Saturday, October 04, 2008

random photos -part I-

takde keje nak buat malam nih.. sambil2 tgg rendang masak.. boleh la upload gambar event2 kami sepanjang minggu lepas..

sabtu malam -majlis bebuka puasa kat rumah kami
tetamu yg hadir

my guest

selasa malam- majlis berbuka puasa kat rumah unti leenda dan menyambut hari raya

my kuah kacang

me, muaz and as.. nampak belakang je... sorry ye as

my rendang ayam

a suivre..

Friday, October 03, 2008

update.. update..

hari nih genap seminggu takde internet kat rumah kami.. maknanya seminggu la tak dapat nak update apa2 cerita.. tak dapat nak jengah blog kawan2.. sgt boring.. tapi alhamdulillah.. hari nih kami dah dapat balik connection internet kat rumah nih.. ingatkan sampai balik takde internet..:p
so far takde apa2 berita dr bendahari pasal tiket balik kami sekeluarga.. so takleh nak confirm lagi tarikh balik... huhuhu..
dah ada internet ni.. nak citer la apa yg kami dah buat sepanjang seminggu nih.. sgt2 penuh.. busy.. ada je benda nak kena buat..:)

sabtu
- pagi2 bangun.. siapkan jelly (desert utk majlis berbuka puasa kat rumah kami hari nih)... pepagi jugak la kacau unti cora.. macam2 nak kena pinjam sebab barang kami semua dah takde.. semua dah masuk kotak.. settle at 11.. ingat nak keluar.. tapi ada jiran singaporean datang.. ada hal sikit.. so tertunda sikit agenda kami hari ni.. pukul 12 lebih baru dapat keluar beli barang2 rumah.. pegi carrefour dan paris store..dalam pukul 3 lebih baru kami sampai rumah.. terus bergegas masak.. menu hari tu.. asam pedas ikan dorade+ayam goreng+ikan mackerel masak kicap+salad.. agak gagal jugak majlis kami kali nih.. asam pedas tak berapa menjadik.. khairul asik complain je.. nak buat camana.. tak biasa masak byk2.. selalu paling byk pun masak 2 ekor je .. ini belasah masak 7 ekor sekali.. tension je... majlis selesai dalam 11 lebih kot.. sgt penat.. satu hari tak rehat..

ahad
-sepanjang tengah hari kami belasah tido je ..khairul still busy dgn keje2 presentation dia.. belah petang kami pulun kemas kotak.. kena settlekan balance2 kotak yg kami nak hantar ke msia.. hari nih cuti dr memasak.. nak g makan kebab kat bandar.. first time berbuka puasa kat luar sepanjang ramadhan tahun ni.. berbuka kat rumah makan lauk semalam.. solat dan keluar ke bandar..pergi 3 family.. ila ngan haris pun join.. seronok betul dapat makan kebab.. kakak cam biasa la.. makan daging je dia.. dalam pukul 10 lebih settle..

isnin
-keluar lagi..sebelum tu check surat.. ada note dr la poste suruh collect barang.. happy nya.. mesti baju melayu muaz yg ayah di hantar.. tak sabar nak g collect .. tapi pejabat post tutup tghari.. so pegi lidl dulu.. kononnya nak beli gula.. takut esok raya.. khairul dah siap pesan... jgn nak beli apa2.. kotak kami dah penuh.. sekali sampai lidl.. dia pulak yg lebih2.. nampak breadmaker.. dia yg meleleh.. i apalagi.. kalau khairul yg minat i lagi cucuk2.. hehehe.. last2 angkat jugak la breadmaker tu..lepas tu pegi castorama.. beli lagi satu kotak.. then singgah post office.. ambik parcel dr ayah di.. yeaaa.. betul baju melayu muaz.. matching dgn kaler baju melayu khairul "THANKS YE AYAH DI"..happy sgt muaz dapat baju melayu.... balik rumah terus pack our last box.. aduh.. ada barang yg tak dapat masuk sebab beli breadmaker tu..huhuhu..
lepas berbuka.. khairul check kat internet.. dah ada pengumuman raya.. cakap raya hari selasa.. gelabah la mamat tu sebab belum bayar zakat.. pukul 9 khairul dan kawan2 dia pegi masjid.. dalam pukul 10 dapat call dari khairul.. cakap info kat internet tu salah.. raya hari rabu.. lega sgt sebab apa pun tak masak lagi... so esok boleh la masak awal2.. malam tu boleh rehat2..

selasa
-tghari dah start masak utk juadah raya esok.. kena masak awal2 sebab malam nanti ada majlis berbuka puasa kat rumah unti leenda.. masak kuah kacang dulu.. pastu masak sedikit rendang ayam.. nasik himpit dah masak siap2 hari isnin lagi.. lepas berbuka.. rehat sikit hari nih sebab bahan2 semua dah siapkan masa hari isnin.. so nih kononnya persiapan raya yg paling cool sekali la kot.. biasanya malam raya tu pukul 2 3 pagi baru dapat tido.. dgn nak masak.. kemas rumah..
berbuka kat rumah unti leenda.. bawak nasi himpit, kuah kacang dan rendang je.. tak sempat nak buat kuih.. settle at 11.. balik rumah tgk nasi himpit dah tinggal 5 bungkus.. takut tak cukup la pulak.. terus mintak tolong khairul buatkan nasi himpit.. jerang atas dapur.. set jam .. masuk bilik tidokan anak2.. sambil2 tgg pukul 12.30.. nak call family kat msia.. nak wish selamat hari raya.. khairul call melaka dulu.. pastu me call kelantan.. ucap selamat hari raya kat semua.. mintak maaf.. macam biasa.. bila nak letak mesti mek nangis punya.. huhu.. insyallah lagi 2 minggu kita jumpa ye mek.. tido dalam pukul 2 pagi..

rabu
-pukul 4 pagi kakak terjaga.. nak buang air kecik.. dah lepas tu tokleh nak tido dah.. kemas2 rumah sikit.. clearkan sinki.. buat puding buah-buahan.. pukul 7 kejutkan khairul.. subuh habis lambat sekrg ni.. dekat pukul 8.. seronok la khairul peram tido sekrg nih.. settle solat dan sarapan.. kejut anak2 dan siap2 baju raya.. ingat nak g masjid.. nak rasa suasana solat hari raya kat sini.. tapi masa turun bawah tgk highway jem teruk.. terus cancel.. naik rumah balik dan berposing sakan satu family.. pukul 9.30 kami dah start ketuk rumah sebelah nak beraya "SELAMAT HARI RAYA!!!".. pukul 11 lebih settle.. keluar kejap.. pegi lidl lagi.. dr mlm tadi duk teringat kat bekas yg leenda ngan cora beli utk isi biskut raya diorg.. nak jugak.. tension je khairul dgn perangai aku.. kotak semua dah seal.. tak malu pulak tu nak tumpang kotak cora..huhu.. bila pikir2 balik mmg tak senonoh la perangai aku nih.. sorry ye cora..:).. balik tghari.. siapkan rumah... panaskan lauk2 dan hidang kat meja.. ready utk terima tetamu.. alhamdulillah.. semua dtg beraya kat rumah kami thn nih.. ila, haris, guna, panjang and mija, nazri, cora and family , leenda and family and azzami and nora... thanks kerana sudi dtg beraya kat rumah kami.. dan sorry sebab juadah yg tak seberapa.. masak sikit je kali nih sebab biasanya kami beraya kat bawah.. berbbq.. selalu makanan tak habis.. so kali nih tokleh nak agak.. settle dalam pukul 4.. semua tido.. kecuali khairul yg sambung keje.. kesian dia.. busy betul dia lately.. takpe ye bang.. sikit je lagi..dekat pukul 5 khairul kejut.. bgn solat.. pastu rebus spageti, rebus telur, potong timun dan salad.. nak makan dgn kuah kacang.. teringin sgt nak makan rojak mee.. nyum2.. so minum ptg kami hari ni.. rojak mee.. lepas makan.. ingat nak baring2.. sekali tertido sampai pukul 7.30.. bgn je terus siap2 nak pegi rumah uncle panjang.. diorg buat openhouse.. makan lagi.. pegi kejap je sebab muaz tak behave.. bising.. balikrumah.. papa masih sambung keje.. esok ptg dia nak kena present depan lecturer dia..ingat nak tido awal.. sekali.. ada masalah sikit .. berat kotak2 kami terlebih berat.. so macam2 solution la kami cuba carik.. pukul 1 lebih kot baru settle.. lewat jugak la kami tido malam tu.. anak2 pun tahan mata semuanya.. semua tak nak tido..

khamis
-bangun pepagi.. hari ni lori dtg lagi sekali utk angkut lagi 30 kotak.. so total 60 boxes semuanya dah diambil.. tinggal diorg nak scan, wrap dan shipping to pelabuhan klang.. harap2 semuanya berjalan sgn lancar.. aminnn.. settle at 10.30.. khairul dan iqmal dan azammi dan khairill angkat barang2 leenda nak pindah rumah as.. settle dalam pukul 12.. masa khairul balik rumah dr hantar barang.. dia bawakkan satu kad raya besar sgt.. siap ada cd lagu raya..hehe.. dah dapat agak dah dari sapa.. sure la MARIANA and FAMILY.. thanks a lot ya!!.. seronok.. pastu masakkan makan tghari utk khairul.. lunch .. pastu ptg pegi rumah cora lagi.. makan lagi.. sampai senak2 perut nih sebab makan byk sgt.. malam pun meriah lagi sebab unti leenda ngan anak2 dia turun.. esoknya anak2 dan husband leenda dah nak balik msia.. so busy mengemas.. settle dalam pukul 10 lebih.. dalam pukul 11 azammi ngan nora dtg.. bawak buah tgn dr msia.. dan duit raya utk my kids.. dalam pukul 12 lebih semua settle..siap2 dan tido..esok nak kena bgn awal .. nak masak nasi lemak utk sarapan sebelum pegi airport.. sekaligus meraikan kawan yg dah nak balik..hehee..

jumaat
-pukul 7.15 baru terjaga.. gelabah sgt masa tu.. mana taknya.. jemput semua tetamu dtg pukul 8.. pukul 7.15 abru bgn.... nasi lemak belum masak... ikan bilis belum goreng.. telur pun tak goreng lagi.. aduh.. nasib baik sambal dah siap masak malam tadi.. agak laju jugak aku buat semua tu.. dan percaya atau tak.. mmg tepat2 pukul 8 semua siap.. tapi belum ada tetamu lagi yg dtg.. hanya anak2 unti cora je yg tgh bersiap2 nak g sekolah singgah sekejap.. unti cora pun menyumbang sekali utk majlis kali nih.. dua version of nasi lemak.. nasi lemak kukus dan nasi lemak biasa.. nyum nyum..
pukul 10 kami semua ke airport.. saje je memeriahkan keadaan.. kesian unti leenda.. tinggal sorang2 sekrg nih.. tapi takpe.. unti leenda kuat.. aja aja.. pukul 12 sampai rumah.. lunch dgn nasi lemak pagi tadi dan tido..hehe.. tak senonoh.. pukul 1.45 khairul bgn.. ready utk g solat jumaat.. dpt sms dr leenda.. nak dtg rumah masa jumaat.. leenda ngan nora dtg.. lunch dan diorg sambung angkat barang bawak g rumah baru unti leenda..so hari ni secara officialnya unti leenda dah pindah rumah baru.. kurang lg satu jiran kami kat sini..
sambung borak2 dan makan biskut raya ngan unti cora.. pukul 5 baru settle down.. tgk2 internet dah ada.. so.. apa lagi.. update blog la kita.. hehe.. sambil menanti khairul balik rumah.. tak sabar nak habiskan hari ni.. nak tgg weekend.. boleh la khairul rehat sikit..okla.. nak surf the net..gambar nanti upload later.. a plus

Friday, September 26, 2008

S e L a M a T h A r I r A y A

hari ni dah masuk hari ke 26 dalam bulan ramadhan yang mulia.. kita makin menghampiri syawal.. lagi 4 hari je kita akan menyambut hari raya aidilfitri..ada 22 hari je kami akan tinggal dibumi toulouse.. terasa lama pulak masa berlalu sekrg nih.. bila sayangkan bulan ramadhan yg mulia ni daripada berlalu.. terasa begitu cepat masa beredar..tapi bila menghitung hari utk balik msia.. tarasa sgt- sgt lama..
dikesempatan yg ada ni.. kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua.. keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan semua kawan2.. maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap yg kami lakukan.. maklumla.. kami ni insan biasa.. yg sentiasa tak boleh lari dari kesilapan.. samaada sedar atau tak sedar.. halalkan segala yg termakan dan terminum.. yg paling penting.. semoga kita semua sentiasa didalam lindunganNYa dan sentiasa didalam rahmatNya.. amin
lagi sekali SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATIN utk semua!!

Selamat hari raya aidilfitri dari kami sekeluarga
ok.. a plus

Thursday, September 25, 2008

berbuka puasa, sambutan b'day irhamm & ulangtahun ke4 kami di toulouse

20hb 9.. genap 4 thn kami di toulouse.. insyallah.. 18 oktober 2008 kami akan balik for good.. so far tiket belum confirm lagi tapi kalau takde apa2 aral.. 19 oktober kami akan sampai msia.. sgt berdebar2.. macam2 perasaan ada.. setiap masa duk kira hari je sekrg ni..:)..
ok.. cerita pasal makan2 kat rumah unti leenda sempena birthday party irhamm.. actually birthday irhamm 16 september.. HAPPY BIRTHDAY IRHAMM!!.. mkn tak ingat kami masa tu.. unti leenda masak sup daging, ayam goreng berempah, salad dan sambal belacan.. plus cheese cake and chocolate cake.. nyum2.. me and khairul punya la tak malu duk belasah ayam goreng berempah.. best!! paling kelakar tgk kawan jepun leenda..kalau tak silap.. 5 ketul dia belasah ayam ... punya la suka.. siap belajar buat lg.. macam tak caya je org jepun suka mkn benda2 rempah nih..
majlis selesai dlm pukul 11 lebih.. cam biasa.. meriah!!
okla.. nak letak gambar.. enjoy ya..
cream puff and hadiah utk birthday boy

tak berapa menjadi la my cream puff kali nih.. first time buat lagi sedap

adik yg sentiasa tak nak ketinggalan utk join kawan2 dia sekrg nih

apsal semua org cam terpegun ni eh.. tak ingat la kenapa..hmm

birthday boy..IRHAMM

kakak.. bersungguh2 dia nak bergambar dgn hadiah irhamm.. paling tension dia cakap birthday irhamm best.. sebab kek dia lagi cantik.. :(
unti leenda la nih.. buat kek cantik2..hihihi

sesi bukak hadiah

hadiah dari kami.. seronok tgk birthday boy suka..

okla.. tu je utk update kali ni.. a plus

Wednesday, September 24, 2008

i'm back

dah tiga hari tak dapat update blog nih.. ada sedikit masalah internet kat rumah kami.. now i'm back... byk benda nak citer.. tapi bukan sekrg sebab busy.. sat lagi nak keluar.. later ya.. bai!!

Friday, September 19, 2008

we are approaching..

alhamdulillah.. dua hari lepas lori utk amik sebahagian dr barang kami dah dtg.. semuanya berjalan dgn lancar... walaupun lori tu sampai lewat sejam tapi kami sgt2 lega.. 2/3 drp barang2 yg kami nak hantar ke msia dah selamat diangkut pagi tadi.. 30 kotak semua nya for this first wave.. 25 kotak kami punya.. 5 kotak unti leenda punya.. malu je.. macam unti leenda pulak yg tumpang kitaorg..walaupun pada hakikatnya kami yg menumpang unti leenda..hikhikhik.. thanks bebenyak ye unti leenda..:).. sama2 la kita berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar.. aminnnn
my hero...

masuk 30 kotak pun byk lagi ruang dlm lori tu.. memula sampai nampak cam kecik je..

muaz dgn unti valerie.. baik makcik nih.. pandai cakap melayu sebab pernah duduk indonesia lama

plannya the second wave.. another 30 boxes... will be after raya.. lega sgt2 dah bila tgk rumah dah kosong.. hampir sebulan jugak kami tido malam berteman kan kotak2.. sesak je bilik tido kami.. dah beberapa malam ni bermula balik zaman indah.. dapat tido dalam bilik normal.. dapat tgk luar rumah dr tingkap..hehehe
lately nih sgt2 busy... sampai sakit2 kepala.. mana taknya.. dah beberapa malam berturut2 kami tido lambat.. malam jumaat sibuk duk menampal declaration letter kat each of box.. malam yg sebelumnya pulak temankan papa prepare slide utk presentation dia.. dua2 malam tido dekat pukul 2 pagi.. malam sabtu tido awal sikit.. awal pun pukul 12 jugak la.. malam tadi la paling teruk .. dekat pukul 3 jugak baru tido..nasib baik sahur sentiasa ada wake up call dr unti cora.. kalau tak.. selamat la jawabnya..

malam jumaat.. bertungkus lumus tampal list of item pada kotak

25 out of maybe 36 of our boxes.. abaikan rumah kami yg bersepah tu ye

kotak2 nih la yg teman kami tido malam



anak2 dua2 batuk.. teruk jugak.. start malam jumaat la.. sampai muntah2... lepas tu sapukan minyak mestika kat dada.. baru la diorg boleh tido nyenyak sampai pagi.. sekrg ni pun masih belum baik lagi..
weekend yg sgt busy.. sabtu malam ada jamuan berbuka puasa aka sambutan birthday irhamm.. cite tu nanti update later..tak sempat nak edit gambar lagi.. a plus

my first try

hehe.. semlm try buat kuih lapis.. dapat resepi dr tulip77.. senang rupanya nak buat kuih lapis.. dulu kat kelantan selalu beli je .. tak pernah terlintas nak belajar buat.. bila dah takde jual terpaksa la buat sendiri..
ini la hasilnya.. thanks tulip77 for sharing the resepi..

photo of my first kuih lapis.. taken and edited by me.. ahaks!!

amik gambar dgn piring unti leenda.. kononnya nak pulangkan piring dgn kuih.. sekali unti leenda takde kat rumah.. terpaksa la kami yg habiskan

okla.. tu je update utk hari nih.. a plus

hmmm.. apa la nak masak utk berbuka hari nih.. takde idea la..

Thursday, September 18, 2008

it's been a long time takde update about my pokok sayur2an since the last post about my tomato tree yg dah arwah.. sekrg nih just tinggal pokok cili merah dan capsicum je.. alhamdulillah.. segar bugar keadaan diorg sekrg nih.. pokok capsicum tu dah ada dua biji capsicum baru.. besar sgt.. satu dah kuning dah dan satu lagi lom masak.. pokok cili merah tu tu.. baaaaaanyak sgt buah dia.. happy betul tgk.. ada lebih 30 biji.. byk kan.. hehehe.. nanti dah balik msia pun nak tanam pokok cili jugak lah.. tak yah beli cili kat pasar.. mahal..
okla tu je citer pasal my vegetables tree.. ni ada beberapa gambar terbaru diorg.. hihihi
takde keje tghari semlm.. kakak ngan adik tgh main sama2.. papa pulak g buat control technique kereta.. mama pun belaja edit gambar lg..

susah sikit nak edit yg nih.. cili kecik2.. tak nampak sgt

okla.. tu je update utk hari nih.. a plus

my family

Pyzam Family Sticker Toy

Wednesday, September 17, 2008

updating my blog

lama rasanya tak dapat nak update my blog.. busy sungguh rasanya lately.. busy buat biskut raya..(dah settle).. busy tolong papa settlekan kotak2 yg nak dihantar ke msia.. sampai sekrg nih tak habis2 lagi busy.. rasanya sampai balik msia baru habis busy nih.. i'm going home.. counting the days!!!
semlm my brother ym.. dia cakap dah poskan baju melayu utk muaz.. thanks ye ayah di.. really appreciate it.. harap2 sempat la sampai.. sorry la mak usu nih ngengada pulak gi mintak baju melayu.. hehehe.. getting too sensitive pulak bila pikir yg muaz je takde baju melayu.. :).. jadik rajin la turun bawah check surat next week..:)
adik tak sihat.. selsema yg boleh kata agak teruk jugak.. dr semlm lagi.. so pagi semlm terpaksa la mama dia telan ubat selsema masa sahur.. nak kasik dia makan ubat selsema.. takde pulak doktor kasik ubat selsema utk baby kat sini.. so selain dr ubat yg mama dia makan.. kasik la dia ubat demam dan sapukan minyak mestika kat dada, belakang,ubun2 kepala, betis,dan tapak kaki.. ni dia tgh tido lagi.. kesian betul tgk dia bernafas pakai mulut.. but he's a good boy.. kurang sgt merengek.. kadang tu kita tak tahu pun yg dia tak sihat.. tido malam tu takde jaga lansung walaupun hidung dia tersumbat.. alhamdulillah..
progres adik so far:
-dan byk sgt cakap.. i love u.. adik sayang mama.. kakak cubit.. kakak tolak.. papa cubit.. nak mandi.. nak tukar pers(pampers).. dah boleh buat ayat..
-jalan dah laju

-tgh belajar melompat

-dah pandai ajuk org cakap

-dah pandai berkawan.. pantang bukak pintu.. laju je dia keluar.. pastu dgn selamba nya dia masuk rumah unti cora... aduh.. geram betul la..selagi tak puas main.. kalau ajak masuk rumah.. jgn harap la dia nak masuk dgn elok.. sure menangis punya.. nak kuar.. nak kuar...
-dah pandai gaduh ngan kakak

-dah ingat nama2 org sekeliling dia..

-dah pandai pilih baju yg nak pakai sendiri.. nak baju cantik.. yg ada gambar2.. tak nak baju kosong
-dah pandai cakap nak buang air besar.. hmm tak lama lagi boleh la mama cuba tak yah pakaikan pampers

-dah pandai nyanyi.. ikut kakak dia.

-dah pandai marah org.. ada sekali tu papa dia sakat.. baling bantal kat dia.. tau dia cakap apa?? "hey!!"... "hey papa!!".. siap jeling lagi papa dia.. kelakar betul kami tgk dia masa tu..:)
-suka ikut papa solat.. siap ruku' , sujud, mulut pun bising, siap bagi salam..so cute.. walaupun kadang tu tension jugak sebab dia kacau tempat kita sujud..
-apa lagi ye.. tak ingat dah.. nanti bebila teringat update lagi..
-->cerita pagi ni: muaz bangun je.. semua org kat luar.. bising je mulut dia.. ingatkan dia akan carik mama.. rupa nye.. "mana kakak? mana kakak?".. bila mama tunjuk kakak tgh tido.. baru dia happy.. sayang betul rupanya dia kat kakak.. terharu mama.. siap cium kakak lagi.. so so cute.. mama sayang sgt kat both of you..

adik tgh seronok main lego

rajin posing dia sekrg nih

ops.. sempat lagi nak buat kakak dia..

kakak so far alhamdulillah.. sihat.. cuma ada batuk2 sikit.. risau jugak takut dia berjangkit demam ngan adik dia.. walaupun ada possibility besar utk kena.. hehehe.. biasanya kalau sorang demam dalam rumah nih... semua akan kena.. mama dia pun pagi tadi bangun sahur dah ada ciri2 nak demam.. cepat2 telan panadol.. 2 in 1.. utk mama dan utk adik sekali..
kakak nya progress so far:
-dah pandai claim her right
-dah pandai amik air solat.. walaupun abih basah baju dia lepas tu
-dah pandai ikut papa solat jugak..

-makan byk sekrg ni.. ops.. makan lauk banyak sekrg nih.. ayo.. bahaya tu.. boleh obes.. hehe

-sgt suka memanjakan diri dia dgn org lain..

-sgt suka tgk cerita barbie.. pastu bukan main seronok lagi duk cerita kat mama dia.. dia dah start cuba kenal karakter dalam cerita kartun yg dia tgk..
-jarang melukis lately.. agaknya sebab byk barang dia mama dia dah kemas.. buatkan dia takde feeling utk beraktiviti..
-rajin tolong mama kemas
-dah boleh diharap.. unti cora pun kalau sofea nangis je.. mesti panggil kakak tolong pujuk sofea.. dan mmg kalau kakak pegi.. sofea mesti cool..;)

-apa lagi ye.. takde lagi kot for now.. nanti2 update lagi.. org dah besar nih kita kurang sikit nampak progress dia.. sebab dia dah ada minat yg khas.. so tumpuan dia byk kat benda yg dia suka je..


kakak la yg sungguh2 nak bergambar ngan lego eiffel tower yg papa buat

et voila.. my kids at home.. belakang eiffel tower..:)

papa sekrg nih tgh busy.. siapkan slide utk presentation dia.. esok nak tunjuk kat cikgu.. hehehe.. kesian jugak kadang2 tu tgk papa.. byk betul benda yg dia nak kena settle.. settlekan slide, settlekan kotak.. settlekan benda admin..mintak tiket balik.. settlekan kete kat sini.. byk la benda dia nak kena settle.. surely dalam kepala dia tgh serabut sungguh sekrg nih.. tapi takpe.. u can do it honey!! aja aja!!

okla.. tu je kot update utk kali nih.. till next update.. tata.. a plus

Monday, September 15, 2008

short update

being very very busy lately.. baru je habis buat biskut raya.. settle!! lega sungguh rasanya.. will update my blog later..

a plus

Saturday, September 13, 2008

omong- omong kosong

dah dekal pukul 6 dah nih.. masih takde idea nak masak apa utk berbuka hari nih.. pening betul la.. dah masuk hari ke 13 bulan ramadhan..since 1st ramadhan sampai semalm masih takde yg masak dua kali.. rasanya hari nih dah nak kena repeat balik apa yg dah masak sebelum2 nih la..
sat nak ingat balik..
-first day puasa .. berbuka kat rumah unti leenda - tomyam dan paprik
-asam pedas ikan+kangkung belacan
-nasi kerabu+daging goreng
-nasi tomato+ayam masak merah+acar timun
-laksa penang
-roti canai+kari daging
-hari ketujuh.. berbuka kat rumah unti cora.. makan nasi ayam
-sup tulang+kangkung ikan masin
-nasi lemak+daging goreng
-kubis masak lemak+ayam goreng
apa lagi ek.. lupa la.. so hari ni.. camana??ada ayam dan daging je.. nak masak apa?? nasi ayam??ke nasi minyak.. ayooo.. susahnya nak pikir..tolong la pa bagi idea..
okla.. nak kena stop dan g masak.. jem nenas pun dah siap masak.. dapur dah free.. takde alasan nak ngelat dah..
.....tak sabar nya.. nak raya.. nak balik.. sekrg ni dah nak start buat biskut raya.. plannya 3 jenis je kot.. tart nenas, biskut arab ngan cornflake madu.. malam nih nak start.. aja aja

aplus

Friday, September 12, 2008

suite: paris trip -august 2008- part II

kali nih nak cerita hari seterusnya kami kat paris last august.. agak basi dah cerita nih.. tapi nak jugak letak gambar2 masa pegi that day.. enjoy ye

day 2..
bgn pepagi terus gerak ke nanterre perfecture..near to the hotel yg unti cora sekeluarga stay.. parking kereta kat situ utk ambik RER ke city of paris. .. banyak je parking.. maybe sebab sunday.. org cuti.. plan utk marathon jalan dari arch de triomphe sampai ke tour eiffel.. tapi disebabkan hujan.. terpaksa cancel.. sampai musee de louvre je.. so decide utk masuk dalam musee de louvre je hari nih.. tgk mona lisa.. "la joconde"..
ptgnya.. break utk g makan dan singgah tour eiffel utk gambar mlm di tour eiffel.. lain sikit feeling g tour eiffel kali nih.. biasa lampu kuning.. tetiba kali nih lampu biru.. jenuh kami tgg lampu kuning utk snap gambar.. tak keluar2.. so jln aje la..
dalam pukul 10 lebih settle visit for that day.. balik hotel dan rehat..

ooo champs elysees

dalam RER from nanterre perfcture ke arc de triomphe

touf eiffel by night.. ye ke?? hehehe

arch de triomphe

papa dan adik.. arch de triomphe

kakak in action .. champs elysees

rombongan cik kiah.. champs elysees

me in exposition?? kuang kuang

me and adik.. champs elysees

me and kakak.. place concorde

papa and kakak.. place concorde

kakak..fontaine de jacques hittorff at place concorde
okla dulu for this time .. gambar kat musee du louvre ngan tour eiffel by night nanti sambung later.. nak tidokan anak2.. a plus

Thursday, September 11, 2008

tag ramadhan

kena tag lagi dgn azura hehehe.. nasib baik i banyak masa free sekrg nih.. so layan kan je ek..


Tag ini berantai... so ia bermula dengan....

http://antownholic.blogspot.com/
http://reskitrianto.blogspot.com
http://bashrie.blogspot.com
http://juzzyouandme.blogspot.com
http://sweethoney86.blogspot.com
http://nauze.blogspot.com
http://akudaninsomniaku.blogspot.com
http://salwanees-dairy.blogspot.com
http://rai-ellyn.blogspot.com
http://eida2008.blogspot.com
http://crazybeautiful88.blogspot.com
http://sukicida.blogspot.com/
http://azuralovenizam.blogspot.com/
http://touslesbonheurs.blogspot.com/ <-- c'est moi

Game rule
1. Copy imej di atas dah paste kan pada blog anda
2. cari 5 orang untuk meneruskan jihad ramadhan :-

http://aribaomar.blogspot.com/
http://deqsue.blogspot.com/
http://www.ariffna.blogspot.com/
http://azileendasaleh.blogspot.com/
http://mariana-lifejourney.blogspot.com/

3. tinggalkan pesanan pada mereka

4. kemudian letak blog and sebelah url pemberi (yg ni i tak berapa faham la)

Pesanan tuk mereka? "Selamat Menyambut Puasa... Selamat melaksanakan ibadah dengan sempurna, Selamat Menempuhi dugaan, dan mohon maaf sekiranya ada salah dan silap"

Ok... teruskan TAG ini ok :)

P/s:i pun copy dr zura n edit2 jugak..hikhikhik

Wednesday, September 10, 2008

waktu bersahur

Waktu Paling Afdhal Untuk Bersahur

http://fiqh- sunnah.logspot.com

Melewatkan Sahur Adalah Sunnah

Selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan makan, minum, dan menjima’i isteri. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Dari Amr bin Maimun al-Audi, dia menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu’alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling akhir (lewat) di dalam bersahur.” (Diriwayatkan daripada ‘Abdur-Razzaq di dalam kitab al-Mushannaf- nya (7591) dengan sanad yang disahihkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari (4/199) dan oleh al-Haitsami di dalam Majma’ az-Zawaid (3/154))

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, “Tiga perkara yang merupakan akhlaq kenabian adalah: 1 - Menyegerakan berbuka, 2 – Mengakhirkan (melewatkan) sahur dan 3 - Meletakkan tangan di atas tangan kiri ketika dalam solat (ketika qiyam).” (Hadis Riwayat ath-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir sebagaimana dalam al-Majma’ (2/105). Dia berkata... marfu’ dan mauquf)

Waktu Disunnahkan Untuk Mula Bersahur
Iaitu dimulakan sekitar 50 bacaan ayat al-Qur’an sebelum masuknya waktu subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ini adalah berdasarkan suatu hadis yang diriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia pernah berkata: “Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat .” Aku tanyakan, “Berapa lama jarak antara azan dan sahur?” Dia menjawab, “Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan 50 ayat al-Qur’an”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, ia menunjukkan bahawa masih dibolehkan makan dan minum (bersahur) walaupun telah masuknya waktu subuh selagi mana azan belum dikumandangkan (belum jelas masuknya subuh). Ini adalah berkira dari maksud yang diambil dari hadis tersebut di mana para sahabat dibolehkan untuk makan dan minum sehingga mendengar azannya Ibnu Ummi maktum. Manakala Ibnu Ummi maktum pula hanya akan ber-azan setelah masuknya waktu Subuh dan apabila diperintahkan (diberitahukan) untuk mengumandangkan azan, barulah dia akan ber’azan kerana dia seorang yang buta.

Batilnya Penetapan “Waktu Imsak” 10 Minit Sebelum Subuh Atau Yang Seumpamanya
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Menetapkan berhenti makan sahur sebelum terbitnya fajar shadiq, maka itu bukanlah suatu yang sunnah. Apa yang jelas dari sunnah adalah melewatkan sahur dan dibolehkan berhenti makan/minum sehingga benar-benar telah masuknya waktu subuh dengan yakin. Ianya selain dijelaskan oleh ayat al-Qur’an di atas, ia juga memiliki hujjah yang jelas dari banyak hadis-hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman yang berada di tangan kita (semasa bersahur) walaupun setelah berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis berikut,

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya) . (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)

Penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata di dalam kitabnya, Fathul Bari (4/199): “Termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar adalah yang diada-adakan pada zaman ini (pada zamannya), iaitu mengumandangkan azan kedua (azan Subuh) sepertiga jam (sekitar 20 minit) sebelum waktunya di bulan Ramadhan, serta memadamkan lampu-lampu yang dijadikan sebagai tanda telah haramnya makan dan minum bagi orang yang mahu berpuasa, mereka menganggap perbuatan ini sebagai rangka ihtiyath (langkah berhati-hati) dalam ibadah, tidak ada yang mengetahuinya kecuali beberapa bilangan manusia saja, hal ini telah menyeret mereka sehingga melakukan azan ketika telah terbenam matahari beberapa peringkat, untuk meyakinkan telah masuknya waktu (menurut sangkaan mereka) mereka mengakhirkan (melambatkan) berbuka dan menyegerakan sahur, sehingga menyelisihi sunnah, oleh kerana itu sedikit pada mereka kebaikan dan keburukan pun banyak tersebar pada mereka, Allahul Musta'an.

Penjelasan Syaikh al-Albani
Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah mengulas persoalan ini di dalam salah satu kitabnya, “Tamamul Minnah” ketika membantah kenyataan Sayyid Sabiq sebagaimana berikut,

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya) . (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)

Ibnu Hazm juga meriwayatkannya dan menambah: “Ammar (yakni Ibnu Abi Ammar, perawi Abu Hurairah) mengatakan:
“Mereka dahulu mengumandangkan azan ketika telah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh)”.

Hammad (yakni: Ibnu Salamah) mengatakan dari Hisyam bin Urwah:
“Ayahku memberi fatwa demikian”

Dan sanadnya sahih menurut Muslim dan mempunyai hadis-hadis saksi yang telah saya (Syaikh al-Albani) sebutkan dalam “at-Ta’liqat al-Jiyad dan juga ash-Shahihah (1354)”.

Ini adalah sebagai dalil bahawa seseorang yang mendapati fajar mulai terbit, makanan dan minuman masih di tangannya, masih boleh baginya makan. Allah berfirman:

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)

Tiada pertentangan di antara ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya, serta tidak ada ijmak yang membantahnya. Bahkan sejumlah besar sahabat dan selain mereka mengguna-pakai hadis ini dan berpendapat lebih dari itu, iaitu dibolehkannya makan sahur sehingga fajar tampak (kelihatan) jelas dan warna putih (terang) telah menyebar ke segala penjuru. (Lihat: Fathul Bari, 4/109-110)

Dari pengertian hadis ini, dapatlah diambil pelajaran bahawa menetapkan adanya “waktu imsak” sebelum subuh adalah perbuatan bid’ah (yang diada-adakan) . Seandainyalah mereka mengetahui dan memahami rukhsah (kelonggaran) ini tentu mereka tidak melakukan bid’ah sedekian rupa (menetapkan adanya waktu imsak sebelum subuh). (Lihat: Tamamul Minnah Fi Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah, Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Terbitan Pustaka Sumayyah, Cet. Kelima, Disember 2007M, m/s. 457-458)