Anak Anda Sudah Berumur 18 Bulan!!!
NO MORE PERIOD OF BABY
Anak and telah memiliki banyak autonomy di akhir 6 bulan yg lepas ini. Pada umur sekarang, ia berkeinginan utk berusaha sendiri setiap kali. Anda akan merasakan keadaan yg tertangguh/tersekat memerhatikan percubaan2nya yg "clumsy" tetapi bersungguh2, ketika cuba utk makan sendiri, atau disebabkan keingkarannya utk menaiki "stroller" ketika anda sedang mengejar masa. Adalah amat sukar utk mencari titik seimbang, antara menggalakkannya agar berdikari dan memberikan bantuan yg masih diperlukannya, apabila ia kelihatan sungguh degil! Adalah amat penting utk anda menjaga mengekalkan "mood" yg baik pada peringkat ini, kerana perangainya kadang2 boleh menjadi sangat meletihkan. Setiap kali apabila berpeluang, cuba berikan anak anda beberapa cadangan penyelesaian, agar dia benar2 dapat merasakan yg dirinya mengambil bahagian dalam membuat keputusan. Jika dia percaya bahawa dia memiliki suatu tahap penguasaan terhadap dirinya sendiri, maka dia tidak akan cenderung utk berkeinginan utk mengarah dalam semua perkara.
KEMAJUAN ANAK ANDA
-Jadikan anak anda mengambil bahagian dalam kehidupan keluarga-
BEING HELPFUL - Adakah anda tergesa2 ingin melihat anak anda belajar utk membantu dan berkongsi? Ianya tidak terlalu awal, pada umur 18 bulan, utk memulakan beberapa pekerjaan kecil di rumah. Gunakan keinginannya yg tidak tidak pernah lupus utk meniru. DIa tidak meminta lebih daripada memiliki peluang utk mengambil bahagian dalam semua perkara yg sangat menarik yg ia nampak anda sedang lakukan. Samada membantu anda memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, membantu anda menyapu syampu ke kepalanya, atau sekecil2 membantu anda memegangkan kunci rumah ketika anda tidak cukup tangan. Anak kecil anda akan merasa amat gembira apabila merasakan dirinya diberi amanah utk melakukan pekerjaan2 kecil ini, dan merasakan terlibat di dalam tanggungjawab2 keluarga akan menjadikannya merasa kurang tidak berkuasa. Dari segi kekemasan, inilah masa yg sesuai utk mendidiknya utk menyusun semula semua mainannya setelah selesai bermain. Dan mengapa tidak biarkan sahaja dia membantu anda di kebun/halaman rumah? Belikannya penyiram bunga yg kecil dan biarkannya menyiram pokok, di mana beberapa titik air yg tumpah di dalam rumah tidak sepatutnya menjadi masalah. Memberikannya kebebasan utk melakukan sendiri kerja2 kecil dan mengatasi kesusahan adalah cara yg sangat baik utk meningkat kemampuannya dalam menyelesaikan masalah. Tetapi jgn berda terlalu jauh daripadanya, jangan lupa, ia masih memerlukan bantuan anda pada setiap detik.
KESIHATAN- Nasihat utk pakaian anak anda -
SELESA DI DALAM PAKAIANNYA - Sesetengah kanak2 boleh merasa terganggu/tidak selesa dengan cebisan label pada pakaian, tali pinggang elastik, kain jeans yg kusut, tekanan pada kemeja, dan sebagainya. Tidak perlulah anda utk memulakan konflik dengan anak anda, kerana anda tidak akan menang. Apa kata jika anda dapatkannya pakaian yg selesa, walaupun ini akan menyebabkan anda membeli beberapa pasang pakaian yg sama. Cuba perhatikan dan kenali secara tepat, apa yg mengganggu anak anda agar anda dapat menyingkirkannya daripada pembelian akan datang.
KELUARGA-Buku terbaik utk anak anda-
Bayi2 tidak pernah terlalu muda utk menghargai buku. Setiap kali anda melayan anak anda membelek buku kegemarannya, setiap kali itulah anda akan mengeratkan lagi hubungan anda dgnnya. Membacakan buku kepada anak anda juga merupakan cara yg sangat baik utk mengajarnya bahasa yg baik. Pilihlah buku cerita yg mudah, yg mengandungi banyak pengulangan, yg memiliki banyak perkataan yg ber-"rima", begitu juga yg banyak lukisan dan gambar yg jelas, warna2, haiwan2, dan watak2 yg diberi nama dgn nada yg tinggi. Malah anda juga boleh memperkenalkaan kepadanya buku2 utk belajar mengira, dgn pengiraan yg akan membiasakannya kepada aspek rentak pengiraan dan kepada bunyi "sequence" nombor. Ambil setiap peluang utk memperkayakannya dgn tatabahasa (vocab). Ketika ini, dia aakan menyerap semua perkataan seperti sebuah "sponge" dan dia amat gembira mengenali dunia yg mengelilinginya. Jangan lupa yg kanak2 memahami jauh lebih banyak daripada apa yg mampu diperkatakannya dengan "vocab" nya yg terhad. Walaupun si kecil anda tidak cenderung dalam menghasilkan banyak perkataan yg boleh difahami, tetapi dia sememangnya mampu memahami sebahagian besar daripada apa yg anda perkatakan. Oleh itu, teruskan melakukan bacaan utknya, kerana apa yg didengarinya diserap dan dihafal di dalam otaknya yg bekerja tanpa henti!
NASIHAT-Buih2 yg cantik-
Kadang2 anda merasa sangat buntu? Lebih baik anda bergembira dengan anak anda, bermain buih di halaman rumah. Beli sebotol kecil air buih di kedai, atau utk lebih kegembiraan, buat sendiri di rumah: ambil 2/3 cawan sabun mencuci pinggan, dan tambahkan air sehingga kira2 4 liter. Hampir semua kanak2, akan menjadi baik/aman/tenteram apabila bermain buih/belon air.




No comments:
Post a Comment