masa nih dia memang perlukan full attention dari mama ngan papa dia.. kalau tak layan dia mula la menjadik perangai dia.. hmmm.. betul la kata orang.. lagi besar anak kita..makin penat nak jaga.. apapun felicitation dr mama utk aqilah sebab dah boleh jalan!!!!

Syurga Rumahtangga

Hayati.... pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal.... Semoga yang baik dapat dicontohi bersama......

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi,
Naluri semulajadi yg. pinta diisi,
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami,
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri,
Masing-masing dengan harapan,
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan .....

Matlamat yg. satu tapi jalan berliku ,
Destinasi sama kaedah berbeza,
Lalu bermacam-macamlah jalan menuju ke sana ....

Ada yang mengatakan,
Bahagia itu pada harta ...
Diukir dari intan permata ...
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan,
Bahagia itu pada rupa ....
Ditempa oleh wajah rupawan ...
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan,
Bahagia itu pada nama ....
Dibaja gelar yang glamour ...
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan,
Bahagia itu pada kuasa ....
Dituai oleh pangkat dan jawatan ...
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbulkan dilema,
Mencari yang benar mempelai tersasar,
Kalaulah bahagia itu ada pada harta,
Kalaulah bahagia itu ada pada nama,
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa,
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa,
Kenapa berlaku perpisahan

Bahagia itu dari dalam diri,
Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata di dasar hati,
Terbenam bagai mutiara disalut nurani,
Bahagia itu pada HATI ,
Bertakkhta di kerajaan diri,
Bahagia itu pada JIWA,
Mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu KESABARAN,
Bila susah tak gelisah,
Bila miskin tak pemarah,
Bila sakit tak gundah,
Bila gagal tak resah,

Bahagia itu KESYUKURAN,
Bila kaya pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tak alpa,
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN,
Bila hati mengingati Tuhan,
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu
memberi ketengan pada hati"
Suami isteri sama-sama mengerti,
Maksud terseni takdir Ilahi,
Itulah zikir yang hakiki,
Binalah rumahtangga atas tapak iman,
Tuliskan niat luruskan matlamat,
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah,
Dengan nama Allah,
Gerbang perkahwinan pun terserlah ....

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan,
Iman itu tujuan syariat itu jalan,
Tempat merujuk segala permasalahan,
Tempat mencari semua penyelesaian,
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf,
Rumah jadi sambungan madrasah,
Serinya kerana solat,
Indahnya oleh munajat,
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "suami setia dan penyayang "
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'

Monday, August 15, 2005

Albi

khamis lepas aku n family pi visit Albi.. kampung sebelah toulouse yang glamor ngan castle yang besar dan cantik yang diperbuat dari tanah liat... dengar citer diorg ambik masa 200 thn utk siapkan castle tu...
albi ni jugak glamor ngan wine... agaknya sebab tu la sepanjang jalan nak g albi ni penuh ngan ladang anggur.. tapi frustnya sebab masa kami lalu tu.. takde anggur pun.. tak tau la samada belum berbuah ataupun dah abih berbuah...
kami bertolak dari rumah kul 12 tghari dah.. sampai sana dalam kul 1.30.. kira sejam setengah jugak la dr rumah kami..
sampai sana mmg kami terpegun jugak la tgk castle yang tersergam indah tu.. sakan la kami bergambar.. cukup 2 jam kami terpaksa balik sebab plan nak sampai rumah sebelum kul 5.30.. sebelum asar...

Wednesday, August 10, 2005

Lac sesquiéres


tasik yang banyak anjing

Tuesday, August 09, 2005

Walk..walk.. walk

semlm.. 8 ogos.. for the first time aqilah is begin to walk tanpa pegang kat sapa2...
seronok tgk dia make her first step.. selalunya kalau takde org pegang jangan harapla dia nak melangkah.. sure dia berdiri je.. pastu tak larat duduk..
tak sabar nak tgk aqilah dapat jalan banyak lagi... maybe dia nak tgg 20 ogos bila dia cukup sethn kot baru nak jln betul2...tapi ada doktor cakap baby kalau lagi lama dia merangkak lagi bagus.. sebab dia guna both of their brain when dia merangkak.. itu doktor la yang cakap.. tak tau la betul ke tak.. apapun.. all the best dr mama utk aqilah!!!

Thursday, August 04, 2005


Andorra La Vella


Stop!!!!


Andorra La Vella


Andorra La Vella

Tuesday, August 02, 2005

andorra la vella

andorra la vella...negara sempadan perancis sepanyol.. duty free country... hmmm banyak betul kenangan kat sini.. happy.. sedih...ni yang nak citer ni..
sabtu lepas.. aku ngan other family msian gamble konvoi ke andorra la vella...tau tau je la ngan keta kami yang diwarisi turun temurun dari previous msian and indonesian... takut pun ada.. seram pun ada.. ye la.. nak g andorra la vella ambik 3 jam jugak dari toulouse.. dan this is the first time kami nak try.. kalau tak mmg kete tu kami guna utk g carrefour beli barang rumah je....
kami konvoi 2 kete je... memula mmg everything's ok... tapi bila dah lepas tol yang dah nak sampai kat andorra la vella.. kete other msian ni tetiba je tokleh nak start.. masa tu semua org guna la kepakaran yang ada... macam2 kami cuba... pun tokleh start.. at last nak tak nak.. kena la call company insurans... then.. datang lori tarik kete.. and family msian tu dihantar balik ke toulouse ngan teksi... sedihnya.. ingatkan nak g jln ramai2... dah la ni first trip..
kami dah tak tau nak buat apa masa tu... nak teruskan ke bandar andorra.. ataupun nak patah balik ke toulouse...pikir punya pikir.. memandangkan yang andorra tinggal lebih kurang half an hour dan nak balik toulouse ada 2 and half hour .. kami decide nak teruskan ken andorra sebab papa aqilah ada target nak buy a few things...(rokok, cdr.. coklat ngan perfume murah kat situ)
everything's berjalan dgn lancar sehingga ke andorra... kami cari parking... pegi cari rokok... coklat... cd kosong and perfume... tak sampai sejam kami dah ready utk balik ke toulouse... maklumla.. hati masih tak senang.. ingatkan member yang lagi sorang ada problem...
on the way back.. nak dijadikan citer lagi... aqilah pulak meragam... menangis2 tak nak duduk kat seat dia...kat sini pulak baby tokleh duk atas riba.. semuanya kena duk atas car seat.. geram betul aku... dah la aku sendiri pun mabuk kete... nak layan dia menangis pulak... last2 aku tawakkal je.. riba je dia sampai tido.. dah tido baru aku letak kat seat dia balik..and dia tido je sampai rumah..luckily takde polis sepanjang perjalanan tu... kalau tak mau kena saman free je...
agaknya dia dah boring duk dalam kete lama sgt..kesian aqilah...:)

Tuesday, July 19, 2005


gambar dengan family msian di toulouse


gambar kat atas bukit yang tertinggi di toulouse

For the first time!!!!

last sunday.. for the first time kat france.. aku n family dan satu family msian lain g berkelah kat bukit yg boleh kata tertinggi kat toulouse.. heheh.. seronok.. dr atas bukit tu..kami dapat tgk satu toulouse.. yang tak best nye aqilah tak dapat main sangat sebab dia ngantuk... mana taknya.. satu hari tu dia tak nak tido.. ishh aqilah nih.. kalau dia tau je mama ngan papa dia nak g jalan.. dia mmg excited habis.. penat melayan dia satu hari tu.. dengan nak masak lagi..
apa2 pun happy dapat g berkelah ramai2 hari tu

Thursday, July 14, 2005

The Marriage

A soft feeling for some time
Embalming your hearts with a burning happiness
By the marriage, this act full with messages
You want to pose the bases of your future
And your own family you want to build
The marriage is an act of confidence
Synonym with tolerance
If in the course of time, all the two actives
You run up against some reefs
Do not fear anything and patiently
Of marriage, take again the oath

A poem of C.Sergera
Translated by mrrenab

Tuesday, July 12, 2005

Le Mariage

Un doux sentiment depuis quelque temps
Embaume vos coeurs d'un ardent bonheur
Par le mariage, cet acte plein de messages
Vous voulez poser les bases de votre avenir
Et votre propre famille vous voulez construire
Le mariage est un acte de confiance
Synonyme de tolérance
Si dans la course au temps, tous les deux actifs
Vous vous heurtez à quelques recifs
Ne craignez rien et patiemment
Du mariage, reprenez le serment

Un poème de C.Sergera

Sunday, July 10, 2005


ni pun gambar kat pokok krismas jugak.. tapi spesis renek punye..


ha.. dah banyak buah kami ambik..


ni semua buah ni yang dah masak.. kalau muda dia hijau je.. nyum.. nyum!!!


ha... ni dah sampai kat pokok buah yang boleh kata tiap2 hari kami visit.. nak ambik buah dia.. masa buah ni muda masam sgt.. tapi bila dah masak.. manis.. sedap


ni gambar kami dekat pokok krismas yang kami paling suka sekali.. buah dia cantik2.. hehehe..kat sini ada macam2 jenis pokok krismas dengan macam2 jenis buah.. lain2 semuanye..


ni pulak antara bunga2 yang kami suka.. cantik.. boleh kira ni la antara tempat2 lepak kami masa petang2


mmmmm..


uih.. apa tu??


maryam aqilah 10 bulan


lagi gambar aqilah ngan melin kesayangan dia..