Sunday, March 16, 2008

this weekend

takde apa nak buat ptg nih... so aku nak cite apa aku buat weekend nih.. jumaat ptg.. cam biasa papa balik awal.. g xray adik kat pusat xray hospital languedoc rousillon.. macam yg doktor pakar tu cakap.. lepas sebulan akan ada gelembung bulat kat sekitar tulang yg patah tu.. so next xray will be in another 5 month.. harap2 semuanya ok..aminnn
muaz hadif.. 1 year and 3 months.. lasak la dia.. risau je aku..

saje je letak gambar ni.. papa snap byk sgt gambar diorg.. hehehe

cam biasa jugak.. lepas g hospital mesti la ada acara sampingan utk mama... dah lama aku tunggu nak g bandar.. nak g kedai mengait.. lupa pulak nama kedai dia.. byk benda yg aku nak beli..
baru2 ni aku ada cuba buat trousse a maquillage.. (bekas make up-ikutkan nama dlm buku tu la.. tapi tak nampak cam bekas make up pun..) dah siap kait.. cuma tak cukup barang2 utk siapkan dia.. so alang2 dah pegi kedai pakcik tu.. macam2 jugak la aku sambar.. hehehe... dah agak addicted aku sekrg nih.. lepas nih nak cuba buat beg lain pulak..
things yg aku beli kat kedai pakcik tu.. 3 pairs jarum size 6.5mm, 7mm dan 10mm.. jarum torsade, zip, arret de mailles, dan butang2 love tu.. jarum2 tu saje je aku beli.. utk collection.. zip tu utk beg yg aku buat tu.. dan butang love tu jugak utk beg tu.. patutnya ada riben2 semua.. tapi aku malas nak jahit so... beli butang je la.. senang sikit nak jahit..

......et voila.. ni la beg yg aku cakap tu.. papa asik gelakkan aku je.. cakap macam hasil keje student form 3.. tak kemas sgt aku buat.. aku tak terer menjahit.. huhuhu.. tapi tak kisah la .. baru first time buat.. kalau ada riben mesti lagi cantik kan.. nyesal pulak tak beli semlm.. bukan senang nak ajak papa g kedai tu..

on the way balik.. singgah le mutant.. beli roti baget.. teringin sgt nak makan baget dgn fromage dan jem..sedap tau baget ni.. gambar baget tak sempat nak amik.. nanti kalau ada peluang aku snap gamba dia dan letak kat sini.. aqilah pun dah suka sgt dgn baget.. pegi carrefour je mesti mintak baget..
semlm.. cam biasa.. pegi carrefour.. beli barang rumah.. dan pegi kedai daging.. beli lauk... ptg tgk rugby... perancis kalah dgn wales.. boring jeee.. wales dapat grand slam kali nih.. rekod tanpa kalah ..
hari ni.. bgn pagi2 buat aktiviti mengemas rumah besar-besaran.. papa kemas dalam bilik air dan toilet.. aku kemas bahagian dapur.. berkotak2 sampah berjaya diasingkan.. hehehe.. tu masih ada kat dapur.. belum g buang lagi.. aku mengemas sambil memasak.. masak laksa je hari nih... cukup utk makan tghari ngan makan malam nih je.. kena masak lain utk bekal papa esok.. apa nak masak pun tak tahu nih.. penat pun ye jugak.. tapi kalau tak masak kesian pulak papa tak bawak bekal.. hmmm.. goreng telur aje lah...;p
okla.. penat.. kenyang.. baru lepas makan laksa.. makan limau.. caya tak kalau aku cakap kami beli limau sampai 9 kg sabtu lepas.. aku pun tak tau sapa nak habiskan.. hehehe.. suka sangat sampai tak ingat2 masa beli..:)
jumpa lagi..

2 comments:

Super Nia Hana said...

muaz tu kan..lesung pipit dia idaman kalbu la weeda
ahaahhaahha

weeda said...

hehehe... unti ina nak cop muaz ke nih?? hehehe..