Showing posts with label ramadhan 2008. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2008. Show all posts

Friday, September 26, 2008

S e L a M a T h A r I r A y A

hari ni dah masuk hari ke 26 dalam bulan ramadhan yang mulia.. kita makin menghampiri syawal.. lagi 4 hari je kita akan menyambut hari raya aidilfitri..ada 22 hari je kami akan tinggal dibumi toulouse.. terasa lama pulak masa berlalu sekrg nih.. bila sayangkan bulan ramadhan yg mulia ni daripada berlalu.. terasa begitu cepat masa beredar..tapi bila menghitung hari utk balik msia.. tarasa sgt- sgt lama..
dikesempatan yg ada ni.. kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua.. keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan semua kawan2.. maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap yg kami lakukan.. maklumla.. kami ni insan biasa.. yg sentiasa tak boleh lari dari kesilapan.. samaada sedar atau tak sedar.. halalkan segala yg termakan dan terminum.. yg paling penting.. semoga kita semua sentiasa didalam lindunganNYa dan sentiasa didalam rahmatNya.. amin
lagi sekali SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATIN utk semua!!

Selamat hari raya aidilfitri dari kami sekeluarga
ok.. a plus

Thursday, September 25, 2008

berbuka puasa, sambutan b'day irhamm & ulangtahun ke4 kami di toulouse

20hb 9.. genap 4 thn kami di toulouse.. insyallah.. 18 oktober 2008 kami akan balik for good.. so far tiket belum confirm lagi tapi kalau takde apa2 aral.. 19 oktober kami akan sampai msia.. sgt berdebar2.. macam2 perasaan ada.. setiap masa duk kira hari je sekrg ni..:)..
ok.. cerita pasal makan2 kat rumah unti leenda sempena birthday party irhamm.. actually birthday irhamm 16 september.. HAPPY BIRTHDAY IRHAMM!!.. mkn tak ingat kami masa tu.. unti leenda masak sup daging, ayam goreng berempah, salad dan sambal belacan.. plus cheese cake and chocolate cake.. nyum2.. me and khairul punya la tak malu duk belasah ayam goreng berempah.. best!! paling kelakar tgk kawan jepun leenda..kalau tak silap.. 5 ketul dia belasah ayam ... punya la suka.. siap belajar buat lg.. macam tak caya je org jepun suka mkn benda2 rempah nih..
majlis selesai dlm pukul 11 lebih.. cam biasa.. meriah!!
okla.. nak letak gambar.. enjoy ya..
cream puff and hadiah utk birthday boy

tak berapa menjadi la my cream puff kali nih.. first time buat lagi sedap

adik yg sentiasa tak nak ketinggalan utk join kawan2 dia sekrg nih

apsal semua org cam terpegun ni eh.. tak ingat la kenapa..hmm

birthday boy..IRHAMM

kakak.. bersungguh2 dia nak bergambar dgn hadiah irhamm.. paling tension dia cakap birthday irhamm best.. sebab kek dia lagi cantik.. :(
unti leenda la nih.. buat kek cantik2..hihihi

sesi bukak hadiah

hadiah dari kami.. seronok tgk birthday boy suka..

okla.. tu je utk update kali ni.. a plus

Friday, September 19, 2008

my first try

hehe.. semlm try buat kuih lapis.. dapat resepi dr tulip77.. senang rupanya nak buat kuih lapis.. dulu kat kelantan selalu beli je .. tak pernah terlintas nak belajar buat.. bila dah takde jual terpaksa la buat sendiri..
ini la hasilnya.. thanks tulip77 for sharing the resepi..

photo of my first kuih lapis.. taken and edited by me.. ahaks!!

amik gambar dgn piring unti leenda.. kononnya nak pulangkan piring dgn kuih.. sekali unti leenda takde kat rumah.. terpaksa la kami yg habiskan

okla.. tu je update utk hari nih.. a plus

hmmm.. apa la nak masak utk berbuka hari nih.. takde idea la..

Monday, September 15, 2008

short update

being very very busy lately.. baru je habis buat biskut raya.. settle!! lega sungguh rasanya.. will update my blog later..

a plus

Saturday, September 13, 2008

omong- omong kosong

dah dekal pukul 6 dah nih.. masih takde idea nak masak apa utk berbuka hari nih.. pening betul la.. dah masuk hari ke 13 bulan ramadhan..since 1st ramadhan sampai semalm masih takde yg masak dua kali.. rasanya hari nih dah nak kena repeat balik apa yg dah masak sebelum2 nih la..
sat nak ingat balik..
-first day puasa .. berbuka kat rumah unti leenda - tomyam dan paprik
-asam pedas ikan+kangkung belacan
-nasi kerabu+daging goreng
-nasi tomato+ayam masak merah+acar timun
-laksa penang
-roti canai+kari daging
-hari ketujuh.. berbuka kat rumah unti cora.. makan nasi ayam
-sup tulang+kangkung ikan masin
-nasi lemak+daging goreng
-kubis masak lemak+ayam goreng
apa lagi ek.. lupa la.. so hari ni.. camana??ada ayam dan daging je.. nak masak apa?? nasi ayam??ke nasi minyak.. ayooo.. susahnya nak pikir..tolong la pa bagi idea..
okla.. nak kena stop dan g masak.. jem nenas pun dah siap masak.. dapur dah free.. takde alasan nak ngelat dah..
.....tak sabar nya.. nak raya.. nak balik.. sekrg ni dah nak start buat biskut raya.. plannya 3 jenis je kot.. tart nenas, biskut arab ngan cornflake madu.. malam nih nak start.. aja aja

aplus

Wednesday, September 10, 2008

waktu bersahur

Waktu Paling Afdhal Untuk Bersahur

http://fiqh- sunnah.logspot.com

Melewatkan Sahur Adalah Sunnah

Selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan makan, minum, dan menjima’i isteri. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Dari Amr bin Maimun al-Audi, dia menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu’alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling akhir (lewat) di dalam bersahur.” (Diriwayatkan daripada ‘Abdur-Razzaq di dalam kitab al-Mushannaf- nya (7591) dengan sanad yang disahihkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari (4/199) dan oleh al-Haitsami di dalam Majma’ az-Zawaid (3/154))

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, “Tiga perkara yang merupakan akhlaq kenabian adalah: 1 - Menyegerakan berbuka, 2 – Mengakhirkan (melewatkan) sahur dan 3 - Meletakkan tangan di atas tangan kiri ketika dalam solat (ketika qiyam).” (Hadis Riwayat ath-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir sebagaimana dalam al-Majma’ (2/105). Dia berkata... marfu’ dan mauquf)

Waktu Disunnahkan Untuk Mula Bersahur
Iaitu dimulakan sekitar 50 bacaan ayat al-Qur’an sebelum masuknya waktu subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ini adalah berdasarkan suatu hadis yang diriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia pernah berkata: “Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat .” Aku tanyakan, “Berapa lama jarak antara azan dan sahur?” Dia menjawab, “Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan 50 ayat al-Qur’an”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, ia menunjukkan bahawa masih dibolehkan makan dan minum (bersahur) walaupun telah masuknya waktu subuh selagi mana azan belum dikumandangkan (belum jelas masuknya subuh). Ini adalah berkira dari maksud yang diambil dari hadis tersebut di mana para sahabat dibolehkan untuk makan dan minum sehingga mendengar azannya Ibnu Ummi maktum. Manakala Ibnu Ummi maktum pula hanya akan ber-azan setelah masuknya waktu Subuh dan apabila diperintahkan (diberitahukan) untuk mengumandangkan azan, barulah dia akan ber’azan kerana dia seorang yang buta.

Batilnya Penetapan “Waktu Imsak” 10 Minit Sebelum Subuh Atau Yang Seumpamanya
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Menetapkan berhenti makan sahur sebelum terbitnya fajar shadiq, maka itu bukanlah suatu yang sunnah. Apa yang jelas dari sunnah adalah melewatkan sahur dan dibolehkan berhenti makan/minum sehingga benar-benar telah masuknya waktu subuh dengan yakin. Ianya selain dijelaskan oleh ayat al-Qur’an di atas, ia juga memiliki hujjah yang jelas dari banyak hadis-hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman yang berada di tangan kita (semasa bersahur) walaupun setelah berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis berikut,

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya) . (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)

Penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata di dalam kitabnya, Fathul Bari (4/199): “Termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar adalah yang diada-adakan pada zaman ini (pada zamannya), iaitu mengumandangkan azan kedua (azan Subuh) sepertiga jam (sekitar 20 minit) sebelum waktunya di bulan Ramadhan, serta memadamkan lampu-lampu yang dijadikan sebagai tanda telah haramnya makan dan minum bagi orang yang mahu berpuasa, mereka menganggap perbuatan ini sebagai rangka ihtiyath (langkah berhati-hati) dalam ibadah, tidak ada yang mengetahuinya kecuali beberapa bilangan manusia saja, hal ini telah menyeret mereka sehingga melakukan azan ketika telah terbenam matahari beberapa peringkat, untuk meyakinkan telah masuknya waktu (menurut sangkaan mereka) mereka mengakhirkan (melambatkan) berbuka dan menyegerakan sahur, sehingga menyelisihi sunnah, oleh kerana itu sedikit pada mereka kebaikan dan keburukan pun banyak tersebar pada mereka, Allahul Musta'an.

Penjelasan Syaikh al-Albani
Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah mengulas persoalan ini di dalam salah satu kitabnya, “Tamamul Minnah” ketika membantah kenyataan Sayyid Sabiq sebagaimana berikut,

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya) . (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)

Ibnu Hazm juga meriwayatkannya dan menambah: “Ammar (yakni Ibnu Abi Ammar, perawi Abu Hurairah) mengatakan:
“Mereka dahulu mengumandangkan azan ketika telah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh)”.

Hammad (yakni: Ibnu Salamah) mengatakan dari Hisyam bin Urwah:
“Ayahku memberi fatwa demikian”

Dan sanadnya sahih menurut Muslim dan mempunyai hadis-hadis saksi yang telah saya (Syaikh al-Albani) sebutkan dalam “at-Ta’liqat al-Jiyad dan juga ash-Shahihah (1354)”.

Ini adalah sebagai dalil bahawa seseorang yang mendapati fajar mulai terbit, makanan dan minuman masih di tangannya, masih boleh baginya makan. Allah berfirman:

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)

Tiada pertentangan di antara ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya, serta tidak ada ijmak yang membantahnya. Bahkan sejumlah besar sahabat dan selain mereka mengguna-pakai hadis ini dan berpendapat lebih dari itu, iaitu dibolehkannya makan sahur sehingga fajar tampak (kelihatan) jelas dan warna putih (terang) telah menyebar ke segala penjuru. (Lihat: Fathul Bari, 4/109-110)

Dari pengertian hadis ini, dapatlah diambil pelajaran bahawa menetapkan adanya “waktu imsak” sebelum subuh adalah perbuatan bid’ah (yang diada-adakan) . Seandainyalah mereka mengetahui dan memahami rukhsah (kelonggaran) ini tentu mereka tidak melakukan bid’ah sedekian rupa (menetapkan adanya waktu imsak sebelum subuh). (Lihat: Tamamul Minnah Fi Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah, Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Terbitan Pustaka Sumayyah, Cet. Kelima, Disember 2007M, m/s. 457-458)

Tuesday, September 09, 2008

suite:jln2 ke canal a day before b'day party -part II-

takde apa citer menarik yg aku nak citer kat blog hari nih.. duk melangut je pagi nih.. papa mulanya nak g keje.. tapi punya la lama tgg bas.. takde satu pun bas datang.. rupanya diorg mogok hari nih... kena pulak.. masa papa takde kete la pekerja bas ni nak mogok..
hari ni lom tahu lagi nak masak apa utk berbuka.. semalam aku buat nasi kerabu dgn daging goreng + lenkong pandan...tu je... hari nih kalau takde idea lain nak buat sup tulang +kangkung ikan masin.. tak nak buat kuih apa2 hari nih.. boring je.. kalau buat kuih aku sorang je yg mkn.. lagipun salah satu cara utk berdiet...
okla..hari nih nak sambung post yg nih .. nak letak gambar je pun.. takde idea nak merapu lebih2.. so enjoy ya!!
ni la canal du midi.. cantik sgt bagi aku... cuma tak berapa rajin nak pegi sebab banyak anjing...photo: kakak in action

on the way pegi..kat depan ENAC photo: aqilah and friends

lorong feveret kami.. mesti pergi setiap kali autumn and spring.. sure cantik.. photo: aqilah and friends

roundabout LAAS.. photo:aqilah and kak sya

kakak.. minah bunga

lg gambar kakak.. gambar adik takde sebab dia duk dlm stroller je.. tak nak turun

canal du midi..photo: me and my friends

canal du midi.. photo: among msian in IAS

canal du midi.. photo:kakak

kakak tgh baling batu masuk canal.. photo: aqilah

okla.. tu je utk hari nih.. nak start mengemas rumah dan settlekan anak2.. a plus.. hmm tak sabarnya nak balik

Sunday, September 07, 2008

birthday party muhammad

baru pukul 6 ptg.. aku dah settle masak utk berbuka hari ni.. masak simple2 je.. laksa penang utk kami berdua dan cekodok ikan bilis utk anak2 aku.. diorg tak makan laksa.. lagipun aku buat pedas kali nih.. tu je menu hari ni.. takde extra kuih.. sgt tak larat nak buat kuih.. penat dan tak cukup tido..
semlm ada birthday party kat rumah unti cora sempena birthday anak dia.. muhammad baqeer.. abang mamad.. hehehe.. selamat la aku tak yah masak juadah berbuka semalam.. hanya buat karipap je utk bawak g rumah unti cora.. alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. aqilah la paling happy dapat main dgn kawan2 dia..dan makan pun berselera je papa dia suapkan.. sedap nasi ayam unti cora buat..
muaz pulak asik meragam je semalam.. dr siang lagi.. sikit2 dia nangis.. tak tau kenapa.. mungkin tak sedap badan sebab berhujan pagi masa kami keluar beli barang rumah.. mungkin jugak sebab baru je lepas kena injection vaksin dia.. aku pun tak tahu.. tapi rasanya balik je dr carrefour aku terus mandikan diorg..
settle majlis dalam pukul 12 lebih .. balik rumah...siapkan muaz.. tidokan dia.. aku solat dan ready utk tido.. ingatkan bila muaz dah tido semua dah settle.. rupanya tokleh tido aku malam tadi.. muaz asik terjaga dan nangis.. bila tanya sakit kat mana dia tunjuk kat telinga.. setiap kali bgn.. dia akan nangis sungguh2.. dan pegang telinga dia.. risau betul aku mlm tadi.. dah la tangan kanan aku sakit yg amat.. (maybe sebab uli kulit karipap).. at last terpaksa aku kejutkan papa.. sebab dah tokleh handle muaz sorang2.. papa cuba tgk dalam telinga.. takde nampak apa2.. tapi dia continue nangis.. papa try sedut telinga dia.. takde apa pun yg keluar.. menangis makin kuat lg ada..bukan main marah lagi dia.. sampai pukul 5.30 pagi baru dia tido balik.. kasik chance kami sahur..dia terjaga pukul 9 pagi tu nampak macam ok pulak.. bila papa dia tanya sakit kat mana.. dia tunjuk kaki pulak..lega la aku..tapi rupanya tak habis kat situ.. tgk lepas mandi dua2 hidung meleleh je.. check temperature.. tu dia.. dua2 demam.. ayoooo.. sah la nih .. kena hujan semlm.. tak bestnyeee..
okla.. nak stop dulu.. nanti2 citer lagi..ni ada gambar masa birthday party semalm..

ceria je kanak2 nih.. elok je muka uncle azammi kat tgh2

muaz pun nak join jugak.. tak nak ketinggalan.. dah macam org besar

a plus.

Wednesday, September 03, 2008

kakak demam

hari nih.. bgn pagi tadi kakak nangis.. tanya dia sakit perut ke?? dia cakap tak.. nangis je dia.. sampai dia muntah.. check temperature .. dah 38.7.. huih panas tu.. tadi masa bgn sahur elok je aku tgk dia.. siap bersahur sekali dgn sebotol susu.. kononnya nak puasa hari nih..tup2 bangun pukul 9 pg tadi dah demam.. tak tahu apa punca dia.. dr pukul 9 pg tadi sampai la pukul 11.30 tadi ada lah 4 kali dia muntah.. dah dua kali dah mandi..risau je aku.. pastu terbaring je...makan apa pun tak nak..just now dah ok sikit.. aku lumurkan aor asam jawa kat kepala dia.. dan dah bagi mkn ubat demam.. baru la dia nak minum susu.. sat lg nak pujuk dia makan pulak..kesian anak mama yg sorang nih.. cepat baik ye sayang.. nanti boleh main sesama ngan adik..
semlm berbuka mkn nasik putih+asam pedas ikan+telur dadar+kuih dr jiran2.. + cendol yg unti leenda kasik kelmarin.. aku letak dalam freezer sampai dia keras.. jadik cam aiskerim cendol.. nyum2.. aku lansung tak buat kuih semlm.. tak berminat nak buat kuih sebab nanti aku sorang je yg makan.. khairul tu bukan reti makan kuih.. bila dah dapat nasik tak tgk benda lain lagi dah...boring je..
menu utk berbuka hari lom tahu lagi.. lauk utama dia ayam.. hmmm.. masak apa ek?? any idea?? okla.. nak g tgk kakak.. sian dia.. muaz pun tak berapa sihat jugak.. selsema dan batuk selepas demam.. ayoyo.. nanti2 citer lagi.. a plus

Tuesday, September 02, 2008

happy birthday to muhammad

ari nih birthday yg ke 5 abang mamad(muaz sebut camtuh).. anak bujang unti cora.. antara best friends muaz kat sini..happy birthday dr unti weeda, uncle khairul, aqilah dan muaz.. hadiah nanti unti weeda kasik this coming saturday ye.. sekali lagi.. HAPPY BIRTHDAY to muhammad baqeer.. 2 oktober 2008.. semoga ceria2 selalu..

birthday boy.. abang mamad.. happy birthday!!

alhamdulillah.. ari nih dah masuk hari kedua kami berpuasa.. masih lom tahu nak masak apa utk berbuka hari nih.. dah keluarkan ikan dorade.. ingat nak masak asam pedas lah.. senang..
semlm aku mmg pancit habis.. kepala mmg pusing.. rasanya sebab kami tak bangun sahur kot.. bukan tak nak bangun.. tapi mmg tak sedar lansung..nasib baik tak yah masak utk berbuka.. sebab unti leenda dgn baik hatinya menjemput kami semua berbuka kat rumah dia.. so aku buat pisang goreng je.. itupun tak berapa menjadik.. bancuhan tepung tak berapa elok.. makan minyak.. semuanya sebab aku tak cukup tepung beras.. belasah tepung biasa yg lebih.. dan terlebih air sedikit.. tak suka betulla.. masa nak bawak g rumah org la dia tak elok.. huhuhu..
hari ni ok sikit.. sebab bangun sahur pagi tadi.. awal aku bgn hari nih.. pukul 5.15 dah jaga.. tak yah masak apa2 sebab unti leenda dah bekalkan tomyam dan paprik utk sahur.. lagi sekali aku selamat tak yah masak... bukan main byk aku makan masa sahur pagi tadi.. nasi.. roti ngan nutella(dah semakin suka nutella semenjak makan masa picnic last saturday..), sebijik epal.. dan nescafe susu.. jgn salah faham ye.. aku makan byk2 bukan sebab lain.. sebab pikir nak nyusukan muaz je..:).. semalam aku tak larat betul bila muaz kejap2 mintak susu.. itu yg hari ni semangat lebih..
aqilah pulak.. tiap pagi bgn cakap dia puasa.. tapi lom sempat apa2 dia dah mintak susu.. dia ingat puasa tokleh makan je.. minum susu boleh.. hehehe..
okla.. nak rehat2 kejap la.. penat sgt... dah lama sgt rasanya aku duk depan pc nih.. menghabiskan episod terakhir citer ezora.. layan citer melayu kat internet la bila boring duk rumah..:)
nanti2 cerita lagi.. a plus

Monday, September 01, 2008

fadhilat terawih

hari nih hari first kami berpuasa..insyallah.. tahun terakhir kami berpuasa di negara org.. dgn harapan ramadhan tahun nih kami penuhi dgn beramal ibadah kepadaNya.. sebagai menyambut 1 ramadhan hari nih.. kami mulakan dgn solat sunat terawikh.. byk fadhilatnya solat terawih nih.. dan kat sini aku nak share dgn semua.. dapat dr sini.. utk rujukan aku dan semua

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 :
Seru Malaikat “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) “

Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”