Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

rambutan oh rambutan

feveret kakak dan adik nih.. rambutan.. seronok betul kakak dapat petik rambutan sendiri.. hihihini tak tahu rambutan apa.. yg dah masak betul rambutan anak sekolah.. dah habis kena petik dgn "mak" mak uda.. nak kasik kami bawak balik

rambutan gading.. my feveret.. tapi belum masak betul lagi..

evening at trolak

at last.. dapat jugak kami sekeluarga ikut mak uda(my biras) balik kampung dia.. hehehe tak malu.. ikut masa musim buah lak tu.. yeaaay sgt seronok..
papa cancel kelas on saturday.. friday night kami g tidur rumah mak uda.. pagi2 sabtu kami g pasar borong.. borong lauk utk penuhkan petiais kami.. dah lama petiais tu kosong.. dekat dua bulan rasanya kami tak shopping lauk besar-besaran.. dalam pukul 11 gerak balik rumah kami.. lunch dan keluar balik ke um.. ambik mak uda dan terus gerak trolak.. singgah kat mana ntah .. beli toyogo nak isi durian.. hehehe
sampai trolak dalam pukul 5 lebih.. pegi satu kereta je.. patutnya sampai lebih awal.. tapi disebabkan hujan yg sgt lebat.. jalan jadik slow..sampai je.. mak mak uda ready dgn buah2an dr kebun dia.. ada rambutan dan durian dan jugak kuinin.. sedapnya.. dapat makan durian yg baru gugur dan dapat petik rambutan dr pokok.. sgt indah.. thanks to mak uda and family.. thn depan nak ikut lagi boleh?? hihihi

pose org kenyang makan durian.. hihihi

sangat byk duriannya.. makan sampai tak boleh makan..

papa dgn durian yg dia baru kutip lepas bunyi durian gugur

sebiji pun jadik la kan.. hehe

lepas makan durian.. sempat jugak kami jalan2 kat kampung tu.. pegi sungai.. kalau masih awal mesti boleh mandi sungai.. tapi dah lewat sgt masa tu.. maybe next time..
gerak balik rumah pukul 9 malam.. dalam pukul 10 lebih sampai rumah.. mak ai.. byknya rambutan dan durian.. risau pulak tak tahu nak buat apa.. bukan boleh makan byk sgt pun durian... panas badan nanti.. ada la jugak kasik jiran2 sikit..

pak uda dgn durian yg ada sorang pakcik kasik

ni la pak cik yg kasik durian tu.. hehe

kakak dan kak alin.. on the way to sungai..

me and mak uda and muaz..

rombongan kami ke sungai



nurseri pokok cili.. sgt banyak buah cili dia.. dan sgt segar

me and my manja.. hehe

dah hampir sampai sungai.. cantik jugak air dia..mesti best kalau dapat berbbq kat situ

habis kelas papa ahad tu.. kami singgah rumah my sister kat shah alam.. bawak durian.. my sister dah siap masak pulut... dan ada jugak beli beberapa biji durian.. dan my sister pun dah siap call semua my sibling kat area lembah kl.. semua dtg.. kecuali my sister yg kat cheras.. dia berapa sihat.. pregnant kan anak no 4.. tahniah!.. berpesta durian lagi la kami.. huhuhu
lepas maghrib gerak balik rumah.. singgah giant beli barang dapur.. sampai rumah.. setllekan anak2.. kemas barang abru beli.. dan tidoooo
okla.. tu je update hari nih.. aplus

Thursday, June 25, 2009

taman monumen islam

lg gambar di taman monumen islam, kuala terengganu

rasanya.. monumen ni takde la besar sgt diorg buat.. but still kakak boleh menyelinap kat tiang2 tu..

adik mmg seronok berposing hari tu..

monumen masjidil haram kalau tak silap aku..


my sister dan anak dia.. dah tak larat nak jalan.. ada baby dalam perut


kakak pun sama.. sgt enjoy bergambar hari tu

aik.. kami jadik background je


ni masa kami kat india..tajmahal..

ni pulak masa kami pegi afganistan, abu nasr Parsa


tgkla adik.. tak yah suruh.. dia sendiri yg posing dan suruh papa tangkap gambar dia.. hehe

cuti-cuti terengganu

semlm papa copykan gambar kami d terenggganu dr laptob dia.. hari ni kebetulan kurang sikit keje aku.. so bolehla mengedit gambar dan update blog.
sepanjang 4 hari 3 malam.. tak banyak sgt aktiviti kami sekeluarga pun.. papa keje.. from 8.30 sampai 5.30.. pastu sambung lagi dr 8.00 pm till 11.00 pm. ada tak ada.. aku akan bawak anak2 aku main playground kat kawasan hotel ni.. pegi pantai pun boleh kira je berapa kali.. itupun sekejap2 je..
cuma hari ke3 je ada aktiviti bebas.. itupun bermula dr pukul 2 ptg.. kami follow bas ke kuala terengganu.. kakak ikut chik dia naik bas.. halfway je.. masa bas berenti utk penumpang nya shopping keropok.. kakak ikut kami naik kereta..

kedai keropok yg sama mariana bawak kami last visit to tganu

kami teruskan tanpa ikut bas.. lambat sgt la ikut bas.. byk berenti.. jumpa my sister kat pasar payang.. takde apa nak shopping .. terus ke taman tamadun islam.. nak masuk tgk masjid mini kat taman monumen.. masuk bayar RM10 peradult.. kanak2 bawah 7 tahun free..beli tiket train RM3 peradult.. sama jugak.. aqilah ngan muaz free.. tak byk sgt masa kami.. sempat pusing satu round je.. snap mana yg patut.. pastu teruskan ke masjid kristal.. sgt cantik..
gerak balik dungun dalam pukul 8 malam.. singgah dinner kat restoren near to marang.. dan terus balik hotel.
tghari ahad.. gerak balik kl.

taman monumen..

my sister and her baby boy with my cousin at taman monumen

salah satu mini masjid.. kudus Minar, indonesia

adik yg sibuk ajak naik train






okla.. sambung later.. nak turun bawah.. a plus

Tuesday, June 23, 2009

balik kampung

last wednesday.. pagi2 kami gerak balik kb.. rumah mak aku.. papa ada bengkel kat dungun.. plannya nak tinggalkan kami tiga beranak kat rumah mak aku sebab tak dapat bilik kat dungun.. sampai kb dalam pukul 3 ptg.. berehat je satu hari ni.. papa tak berapa sihat sgt.. lagipun esok papa kena drive alone ke dungun..
dalam pukul 8 lebih.. collegue papa call bagitau dapat satu bilik kosong utk kami.. tapi kena bayar sendiri.. yeayy.. kami boleh ikut.. so pepagi esoknya kami g bandar kota bharu, sambil tu singgah amik baju kurung yg aku tempah.. lucky me tiga2 pasang siap.. sgt memuaskan.. sebab cantik dia jahit.. dan murah.. itu yg paling penting. pastu teruskan misi aku.. nak amik barang yg aku repair kat kedai kawan abg aku.. so secara otomatiknya abg aku jadik tourist guide kali nih.. nasib baik dia ikut.. kalau tak aku takkan jumpa pasar buah yg baru tu.. dah pindah tempat rupanya.. tak lama lagi akan pindah jugak ke pasar baru yg masih dalam pembinaan.. sudah maju jugak negeri kelahiran aku nih.. dalam dua jam.. kami dapat settlekan semua misi balik kampung kali ni.. sempat jugak kami lunch di restoren nasi ulam feveret kami.
balik rumah mak.. siap2... lepas zohor terus gerak ke dungun.. 4 hari 3 malam jugak kami kat dungun.. menginap di hotel uitm dungun. nanti aku update later pasal percutian kami kat dungun.. hari ni tak sempat.. byk benda nak buat..
semlm papa cuti.. pegi amik ic baru kami.. pastu pegi shopping sikit.. tghari lunch kat restoran d kayu kat kota damansara.. pastu balik rehat.. belah ptg kami pegi tengok baby baru unti leenda.. kaseh aileen irdeena.. lahir pada 18.06.2009.. tahniah kat unti leenda sebab dapat baby yg sangat comel..
okla.. got to go.. a plus.. da daa

Tuesday, June 16, 2009

Pantai Puteri

kakak... happy sgt dapat g pantai.. photo taken last month kat pantai puteri, melaka

Thursday, June 11, 2009

muzium haiwan, kuching

hahaha.. aku tak tahu apa exact name utk muzium nih.. tapi dalam dia byk haiwan2 yg telah di awet.. anak2 aku enjoy tgk bermacam2 jenis burung, tupai, kambing, monyet.. etc etc.. tapi takde gambar dalam muzium sebab tokleh ambik gambar...

peace...

adik, kakak dan faihanah

my cousin yg entertain kami kat sana

a plus

Wednesday, June 10, 2009

pasar satok, kuching

balik dr sarikin, singgah kat masjid utk solat dan terus ke pasar satok.. pasar satok pun sama cam pasar hari sarikin.. my cousin cakap byk benda2 murah kat situ.. tapi kalau nak beli souvernir baik beli kat kedai souvernir kat depan waterfront tu.. lagi murah..
kat pasar satok kami tak dapat shopping sgt sebab hujan turun dgn tiba2nya.. bagus jugak.. jumat duit papa.. hehehe

kakak dgn telekong baru yg beli kat sarikin..

pasar satok.. kakak sampai2 je terus mintak pensil tu dgn papa.. satu utk kakak satu utk adik.. tapi adik tgh seronok tido masa nih

pose akhir sebelum meninggalkan pasar satok.. dalam hujan nih

a plus

sarikin, sarawak

bandar sempadan sarawak dan indonesia.. ada pasar minggu bermula 1 tghari sabtu sampai 1 tghari ahad.. byk benda2 murah kat sini.. telekung, kain pasang, jeans and etc etc






a plus

Tuesday, June 09, 2009

sweet memories at kuching

takde apa nak citer lagi dah.. letak gambar je..














a plus