Thursday, July 17, 2008

macam-macam

dah pukul 11.50 malam dah.. aku tokleh nak tido.. nak jugak update blog malam nih.. hari nih macam2 jadik kat family aku.. tgh tido malam tadi tetiba je aku terjaga sebab dengar org jatuh.. rupanya muaz jatuh katil lagi.. lasak betul la anak bujang aku nih tido.. nasib baik takde apa2.. risau je aku..sambung tido balik dan kali ni aku tido peluk dia kuat2.... tak tahu la camana nak jaga muaz masa tido nih.. dah lama tak kena.. since last accident bulan 2 hari tu.. malam ni kami beramai2 tido kat ruang tamu.. bentangkan couette .. takde nak risau muaz jatuh katil
bangun je tido pagi tadi.. kakak tetiba je mintak tisu.. dalam mamai2 aku tanya nak buat apa.. rupanya dah byk darah keluar dari hidung dia.. panik sekejap aku .. papa cakap maybe sebab badan dia panas sgt.. sebab byk sgt main.. sebelum ni dia mmg tak pernah kena macam tu.. cerita kat cora.. cora cakap anak dia muhamad pun kena jugak last week.. byk sgt darah keluar dr hidung muhamad.. sebab kering katanya.. lega sikit aku dengar camtuh.. maknanya benda nih mmg biasa la kot.. so hari ni tak kasik dia main byk sgt..kasik dia minum air byk2 dan sapukan minyak mestika kat dada.. harap2 takde la keluar darah kat hidung lagi pagi esok..
tghari pulak.. tgh duk potong2 daging pakai gunting.. aku tergunting sikit celah jari aku nih.. aduhai.. sakitnya.. khairul takde masa tu.. g ofis sat copy file, donlod software dan amik buku utk prepare presentation thesis dia.. .. nasib baik lukanya kecik je dan tak betul2 terputus.. amik gamat gel sapu kat luka... sekrg nih dah ok sikit..
petang pulak macam biasa la..aktiviti bersukan kat bawah.. turun awal sikit hari nih sebab nampak langit mendung cam nak hujan.. lagipun khairul nak praktis pukul bola kat dinding.. katanya dia yg paling takde progres main tenis compare ngan kawan2 dia.. tu yg semangat nak praktis.. sekali turun kawan dia dah start main pun kat bawah.. sempat praktis kejap je.. terus join kawan dia main.. lama jugak diorg main tenis kali nih.. beberapa kali jugak la tukar player.. dan byk kali jugak aku dengar dia kata penat .. tapi still dia main lagi.. sampaila sekali tuh aku tgk dia terduduk kat lantai.. semua kawan dia tgh kerumun dia.. gelabah la jugak aku yg tgk dari jauh ni.. aduh.. kaki khairul terseliuh teruk.. dan dan tu jugak bengkak.. aku mmg dah tak tahu nak buat apa.. nasib baik la kawan2 dia semuanya ada pengalaman.. dan tahu camana nak handle org terseliuh.. masa aku tengok kawan dia betulkan kaki dia tu.. nak nangis pun ada jugak.. kesian nya husband i.. huhuhu.. dua minggu la dia tak dapat main tenis lepas nih.. balik rumah terus sapukan minyak panas.. kasik dia rehat kejap.. makan dan mandi.. lepas tu aku sapu lagi minyak dan balut ngan kain lampin adik.. tak tahu la perlu g hospital ke tak..tapi khairul cakap tak nak pegi tadi.. risau la.. aku dah la tak reti apa.. harap2 papa cepat baik..
hmmm.. macam2 jadik hari ni.. makin dekat nak balik msia makin byk dugaan datang.. bak kata papa... darah manis la katakan..
okla.. nak kejutkan papa bangun solat isyak.. pastu nak sapu minyak lagi sekali.. dan nak tido..semoga kami sekeluarga sentiasa dalam lindunganNya.... dan semoga kami diberi kekuatan utk menghadapi setiap dugaan drNya .. aminnnn

5 comments:

nifalnin... said...

semoga weeda tabah ye..

AzuraNizam said...

zura doakan weeda sekeluarga cepat2 sembuh kay..jangan sedih2..

azileendasaleh said...

weeda..mlm yg sama irfann pun berdarah hidung..risau gak...tanya cora..lega sbb dia kata aqilah & muhd pun sama..diaorang kan main sama2...

pasal dugaan tu.. sabar lah..setiap baik & buruk adalah ujian.. jgn risau.. kami kawan2 akan support in any ways as what you always do.. :)

weeda said...

nifalnin.. sapa ni ye?? anyway thanks

weeda said...

azura.. thanks
leenda.. merci!! hehe