Monday, September 08, 2008

tag again??

aku kena tag lagi.. disebabkan hari ni aku sgt boring so aku buat la jugak.. kali nih aku di tag oleh azura

What were you doing 5 years ago:
final year study kat uitm..dalam masa yg sama pregnantkan my little princess.. aqilah

2.What were the 5 things on your to do list today?
cam biasa rutin harian
a-settlekan anak-anak
b-kemas rumah
c-masak
d-surfing the net
e-bawak anak-anak jalan kat bawah

3.What are 5 snacks that you enjoy?
a-chip nature lays
b-mamee
c-kerepek ubi pedas
d-kacang manis
e-cereal

4.What are 5 jobs you've had?
a-student kat taska
b-student kat skpp
c-student kat mpi
d-student kat uitm
e-surirumah sepenuh masa

5.What are 5 things that you would do if you were a billionaire?
soalan ni paling susah nak pikir.. sebab aku tahu benda ni takkan terjadik.. so.. terpaksa diabaikan..:)

People i want to tag : dipersilakanla yer..
a-deqsue
b-mariana
c-leenda
d-kak ucu
e-azizulniza

okla.. nak stop dulu.. nak g mandikan anak2. a plus

Sunday, September 07, 2008

birthday party muhammad

baru pukul 6 ptg.. aku dah settle masak utk berbuka hari ni.. masak simple2 je.. laksa penang utk kami berdua dan cekodok ikan bilis utk anak2 aku.. diorg tak makan laksa.. lagipun aku buat pedas kali nih.. tu je menu hari ni.. takde extra kuih.. sgt tak larat nak buat kuih.. penat dan tak cukup tido..
semlm ada birthday party kat rumah unti cora sempena birthday anak dia.. muhammad baqeer.. abang mamad.. hehehe.. selamat la aku tak yah masak juadah berbuka semalam.. hanya buat karipap je utk bawak g rumah unti cora.. alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. aqilah la paling happy dapat main dgn kawan2 dia..dan makan pun berselera je papa dia suapkan.. sedap nasi ayam unti cora buat..
muaz pulak asik meragam je semalam.. dr siang lagi.. sikit2 dia nangis.. tak tau kenapa.. mungkin tak sedap badan sebab berhujan pagi masa kami keluar beli barang rumah.. mungkin jugak sebab baru je lepas kena injection vaksin dia.. aku pun tak tahu.. tapi rasanya balik je dr carrefour aku terus mandikan diorg..
settle majlis dalam pukul 12 lebih .. balik rumah...siapkan muaz.. tidokan dia.. aku solat dan ready utk tido.. ingatkan bila muaz dah tido semua dah settle.. rupanya tokleh tido aku malam tadi.. muaz asik terjaga dan nangis.. bila tanya sakit kat mana dia tunjuk kat telinga.. setiap kali bgn.. dia akan nangis sungguh2.. dan pegang telinga dia.. risau betul aku mlm tadi.. dah la tangan kanan aku sakit yg amat.. (maybe sebab uli kulit karipap).. at last terpaksa aku kejutkan papa.. sebab dah tokleh handle muaz sorang2.. papa cuba tgk dalam telinga.. takde nampak apa2.. tapi dia continue nangis.. papa try sedut telinga dia.. takde apa pun yg keluar.. menangis makin kuat lg ada..bukan main marah lagi dia.. sampai pukul 5.30 pagi baru dia tido balik.. kasik chance kami sahur..dia terjaga pukul 9 pagi tu nampak macam ok pulak.. bila papa dia tanya sakit kat mana.. dia tunjuk kaki pulak..lega la aku..tapi rupanya tak habis kat situ.. tgk lepas mandi dua2 hidung meleleh je.. check temperature.. tu dia.. dua2 demam.. ayoooo.. sah la nih .. kena hujan semlm.. tak bestnyeee..
okla.. nak stop dulu.. nanti2 citer lagi..ni ada gambar masa birthday party semalm..

ceria je kanak2 nih.. elok je muka uncle azammi kat tgh2

muaz pun nak join jugak.. tak nak ketinggalan.. dah macam org besar

a plus.

Wednesday, September 03, 2008

kakak dan adik in video



bila kakak demam.. adik boring.. sakat kakak je la keje dia.. rambut kakak basah dgn air asam jawa

kakak demam

hari nih.. bgn pagi tadi kakak nangis.. tanya dia sakit perut ke?? dia cakap tak.. nangis je dia.. sampai dia muntah.. check temperature .. dah 38.7.. huih panas tu.. tadi masa bgn sahur elok je aku tgk dia.. siap bersahur sekali dgn sebotol susu.. kononnya nak puasa hari nih..tup2 bangun pukul 9 pg tadi dah demam.. tak tahu apa punca dia.. dr pukul 9 pg tadi sampai la pukul 11.30 tadi ada lah 4 kali dia muntah.. dah dua kali dah mandi..risau je aku.. pastu terbaring je...makan apa pun tak nak..just now dah ok sikit.. aku lumurkan aor asam jawa kat kepala dia.. dan dah bagi mkn ubat demam.. baru la dia nak minum susu.. sat lg nak pujuk dia makan pulak..kesian anak mama yg sorang nih.. cepat baik ye sayang.. nanti boleh main sesama ngan adik..
semlm berbuka mkn nasik putih+asam pedas ikan+telur dadar+kuih dr jiran2.. + cendol yg unti leenda kasik kelmarin.. aku letak dalam freezer sampai dia keras.. jadik cam aiskerim cendol.. nyum2.. aku lansung tak buat kuih semlm.. tak berminat nak buat kuih sebab nanti aku sorang je yg makan.. khairul tu bukan reti makan kuih.. bila dah dapat nasik tak tgk benda lain lagi dah...boring je..
menu utk berbuka hari lom tahu lagi.. lauk utama dia ayam.. hmmm.. masak apa ek?? any idea?? okla.. nak g tgk kakak.. sian dia.. muaz pun tak berapa sihat jugak.. selsema dan batuk selepas demam.. ayoyo.. nanti2 citer lagi.. a plus

Tuesday, September 02, 2008

happy birthday to muhammad

ari nih birthday yg ke 5 abang mamad(muaz sebut camtuh).. anak bujang unti cora.. antara best friends muaz kat sini..happy birthday dr unti weeda, uncle khairul, aqilah dan muaz.. hadiah nanti unti weeda kasik this coming saturday ye.. sekali lagi.. HAPPY BIRTHDAY to muhammad baqeer.. 2 oktober 2008.. semoga ceria2 selalu..

birthday boy.. abang mamad.. happy birthday!!

alhamdulillah.. ari nih dah masuk hari kedua kami berpuasa.. masih lom tahu nak masak apa utk berbuka hari nih.. dah keluarkan ikan dorade.. ingat nak masak asam pedas lah.. senang..
semlm aku mmg pancit habis.. kepala mmg pusing.. rasanya sebab kami tak bangun sahur kot.. bukan tak nak bangun.. tapi mmg tak sedar lansung..nasib baik tak yah masak utk berbuka.. sebab unti leenda dgn baik hatinya menjemput kami semua berbuka kat rumah dia.. so aku buat pisang goreng je.. itupun tak berapa menjadik.. bancuhan tepung tak berapa elok.. makan minyak.. semuanya sebab aku tak cukup tepung beras.. belasah tepung biasa yg lebih.. dan terlebih air sedikit.. tak suka betulla.. masa nak bawak g rumah org la dia tak elok.. huhuhu..
hari ni ok sikit.. sebab bangun sahur pagi tadi.. awal aku bgn hari nih.. pukul 5.15 dah jaga.. tak yah masak apa2 sebab unti leenda dah bekalkan tomyam dan paprik utk sahur.. lagi sekali aku selamat tak yah masak... bukan main byk aku makan masa sahur pagi tadi.. nasi.. roti ngan nutella(dah semakin suka nutella semenjak makan masa picnic last saturday..), sebijik epal.. dan nescafe susu.. jgn salah faham ye.. aku makan byk2 bukan sebab lain.. sebab pikir nak nyusukan muaz je..:).. semalam aku tak larat betul bila muaz kejap2 mintak susu.. itu yg hari ni semangat lebih..
aqilah pulak.. tiap pagi bgn cakap dia puasa.. tapi lom sempat apa2 dia dah mintak susu.. dia ingat puasa tokleh makan je.. minum susu boleh.. hehehe..
okla.. nak rehat2 kejap la.. penat sgt... dah lama sgt rasanya aku duk depan pc nih.. menghabiskan episod terakhir citer ezora.. layan citer melayu kat internet la bila boring duk rumah..:)
nanti2 cerita lagi.. a plus

Monday, September 01, 2008

fadhilat terawih

hari nih hari first kami berpuasa..insyallah.. tahun terakhir kami berpuasa di negara org.. dgn harapan ramadhan tahun nih kami penuhi dgn beramal ibadah kepadaNya.. sebagai menyambut 1 ramadhan hari nih.. kami mulakan dgn solat sunat terawikh.. byk fadhilatnya solat terawih nih.. dan kat sini aku nak share dgn semua.. dapat dr sini.. utk rujukan aku dan semua

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 :
Seru Malaikat “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) “

Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

Sunday, August 31, 2008

second time apple plucking

baru lepas lunch.. makan simple2 je hari nih.. ikan dorade goreng, sambal belacan, budu, dan ulam kubis.. sgt2 berselera.. bertambah2 aku makan.. biasala aku.. jumpa budu je .. dr tak berselera terus jadi berselera.. papa amik sikit je budu.. anak2 ganti ngan kicap..sorry la ye.. nasi kering je.. nanti dinner mama masak sedap2.. menyambut ramadhan kalau esok jadik puasa..
muaz tak berapa sihat.. dr malam tadi.. badan dia panas sgt.. 39.2..masa dia tido malam tadi sempat aku sapukan dgn air asam jawa satu badan dan kepala.. alhamdulillah.. bgn pagi tadi kurang sikit panas dia.. lepas lunch tadi dah kasik dia makan ubat demam.. mungkin sebab berpanas masa petik epal semlm.. nasib baik kakak tak demam.. kalau tak jenuh jugak nak layan dua kanak2 demam..
hari ni aku nak cerita pasal aktiviti kami semlm.. petik apple kat les vergers de notre dame..ni kali ke 2 kami ke sana.. mungkin the last time before balik msia for good.. i'm gonna miss all this thing.. tapi takpe.. kat msia pun byk aktiviti yg best boleh aku buat..
punya seronok tgh apple yg merah ranum tu buatkan aku petik sampai tak ingat.. lebih 5 kg kot aku petik... belum kira yg mkn kat situ.. boleh kata aku tak berenti mengunyah apple sebab semua gambar yg papa ambik aku tgh ngunyah.. buruk je..:).. mana boleh berenti makan.. apple segar yg kita petik sendiri... so yummy!!.. sempat jugak kami beli 8 botol jus epal.. mmg best jus epal kat sini.. yg bergas pun sedap jugak.. buat stok utk berbuka puasa..dan sekilo lebih kentang..nak buat fries utk kanak2 nih lunch di bulan puasa nih.. mama ngan papa puasa.. kakak ngan adik makan kentang je ye?? hehehe
kakak ngan adik pun seronok memetik epal.. balik msia nanti kita petik mangga pulak ye.. rambutan pun boleh jugak.. bestnye.. tak sabar pulak rasanya nak balik msia..
ni ada gambar kami semlm.. enjoy ya

kakak dgn first apple yg dia petik that day

rombongan cik kiah ke ladang epal

adik pun tak kalah... nak jugak petik sendiri.. yg aku kasik dia tak nak

me and my friends

muaz.. thn lepas dukung ngan mama je.. tahun nih dah boleh jalan.. walaupun muka dia masam je.. tapi aku tahu dia seronok ..

my family at les vergers de notre dame.. merci to uncle khairill for a very nice photo

adik tgh usaha nak gigit apple

kakak pun seronok je .. petik sendiri dan terus makan

tingginya epal nih..

lagi gambar muaz.. tgh kunyah epal

another family photo captured by uncle khairill

muaz and his friends

cute sofea with her mom

aqilah with her friend.. irfan.. ceria je irfan pakai baju kuning.. aku silap g pakaikan kakak baju gelap..:)

on the way back.. singgah tepi jln .. berpicnic sebab unti leenda ngan unti cora dah siapkan bekal.. aku je lah yg tak bawak apa2.. buat malu je.. hikhikhik.. mmg tak sempat nak masak sebab aku bgn pukul 8.. janji nak pegi pukul 9.. tapi apapun enjoy dgn aktiviti semlm.. sampai rumah dlm pukul 2 ptg.. rehat dan keluar balik ke kedai asia dan carrefour beli brg rumah dan keperluan utk menyambut ramadhan.. settle at 7.. penatnyaaa.. fin

okla.. till next time.. a plus

Saturday, August 30, 2008

salam ramadhan

selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua .. keluarga.. kawan2 dan semua.. pohon kemaafan dr semua andai ada salah dan silap.. semoga dibulan yg mulia ini kita dapat sama2 memperbanyakkan ibadah..halalkan yg termakan dan terminum.. 0-0 ye..

salam
weeda, khairul, aqilah dan muaz

Friday, August 29, 2008

suite: paris trip -august 2008- part I

day 1
gerak dari toulouse pukul 12.30 malam sabtu.. drive lebih kurang 5 jam .. campur berenti rehat.. dah tak larat sgt nak drive.. decide utk berenti tido kat rest area tepi highway.. tido sampai pagi.. gerak balik dalam pukul 9 lebih.. sampai hotel kalau tak silap aku dalam pukul 2 lebih.. siap2 dan keluar balik ke La Defense..business center.. byk company2 besar kat sini.. macam total.. edf.. dan byk lagi la.. hehehe.. yg buat kami nak pegi sini bukan sebab company besar2 tu.. tapi sebab arca dia yg moden tu.."grande arche".. berposing dan dalam pukul 7 lebih kami gerak carik metro utk carik makan kat chateau d'eau.. kawasan yg byk jual nasi beriani halal.. makan dan terus balik hotel.. rehat utk kumpul tenaga utk esok punye agenda..
ok.. ni ada gambar kat La defense.. enjoy ya



















okla.. nak tidokan muaz.. a plus

Thursday, August 28, 2008

i'm back

alhamdulillah.. kami selamat sampai toulouse dr paris around 2.30 pagi tadi.. 5 hari punya trip.. sgt penat tapi sgt happy bila tgk gambar2 yg byk..:) .. walaupun ada benda yg tak best berlaku pada kami.. kami tetap bersyukur.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. yg paling penting kami selamat sampai rumah..:)
baru je settle mengemas rumah sikit2.. sekrg tgh basuh kain..lunch simple je hari ni.. nasi putih, telur mata dan daging sambal..plus kicap kipas udang..tapi tetap meyelerakan.. mana tak nye dah dua hari tak jumpa nasi..
gambar belum boleh upload lagi sebab khairul tak larat nak edit.. dia mmg pancit habis.. ngantuk je aku tgk dia..anak2 pulak bukan main cergas.. keluarkan semua mainan dan sampai sekrg tak berenti main lagi..

sekeping gambar di paris
okla.. nak kena stop dulu.. byk keje nak kena buat.. a plus


Friday, August 22, 2008

birthday party maryam aqilah yg ke-4 -part II-

dah pukul 2.41 pagi.. baru je settle kemas baju2 utk bawak g paris tomorrow night.. insyallah.. getting busy and busy.. insyallah esok malam kami dan leenda and family and cora and family akan berkonvoi ke paris.. 3 kereta..5 hari 4 malam... semoga semuanya berjalan dgn lancar.. dan.. semoga kami semua selamat pergi dan selamat balik.. aminnn..
terpaksa settlekan kemas baju2 malam nih jugak sebab esok pagi kami ada keje lain nak kena buat.. unti leenda ada buat minum ptg kat rumah dia.. ada suprise party.. so masing2 dapat tugas.. hehehe.. unti leenda dan unti cora buat mihun.. aku kena buat kuih.. ingat nak buat karipap.. kalau sempat la.. kalau bgn dah lambat camana nak buat..huhuhu..
alhamdulillah... hari nih aku berjaya menunaikan kewajipan aku yg tertinggal dah hampir sethn.. 4 hari je pun.. itupun last minute baru nak buat.. hihihi.. apapun aku lega sebab berjaya jugak..thanks to papa kerana join aku..:)
okla.. back to main topic..hehehe .. nak letak lagi gambar birthday party kakak last saturday.. byk sgt gambarnya.. tu yg khairul tak sempat nak edit semua.. so ni ramdomly choose je ye..nanti ada lagi yg menarik aku upload lagi.. enjoy the photo ya..:)

upacara memotong kek.. kakak masa ni dah tak heran nak potong kek.. dah tak sabar2 nak bukak hadiah

kakak dan papa..sama kan?? hehe

antara yg menjayakan dan memeriahkan party kakak.. thanks

photographers of the day!! merci

kakak dgn gelabahnya bukak hadiah

muka kakak serius je setiap kali bukak hadiah.. macam tokleh nak control tahap kegembiraan dia..:)

hadiah dr unti cora and family

hadiah dr unti leenda and family.. set meja makan barbie..

dari mama dan papa.. giselle.. haaaaa haaa haaaa haaaa... dan beg sekolah.. sok balik msia kakak nak g sekolah.. tak yah beli beg lain lagi dah..:)

okla.. dah kena masuk tido.. esok nak bgn awal.. aplus

Thursday, August 21, 2008

jalan2 ke canal a day before birthday party -part I-

hari nih nak letak gambar kami beramai2 ke canal du midi.. bawak kanak2 nih jalan2.. so ni ada a few yg khairul dah edit.. enjoy ya..

kakak posing depan CNES

lagi gambar kakak

kakak dan kak sya

bukan main lagi anak dara 3 org nih posing..

kakak and her friends..

baru half way perjalanan nih.. khairul tak sempat nak edit the rest.. nanti dia dah edit aku letak kat sini.. thanks to the kids sebab sgt ceria that day..:)

okla aplus