Monday, May 25, 2009

cerita dari sarawak II

day 5
-special sikit hari ni.. my cousin bawak aku g rumah dia
-on the way tu singgah byk tempat jugak.. kedai ikan terubuk masin, kedai ayam halal, pastu singgah kedai makan best.. De Wannie kitchen.. sgt suka kedai makai tu.. bersih dan selesa.. makanan dia pun sedap2 dan murah.. aku paling suka laici susu dia.. bayangkan.. satu gelas besar laici susu dgn ice blended.. baru RM1.80.. suka sgt kedai tu..
-malam tu dinner kat rumah my cousin.. berselera betul kami sekeluarga makan.. mana tak nya lauk2 dia sgt segar.. ada sotong goreng, ikan goreng, ikan terubuk masin yg baru je org kedai tu taruk garam.. sepupu aku masak kukus.. pastu letak asam dan cili padi, ada ayam ngan sayur dan ikan kering..
-sampai apartment pukul 10.. siap2 dan tgk tv pastu tido

day 6
-dah jumaat.. seronok betul.. esok papa cuti
-mlm tu sepupu aku bawak pusing bandar kuching.. tgk istana dia.. pegi waterfront.. sakan jugak la kami bergambar malam tu.. kuching by night la kiranya..:)

day7
-papa cuti hari ni..
-pukul 10 my cousin dtg jemput.. hari ni dia nak bawak kami ke sarikin.. ada pasar minggu kat situ.. satu jam dr kuching.. banyak jugak kami shopping kat sini.. ia lebih kepada barang dr indonesia.
-balik kuching dah ptg.. kebulur.. sekali lagi my cousin bawak pegi de wannie kicthen.. nyum nyum.. lepas lunch yg dah agak lewat tu.. kami teruskan perjalanan ke pasar satok.. pasar minggu jugak.. sama macam sarikin.. mula jam 1 hari sabtu sampai jam 1 hari ahad.. kat pasar satok nih byk barang2 etnik sarawak.. byk la souvernirs kat sini.. tapi kami tak dapat shopping byk sgt sebab tiba2 hujan yg sgt lebat..
-sebelum balik apartment.. singgah rumah my cousin sat.. rehat2..
-balik apartment ingatkan nak makan2 biskut je.. sekali papa suruh masak.. cakap lapau.. so apa lagi.. masak lobster la kamek.. rebus ngan serai dan bawan putih je.. cantiknya isi dia.. dan sgt sedap.. rasanya ini la dinner kami yg paling lama setakat nih.. punyala leka mengukil isi2 lobster..anak2 aku punya la kebulur masa tu.. kesian pulak tgk.. masuk je nasik dalam pinggan... muaz terus capai.. dan makan.. tak sempat letak apa2 lagi.. sayu betul aku tgk.. nasib baik papa suruh aku masak..berapa kali tambah ntah diorg berdua malam tu.. sampaikan nasi tak cukup..hehe
-lepas makan sempat lagi layan movie.. boleh tahan la lewat kami tido malam tu..

day 8
-bgn lewatnya hari ni.. takde janji apa2 ngan cousin aku hari ni.. sarapan ala kadar.. semua siap.. ada jugak plan nak call pizza je utk lunch hari ni.. tgh duk survey kat internet.. sepupu aku sms.. ajak keluar.. aku apa lagi.. on aje la.. boring oo duk apartment nih..
-lagi sekali kami g bandar kuching.. pegi kedai kain.. kain dia murah2 jugak.. compared to kl la..
-pegi jugak kedai souvernir diorg.. aku nak carik lada hitam.. pegi satu kedai depan waterfront.. rupanya barang2 kat kedai nih jauh lebih murah dr barang kat pasar satok.. huhuh.. nasib aku tak shopping byk sgt..
-pastu cousin aku bawak g muzium.. tgk binatang2 yg dah di awet.. kakak dan adik mmg happy waktu ni.. bising mulut diorg.
belah ptg ikut cousin aku pagi hantar anak dia g asrama.. kat matang.. pastu on the way balik.. pusing kawasan perindustrian kuching.. tgk pelabuhan diorg..
-dinner kat bandar kuching malam nih.. makan nasi kerabu

day 9
-rutin hari bekerja biasa.. papa g keje.. kami duk apartment.. hari ni kami dah start rindukan rumah kami sgt2.. tak sabar rasanya nak balik..
-aku dah start kemas bag.. so far.. 80% dah siap pack.. yg selebihnya papa akan settlekan nanti..

okla.. nak stop dulu.. nak temankan sayang2 aku tgk tv.. a plus




No comments: