Sunday, October 12, 2008

mission accomplish

alhamdulillah.. majlis minum ptg merangkap kenduri kesyukuran sempena papa lulus study dan majlis terakhir di rumah kami sebelum kepulangan ke msia berjalan lancar.. thanks a lot kepada semua yg memeriahkan majlis.. really appreciate it.. tak sempat nak snap apa2 gambar..
sekrg tinggal nak kemas barang dan clearkan rumah.. dan papa kena submit tesis final sebelum berangkat pulang.. semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminnn

cerita semalam

semlm for the first time since kami dapat kereta 4 thn yg lepas.. kami naik bas balik.. bukan takde sesiapa nak mintak tolong kalau nak g memana.. jiran2 kami kat sini ramai yg mmg ready je tolong hantar g memana.. tapi saja je nak flash back kenangan masa memula sampai.. lagipun kakak ngan adik seronok betul dapat naik bas..
amik bas depan cnes utk ke metro station kat faculty farmasi.. amik metro kebandar.. berenti kat station francois verdier.. stop utk ke sekolah khairul.. pastu jalan sampai ke pont neuf.. sambil2 jalan sambil2 snap gambar.. sampai pont neuf.. posing sikit2 pastu naik navette (bas free) utk ke capitol.. kejap je.. posing sikit2.. pastu window shopping sikit2 dan g makan kebab kat jean d'árc dan terus amik metro utk balik.. done.. kira settle dah visit bandar toulouse..enjoy dgn outing semlm sebab anak2 sporting sangat.. both of them sgt2 happy dapat naik bas dan train.. cumaaqilah je tak habis2 asik lupa yg kami dah takde kereta.. kejap2 cakap.. kita tinggal la stroller dalam kereta.. bila kami cakap kereta dah jual kat org.. dia selalu cakap.. papa.. nanti papa beli la kereta baru..hehe.. kelakar betul la.. rupanya dia yg paling terasa kehilangan kereta kami...:)
okla.. nak naik atas dah.. nak kena prepare utk minum petang..

more photos

dapat gambar ni dari uncle iqmal ptg semlm.. tak sabar nak tgg internet kat rumah ada.. terpaksa turun kat lobby guna public internet yg tak berapa public nih... hehehe...

courtesy of uncle iqmal.. ada la gambar kami sekeluarga di hari soutenance papa.. merci

depan sekolah papa.. sonok2

Saturday, October 11, 2008

le jour de soutenance

2 jam setengah before viva.. masa nih papa masih lagi jadik zombie.. cam tak betul je tgk dia masa tu.. cam tak caya je dia boleh buat presentation dalam keadaan macam tuh..

jury of the day... after the announcement of the result.. dua dari kanan supervisor..tiga dari kanan co-supervisor

kawan2 lab papa

papa and kameraman of the day..:)

unti cora, uncle iqmal and papa

tu dulu.. gambar kami sekeluarga tgg dapat dari uncle iqmal dulu..:)

a suivre..

Friday, October 10, 2008

felicitation!!!

alhamdulillah.. around pukul 1 lebih tadi .. papa was announced as doctor of ecole national et polytechnic de toulouse..tahniah ye bang.. dr mama.. tahniah papa dari kakak dan adik.. nak nangis je tadi bila dengar ketua jury announce yg papa dah lulus..
dr awal mmg kami anak beranak takde plan nak g tgk papa punya viva.. tapi dua hari lepas bila dengar uncle iqmal cakap nak pegi .. mula la otak nih plan macam2.. segan jugak nak ajak cora..tapi pikir2.. rugi kalau tak pegi..so malam tadi dgn muka tak malu nya i pun suruh la khairul tanya kan iqmal.. uncle iqmal ok je.. cool!! plan awalnya.. nak pegi sama ngan uncle iqmal pukul 10 pagi.. tapi tak nak masuk dulu.. nak g ronda2 kat shopping mall.. sekali termasuk pulak dalam hall tempat papa present..dah tersangkut kat situ.. nak keluar dah segan.. sofea ngan aqilah ok je.. muaz la paling tak tahan.. bising betul.. tension je.. tapi sempat jugak la kami tgk sampai slide terakhir presentation papa.. sesi soal jawab tgk kejap je.. muaz dah makin tokleh nak control.. geram betulla.. iskkk.. dalam 12.30 papa dan semua visitor keluar.. tinggal juri je diskus result.. around pukul 1 masuk balik.. et voila.. dapat result.. dan papa dah berjaya.. tahniah!!! we are proud of you papa..
special thanks to cora and iqmal and sofea.. takde you all weeda takkan dpt nak g.. kalau unti leenda tak keje mesti tambah lagi sorang penonton hari nih..:).. special thanks jugak kat co-supervisor khairul.. byk betul yg dia dah buat sampai khairul berjaya hari nih.. sgt2 appreciate!! many thanks!!
gambar nanti upload.. kena mintak dr kameraman of the day dulu.. siap ada video tu.. thanks again to uncle iqmal!!
ops.. lagi good news.. kereta kami dah ada buyer.. just now khairul takde.. g hantar kereta kat buyer tu.. mamat arab.. malam tadi diorg deal.. mulanya org tu nak amik terus tapi dia takdapat nak keluarkan duit.. so janji balik ptg nih.. harap2 semuanya berjalan dgn lancar.. bolehla malam nih papa tido dgn nyenyak.. sebelum esok mulakan keje2 mengemas rumah sebelum balik msia for good.. huhuhu.. so many things to do.. harus berenti menaip sekrg.. nak g tukar pampers muaz.. kakak pun need attention.. nanti sambung lagi..
a plus

Wednesday, October 08, 2008

la suite: random photo -part III-








no title

update nih utk semlm.. semlm dah siap taip.. tapi internet takde.. hari ni baru dapat upload..

bgn lambat lagi hari nih.. tak tahu apa masalahnya.. ngantuk je sekrg nih.. keje byk lagi yg belum settle.. risaunya.. semalam bawak muaz jumpa pediatre..last vaccination sebelum balik msia for good.. nanti sambung yg seterusnya kat msia.. punya la semangat bawak kamera nak bergambar dgn doktor kakak dan adik utk kenang-kenangan.. sekali masa khairul tgh try nak amik gambar masa budak2 nih main kat salle d'attende.. sekali dah on takde apa yg menyala.. ingatkan memori yg pening.. rupanya bateri yg dah kong.. punya la tension.. terpaksala snap gambar guna kamera handphone.. huhuhu
malam tadi muaz asik meragam je.. ingatkan tak sedap badan sebab kena injek 2 sekaligus.. tapi dia asik duk pegang peha dia yg belah kanan je.. mula la risau.. khairul kata kalau salah cucuk biasanya kaki akan lenguh2.. mmg sepanjang malam tadi sampai hari ni dia tak nak jalan lansung.. bila dia cuba berdiri.. kalau gunakan force kaki kanan je dia nangis.. tak tahu nak buat camana.. kalau org angkat dia.. tersentuh je kaki kanan pun dia nangis.. pagi tadi bangun masa khairul nak g keje tanya dia sakit lagi ke tak.. dia tak jawab apa2.. cuma dia lansung tak bangun.. terbaring je.. bila tanya mana kaki pun.. dia angkat kaki kiri je.. kaki kanan dia tak nak angkat.. risaunya.. khairul kata nak call dr balg tanya camana.. tapi sampai sekrg takde dpt call dr khairul lagi.. muaz menyusu je sepanjang pagi nih.. sampai la semua org tertido balik lepas khairul g keje.. so far tak tahu lagi la camana kaki muaz nih.. tgg dia bgn sat lagi tgk camana pulak.. harap2 tak melarat la lenguh kaki dia tu...aminnn
balik dr jumpa dr balg.. singgah carrefour.. beli gula2 utk kids.. dan amik jeket.. hantar cuci last saturday.. dah bersih jaket i..hehehe.. balik rumah dpat call dr kawan arab khairul.. nak dtg rumah copy movie.. kebetulan masak laksa penang hari nih.. ajak dia makan sekali.. dia puasa.. tapi dia nak bungkus.. nak bawak balik.. habisla menangis mamat tu makan laksa pedas.. hehe..
semalam masa khairul hantar kawan dia ke metro station.. macam2 benda jadik.. masa turun kat bawah terserempak dgn one of the jury yg akan attend viva dia nanti..borak2 sekejap.. pastu dah hantar kawan dia.. jumpa asmahana.. pastu dia dapat sms dr leenda.. cakap yg semua kotak kami lepas.. hari nih ship to amsterdam..alhamdulillah.. semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminn.. again.. THANKS to UNTI LEENDA...:)
hari nih dah selasa.. tinggal lagi 3 hari sebelum hari bersejarah utk papa.. so sekrg ni masa2 yg sgt busy utk my husband.. so far.. semuanya masih on time.. slide semua dah ready.. tinggal nak practise speech supaya hari tu nanti semuanya berjalan dgn lancar.. mama ngan kakak ngan adik doakan semuanya berjalan dgn lancar.. supaya papa lulus dgn cemerlang nya.. aminnn..mama pulak yg takut.. kuatkan semangat ye papa.. u can do it..insyallah.. aja aja!!
okla.. muaz dah bgn.. so far nampak ok.. dah nak jalan sendiri.. cuma kadang2 dia pegang peha belah kanan tu.. lega sikit la sebab ada improvement. nak g layan diorg la.. a plus

edited: semlm dapat good news dari khairul.. dah dapat e-ticket utk balik msia.. alhamdulillah.. tinggal kereta je takde buyer lagi.. harap2 adala org berminat nak beli kereta kami sebelum kami balik msia next week.. tu je.. chow

Saturday, October 04, 2008

la suite: random photos -part II-

rabu-pagi hari raya aidilfitri -1 syawal-
lokasi.. appt 3203 -our house
masa.. 8.00-9.00 pagi

kakak: selamat hari raya mama

adik: selamat hari raya mama

adik: senyum sikit mama

mama: selamat hari raya abang.. maaf zahir dan batin

all: selamat hari raya semua.. maaf zahir dan batin

papa: duit raya utk kakak

papa: duit raya utk adik.. tgk la muka kakak yg excited dapat duit raya

papa

papa junior

kakak

adik: meh kakak ..sikat rambut

my cincin tunang..:)

kakak posing ayu

adik tak habis2 nak sikat rambut kakak

kakak lagi

last.. adik.. tgh keluarkan tisu nak lap hingus..
a suive..

random photos -part I-

takde keje nak buat malam nih.. sambil2 tgg rendang masak.. boleh la upload gambar event2 kami sepanjang minggu lepas..

sabtu malam -majlis bebuka puasa kat rumah kami
tetamu yg hadir

my guest

selasa malam- majlis berbuka puasa kat rumah unti leenda dan menyambut hari raya

my kuah kacang

me, muaz and as.. nampak belakang je... sorry ye as

my rendang ayam

a suivre..

Friday, October 03, 2008

update.. update..

hari nih genap seminggu takde internet kat rumah kami.. maknanya seminggu la tak dapat nak update apa2 cerita.. tak dapat nak jengah blog kawan2.. sgt boring.. tapi alhamdulillah.. hari nih kami dah dapat balik connection internet kat rumah nih.. ingatkan sampai balik takde internet..:p
so far takde apa2 berita dr bendahari pasal tiket balik kami sekeluarga.. so takleh nak confirm lagi tarikh balik... huhuhu..
dah ada internet ni.. nak citer la apa yg kami dah buat sepanjang seminggu nih.. sgt2 penuh.. busy.. ada je benda nak kena buat..:)

sabtu
- pagi2 bangun.. siapkan jelly (desert utk majlis berbuka puasa kat rumah kami hari nih)... pepagi jugak la kacau unti cora.. macam2 nak kena pinjam sebab barang kami semua dah takde.. semua dah masuk kotak.. settle at 11.. ingat nak keluar.. tapi ada jiran singaporean datang.. ada hal sikit.. so tertunda sikit agenda kami hari ni.. pukul 12 lebih baru dapat keluar beli barang2 rumah.. pegi carrefour dan paris store..dalam pukul 3 lebih baru kami sampai rumah.. terus bergegas masak.. menu hari tu.. asam pedas ikan dorade+ayam goreng+ikan mackerel masak kicap+salad.. agak gagal jugak majlis kami kali nih.. asam pedas tak berapa menjadik.. khairul asik complain je.. nak buat camana.. tak biasa masak byk2.. selalu paling byk pun masak 2 ekor je .. ini belasah masak 7 ekor sekali.. tension je... majlis selesai dalam 11 lebih kot.. sgt penat.. satu hari tak rehat..

ahad
-sepanjang tengah hari kami belasah tido je ..khairul still busy dgn keje2 presentation dia.. belah petang kami pulun kemas kotak.. kena settlekan balance2 kotak yg kami nak hantar ke msia.. hari nih cuti dr memasak.. nak g makan kebab kat bandar.. first time berbuka puasa kat luar sepanjang ramadhan tahun ni.. berbuka kat rumah makan lauk semalam.. solat dan keluar ke bandar..pergi 3 family.. ila ngan haris pun join.. seronok betul dapat makan kebab.. kakak cam biasa la.. makan daging je dia.. dalam pukul 10 lebih settle..

isnin
-keluar lagi..sebelum tu check surat.. ada note dr la poste suruh collect barang.. happy nya.. mesti baju melayu muaz yg ayah di hantar.. tak sabar nak g collect .. tapi pejabat post tutup tghari.. so pegi lidl dulu.. kononnya nak beli gula.. takut esok raya.. khairul dah siap pesan... jgn nak beli apa2.. kotak kami dah penuh.. sekali sampai lidl.. dia pulak yg lebih2.. nampak breadmaker.. dia yg meleleh.. i apalagi.. kalau khairul yg minat i lagi cucuk2.. hehehe.. last2 angkat jugak la breadmaker tu..lepas tu pegi castorama.. beli lagi satu kotak.. then singgah post office.. ambik parcel dr ayah di.. yeaaa.. betul baju melayu muaz.. matching dgn kaler baju melayu khairul "THANKS YE AYAH DI"..happy sgt muaz dapat baju melayu.... balik rumah terus pack our last box.. aduh.. ada barang yg tak dapat masuk sebab beli breadmaker tu..huhuhu..
lepas berbuka.. khairul check kat internet.. dah ada pengumuman raya.. cakap raya hari selasa.. gelabah la mamat tu sebab belum bayar zakat.. pukul 9 khairul dan kawan2 dia pegi masjid.. dalam pukul 10 dapat call dari khairul.. cakap info kat internet tu salah.. raya hari rabu.. lega sgt sebab apa pun tak masak lagi... so esok boleh la masak awal2.. malam tu boleh rehat2..

selasa
-tghari dah start masak utk juadah raya esok.. kena masak awal2 sebab malam nanti ada majlis berbuka puasa kat rumah unti leenda.. masak kuah kacang dulu.. pastu masak sedikit rendang ayam.. nasik himpit dah masak siap2 hari isnin lagi.. lepas berbuka.. rehat sikit hari nih sebab bahan2 semua dah siapkan masa hari isnin.. so nih kononnya persiapan raya yg paling cool sekali la kot.. biasanya malam raya tu pukul 2 3 pagi baru dapat tido.. dgn nak masak.. kemas rumah..
berbuka kat rumah unti leenda.. bawak nasi himpit, kuah kacang dan rendang je.. tak sempat nak buat kuih.. settle at 11.. balik rumah tgk nasi himpit dah tinggal 5 bungkus.. takut tak cukup la pulak.. terus mintak tolong khairul buatkan nasi himpit.. jerang atas dapur.. set jam .. masuk bilik tidokan anak2.. sambil2 tgg pukul 12.30.. nak call family kat msia.. nak wish selamat hari raya.. khairul call melaka dulu.. pastu me call kelantan.. ucap selamat hari raya kat semua.. mintak maaf.. macam biasa.. bila nak letak mesti mek nangis punya.. huhu.. insyallah lagi 2 minggu kita jumpa ye mek.. tido dalam pukul 2 pagi..

rabu
-pukul 4 pagi kakak terjaga.. nak buang air kecik.. dah lepas tu tokleh nak tido dah.. kemas2 rumah sikit.. clearkan sinki.. buat puding buah-buahan.. pukul 7 kejutkan khairul.. subuh habis lambat sekrg ni.. dekat pukul 8.. seronok la khairul peram tido sekrg nih.. settle solat dan sarapan.. kejut anak2 dan siap2 baju raya.. ingat nak g masjid.. nak rasa suasana solat hari raya kat sini.. tapi masa turun bawah tgk highway jem teruk.. terus cancel.. naik rumah balik dan berposing sakan satu family.. pukul 9.30 kami dah start ketuk rumah sebelah nak beraya "SELAMAT HARI RAYA!!!".. pukul 11 lebih settle.. keluar kejap.. pegi lidl lagi.. dr mlm tadi duk teringat kat bekas yg leenda ngan cora beli utk isi biskut raya diorg.. nak jugak.. tension je khairul dgn perangai aku.. kotak semua dah seal.. tak malu pulak tu nak tumpang kotak cora..huhu.. bila pikir2 balik mmg tak senonoh la perangai aku nih.. sorry ye cora..:).. balik tghari.. siapkan rumah... panaskan lauk2 dan hidang kat meja.. ready utk terima tetamu.. alhamdulillah.. semua dtg beraya kat rumah kami thn nih.. ila, haris, guna, panjang and mija, nazri, cora and family , leenda and family and azzami and nora... thanks kerana sudi dtg beraya kat rumah kami.. dan sorry sebab juadah yg tak seberapa.. masak sikit je kali nih sebab biasanya kami beraya kat bawah.. berbbq.. selalu makanan tak habis.. so kali nih tokleh nak agak.. settle dalam pukul 4.. semua tido.. kecuali khairul yg sambung keje.. kesian dia.. busy betul dia lately.. takpe ye bang.. sikit je lagi..dekat pukul 5 khairul kejut.. bgn solat.. pastu rebus spageti, rebus telur, potong timun dan salad.. nak makan dgn kuah kacang.. teringin sgt nak makan rojak mee.. nyum2.. so minum ptg kami hari ni.. rojak mee.. lepas makan.. ingat nak baring2.. sekali tertido sampai pukul 7.30.. bgn je terus siap2 nak pegi rumah uncle panjang.. diorg buat openhouse.. makan lagi.. pegi kejap je sebab muaz tak behave.. bising.. balikrumah.. papa masih sambung keje.. esok ptg dia nak kena present depan lecturer dia..ingat nak tido awal.. sekali.. ada masalah sikit .. berat kotak2 kami terlebih berat.. so macam2 solution la kami cuba carik.. pukul 1 lebih kot baru settle.. lewat jugak la kami tido malam tu.. anak2 pun tahan mata semuanya.. semua tak nak tido..

khamis
-bangun pepagi.. hari ni lori dtg lagi sekali utk angkut lagi 30 kotak.. so total 60 boxes semuanya dah diambil.. tinggal diorg nak scan, wrap dan shipping to pelabuhan klang.. harap2 semuanya berjalan sgn lancar.. aminnn.. settle at 10.30.. khairul dan iqmal dan azammi dan khairill angkat barang2 leenda nak pindah rumah as.. settle dalam pukul 12.. masa khairul balik rumah dr hantar barang.. dia bawakkan satu kad raya besar sgt.. siap ada cd lagu raya..hehe.. dah dapat agak dah dari sapa.. sure la MARIANA and FAMILY.. thanks a lot ya!!.. seronok.. pastu masakkan makan tghari utk khairul.. lunch .. pastu ptg pegi rumah cora lagi.. makan lagi.. sampai senak2 perut nih sebab makan byk sgt.. malam pun meriah lagi sebab unti leenda ngan anak2 dia turun.. esoknya anak2 dan husband leenda dah nak balik msia.. so busy mengemas.. settle dalam pukul 10 lebih.. dalam pukul 11 azammi ngan nora dtg.. bawak buah tgn dr msia.. dan duit raya utk my kids.. dalam pukul 12 lebih semua settle..siap2 dan tido..esok nak kena bgn awal .. nak masak nasi lemak utk sarapan sebelum pegi airport.. sekaligus meraikan kawan yg dah nak balik..hehee..

jumaat
-pukul 7.15 baru terjaga.. gelabah sgt masa tu.. mana taknya.. jemput semua tetamu dtg pukul 8.. pukul 7.15 abru bgn.... nasi lemak belum masak... ikan bilis belum goreng.. telur pun tak goreng lagi.. aduh.. nasib baik sambal dah siap masak malam tadi.. agak laju jugak aku buat semua tu.. dan percaya atau tak.. mmg tepat2 pukul 8 semua siap.. tapi belum ada tetamu lagi yg dtg.. hanya anak2 unti cora je yg tgh bersiap2 nak g sekolah singgah sekejap.. unti cora pun menyumbang sekali utk majlis kali nih.. dua version of nasi lemak.. nasi lemak kukus dan nasi lemak biasa.. nyum nyum..
pukul 10 kami semua ke airport.. saje je memeriahkan keadaan.. kesian unti leenda.. tinggal sorang2 sekrg nih.. tapi takpe.. unti leenda kuat.. aja aja.. pukul 12 sampai rumah.. lunch dgn nasi lemak pagi tadi dan tido..hehe.. tak senonoh.. pukul 1.45 khairul bgn.. ready utk g solat jumaat.. dpt sms dr leenda.. nak dtg rumah masa jumaat.. leenda ngan nora dtg.. lunch dan diorg sambung angkat barang bawak g rumah baru unti leenda..so hari ni secara officialnya unti leenda dah pindah rumah baru.. kurang lg satu jiran kami kat sini..
sambung borak2 dan makan biskut raya ngan unti cora.. pukul 5 baru settle down.. tgk2 internet dah ada.. so.. apa lagi.. update blog la kita.. hehe.. sambil menanti khairul balik rumah.. tak sabar nak habiskan hari ni.. nak tgg weekend.. boleh la khairul rehat sikit..okla.. nak surf the net..gambar nanti upload later.. a plus

Friday, September 26, 2008

S e L a M a T h A r I r A y A

hari ni dah masuk hari ke 26 dalam bulan ramadhan yang mulia.. kita makin menghampiri syawal.. lagi 4 hari je kita akan menyambut hari raya aidilfitri..ada 22 hari je kami akan tinggal dibumi toulouse.. terasa lama pulak masa berlalu sekrg nih.. bila sayangkan bulan ramadhan yg mulia ni daripada berlalu.. terasa begitu cepat masa beredar..tapi bila menghitung hari utk balik msia.. tarasa sgt- sgt lama..
dikesempatan yg ada ni.. kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua.. keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan semua kawan2.. maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap yg kami lakukan.. maklumla.. kami ni insan biasa.. yg sentiasa tak boleh lari dari kesilapan.. samaada sedar atau tak sedar.. halalkan segala yg termakan dan terminum.. yg paling penting.. semoga kita semua sentiasa didalam lindunganNYa dan sentiasa didalam rahmatNya.. amin
lagi sekali SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATIN utk semua!!

Selamat hari raya aidilfitri dari kami sekeluarga
ok.. a plus

Thursday, September 25, 2008

berbuka puasa, sambutan b'day irhamm & ulangtahun ke4 kami di toulouse

20hb 9.. genap 4 thn kami di toulouse.. insyallah.. 18 oktober 2008 kami akan balik for good.. so far tiket belum confirm lagi tapi kalau takde apa2 aral.. 19 oktober kami akan sampai msia.. sgt berdebar2.. macam2 perasaan ada.. setiap masa duk kira hari je sekrg ni..:)..
ok.. cerita pasal makan2 kat rumah unti leenda sempena birthday party irhamm.. actually birthday irhamm 16 september.. HAPPY BIRTHDAY IRHAMM!!.. mkn tak ingat kami masa tu.. unti leenda masak sup daging, ayam goreng berempah, salad dan sambal belacan.. plus cheese cake and chocolate cake.. nyum2.. me and khairul punya la tak malu duk belasah ayam goreng berempah.. best!! paling kelakar tgk kawan jepun leenda..kalau tak silap.. 5 ketul dia belasah ayam ... punya la suka.. siap belajar buat lg.. macam tak caya je org jepun suka mkn benda2 rempah nih..
majlis selesai dlm pukul 11 lebih.. cam biasa.. meriah!!
okla.. nak letak gambar.. enjoy ya..
cream puff and hadiah utk birthday boy

tak berapa menjadi la my cream puff kali nih.. first time buat lagi sedap

adik yg sentiasa tak nak ketinggalan utk join kawan2 dia sekrg nih

apsal semua org cam terpegun ni eh.. tak ingat la kenapa..hmm

birthday boy..IRHAMM

kakak.. bersungguh2 dia nak bergambar dgn hadiah irhamm.. paling tension dia cakap birthday irhamm best.. sebab kek dia lagi cantik.. :(
unti leenda la nih.. buat kek cantik2..hihihi

sesi bukak hadiah

hadiah dari kami.. seronok tgk birthday boy suka..

okla.. tu je utk update kali ni.. a plus

Wednesday, September 24, 2008

i'm back

dah tiga hari tak dapat update blog nih.. ada sedikit masalah internet kat rumah kami.. now i'm back... byk benda nak citer.. tapi bukan sekrg sebab busy.. sat lagi nak keluar.. later ya.. bai!!

Friday, September 19, 2008

we are approaching..

alhamdulillah.. dua hari lepas lori utk amik sebahagian dr barang kami dah dtg.. semuanya berjalan dgn lancar... walaupun lori tu sampai lewat sejam tapi kami sgt2 lega.. 2/3 drp barang2 yg kami nak hantar ke msia dah selamat diangkut pagi tadi.. 30 kotak semua nya for this first wave.. 25 kotak kami punya.. 5 kotak unti leenda punya.. malu je.. macam unti leenda pulak yg tumpang kitaorg..walaupun pada hakikatnya kami yg menumpang unti leenda..hikhikhik.. thanks bebenyak ye unti leenda..:).. sama2 la kita berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminnnn
my hero...

masuk 30 kotak pun byk lagi ruang dlm lori tu.. memula sampai nampak cam kecik je..

muaz dgn unti valerie.. baik makcik nih.. pandai cakap melayu sebab pernah duduk indonesia lama

plannya the second wave.. another 30 boxes... will be after raya.. lega sgt2 dah bila tgk rumah dah kosong.. hampir sebulan jugak kami tido malam berteman kan kotak2.. sesak je bilik tido kami.. dah beberapa malam ni bermula balik zaman indah.. dapat tido dalam bilik normal.. dapat tgk luar rumah dr tingkap..hehehe
lately nih sgt2 busy... sampai sakit2 kepala.. mana taknya.. dah beberapa malam berturut2 kami tido lambat.. malam jumaat sibuk duk menampal declaration letter kat each of box.. malam yg sebelumnya pulak temankan papa prepare slide utk presentation dia.. dua2 malam tido dekat pukul 2 pagi.. malam sabtu tido awal sikit.. awal pun pukul 12 jugak la.. malam tadi la paling teruk .. dekat pukul 3 jugak baru tido..nasib baik sahur sentiasa ada wake up call dr unti cora.. kalau tak.. selamat la jawabnya..

malam jumaat.. bertungkus lumus tampal list of item pada kotak

25 out of maybe 36 of our boxes.. abaikan rumah kami yg bersepah tu ye

kotak2 nih la yg teman kami tido malam



anak2 dua2 batuk.. teruk jugak.. start malam jumaat la.. sampai muntah2... lepas tu sapukan minyak mestika kat dada.. baru la diorg boleh tido nyenyak sampai pagi.. sekrg ni pun masih belum baik lagi..
weekend yg sgt busy.. sabtu malam ada jamuan berbuka puasa aka sambutan birthday irhamm.. cite tu nanti update later..tak sempat nak edit gambar lagi.. a plus