Tuesday, June 30, 2009

evening at trolak

at last.. dapat jugak kami sekeluarga ikut mak uda(my biras) balik kampung dia.. hehehe tak malu.. ikut masa musim buah lak tu.. yeaaay sgt seronok..
papa cancel kelas on saturday.. friday night kami g tidur rumah mak uda.. pagi2 sabtu kami g pasar borong.. borong lauk utk penuhkan petiais kami.. dah lama petiais tu kosong.. dekat dua bulan rasanya kami tak shopping lauk besar-besaran.. dalam pukul 11 gerak balik rumah kami.. lunch dan keluar balik ke um.. ambik mak uda dan terus gerak trolak.. singgah kat mana ntah .. beli toyogo nak isi durian.. hehehe
sampai trolak dalam pukul 5 lebih.. pegi satu kereta je.. patutnya sampai lebih awal.. tapi disebabkan hujan yg sgt lebat.. jalan jadik slow..sampai je.. mak mak uda ready dgn buah2an dr kebun dia.. ada rambutan dan durian dan jugak kuinin.. sedapnya.. dapat makan durian yg baru gugur dan dapat petik rambutan dr pokok.. sgt indah.. thanks to mak uda and family.. thn depan nak ikut lagi boleh?? hihihi

pose org kenyang makan durian.. hihihi

sangat byk duriannya.. makan sampai tak boleh makan..

papa dgn durian yg dia baru kutip lepas bunyi durian gugur

sebiji pun jadik la kan.. hehe

lepas makan durian.. sempat jugak kami jalan2 kat kampung tu.. pegi sungai.. kalau masih awal mesti boleh mandi sungai.. tapi dah lewat sgt masa tu.. maybe next time..
gerak balik rumah pukul 9 malam.. dalam pukul 10 lebih sampai rumah.. mak ai.. byknya rambutan dan durian.. risau pulak tak tahu nak buat apa.. bukan boleh makan byk sgt pun durian... panas badan nanti.. ada la jugak kasik jiran2 sikit..

pak uda dgn durian yg ada sorang pakcik kasik

ni la pak cik yg kasik durian tu.. hehe

kakak dan kak alin.. on the way to sungai..

me and mak uda and muaz..

rombongan kami ke sungai



nurseri pokok cili.. sgt banyak buah cili dia.. dan sgt segar

me and my manja.. hehe

dah hampir sampai sungai.. cantik jugak air dia..mesti best kalau dapat berbbq kat situ

habis kelas papa ahad tu.. kami singgah rumah my sister kat shah alam.. bawak durian.. my sister dah siap masak pulut... dan ada jugak beli beberapa biji durian.. dan my sister pun dah siap call semua my sibling kat area lembah kl.. semua dtg.. kecuali my sister yg kat cheras.. dia berapa sihat.. pregnant kan anak no 4.. tahniah!.. berpesta durian lagi la kami.. huhuhu
lepas maghrib gerak balik rumah.. singgah giant beli barang dapur.. sampai rumah.. setllekan anak2.. kemas barang abru beli.. dan tidoooo
okla.. tu je update hari nih.. aplus

Monday, June 29, 2009

Thursday, June 25, 2009

taman monumen islam

lg gambar di taman monumen islam, kuala terengganu

rasanya.. monumen ni takde la besar sgt diorg buat.. but still kakak boleh menyelinap kat tiang2 tu..

adik mmg seronok berposing hari tu..

monumen masjidil haram kalau tak silap aku..


my sister dan anak dia.. dah tak larat nak jalan.. ada baby dalam perut


kakak pun sama.. sgt enjoy bergambar hari tu

aik.. kami jadik background je


ni masa kami kat india..tajmahal..

ni pulak masa kami pegi afganistan, abu nasr Parsa


tgkla adik.. tak yah suruh.. dia sendiri yg posing dan suruh papa tangkap gambar dia.. hehe

cuti-cuti terengganu

semlm papa copykan gambar kami d terenggganu dr laptob dia.. hari ni kebetulan kurang sikit keje aku.. so bolehla mengedit gambar dan update blog.
sepanjang 4 hari 3 malam.. tak banyak sgt aktiviti kami sekeluarga pun.. papa keje.. from 8.30 sampai 5.30.. pastu sambung lagi dr 8.00 pm till 11.00 pm. ada tak ada.. aku akan bawak anak2 aku main playground kat kawasan hotel ni.. pegi pantai pun boleh kira je berapa kali.. itupun sekejap2 je..
cuma hari ke3 je ada aktiviti bebas.. itupun bermula dr pukul 2 ptg.. kami follow bas ke kuala terengganu.. kakak ikut chik dia naik bas.. halfway je.. masa bas berenti utk penumpang nya shopping keropok.. kakak ikut kami naik kereta..

kedai keropok yg sama mariana bawak kami last visit to tganu

kami teruskan tanpa ikut bas.. lambat sgt la ikut bas.. byk berenti.. jumpa my sister kat pasar payang.. takde apa nak shopping .. terus ke taman tamadun islam.. nak masuk tgk masjid mini kat taman monumen.. masuk bayar RM10 peradult.. kanak2 bawah 7 tahun free..beli tiket train RM3 peradult.. sama jugak.. aqilah ngan muaz free.. tak byk sgt masa kami.. sempat pusing satu round je.. snap mana yg patut.. pastu teruskan ke masjid kristal.. sgt cantik..
gerak balik dungun dalam pukul 8 malam.. singgah dinner kat restoren near to marang.. dan terus balik hotel.
tghari ahad.. gerak balik kl.

taman monumen..

my sister and her baby boy with my cousin at taman monumen

salah satu mini masjid.. kudus Minar, indonesia

adik yg sibuk ajak naik train






okla.. sambung later.. nak turun bawah.. a plus

Tuesday, June 23, 2009

balik kampung

last wednesday.. pagi2 kami gerak balik kb.. rumah mak aku.. papa ada bengkel kat dungun.. plannya nak tinggalkan kami tiga beranak kat rumah mak aku sebab tak dapat bilik kat dungun.. sampai kb dalam pukul 3 ptg.. berehat je satu hari ni.. papa tak berapa sihat sgt.. lagipun esok papa kena drive alone ke dungun..
dalam pukul 8 lebih.. collegue papa call bagitau dapat satu bilik kosong utk kami.. tapi kena bayar sendiri.. yeayy.. kami boleh ikut.. so pepagi esoknya kami g bandar kota bharu, sambil tu singgah amik baju kurung yg aku tempah.. lucky me tiga2 pasang siap.. sgt memuaskan.. sebab cantik dia jahit.. dan murah.. itu yg paling penting. pastu teruskan misi aku.. nak amik barang yg aku repair kat kedai kawan abg aku.. so secara otomatiknya abg aku jadik tourist guide kali nih.. nasib baik dia ikut.. kalau tak aku takkan jumpa pasar buah yg baru tu.. dah pindah tempat rupanya.. tak lama lagi akan pindah jugak ke pasar baru yg masih dalam pembinaan.. sudah maju jugak negeri kelahiran aku nih.. dalam dua jam.. kami dapat settlekan semua misi balik kampung kali ni.. sempat jugak kami lunch di restoren nasi ulam feveret kami.
balik rumah mak.. siap2... lepas zohor terus gerak ke dungun.. 4 hari 3 malam jugak kami kat dungun.. menginap di hotel uitm dungun. nanti aku update later pasal percutian kami kat dungun.. hari ni tak sempat.. byk benda nak buat..
semlm papa cuti.. pegi amik ic baru kami.. pastu pegi shopping sikit.. tghari lunch kat restoran d kayu kat kota damansara.. pastu balik rehat.. belah ptg kami pegi tengok baby baru unti leenda.. kaseh aileen irdeena.. lahir pada 18.06.2009.. tahniah kat unti leenda sebab dapat baby yg sangat comel..
okla.. got to go.. a plus.. da daa

Tuesday, June 16, 2009

Pantai Puteri

kakak... happy sgt dapat g pantai.. photo taken last month kat pantai puteri, melaka

Monday, June 15, 2009

pesta durian

at least ada jugak benda yg menarik hati aku weekend nih.. hehe.. actually.. jiran2 aku ke muar semlm.. pegi beli durian kat kebun sedara salah sorang jiran kami kat sini.. tong2 duit.. pastu makan ramai2 kat bistro.. mmg sgt sedap dan segar.. rasanya dah lebih 4 thn kami tak dapat makan durian sesegar nih.. papa mmg happy sungguh.. makan sampai kenyang.. siap boleh tapau bawak balik rumah lagi.. adik pun tetiba suka makan durian.. kakak makan sikit je.. apapun sgt seronk dan enjoy makan durian semlm.. hilang diet aku sebentar..

pakar2 buah durian.. hehe..

sedapnya.. macam2 kaler isi durian.. kuning.. oren, putih.. putih susu.. sedapnya..

adik.. mmg tak suka pergi tempat org ramai.. terus moody.. teruk betulla adik ni

mama and friends





gambar percubaan papa guna lense wide pinjam jiran kami.... hehe

okla.. aplus da da

Friday, June 12, 2009

not good

huhuhu.. birthday papa kali ni paling sedih.. huhuhu.. no cake, no hadiah, no spend masa lapang together gether...keluar jugak dinner sama2.. tapi salah pilih kedai makan.. kat seksyen 6.. tak sedap.. pastu singgah giant belikan adik pampers.. dan layankan anak2.. tambah koleksi ultraman adik.. belikan lagi stationaries utk kakak.. utk papa??? takde apa..nanti ye pa..
papa mmg sgt busy.. sekrg ni dah hampir pukul 1 pagi.. aku masih berjaga sebab temankan papa prepare note dan apa2 yg berkaitan utk kelas busy.. sgt kesian tgk papa.. aku tak tido malam ni.. tapi esok aku boleh tido puas2.. tapi papa esok ada kelas.. tapi apa aku boleh buat pun.. aku tak tahu lansung bidang dia.. cuma boleh tolong sediakan secawan air bila papa dah start mengantuk..
okla.. nak main game..nanti2 update lagi.. a plus

happy birthday!!

happy birthday to my lovely husband.. and of course papa for my children.. semoga papa sentiasa didalam lindunganNya.. semoga papa diberi kesabaran yg banyak dalam menjalankan tanggungjawab yg semakin berat ditempat kerja.. paling penting semoga papa menjadi org yg beriman dan bertaqwa kepadaNya.. aminnn
mama, kakak dan adik saaaaaayang papa.. muahhhh...

happy birthday to you..
happy birthday to you...
happy birthday to papa..
happy birthday to you

papa.. dgn hobi dia yg tak pernah padam.. memancing.. papa selalu mintak nak beli pancing.. hehehe.. nak ke mama belikan pancing utk hadiah birthday?? hehe.. apapun happy birthday!! jgn lupa belanja ma makan sedap2.. hehe

Thursday, June 11, 2009

muzium haiwan, kuching

hahaha.. aku tak tahu apa exact name utk muzium nih.. tapi dalam dia byk haiwan2 yg telah di awet.. anak2 aku enjoy tgk bermacam2 jenis burung, tupai, kambing, monyet.. etc etc.. tapi takde gambar dalam muzium sebab tokleh ambik gambar...

peace...

adik, kakak dan faihanah

my cousin yg entertain kami kat sana

a plus

Wednesday, June 10, 2009

santai diJinhold service apartment

malam minggu sgt seronok dapat rehat2 dgn family kat apartment.. semua kebulur.. mama masak nasi, goreng udang dan rebus lobster.. berselera anak2 aku makan.. mama dan papa pun sgt berselera.. tak cukup nasi yg mama masak malam tu.. hehehe

sempat lagi papa berkarya sambil tgg dinner ready.. tu pensil yg kakak belikan utk adik

ni kakak punya..

ni lobster yg my cousin tolong belikan dari jeti.. mmg sedap sgt.. dan sgt murah.. RM35 sekilo.. kalau kat semenanjung bukan setakat mahal.. nak jumpa pun susah.. hehe

pasar satok, kuching

balik dr sarikin, singgah kat masjid utk solat dan terus ke pasar satok.. pasar satok pun sama cam pasar hari sarikin.. my cousin cakap byk benda2 murah kat situ.. tapi kalau nak beli souvernir baik beli kat kedai souvernir kat depan waterfront tu.. lagi murah..
kat pasar satok kami tak dapat shopping sgt sebab hujan turun dgn tiba2nya.. bagus jugak.. jumat duit papa.. hehehe

kakak dgn telekong baru yg beli kat sarikin..

pasar satok.. kakak sampai2 je terus mintak pensil tu dgn papa.. satu utk kakak satu utk adik.. tapi adik tgh seronok tido masa nih

pose akhir sebelum meninggalkan pasar satok.. dalam hujan nih

a plus

sarikin, sarawak

bandar sempadan sarawak dan indonesia.. ada pasar minggu bermula 1 tghari sabtu sampai 1 tghari ahad.. byk benda2 murah kat sini.. telekung, kain pasang, jeans and etc etc






a plus

Tuesday, June 09, 2009

sweet memories at kuching

takde apa nak citer lagi dah.. letak gambar je..














a plus

Monday, June 08, 2009

cerita minggu ini

lama betul aku tak menulis kat blog aku nih.. bukan takde citer nak story.. cuma mood tu tak dtg.. setiap kali aku nak mula menaip.. mesti tak jadi.. tag yg kak ai suruh buat pun aku tak buat lg.. nanti ye ai..
byk benda yg kami sekeluarga buat lately.. sgt penat.. jarang sgt duk rumah.. rasa cam rumah nih pulak jadi hotel
ringkaskan cerita.. ni benda yg kami buat last two week..
-balik dr sarawak.. ada tiga hari kami kat rumah.. masa utk mencuci semua pakaian dan mengemas rumah.. teruk betul keadaaan rumah aku kena tinggal 10 hari.. semut makin bermaharajalela..
-ahad.. pepagi ikut papa g ofis.. cam biasa papa ada kelas..malam gerak balik melaka.. dah lama betul rasanya tak balik kampung.. papa amik cuti 3 hari
-isnin.. pagi2 pegi pantai klebang.. papa nak join memancing.. sgt kecewa sebab tak dapat seekor ikan pun.. tapi anak2 aku happy sgt.. dapat main pasir dan mandi laut..
----dua hari lepas tu adik ipar aku pegi memancing lagi.. dpt sms dr diorg.. diorg dapat dua ekor ikan pari besar.. siap ada gambar lagi.. papa jeles betul
--selasa pagi kami g shopping kain.. kat astana moda.. melaka..-lepas zohor kami gerak balik
-rabu.. kami g daftar sekolah rendah utk kakak.. pastu pergi survey sekolah tadika utk kakak.. rasa cam nak tukar sekolah kakak je.. kami tak berapa suka dgn cara cikgu2 kat sekolah kakak sekrg nih.. sgt tak pro. Pastu papa bawak g midvalley.. its shopping time.. sgt suka
-khamis.. papa balik awal.. pegi giant.. pastu ikut papa g ofis lagi.. papa ada buat kelas ganti..lewat malam baru sampai rumah..
-jumaat.. papa ajak g sunway pyramid.. nak beli barang komputer.. sebelum tu singgah jap rumah my sister kat shah alam.. jumpa kembar dia yg dtg dari kelantan.. pastu straight ahead tu sunway.. lama jugak kat sunway.. dan lewat malam jugak la kami sampai rumah hari tu..
-sabtu.. g ofis lagi.. papa ada kelas.. terpaksa buat hari sabtu sebab ada plan laih hari ahad tu.. lepas kelas kami singgah lagi rumah my sister kat shah alam.. ramai adik beradik aku kat situ.. kira cam family gathering jugak lah nih.. tong tong duit order domino..nyum nyum... pastu gerak balik rumah.. pack baju .. dan siapkan anak2 pastu gerak ke rumah my biras kat serdang.. tido sana malam tu sebab my family in law dr melaka turun.. abah pun ada sama..
-ahad.. g kenduri kawin sepupu my husband kat usj.. konvoi 3 kereta.. lepas asar baru kami gerak balik rumah.. singgah pasar malam.. beli durian, manggis, rambutan dan laici.. dan makanan utk dinner mlm tu..seronok aku memborong buah kat pasar malam tu.. murah rasanya harga dia compared tu shah alam..
balik rumah.. dinner dan siapkan anak2.. pastu berehat depan tv sambil tgk final match roland garros.. at last.. roger federer menang dekat roland garros.. sukanya aku.. dah 4 thn berturut2 dia dikalahkan oleh nadal.. thanks to soderling sebab kalahkan nadal.. hehehe..

okla.. tu je update kali ni.. dah dekat pukul 9 malam.. nak turun tgk tv..sambil2 tgg papa balik.. a plus..