Wednesday, June 10, 2009

sarikin, sarawak

bandar sempadan sarawak dan indonesia.. ada pasar minggu bermula 1 tghari sabtu sampai 1 tghari ahad.. byk benda2 murah kat sini.. telekung, kain pasang, jeans and etc etc






a plus

Tuesday, June 09, 2009

sweet memories at kuching

takde apa nak citer lagi dah.. letak gambar je..














a plus

Monday, June 08, 2009

cerita minggu ini

lama betul aku tak menulis kat blog aku nih.. bukan takde citer nak story.. cuma mood tu tak dtg.. setiap kali aku nak mula menaip.. mesti tak jadi.. tag yg kak ai suruh buat pun aku tak buat lg.. nanti ye ai..
byk benda yg kami sekeluarga buat lately.. sgt penat.. jarang sgt duk rumah.. rasa cam rumah nih pulak jadi hotel
ringkaskan cerita.. ni benda yg kami buat last two week..
-balik dr sarawak.. ada tiga hari kami kat rumah.. masa utk mencuci semua pakaian dan mengemas rumah.. teruk betul keadaaan rumah aku kena tinggal 10 hari.. semut makin bermaharajalela..
-ahad.. pepagi ikut papa g ofis.. cam biasa papa ada kelas..malam gerak balik melaka.. dah lama betul rasanya tak balik kampung.. papa amik cuti 3 hari
-isnin.. pagi2 pegi pantai klebang.. papa nak join memancing.. sgt kecewa sebab tak dapat seekor ikan pun.. tapi anak2 aku happy sgt.. dapat main pasir dan mandi laut..
----dua hari lepas tu adik ipar aku pegi memancing lagi.. dpt sms dr diorg.. diorg dapat dua ekor ikan pari besar.. siap ada gambar lagi.. papa jeles betul
--selasa pagi kami g shopping kain.. kat astana moda.. melaka..-lepas zohor kami gerak balik
-rabu.. kami g daftar sekolah rendah utk kakak.. pastu pergi survey sekolah tadika utk kakak.. rasa cam nak tukar sekolah kakak je.. kami tak berapa suka dgn cara cikgu2 kat sekolah kakak sekrg nih.. sgt tak pro. Pastu papa bawak g midvalley.. its shopping time.. sgt suka
-khamis.. papa balik awal.. pegi giant.. pastu ikut papa g ofis lagi.. papa ada buat kelas ganti..lewat malam baru sampai rumah..
-jumaat.. papa ajak g sunway pyramid.. nak beli barang komputer.. sebelum tu singgah jap rumah my sister kat shah alam.. jumpa kembar dia yg dtg dari kelantan.. pastu straight ahead tu sunway.. lama jugak kat sunway.. dan lewat malam jugak la kami sampai rumah hari tu..
-sabtu.. g ofis lagi.. papa ada kelas.. terpaksa buat hari sabtu sebab ada plan laih hari ahad tu.. lepas kelas kami singgah lagi rumah my sister kat shah alam.. ramai adik beradik aku kat situ.. kira cam family gathering jugak lah nih.. tong tong duit order domino..nyum nyum... pastu gerak balik rumah.. pack baju .. dan siapkan anak2 pastu gerak ke rumah my biras kat serdang.. tido sana malam tu sebab my family in law dr melaka turun.. abah pun ada sama..
-ahad.. g kenduri kawin sepupu my husband kat usj.. konvoi 3 kereta.. lepas asar baru kami gerak balik rumah.. singgah pasar malam.. beli durian, manggis, rambutan dan laici.. dan makanan utk dinner mlm tu..seronok aku memborong buah kat pasar malam tu.. murah rasanya harga dia compared tu shah alam..
balik rumah.. dinner dan siapkan anak2.. pastu berehat depan tv sambil tgk final match roland garros.. at last.. roger federer menang dekat roland garros.. sukanya aku.. dah 4 thn berturut2 dia dikalahkan oleh nadal.. thanks to soderling sebab kalahkan nadal.. hehehe..

okla.. tu je update kali ni.. dah dekat pukul 9 malam.. nak turun tgk tv..sambil2 tgg papa balik.. a plus..

Sunday, May 31, 2009

photo-my kids

lagi gambar..

kakak.. at lcct.. nak g kuching

adik dan kakak... in airbus A320..

si dia

yeaa.. ari nih ikut papa g ofis.. boleh tinggalkan semua keje rumah.. byk masa free.. amik kesempatan edit gambar2 yg tak sempat nak edit before.. so ni la si dia yg aku cerita sebelum ni.. hihihi..
my new friend.. lepas nih takyah gaduh ngan kakak lagi berebut guna pc.. mama dah ada kawan baru..

satu aku punya.. satu mak uda punya.. beli sama-sama

ok la daaa.. a plus

Wednesday, May 27, 2009

cerita dari sarawak III

day 10
-lepas asar my cousin dtg.. bawak kuih makan ramai.. pastu dia bawak kami g dinner kat rumah dia.. lepas dinner dia bawak pusing2 bandar tua kuching..
-sampai rumah.. melepak depan tv.. sgt seronok.. papa dah habis kelas..

day 11-Today!!!
-nak balik dah!!
-sarapan nasi goreng je pagi ni..
-papa dah start settlekan beg2 kami
-my cousin cakap nak dtg pukul 12 tghari.. g check in dan lunch..
-mekasih byk2 kat my cousin.. byk senang aktiviti kami kat sini dgn adanya diorg.. thanks!!
-tak sabar betul nak sampai rumah nih.. hopefully semuanya berjalan dgn lancar.. aminnn.


Monday, May 25, 2009

cerita dari sarawak II

day 5
-special sikit hari ni.. my cousin bawak aku g rumah dia
-on the way tu singgah byk tempat jugak.. kedai ikan terubuk masin, kedai ayam halal, pastu singgah kedai makan best.. De Wannie kitchen.. sgt suka kedai makai tu.. bersih dan selesa.. makanan dia pun sedap2 dan murah.. aku paling suka laici susu dia.. bayangkan.. satu gelas besar laici susu dgn ice blended.. baru RM1.80.. suka sgt kedai tu..
-malam tu dinner kat rumah my cousin.. berselera betul kami sekeluarga makan.. mana tak nya lauk2 dia sgt segar.. ada sotong goreng, ikan goreng, ikan terubuk masin yg baru je org kedai tu taruk garam.. sepupu aku masak kukus.. pastu letak asam dan cili padi, ada ayam ngan sayur dan ikan kering..
-sampai apartment pukul 10.. siap2 dan tgk tv pastu tido

day 6
-dah jumaat.. seronok betul.. esok papa cuti
-mlm tu sepupu aku bawak pusing bandar kuching.. tgk istana dia.. pegi waterfront.. sakan jugak la kami bergambar malam tu.. kuching by night la kiranya..:)

day7
-papa cuti hari ni..
-pukul 10 my cousin dtg jemput.. hari ni dia nak bawak kami ke sarikin.. ada pasar minggu kat situ.. satu jam dr kuching.. banyak jugak kami shopping kat sini.. ia lebih kepada barang dr indonesia.
-balik kuching dah ptg.. kebulur.. sekali lagi my cousin bawak pegi de wannie kicthen.. nyum nyum.. lepas lunch yg dah agak lewat tu.. kami teruskan perjalanan ke pasar satok.. pasar minggu jugak.. sama macam sarikin.. mula jam 1 hari sabtu sampai jam 1 hari ahad.. kat pasar satok nih byk barang2 etnik sarawak.. byk la souvernirs kat sini.. tapi kami tak dapat shopping byk sgt sebab tiba2 hujan yg sgt lebat..
-sebelum balik apartment.. singgah rumah my cousin sat.. rehat2..
-balik apartment ingatkan nak makan2 biskut je.. sekali papa suruh masak.. cakap lapau.. so apa lagi.. masak lobster la kamek.. rebus ngan serai dan bawan putih je.. cantiknya isi dia.. dan sgt sedap.. rasanya ini la dinner kami yg paling lama setakat nih.. punyala leka mengukil isi2 lobster..anak2 aku punya la kebulur masa tu.. kesian pulak tgk.. masuk je nasik dalam pinggan... muaz terus capai.. dan makan.. tak sempat letak apa2 lagi.. sayu betul aku tgk.. nasib baik papa suruh aku masak..berapa kali tambah ntah diorg berdua malam tu.. sampaikan nasi tak cukup..hehe
-lepas makan sempat lagi layan movie.. boleh tahan la lewat kami tido malam tu..

day 8
-bgn lewatnya hari ni.. takde janji apa2 ngan cousin aku hari ni.. sarapan ala kadar.. semua siap.. ada jugak plan nak call pizza je utk lunch hari ni.. tgh duk survey kat internet.. sepupu aku sms.. ajak keluar.. aku apa lagi.. on aje la.. boring oo duk apartment nih..
-lagi sekali kami g bandar kuching.. pegi kedai kain.. kain dia murah2 jugak.. compared to kl la..
-pegi jugak kedai souvernir diorg.. aku nak carik lada hitam.. pegi satu kedai depan waterfront.. rupanya barang2 kat kedai nih jauh lebih murah dr barang kat pasar satok.. huhuh.. nasib aku tak shopping byk sgt..
-pastu cousin aku bawak g muzium.. tgk binatang2 yg dah di awet.. kakak dan adik mmg happy waktu ni.. bising mulut diorg.
belah ptg ikut cousin aku pagi hantar anak dia g asrama.. kat matang.. pastu on the way balik.. pusing kawasan perindustrian kuching.. tgk pelabuhan diorg..
-dinner kat bandar kuching malam nih.. makan nasi kerabu

day 9
-rutin hari bekerja biasa.. papa g keje.. kami duk apartment.. hari ni kami dah start rindukan rumah kami sgt2.. tak sabar rasanya nak balik..
-aku dah start kemas bag.. so far.. 80% dah siap pack.. yg selebihnya papa akan settlekan nanti..

okla.. nak stop dulu.. nak temankan sayang2 aku tgk tv.. a plus




Friday, May 22, 2009

cerita dari sarawak

a day before fly to sarawak

-shopping barang2 keperluan ke sarawak.. minyak rambut papa.. sabun mandi dan syampoo
-g digital mall ngan my biras.. papa nak belikan "dia" utk aku..
-dinner kat kelana jaya.. restoren mee rebus tulang feveret kitaorg
-tido rumah my biras sebab esok paginya mintak tolong diorg hantar g airport

day first at kuching
-gerak dr rumah my biras pukul 9 lebih
-flight pukul 11 lebih
-sampai kuching international airport pukul 1 lebih
-lunch kat mc d sementara tgg cousin aku dtg jemput.. kebulur tahap gaban dah masa nih..
-cousin aku sampai.. bawak kami g kedai makan.. tapi sebab dah kenyang.. kami minum je..
-cousin aku bawak g mall.. beli lauk2 dan keperluan dapur yg lain..
-gerak ke jinhold service apartment.. mulanya diorg nak kasik apartment kat level 4 tapi disebabkan takde lift kami minbtak tukar.. dapat level 2..
-apartment dia agak ok.. ada daily service.. boleh memasak.. ada petiais yg paling penting.. ada plat memasak, periuk nasi, kettle.. dan pinggan mangkuk..
-so.. bermula la hidup kami di sini.. first day.. terus masak.. menu hari ni.. ikan merah masak goreng dengan kicap bercili

day 2
-first day papa start kelas
-tinggal kami bertiga je.. nasib baik ada bawak buku utk kakak dan kereta mainan utk adik..hari ni rasa panjang sgt.. rasa lama betul papa nak balik..
-masak cam biasa.. menu for today.. asam pedas ikan merah..huhuhu.. tak sedap..cili boh tak sedap dan tak kenal lagi asam jawa dia
-papa balik dalam pukul 6 lebih.. nampak dia sgt penat dan lapau.. hehe
-papa bawak balik network cable.. so malam nih aku dapat guna internet
-byk mail2 yg menarik.. adik ipar aku nak bertunang june nih,pastu ex-coursement nak buat gathering july nanti.. nak join! nak join!

day 3
-cam biasa.. pagi2 papa g kelas
-dah makin biasa dgn rutin hidup kat sini..dah kurang sikit boringnya
-memasak cam biasa jugak.. menu hari ni..ikan merah masak kicap dan sambal ikan bilis
-semenjak duk sini.. everyday papa sarapan makan nasi.. susah nak carik kedai makan kat uitm sekarang nih since student semua cuti.. kedai makan byk yg tutup

day 4
-sememangnya dtg sini bukan utk bercuti.. papa keje cam biasa.. huhuhu
-aku pun cam biasa jugak.. settlekan anak2.. basuh kain.. memasak..menu for today.. ikan merah masak sup dan sambal ikan bilis semalam.. tak cukup bahan.. bubuh je apa yg ada.. nasib baik papa suka
-lepas maghrib sepupu aku dtg.. hantar lauk2 segar yg diorg beli kat jeti.. just nice je sebab lauk kami dah habis.. ada sotong, lobster, ikan hareng, dan udang harimau. thanks
-pastu diorg bawak kami pegi the sprint.. shopping area2 sini.. kebetulan semlm birthday one of their children.. dan kebetulan jugak selipar dia tercicir.. kami hadiahkan dia selipar.. seronok betul tgk dia dgn selipar barunya
-sepupu aku belanja big apple.. muaz suka betul dgn donut big apple ni.. siap cakap adik suka sangat2.. nanti mama beli lagi ye..kelakar betul adik nih
-sebelum balik kami sempat singgat supermarket tai long ke apa tah.. beli barang2 makan.. stok dah habis.. kami bertiga duk rumah asik lapau je..
-tq sgt kat sepupu aku sekeluarga sebab byk membantu

okla.. ngantuk sgt dah.. nanti sok aku sambung lagi.. a plus

Saturday, May 16, 2009

fly to sarawak

insyallah.. esok kami akan terbang ke sarawak.. temankan papa kerja kat sana for ten days.. tak tahu ada wifi ke tak kat apartment tu.. kalau takde 10 hari la tak dapat update blog dan jengah blog kawan2.. tak sabar sebenarnya nak tgk gambar kawan g picnic kat pd hari ni.. mesti meriah.. sgt jeles tak dapat join..
actually tadi papa ada belikan something utk aku.. hihihi.. sgt seronok.. sepanjang umur aku 28 thn.. ni first time aku dapat benda ni.. tq pa.. sgt suka.. nanti aku upload gambar dia ye.. apa yg penting dia akan kawan baik aku lepas ni.. ok la nak g tido dah.. esok nak bgn awal.. daaa

a plus

Thursday, May 14, 2009

random photo

takde apa nak buat sekrg nih.. drama2 yg aku ikut semua dah habis.. azam tahun baru.. tak tgk drama baru lagi dah.. nanti aku tokleh nak miss episod dia.. baik aku ngadap internet.. boleh update blog.. boleh belajar jahit bunga.. chatting.. carik keje.. ye ke.. and so on.. kali ni nak letak gambar yg aku ambik dr flickr papa ..masa papa tgh edit pun aku dah usha gambar-gambar nih.. tapi tak nak bagitau.. suka tgk.. sorry ye pa i letak kat blog i.. jgn marahh..:)..

tak tahu apa nama bunga ni..yg penting ianya hanyalah bunga liar

dah tak ingat dr mana papa snap gambar ni.. tapi aku sgt suka.. so sebab tu la dgn ianya sangat layak berada diblog i.. kuang kuang..

a plus

Wednesday, May 13, 2009

jalan2 on tuesday???

semlm ikut unti leenda g jalan2 rumah mak dia.. sambil2 tu aku tempah baju sorang sepasang utk aku dan kakak.. kakak ponteng sekolah semlm sebab nak ikut.. pastu unti leenda bawak g butik ariani.. tgk tudung.. mahal la tudung dia.. belum terbukak hati lagi nak beli.. hehehe.. cantik mmg cantik.. tapi takut beli mahal2 aku tak pakai pulak nanti..
pastu ikut unti leenda lunch kat kedai nasi ayam kat kampung melayu subang.. uncle khairill yg belanja.. tq tq.. tapi aku sgt tertekan dgn kakak dan adik.. asik buat perangai je.. tension betul.. ingatkan bila papa takde diorg behave la sikit.. rupanya sebaliknya.. kakak ngada2 betul.. lepas nih tak nak bawak adik dan kakak jalan2 kalau papa takde.. huhuhu
apapun thanks to unti leenda sebab rajin bawak kitaorg jalan.. seronok jugak sekali sekala dapat keluar dihari kerja ni.. hehehe.. and thanks for the birthday present utk muaz tu.. very nice.. mesti mahal kan.. kami pun tak pernah belikan muaz baju brand tu.. once again.. thanks!!

Sunday, May 10, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

dah beberapa hari tak dapat nak update blog.. lesu sikit beberapa hari nih.. semuanya malas.. masak pun malas..
last week papa cuti 3 hari.. sgt seronok.. dah lama betul rasanya papa takde cuti macam tu.. weekend pun tinggal sabtu je.. ini ada jumaat, sabtu dan ahad.. jumaat.. seharian di rumah je.. kemas rumah.. papa betulkan paip sinki.. dah bocor.. pastu belah malam pegi kenduri tahlil kat rumah kawan kami..pastu terus singgah rumah my biras.. tido sana.. plannya sabtu tu nak pegi beli lauk kat pasar borong.. pastu belah petangnya my brother in law dtg.. nak tido rumah kami.. nak betulkan pc..balik rumah.. pastu belah malam ada BBQ ngan jiran2 taman.. mlm tu rumah kami meriah.. ramai tetamu.. sgt seronok.. ahad.. bgn pepagi.. buat nasi goreng.. tapi kecewa sebab nasi goreng tak sedap.. huhuhu.. pastu keluar ramai2 g ikea dan digital mall.. pastu singgah kedai pemborong mainan kanak2.. tgk kereta mainan elektrik.. adik sorang je dpt try.. org lain semua tido..
balik rumah.. rehat kejap.. semua tetamu dah balik.. malam g pasar malam carik makanan utk diner..habis weekend kami yg panjang tu.. sgt penat.. tapi seronok.
sepanjang minggu lepas aku berusaha utk berentikan muaz minum susu.. kasik dia minum susu botol.. so far.. alhamdulillah.. boleh dikatakan muaz dah berenti minum susu badan.. sekali je sehari dia mintak.. masa bgn tido pagi.. nak tahu apa yg buat dia kuat semangat nak berenti minum susu badan.. jeng jeng jeng.. kereta mainan automatik tu la.. bila dia mintak susu je.. aku pujuk janjikan nak beli kereta tu.. mesti dia terus cool.. harap2nya kali berjaya la usaha aku ni.. insyallah..
weekend nih pulak.. mmg ada hari sabtu je.. bgn pagi.. papa basuh kereta.. aku siapkan sarapan.. kakak tolong papa basuh kereta.. adik tido lagi..sarapan siap je.. kejutkan adik.. sarapan sama2.. pastu mandikan budak2 nih.. keluar g subang.. carik modem.. aku beli sehelai scarf dan beli kakak sehelai seluar.. dan beli satu botol air spiderman utk adik..pastu singgah pkns.. nak carik kedai gunting rambut.. dan nak carik tudung.. kebetulan pulak my biras pun pegi pkns.. dah jumpa tudung.. gerak g seksyan 17.. pegi kedai gunting rambut aku 4 thn lepas.. gunting rambut beramai2..aku, kakak, my biras dan both of their children.. kelakar pulak.. kepoh satu kedai.. on the way balik singgah giant.. beli hadiah utk baby kak ida sebelah rumah yg baru lahir.. alhamdulillah..pada 9 may 2009 kak ida selamat melahirkan baby boy yg sgt tembam.. TAHNIAH dr kami sekeluarga..
balik rumah.. buat apa yg patut.. mandikan budak2 nih.. pasu masak makan malam.. walaupun tak larat tapi malas nak keluar balik carik makanan utk dinner.. buat nasi goreng lagi.. selera semua org makan.. sebab semuanya kebulur...wah.. hari yg sgt penat.. tapi yg peliknya.. anak2 aku dua org tu tak reti penat betul la.. merenggek2 mintak org layan diaorg.. aduhai anak oii.. mama ngan papa sgt penat.. nak rehat dah nih..
dan hari nih.. hari ahad.. rutin biasa dtg balik.. melepak kat ofis papa sambil tgg papa habis kelas pukul 4 nanti.. nanti papa nak belanja makan sedap hari nih.. sempena hari ibu.. hehehe
so sempena hari ibu ni.. aku nak ucapkan selamat hari ibu utk mak aku kat kampung.. dan semua ibu2 seluruh dunia.. saaaayang mek.. hehe

Friday, May 01, 2009

photo balik kampung -day 3-

majlis menyambut menantu at my sister's house

mak aku dgn cucu menantu pertama

my family dgn anggota keluarga yg baru.. Indah purnama sari

bride and bridegroom











Indah and family

kakak.. dgn gula2nya

my nephews



aku pun tak sudah2 posing.. hihihi

pengantin dan keluarga belah perempuan

aqilah tak sabar2 tgg pengantin potong kek



tahniah.. semoga berkekalan ke akhir hayat..

-end-

photo balik kampung -day 2-

kebun durian kawan my sister

durian oo durian.. hehe

punya la ramai yg pegi

siap kena kait tu.. hahaha

sungguh2 anak abg aku kutip durian

sedapnya.. hihihi

kawan2 adik kat rumah nenek

kakak dgn ayah sir.. kakak macam suka je makan durian

last2 semua org makan nasi lemak dan tembikai yg bawak dr rumah.. hehehe

a plus

photo balik kampung -day 1-

on the way balik kelantan...

seronoknya adik dapat main pasir.. lama betul rasanya kami tak g pantai

alif.. selalu bahasakan abg alif walaupun dia lagi muda dari aqilah.. sebab tgk aqilah kecik kot..:)

papa.. ntah pancing sapa tah yg papa rembat tu

pantai kemasik.. cantik

mama dan adik muaz... cik ana dan arif

kakak dan alif.. teringat masa zaman2 kecik kan kakak..

a plus