Tuesday, October 24, 2006

Betul ke raya?? cam tak caya je??

ahad lepas tgh aku duk berehat selepas satu siang penat kemas rumah nak raya, ada student msia call my husband aku..cakap besok raya.. terperanjat gila aku.. mana taknya.. semua org duk sure raya hari selasa.. terdiam sekejap aku... apa pun aku tak prepare lagi.. pulak tu nak prepare masa tu jugak dah tak larat.. zakat fitrah pun lom baya lagi.. kelam kabut husband aku pegi masjid baya zakat.. pastu call semua msian kat tempat aku tinggal nih bgtau esok raya.. semua org terperanjat.. takde sapa pun yg ready utk raya hari isnin..
kami semua berkumpul kat rumah aku malam raya tu.. borak2 makan buah ngan biskut raya.. tu je pun yg ada.. semua pakat2 nak start masak esoknye.. so kami berborak2 kosong je la di malam raya.. meriah sikit mlm raya thn ni sebab ramai msian kat tempat aku..
bila semua org dah balik.. aku masih berkira2 nak masak jugak nasi himpit malam tu.. ye la.. kalau boleh pagi raya nak la breakfast ngan nasi himpit ngan kuah kacang.. at last pukul 1.30 pagi kami start jugak masak nasi himpit.. husband aku yg sukat beras dalam plastik.. nak buat kuah kacang tak boleh sebab kena blender bahan2.. takut bising.. kul 3.30 pagi raya baru kami settle masak nasi himpit.. plannya esok pagi2 nak bgn masak kuah kacang.. tau2 terjaga dah pukul 8 pagi.. nak bangun pun dah tak larat.. sambung tido balik sampai kul 10.. tak beraya aku tahun nih... huwaaaaaaaa sedihnyaaaaaaaaa...
bangun je terus aku masak kuah kacang ngan rendang.. takde sorang pun nak breakfast selagi kuah kacang ngan rendang tak masak.. semua tahan perut.. dalam pukul 11.30 baru la siap semuanya.. masa tu la semua org breakfast macam tak n ak berenti.. aqilah pun sama.. banyak betul dia makan pagi tu..
lepas breakfast baru la kami siap2 mandi pastu pakai baju raya... tak kira.. nak jugak bergambar raya bertiga..aqilah happy betul hari nih.. sporting betul dia memberikan pose2 yg menarik masa papa dia nak ambik gamba dia..
tghari tu.. satu family msian dtg beraya kat rumah aku... pastu aku lak gi raya umah dia.. ptg dia dtg beraya umah aku lagi... makan2 borak2..
belah malam pulak student2 bujang dtg beraya kat rumah aku.. pastu kami bawak dia gi beraya kat rumah family msian yg tu pulak... kelakar betul.. duk ulang alik macam tu je satu hari nih...penat macam tu je..tapi seronok jugak raya thn nih... lagi meriah..takde stress.. hehehe
okla.. tak tau nak citer apa lagi dah...
a plus

No comments: