Tuesday, October 06, 2009

special entry

alhamdulillah.. dan tahniah buat my sister and her husband on their new baby born.. tahniah kak je.. selamat melahirkan bayi perempuan malam tadi jam 9 malam di hospital pakar perdana Kota bharu.. tak sabarnya nak jumpa baby baru.. cucu mak aku yg ke 31 nih.. tahniah sekali lagi..

Thunderbirds and TUDM airshow

weekend yg baru lepas sgt menyeronokkan.. pagi2 dah ke TUDM subang utk join unti leenda and family tgk airshow.. unti wawa ngan uncle jimi pun ada sekali.. the show was really amazing.. aku sgt terkagum tgk aksi2 pilot fighter ni beraksi.. kadang2 ada jugak terpikir.. kalau la jatuh kat kepala aku ni.. mau bersepai.. nauzubillah.. mana tak nya.. dia terbang betul2 atas kepala kita.. adik mmg enjoy tgk aksi2 menarik tu.. sambil tangan dua2 belah tutup telinga.. bising katanya.. kakak pulak bukan heran sgt.. duk sibuk bermaik kejar2 dgn irhamm.. papa pulak.. mmg tak lepaskan peluang utk snap seberapa byk aksi2 menarik tu.. happy for him tu.. dah lama dia tak beraksi dgn kameranya.. terlalu busy.. ni antara hasil2 yg berjaya papa snap hari tu..
masa awal2 sampai... sempat jugak berposing dr jauh dgn sukoi..

adik dah haus tgg show kapal terbang tak mula2..

ni pun masa awal2 sampai jugak

me and unti leenda sekeluarga..



penat!






pilot-pilot thunderbirs
----oh ye.. gambar show semuanya kat flickr khairul.. kalau nak tgk boleh la klik kat sini

settle dalam 1 lebih.. unti leenda jemput beraya kat rumah dia.. ada nasi beriani , rendang ayam dan sambal udang dan acar.. puding jagung sebagai pencuci mulut.. disebabkan kami park kereta kat luar.. uncle khairill terpaksa la buat dua trip utk bawak kami semua ke rumah diorg.. trafik dalam tu mmg teruk waktu tu.. bayangkan utk sampai rumah unti leenda yg biasanya 5 minit je.. jadik 1 jam..oh.. takde gambar kat rumah unti leenda sebab kameraman dah penat plus memori semua sudah penuh..
pukul 4 lebih kami gerak balik.. rushing sebab ada open house yg kami nak kena pegi kat putrajaya.. alhamdulillah dalam 6 lebih kami sampai.. masih ramai lagi tetamu.. akhirnya kami berjaya jugak sampai rumah diorg.. lega.
balik singgah rumah mak uda kat serdang.. tumpang solat.. amik kerepek dan sambung misi hari tu.. tolong mak acai angkat barang nak pindah rumah.. settle.. perut pun dah mula berbunyi balik.. singgah mc d seksyen 3.. drive tru.. balik..makan.. tido.
ahad pulak.. papa keje.. aku tak ikut sebab byk keje kat rumah belum settle.. disebabkan masih dalam mood raya.. aku masak nasi himpit, rendang ayam dan kari daging.. buat jelly laici as a desert.. lucky me papa balik awal.. sempat lunch sama2.. takde org dtg beraya pun.. kecuali sorang je kawan papa yg dtg.. sudahnya kami berempat la duk berusaha habiskan semua makanan2 tu.. hehehe
okla.. nak stop dulu.. a plus..

Wednesday, September 30, 2009

satu pagi dihari raya


Tuesday, September 29, 2009

gambar raya 2009

akhirnya.. ada jugak peluang utk aku edit gambar2 raya kami.. bukan edit apa pun.. resize dan letak nama.. hihihi.. biasanya kalau aku yg edit gambar tu akan jadik lebih teruk.. hihihi

dua hari before raya.. bersungguh2 papa anyam ketupat.. mmg tak sabar betul dia nak makan ketupat.. dah lama tak jumpa la katakan..

my first sarung ketupat.. setelah byk kali mencuba.. akhirnyaaaa..

adik teruja dapat main bunga api.. mmg sakan..

isk isk.. malu la pulak.. anyway thanks ye pak abul

anak dara kesayangan papa..

ni pulak anak teruna manja papa

papa dan aki..

me and my biras.. just before nak gerak ke kubur

me and my in law and my biras.. just before dapat tahu kereta kami ada masalah..

beraya di kampung pulai..

tu je dulu yg sempat diedit.. nanti tambah lagi.. a plus..

Aidilfitri 2009

wah.... lama sungguh tak dapat nak update blog kesayangan aku ni.. sampaikan tak sempat nak ucap selamat hari raya utk semua... masih sempat ke?? tapi raya kan sebulan.. kesempatan ni aku nak jugak la ucap.. selamat hari raya utk semua keluarga.. kawan2 dan semua muslimin dan muslimat.. maaf zahir dan batin ye.. kalau ada segala perbuatan dan percakapan aku yg menyakitkan hati .. harap dimaafkan..
setelah 5 tahun beraya di tempat orang.. thn nih dapat juga kami beraya di samping keluarga.. oh ye.. ini adalah hari raya pertama utk aqilah dan muaz bersama keluarga.. seronok betul anak2 kecik ni beraya.. bila dapat duit raya.. tersipu2 budak2 nih.. adik lagi la.. takde duit raya tak nak salam.. kelakar pulak tgk gelagat diorg dipagi raya..
raya ni jugak la.. kami tempah baju sedondon utk satu family.. tapi sayang nya.. tailor tu sgt teruk.. takde satu pun baju kami yg cantik.. mmg sgt sedih.. kalau tgkkan baju yg dia jahit mmg tak boleh nak cakap yg dia ni tailor.. sgt teruk..
kami balik melaka khamis malam jumaat.. lewat jugak kami gerak.. mana tak nya sempat lagi singgah shopping di sunway pyramid... papa cari lens raya.. hihihi.. alhamdulillah.. perjalanan lancar walaupun byk jugak kereta malam tu.. sempat berenti supper kat kfc kawasan rehat seremban..
jumaat tu my biras dtg hantar daun nipah.. nak buat sarung ketupat.. papa expert buat sarung ketupat.. kali ni dah masuk kali kedua aku belajar anyam ketupat.. byk kali jugak aku cuba.. dan aku berjaya.. hihihi.. seronok pulak rasanya mengayam ketupat.. kat kampung aku mmg takde ketupat.. masak nasi himpit je..
oleh kerana kami antara yg terawal balik.. bykla keje yg perlu disettlekan.. nasib baik ada mak acai dan mak usu.. kerja jadi laju je..
sabtu.. rumah tu dah makin meriah.. ramai yg sudah sampai.. kecuali my brother in law yg tinggal kat brunei.. ahad malam baru diorg sekeluarga sampai.. kami dan my biras sempat lagi pergi shopping.. alasan dia nak g ambik ayam kampung kat pulai.. tapi byk tempat yg kami singgah.. mak uda cari tudung.. aku pulak carik sampin dan songkok adik.. jumpa.. done
balik rumah.. terus sambung kerja.. tolong sikit2 mana yg patut.. aku tak perlu risau.. sebab kat rumah tu dah ada chef..aku tolong makan je..

sehari sebelum raya.. tgh tolong bersihkan ayam utk di buat rendang

hari raya pertama... kami semua ikut papa g semayang raya.. sampai awal.. takde masalah tempat.. lepas tu balik rumah.. sesi bermaaf-maafan.. dan sesi bagi duit raya.. dan of course sesi bergambar sekali..selesai
pagi raya.. tak cukup korum lagi masa ni.. ada kurang lagi 4 family..

kami semua bergerak utk melawat kubur arwah ibu mertua aku.. ohhh.. masa ni la bermula cerita sedih aku.. kereta kami tetiba buat hal.. tak nak masuk gear tinggi.. kami follow jugak ke kubur..papa bawak slow2.. pastu balik rumah abah balik.. check kereta.. dan call beberapa expert kereta.. diorg semua suspek gear box yg rosak.. hancur rasanya hati aku.. takde can la nak balik raya rumah mak aku.. honda nye service center pun bukak paling awal hari rabu.. dah terlalu lewat utk gerak balik kelantan.. itupun kalau diorg boleh repair dalam masa 1hari
so.. 3 hari kami melangut kat rumah tu.. nak buat apa pun takde mood... org lain g jalan pun kami tak nak ikut... sgt sedih!!
hari rabu yg ditungguh pun tiba.. pagi2 lagi papa dah g honda melaka.. diorg suruh tgg.. ptg baru boleh tahu apa masalah dia... aku yg dapat sms dr papa.. terus moyok.. kalau ptg baru tahu bila pulak baru boleh siap repair .. tapi sebabkan papa bising2.. cakap ni special case.. diorg diagnose jugak kete kami dulu.. yg terperanjatnya.. bukan gear box yg rosak.. tapi ada satu wayar yg sudah digigit tikus.. ayooo.. tensionnya.. tapi dalam tension tu ada byk kelegaan.. bukan la gear box yg rosak.. alhamdulillah.. ari tu jugak kereta kami siap di repair.. kena bayar la RM60.. sebab bukan salah honda...
terus kami siap2.. mahu pulang.. dalam pukul 6 kami gerak balik rumah.. tak sabar rasanya.. nak mengubat hati yg luka.. macam2 papa buat utk melegakan aku.. seronok jugak.. mintak je apa masa tu... mesti papa kasik.. thanks ya papa..
jumaat pulak.. kami ke rumah my sister kat shah alam.. nak beraya dgn family aku pulak.. semua adik beradik aku yg duduk lembah kelang dtg.. terubat rindu pada diorg.. lama jugak lepak kat situ.. lepas tu kami ke serdang..rumah my biras..esoknya nak cari lauk kat pasar borong.. petiais kami dah kosong.. dah ptg balik rumah.. berehat2.. papa tak berapa sihat.. rumah jiran buat open house pun kami tak dapat pergi..
ahad... operasi mengemas rumah lagi.. plus bersihkan laman luar luar rumah kami.. papa cuci kereta sekali.. budak2 ni ambil peluang main kereta control yg papa belikan.. tapi satu dah rosak.. kebetulan pulak anak2 jiran sebelah pun dah ada.. makin seronok la diorg main..kakak merengek2 mintak papa belikan lagi satu.. papa apa lagi.. bila anak dara kesayangan dia mintak.. cair la dia.. terus ptg tu kami ke sunway pyramid.. aku pun apa lagi .. tak lepas peluang.. mintak jugak macam2.. tapi masa suntuk.. kami nak g open house rumah jiran malam tu.. kena balik awal.. tak sempat aku nak beli macam2.. huhuhu..
isnin.. papa dah mula kerja balik.. tinggal kami bertiga je dirumah.. kembali ke kehidupan normal.. tak bestnye.. huwaaaa

okla.. nak stop dulu.. nak jemur kain.. nanti sambung upload gambar.. a plus.. daaaa

Wednesday, September 02, 2009

dah masuk hari ke 12 bulan ramadhan.. alhamdulillah.. so far semuanya ok.. walaupun aku demam teruk the first week of ramadhan.. tapi masih boleh bertahan.. alhamdulillah.. oh ye.. semlm for the first day kakak puasa penuh.. alhamdulillah lagi... sebelum ni ada dua tiga hari dia berpuasa.. tapi paling lama bertahan sampai pukul 3 ptg.. agaknya sebab kelmarin kakak bangun sahur siap makan nasi kerabu lagi.. tu yg boleh tahan sampai maghrib... walaupun banyak jugak renggekan yg aku terpaksa dengar seharian semlm... hehe.. tahniah ye kakak.. nanti cuba lagi.. hari ni kakak tak nak puasa.. esok nak puasa balik.. katanya la..
sepanjang 12 hari berpuasa ni.. ada sekali kami berbuka diluar.. join gathering utk pm10.. seronok..dapat la aku jumpa kawan2 lama setelah sekian lama aku tak jumpa diorg.. kebanyakannya dah jadik mama... anak2 pun dah boleh jalan.. sgt enjoy that night.. thanks to kak ai dan meor for organizing such a great event..
gambar ada la jugak papa snap.. tapi tak berapa cantik la.. masih dgn masalah yg sama.. lens papa ada masalah.. semuanya berpunca masa g tganu hari tu la.. papa bawak kamera g pantai pagi2 buta tu.. mungkin ada pasir yg masuk kot... so ni ada beberapa keping gambar yg elok sikit .. boleh la aku letak kat sini.. nanti nak kena copy dr kak ai dan meor.. boleh kan?? hehe


























oh ye.. isnin lepas berbuka ngan mak uda kat rumah ni.. aku masak nasi kerabu.. lama rasanya tak buat nasi kerabu sendiri.. berselera aqilah makan hari tu.. siap bertambah lagi.. kembang rasanya bila anak aku suka makan nasi org kelantan nih.. hehe.. bagus bagus.. papa pun suka nasi kerabu sekrg ni.. pukul 12 malam pun kami duk supper ngan nasi kerabu.. sampai sahur.. muaz pun dah pandai makan.. abih semua ulam pun dia telan..
oh.. tghari isnin tu dapat sms dr leenda.. ada kedai tudung buat sale.. cuba ajak papa.. tak sangka pulak dia nak bawak aku pegi.. huhuhu.. mmg best.. 50%off utk semua tudung.. kelabu mata aku.. tak tahu nak pilih mana satu.. tapi akhirnya berjaya jugak aku borong 6 helai tudung.. 4 utk aku dan lg dua utk kakak.. thanks ye unti leenda.. kalau ada lagi sale menarik.. jgn lupa bagitau.. hehe
okla.. ngantuk dah.. nak sambung tido ngan anak2.. kang diorg dah bgn.. macam2 diorg mintak.. milo la.. nasi la.. a plus.. daaa