Wednesday, February 24, 2010

random photo part II















random photo part I








no title

dah lama tak menulis kat blog ni.. dah berhabuk bak kata kak cik..:).. takde byk masa sgt sekrg ni.. lagipun semenjak hamilkan baby ke 3 ni.. kepala aku cepat pusing kalau mengadap pc ni lelama.. tapi ari ni terasa macam byk pulak masa aku ... mungkin sebab aku tak tido siang kot.. pagi tadi lepas hantar papa ngan kakak yg masing2 g keje dan sekolah.. aku mulakan balik keje2 yg lama aku tinggalkan.. tanam pokok cili yg kebetulan nya ada beberapa poly bag kak ida kasik... buh baja kat pokok2 lain.. sidai kain... dan ber facebook..
kakak dah balik dari sekolah.. dah kasik dia lunch.. basuh baju lagi sekali.. dan sekrg .. sambung mengadap pc nih... for sure kena ada stok makanan kat sebelah aku.. sambil berinternet.. sambil makan.. abih la aku..
kandugan aku dah masuk 4 bulan lebih.. perut semakin membesar.. last two week g check up kat klinik menara.. tapi tak boleh scan sebab the only doctor yg boleh scan tak kerja that day.. kena call dulu sebelum pegi .. harap2 baby aku dalam keadaan yg sihat.. dan sentiasa dalam lindunganNya..
muaz pulak ..dia la teman aku masa kakak g sekolah.. mana aku pegi dia ikut.. sgt teruja tgk kakak g sekolah.. macam2 dia buat utk kasik kakak dia marah.. jeles dia dah tak terbendung.. selalu pujuk dia.. muaz kecik lagi.. baru 4 years.. nanti muaz 5 years muaz boleh g sekolah.. baru la dia ok sikit.. selalu sayang baby.. selalu letak telinga kat perut mama.. nak dengar baby.. pastu dia cakap.. "mama.. baby cakap nak abang muaz.."
kakak.. alhamdulillah.. dah lebih 2 bulan kakak bersekolah.. so far so good.. kakak happy g sekolah.. takde nangis2 lagi dah.. kalau papa hantar awal pun dia dah tau apa nak buat.. susun kerusi la.. baca buku la.. hmmm... lega rasanya.. masih dengan minat yg sama.. melukis.. homework pun dia dah rajin buat.. tak perlu nak suruh banyak2 kali.. dah besar dah anak dara mama.. tahun depan masuk darjah satu.. harap2nya semua berjalan dgn lancar..
okla.. tu je dulu update utk kali ni.. nanti2 cerita lagi..

Wednesday, December 23, 2009

23 december

hari ni genap umur muaz 3 tahun.. happy birthday my dear son.. tak sempat nak buat birthday party utk muaz lagi.. nanti ada masa teringin jugak nak buat.. plan hari ni.. papa balik awal.. pastu nak bawak diorg keluar..beli hadiah utk birthday boy.. beli cake dan makan-makan kat luar.. dan macam biasa akan ada aktiviti cop tangan.. hehe..
dah besar dah muaz.. soon dia akan jadi abang... malam tadi.. pukul 3 pagi.. dia kejut.. nak g toilet.. aku tak larat nak bangun.. sempat lagi dia membebel.. mama nih.. tak nak bawak adik g toilet.. terpaksala jugak aku gagahkan diri utk bangun.. aku pulak cam biasa la dah bangun tu susah betul nak tido balik.. lapau.. berbunyi2 perut aku.. aduhhh..
pagi ni kakak bangun awal.. dia yg excited lebih.. awal2 dah siapkan kad utk adik dia.. sayang jugak kakak dgn adik dia.. hihihi..
okla.. byk keje yg perlu diselessaikan pagi ni sebelum papa balik.. nanti2 aku tulis lagi.... daaaa

a plus

Tuesday, December 15, 2009

confirmed!

alhamdulillah.. sabtu lepas kami ke demc.. nak check for pregnancy.. mulanya nak g klinik kat sek 3 je.. sebab ada doktor perempuan.. tapi dah selalu g demc ... takpela.. utk sahkan pregancy je.. nanti nak check up lebih2 kami akan carik doktor perempuan jugak.. tapi mungkin rezeki baby kot.. ada pulak doktor perempuan ari ni.. bukan doktor permanent.. dia buat locum je kat situ..
kena soal soalan2 yg biasa masa first and second pregnancy.. buat urine test.. dan scan utk tahu exact date baby.. alhamdulillah..setakat ni semuanya ok.. tekanan darah, kandungan gula.. semuanya di tahap yg normal.. syukur sgt.. ikutkan mesin scan tu dan berdasarkan tarikh yg aku kasik.. my baby is now dah masuk 8 minggu.. ada satu gambar scan yg doktor kasik.. tapi lom masuk dalam pc lagi.. nanti aku upload later.. sekrg ni tak boleh nak ngadap pc ni lama.. cepat je pening.. agak teruk jugak angin aku kali ni.. cuma lucky me tak sampai tahap muntah2..
kesian jugak kat anak2 aku yg dua org tu.. aqilah dan muaz.. aku tak boleh uruskan makan minum diorg dgn baik.. nasib baik sekrg ni nenek ada.. tapi esok nenek dah nak g rumah my sister.. camana ye? harap2 dah masuk bulan ke empat nanti hilang la mual2 aku ni.. boleh aku concentrate balik kat putera dan puteri kesayangan kami tu..
ok la.. dah start pening.. a plus

Thursday, December 10, 2009

my 7th marriage anniversary

10 december 2002.. 7 years ago.. at my mom house.. ada kenduri yg menyatukan aku dan my husband.. rasa macam baru je berlaku.. rupanya dah 7 tahun kami bersama.. di serikan dgn dua cahayamata yg sgt comel dan ceria.. kakak.. dah 5 tahun sekrg ni.. dah besar dah puteri kami.. muaz pulak.. dalam masa beberapa hari lagi akan menyambut ulangtahun yg ke 3.. kalau ada rezeki kami.. tahun depan kami bakal menerima seorg lagi cahayamata.. aminnn
papa kerja hari ni.. aku kat rumah tokleh buat apa.. kepala berdenyut2.. nasib baik mak aku ada kat sini.. byk membantu aku.. muaz agak rapat ngan nenek.. kurang la sikit dia merenggek dgn aku.. sangat lega.. kakak dah pandai bawak diri sendiri.. hmm.. tokleh nak menaip lama2.. perut sgt tak selesa.. sebu je.. nak makan takde selera.. pendekkan cerita.. HAPPY 7th MARRIAGE ANNIVERSARY TO US.. semoga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.. semoga keluarga kami sentiasa di dalam lindunganNya.. aminn.. je t'aime tres tres fort abang!!

Tuesday, October 06, 2009

special entry

alhamdulillah.. dan tahniah buat my sister and her husband on their new baby born.. tahniah kak je.. selamat melahirkan bayi perempuan malam tadi jam 9 malam di hospital pakar perdana Kota bharu.. tak sabarnya nak jumpa baby baru.. cucu mak aku yg ke 31 nih.. tahniah sekali lagi..

Thunderbirds and TUDM airshow

weekend yg baru lepas sgt menyeronokkan.. pagi2 dah ke TUDM subang utk join unti leenda and family tgk airshow.. unti wawa ngan uncle jimi pun ada sekali.. the show was really amazing.. aku sgt terkagum tgk aksi2 pilot fighter ni beraksi.. kadang2 ada jugak terpikir.. kalau la jatuh kat kepala aku ni.. mau bersepai.. nauzubillah.. mana tak nya.. dia terbang betul2 atas kepala kita.. adik mmg enjoy tgk aksi2 menarik tu.. sambil tangan dua2 belah tutup telinga.. bising katanya.. kakak pulak bukan heran sgt.. duk sibuk bermaik kejar2 dgn irhamm.. papa pulak.. mmg tak lepaskan peluang utk snap seberapa byk aksi2 menarik tu.. happy for him tu.. dah lama dia tak beraksi dgn kameranya.. terlalu busy.. ni antara hasil2 yg berjaya papa snap hari tu..
masa awal2 sampai... sempat jugak berposing dr jauh dgn sukoi..

adik dah haus tgg show kapal terbang tak mula2..

ni pun masa awal2 sampai jugak

me and unti leenda sekeluarga..



penat!






pilot-pilot thunderbirs
----oh ye.. gambar show semuanya kat flickr khairul.. kalau nak tgk boleh la klik kat sini

settle dalam 1 lebih.. unti leenda jemput beraya kat rumah dia.. ada nasi beriani , rendang ayam dan sambal udang dan acar.. puding jagung sebagai pencuci mulut.. disebabkan kami park kereta kat luar.. uncle khairill terpaksa la buat dua trip utk bawak kami semua ke rumah diorg.. trafik dalam tu mmg teruk waktu tu.. bayangkan utk sampai rumah unti leenda yg biasanya 5 minit je.. jadik 1 jam..oh.. takde gambar kat rumah unti leenda sebab kameraman dah penat plus memori semua sudah penuh..
pukul 4 lebih kami gerak balik.. rushing sebab ada open house yg kami nak kena pegi kat putrajaya.. alhamdulillah dalam 6 lebih kami sampai.. masih ramai lagi tetamu.. akhirnya kami berjaya jugak sampai rumah diorg.. lega.
balik singgah rumah mak uda kat serdang.. tumpang solat.. amik kerepek dan sambung misi hari tu.. tolong mak acai angkat barang nak pindah rumah.. settle.. perut pun dah mula berbunyi balik.. singgah mc d seksyen 3.. drive tru.. balik..makan.. tido.
ahad pulak.. papa keje.. aku tak ikut sebab byk keje kat rumah belum settle.. disebabkan masih dalam mood raya.. aku masak nasi himpit, rendang ayam dan kari daging.. buat jelly laici as a desert.. lucky me papa balik awal.. sempat lunch sama2.. takde org dtg beraya pun.. kecuali sorang je kawan papa yg dtg.. sudahnya kami berempat la duk berusaha habiskan semua makanan2 tu.. hehehe
okla.. nak stop dulu.. a plus..

Wednesday, September 30, 2009

satu pagi dihari raya


Tuesday, September 29, 2009

gambar raya 2009

akhirnya.. ada jugak peluang utk aku edit gambar2 raya kami.. bukan edit apa pun.. resize dan letak nama.. hihihi.. biasanya kalau aku yg edit gambar tu akan jadik lebih teruk.. hihihi

dua hari before raya.. bersungguh2 papa anyam ketupat.. mmg tak sabar betul dia nak makan ketupat.. dah lama tak jumpa la katakan..

my first sarung ketupat.. setelah byk kali mencuba.. akhirnyaaaa..

adik teruja dapat main bunga api.. mmg sakan..

isk isk.. malu la pulak.. anyway thanks ye pak abul

anak dara kesayangan papa..

ni pulak anak teruna manja papa

papa dan aki..

me and my biras.. just before nak gerak ke kubur

me and my in law and my biras.. just before dapat tahu kereta kami ada masalah..

beraya di kampung pulai..

tu je dulu yg sempat diedit.. nanti tambah lagi.. a plus..

Aidilfitri 2009

wah.... lama sungguh tak dapat nak update blog kesayangan aku ni.. sampaikan tak sempat nak ucap selamat hari raya utk semua... masih sempat ke?? tapi raya kan sebulan.. kesempatan ni aku nak jugak la ucap.. selamat hari raya utk semua keluarga.. kawan2 dan semua muslimin dan muslimat.. maaf zahir dan batin ye.. kalau ada segala perbuatan dan percakapan aku yg menyakitkan hati .. harap dimaafkan..
setelah 5 tahun beraya di tempat orang.. thn nih dapat juga kami beraya di samping keluarga.. oh ye.. ini adalah hari raya pertama utk aqilah dan muaz bersama keluarga.. seronok betul anak2 kecik ni beraya.. bila dapat duit raya.. tersipu2 budak2 nih.. adik lagi la.. takde duit raya tak nak salam.. kelakar pulak tgk gelagat diorg dipagi raya..
raya ni jugak la.. kami tempah baju sedondon utk satu family.. tapi sayang nya.. tailor tu sgt teruk.. takde satu pun baju kami yg cantik.. mmg sgt sedih.. kalau tgkkan baju yg dia jahit mmg tak boleh nak cakap yg dia ni tailor.. sgt teruk..
kami balik melaka khamis malam jumaat.. lewat jugak kami gerak.. mana tak nya sempat lagi singgah shopping di sunway pyramid... papa cari lens raya.. hihihi.. alhamdulillah.. perjalanan lancar walaupun byk jugak kereta malam tu.. sempat berenti supper kat kfc kawasan rehat seremban..
jumaat tu my biras dtg hantar daun nipah.. nak buat sarung ketupat.. papa expert buat sarung ketupat.. kali ni dah masuk kali kedua aku belajar anyam ketupat.. byk kali jugak aku cuba.. dan aku berjaya.. hihihi.. seronok pulak rasanya mengayam ketupat.. kat kampung aku mmg takde ketupat.. masak nasi himpit je..
oleh kerana kami antara yg terawal balik.. bykla keje yg perlu disettlekan.. nasib baik ada mak acai dan mak usu.. kerja jadi laju je..
sabtu.. rumah tu dah makin meriah.. ramai yg sudah sampai.. kecuali my brother in law yg tinggal kat brunei.. ahad malam baru diorg sekeluarga sampai.. kami dan my biras sempat lagi pergi shopping.. alasan dia nak g ambik ayam kampung kat pulai.. tapi byk tempat yg kami singgah.. mak uda cari tudung.. aku pulak carik sampin dan songkok adik.. jumpa.. done
balik rumah.. terus sambung kerja.. tolong sikit2 mana yg patut.. aku tak perlu risau.. sebab kat rumah tu dah ada chef..aku tolong makan je..

sehari sebelum raya.. tgh tolong bersihkan ayam utk di buat rendang

hari raya pertama... kami semua ikut papa g semayang raya.. sampai awal.. takde masalah tempat.. lepas tu balik rumah.. sesi bermaaf-maafan.. dan sesi bagi duit raya.. dan of course sesi bergambar sekali..selesai
pagi raya.. tak cukup korum lagi masa ni.. ada kurang lagi 4 family..

kami semua bergerak utk melawat kubur arwah ibu mertua aku.. ohhh.. masa ni la bermula cerita sedih aku.. kereta kami tetiba buat hal.. tak nak masuk gear tinggi.. kami follow jugak ke kubur..papa bawak slow2.. pastu balik rumah abah balik.. check kereta.. dan call beberapa expert kereta.. diorg semua suspek gear box yg rosak.. hancur rasanya hati aku.. takde can la nak balik raya rumah mak aku.. honda nye service center pun bukak paling awal hari rabu.. dah terlalu lewat utk gerak balik kelantan.. itupun kalau diorg boleh repair dalam masa 1hari
so.. 3 hari kami melangut kat rumah tu.. nak buat apa pun takde mood... org lain g jalan pun kami tak nak ikut... sgt sedih!!
hari rabu yg ditungguh pun tiba.. pagi2 lagi papa dah g honda melaka.. diorg suruh tgg.. ptg baru boleh tahu apa masalah dia... aku yg dapat sms dr papa.. terus moyok.. kalau ptg baru tahu bila pulak baru boleh siap repair .. tapi sebabkan papa bising2.. cakap ni special case.. diorg diagnose jugak kete kami dulu.. yg terperanjatnya.. bukan gear box yg rosak.. tapi ada satu wayar yg sudah digigit tikus.. ayooo.. tensionnya.. tapi dalam tension tu ada byk kelegaan.. bukan la gear box yg rosak.. alhamdulillah.. ari tu jugak kereta kami siap di repair.. kena bayar la RM60.. sebab bukan salah honda...
terus kami siap2.. mahu pulang.. dalam pukul 6 kami gerak balik rumah.. tak sabar rasanya.. nak mengubat hati yg luka.. macam2 papa buat utk melegakan aku.. seronok jugak.. mintak je apa masa tu... mesti papa kasik.. thanks ya papa..
jumaat pulak.. kami ke rumah my sister kat shah alam.. nak beraya dgn family aku pulak.. semua adik beradik aku yg duduk lembah kelang dtg.. terubat rindu pada diorg.. lama jugak lepak kat situ.. lepas tu kami ke serdang..rumah my biras..esoknya nak cari lauk kat pasar borong.. petiais kami dah kosong.. dah ptg balik rumah.. berehat2.. papa tak berapa sihat.. rumah jiran buat open house pun kami tak dapat pergi..
ahad... operasi mengemas rumah lagi.. plus bersihkan laman luar luar rumah kami.. papa cuci kereta sekali.. budak2 ni ambil peluang main kereta control yg papa belikan.. tapi satu dah rosak.. kebetulan pulak anak2 jiran sebelah pun dah ada.. makin seronok la diorg main..kakak merengek2 mintak papa belikan lagi satu.. papa apa lagi.. bila anak dara kesayangan dia mintak.. cair la dia.. terus ptg tu kami ke sunway pyramid.. aku pun apa lagi .. tak lepas peluang.. mintak jugak macam2.. tapi masa suntuk.. kami nak g open house rumah jiran malam tu.. kena balik awal.. tak sempat aku nak beli macam2.. huhuhu..
isnin.. papa dah mula kerja balik.. tinggal kami bertiga je dirumah.. kembali ke kehidupan normal.. tak bestnye.. huwaaaa

okla.. nak stop dulu.. nak jemur kain.. nanti sambung upload gambar.. a plus.. daaaa