kecederaan semasa bersukan
bgn je pagi .. tgk papa dah bgn.. kesian betul tgk dia sekrg ni.. nak bgn pun susah.. settlekan anak2 dan buatkan sarapan utk papa.. done..
duk depan pc search cara utk merawat kaki yg terseliuh.. jumpa this website.. utk aku yg mmg tak pernah tau camana nak handle org terseliuh kaki rasanya artikel ni sgt berguna.. so nak share kat sini..

KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN
Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan?
Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?
Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?
Apakah perbezaan di antara terseliuh dan ketegangan?
Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?
Apakah yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?
Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?
Bagaimana cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan?
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.
Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan?
* Pertembungan di antara satu sama lain
* Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
* Jatuh
* Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan
Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?
* Luka-luka
* Hentakan
* Terkehel/tergeliat
* Ketegangan
* Terseliuh
* Patah tulang
Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?
* Kapsul sendi koyak
* Konklusi otak akibat hantukkan
* Kecederaan dalam abdomen
* Patah/terseliuh pada tulang dan sendi - sendi
Apakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan?
- Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot.
- Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.
* Sakit - di tempat yang cedera
* Bengkak - di tempat yang cedera
* Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
* Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah)
* Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa.
(seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
* Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
* Pening - terjadi semasa kecederaan otak
* Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.
Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!
Prinsip asas ialah RICE.
R -'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I -'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C -'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E -'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?
Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression.
Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.
Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

3 jam pertama
* Lakukan Cold Compression selama 10 - 15 minit setiap setengah jam
48 jam yang berikut
* Lakukan Cold Compression sebanyak 4 - 5 kali sehari selama 15 - 20 minit
Selepas 48 jam
* Kompresi panas mungkin boleh digunakan
Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat
* Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam
* Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
* Kecacatan struktur yang jelas
* Sakit semasa tidur
* Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
* Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan rawatan segera di hospital
baca je artikel ni terus aku buat ais.. nasib baik petiais kosong.. lauk dah nak habis.. nasib baik jugak unti leenda offer nak belikan lauk.. kalau tak esok makan nasi ngan telur je la..
so far nampak khairul dah ok sikit.. nasib baik kawan2 dia pandai urut.. tadipun penat uncle khairill tanya nak picitkan.. memula papa tak nak... last2 dia setuju gak.. harap2 cedera papa cepat baik.. boringnya duk rumah.. dan apa yg paling aku bersyukur sekali kecederaan itu taklah teruk sgt.. hanya ujian kecil drpadaNya.. mungkin ada hikmah disebalik apa yg terjadi
okla.. nak g goreng garam.. pastu nak tuam kat kaki khairul.. garam kasar pun pau kat rumah unti leenda tadi..malunya i.. a plus

No comments:
Post a Comment