Monday, October 01, 2007

demam rugby.. portugal v romania

semlm last match rugby utk first phase dia.. france kalahkan georgia... argentina kalahkan ireland.. so.. we got no choice.. france kena lwn all black dlm quarter final nanti.. sayur la les bleus..:)
match selasa lepas aku pegi tgk.. hehehe.. portugal lwn romania.. itu je tiket yg available dan murah.. jln aje la... ni la first time tgk match rugby live..rasanya tgk kat tv lagi best.. hihihi.. aqilah sporting betul.. setiap kali org jerit.. dia pun jerit sekali.. kelakar betul.. pakcik2 kat belakang tu asik gelakkan aqilah je.. mana taknya.. setiap kali org jerit dia terus panjat kerusi dia utk tepuk tangan... kelakar betul... muaz pulak macam biasa.. suka stare org.. paling tak larat duk ngurat kakak2 kat sebelah dia.. tak jadik org nak tgk rugby duk layan dia... dan macam biasa waktu2 macam tu waktu critical muaz nak tido.. panik jugak aku takut dia menjerit.. nasib baik dia buat perangai sikit2 je.. pastu dia tido.. fuhh lega.. ok berbalik cite match tu pulak.. boleh kata majoriti penyokong yg dtg semuanya portugal.. dan diawal match mmg portugal leading walaupun hanya 7 point.. tapi second half.. romania dpt touch.. dah penalty yg seterusnya romania menang.. menang tipis je.. 14-10... so ni ada sedikit gamba kami kat sana..

awal2 before match.. seat pun tak penuh lagi..

huhuhu... hujan la pulak... nasib baik ada bumbung

makan roti sardine ngan karipap je buka hari nih

dalam metro on the way back home.. muaz taknak mama riba.. nak duduk sendiri

Thursday, September 27, 2007

rugby world cup 2007 update

france v ireland... nasib baik menang.. victoire obligatoire... but still kedudukan france belum kukuh lagi.. ada kemungkinan jugak dia tak dapat masuk quater final.. huhuhu... tak terer tul lah france nih... and yet.. still kalau dia dapat nombor dua pun.. and dapat masuk quater final pun.. for sure takkan dapat g mana pun.. sebab no 2 groupe D akan lawan no 1 groupe C.. all black la tu.. sure kena belasah nya.. hmmm.. camana tu.. kena harap ireland belasah argentina cukup2 baru france boleh dapat no 1 ...harap2 nya lah.. hehehe tapi kalau ikut logik.. argentina sure lagi kuat dr ireland.. harapkan nasib je lah.. huhuhu
Vincent Clerc of France celebrates his second try during the Rugby World Cup 2007 Pool D match between France and Ireland at the Stade de France on September 21, 2007 in Saint Denis, France

Wednesday, September 26, 2007

berbuka puasa di rumah izzati aka kak za hanta barang

ahad lepas kami berbuka di rumah dua student dr msia.. izzati dan hidayah.. cantiknya rumah diorg.. besau...rumah baru... jelesnya rasa.. huhuhu
diorg masak nasi hujan panas dan ayam masak merah dan acar.. dan paling aku suka tart epal.. nanti nak mintak resepi la.. hehehe
lama jugak kami lepak sana.. budak2 la paling seronok.. dapat berlari2... biasa kat ias rumah kami kecik.. kat bawah nih ada gamba diorg kat sana..

bukan main lagi posing kakak ngan amin kat rumah kakak izzati ngan kakak hidayah..

kakak anis dengan amirul dan kakak aqilah dengan muaz..

muaz pun tak lepas peluang.. ada ruang besar.. habih dia redah...

lagi gamba kakak dengan abg amin..

kak ya.. amirul... abg amin.. muaz dan aqilah... aik.. mana kakak anis?? takde dlm gamba la...:)

Sunday, September 23, 2007

hellow kity

with hello kitty.. di les pyrenees.. salah satu shopping mall... kat andorra la vella.. muaz excited je tgk hello kitty... bila aku tgk balik hello kitty nih.. teringat ada satu hari tu tgh kami window shopping kat jules(kedai papa).. ada sorang awek yg jaga kedai tu tegur aqilah nye kepit rambut hello kitty.. dia kata adik dia minat betul dgn hello kitty.. tapi hello kitty nih baru je nak tembus market france... so belum ada jual kepit rambut lg.. sungguh2 dia cakap kepit rambut aqilah cantik... siap tanya beli kat mana..
bila balik rumah.. ada jugak aku terfikir.. napala aku tak kasik je kat dia.. tapi bila belek2 balik kepit rambut tu.. bukan tulis HELLO KITTY... tapi HELLOW KITY... biasala kat msia.. brg tiruan.. eja pun salah.. hehehe.. nasib baik aku tak kasik je kat makcik tu.. kalau tak sure dia pelik.. apsal ejaan dia lain..

Thursday, September 20, 2007

Bukan kerana nama - ramli sarip

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Wednesday, September 19, 2007

rugby world cup 2007 update

fuh.. menang jugak france lawan namibia.. gelabah jugak.. biasa la team france.. selalunya tak terduga.. bila2 je boleh kalah.. nampak sgt semangat perang tak kuat dlm diri diorg compare ngan team argentina yg menangis2 masa nyanyi lagu negara diorg.. lawan namibia bolehla menang... sebab team kecik... siap belasah lg.. 87-10.. kasik satu touch kat namibia..
this coming friday france akan lawa ireland.. france wajib menang utk dpt naik second place.. tapi boleh ke france menang??? ireland team besar... hmmm..
sebastien chabal.. man of the match.... mmg terer.. guaranteed.. hihihi

jean baptise elissalde..one of the best kicker dlm team perancis.. main kelab stade toulousain tuuu

team ireland.. mamat bekang yg pakai baju hijau tu kicker team ireland merangkap antara player paling terer kat ireland.. huhuhu takutnya


Monday, September 17, 2007

majlis berbuka puasa aka sambutan birthday IRHAMM

semlm for the first time kami berbuka puasa beramai2.. thanks tu Linda for organizing such an event..seronok bila sesekali dapat berkumpul beramai2 nih.. macam2 makanan ada.. Linda masak byk betul juadah.. ada nasi hujan panas.. ayam masak merah.. ada daging.. acar timun.. paling tokleh lupa pajeri nenas dia... memang power.. best best.. aku bawak karipap je.. tak jadik sgt la .. sebab dah lama sangat tak buat... aslina bawak sushi.. niza bawak porridge.. dan kak za bawak puding gula hangus..kembung perut aku makan byk sgt semlm... dan disebabkan majlis tu dibuat semperna birthday irhamm.. for sure la ada kek coklat.. mama irhamm yg buat.. sedap.. nyum nyum.. "happy birthday Irhamm"
so.. ni ada sedikit gamba majlis semlm..
nyum nyum.. semuanya sedap2 belaka

sementara menunggu waktu berbuka

birthday boy.. percubaan meniup lilin.. tak berjaya.. nak kena mama dia yg tolong tiupkan..

muaz yg bersungguh2 nak join org besar main.. excited betul dia dapat join org besar main

Friday, September 14, 2007

bila aqilah dan muaz tak sihat

sedar tak sedar hari nih dah masuk hari kedua bulan ramadhan.. terasa cepatnya masa berlalu.. macam br semlm aku wish selamat berpuasa.. :) semlm pegi klinik pediatre muaz.. jumpa dr balg.. muka muaz kena balik..cuma tak seteruk yg sebelum nih.. mungkin kuman belum mati.. still dpt ubat yg sama cuma kali nih tempoh rawatan dipanjangkan sedikit.. dr tujuh hari kepada sepuluh hari.. so hari nih muaz start mandi air ubat balik.. kesian muaz.. harapnya kali nih mati la kuman tu..
on the way back from clinic.. aqilah menangis2 dlm kete.. tak tau napa.. sampai rumah br tahu.. rupa2nya dia demam selsema.. teruk demamnya.. panas sgt.. yg aku pulak sakit kepala teruk .. pun tak tau apa puncanya... mungkin sebab aku tak cukup tido mlm sebelumnya sebab muaz meragam masa tido mlm.. mungkin sebab gatal2 kat muka ataupun mungkin jugak sebab dia selsema.. boleh kata sejam sekali dia bgn nangis..
sampai rumah semua org cuba nak rehatkan diri.. kecuali muaz yg tetiba cergas la pulak .. tak nak tido.. tensionnnyaaaa... dah la pukul 6.30 nak kena start masak lauk berbuka.. last2 aku tak dpt pun nak tido.. tau2 dah 6.30.. bila nak start masak muaz start merenggek pulak.. aduh tension.. tak nak papa dia lak tuh.. puas papa dia pujuk.. tak jalan.. nak tido la tu... sudahnya aku masak dlm keadaan kelam kabut.. pressure betul.. sabar weeda.. nasib baik sempat jugak settle semuanya sebelum masuk waktu utk papa berbuka.. cuma kali nih takde kuih.. sorry la papa.. tak cukup tangan.. hari nih i cuba buat kuih.. hehehe...
mlm tu pulak.. muaz pukul 9 lebih dah tido dah.. aqilah pun dah lembik dah.. mintak susu.. terus tido..aku pun dah prepare nak tido jugak dah.. tak larat sebab sakit kepala tak ilang.. tgk anak2 dah tido rasa lega la sikit... tapi tak habis kat situ je.. setiap sejam sekali kot dia bgn menangis.. kuat lak tu.. dia rasa tokleh nak nafas kot.. dan for surenya.. bila aqilah menangis.. muaz mesti bgnnya.. bila bgn.. nangis jugak la dia.. aku la jugak yg kena bgn utk tidokan dia balik.. papa dia dah settlekan aqilah... terasa panjang pulak mlm semlm.. lepas pukul 12 br la aman sikit rumah aku.. itupun aqilah kerap bgn menangis.. nasib baik papa dia settlekan.. dptla aku tido dgn aman sikit.. bgn sahur pagi tadi sakit kepala pun dah hilang.. fuhh lega..tak taula camana papa g keje.. sure ngantuknya.. :) tapi dah lega jugak sebab kulit muaz pun dah elok sikit.. cuma aqilah masih selsema.. harap2 dua2 anak mama cepat sembuh.. aminn

Wednesday, September 12, 2007

salam ramadhan

ramadhan menjelma lagi..rasa baru je menyambut hari raya.. tau tau dah nak puasa balik.. cepat betul masa berlalu.. so.. bersemperna bulan yg mulia ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa dan beribadat kepada semua keluarga dan kawan-kawan.. aku jugak nak memohon maaf dr semua sekiranya ada salah dan silap dan halalkan semua makan minum sekiranya ada.. semoga dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan untuk berpuasa di bulan yg mulia ini.. aminnn
huhuhu.. tahun nih dah nak masuk tahun keempat aku puasa diperantauan.. tanpa pasar ramadan.. rindunya aku dengan kuih2 yg sedap2 kat msia.. rasanya thn depan pun aku kena berpuasa kat sini.. mungkin raya kat msia.. so lg dua tahun la baru dapat g pasar ramadan.. insyallah kalau dipanjangkan umur...:)

my precioussss

semlm tgh boring2 takde internet.. sempat lg papa mengtest kegunaan flash yg br dia beli tu.. amik gamba anak2 dia la.. hmm.. nasib baik jadik.. kalau tak ada yg nak kena jual balik flash dia nih.. hehehe.. so far aku berpuas hati dgn gamba guna flash nih.. study lg ye bang..
aqilah nih susah betul nak dpt gambar dia.. selalu tak duduk diam.. malu konon2 nya.. geram betul.. sampai nak kena bergaduh nak amik gamba dia..:)
sakit kulit kat muka muaz pun dah nampak elok sikit.. lega rasanya.. tapi macam nak naik balik.. aku pun dah tak tau camana nak buat.. next week nak jumpa doktor lg sekali.. harap2 ok la lepas nih.. insyallah..
the latest aqilah.. kena suruh nyanyi br dapat snap gamba dia yg elok sikit.. berbulu je dgn dia nih sekrg nih.. nak gaduh je kejenye..

muaz yg dah ngantuk.. gelak pun macam nak nangis.. nampak semua gigi dia.. br nak masuk 4 batang.. lg satu muaz dah pandai babai dah sekrg nih.. dia paling suka babai papa dia.. sebab kalau babai papa dia.. papa dia tak amik dia hehehe..

both of my kids.. sayang kat dua2 nye.. jgn nakal2 dengar cakap mama ngan papa tau.. hehehe
"nampak cam muka muaz lg besau dr muka aqilah.."

Sunday, September 09, 2007

demam rugby

dah tiga hari world cup rugby 2007 bermula.. kurang sikit la keboringan aku kat rumah nih.. boleh kata everyday ada match.. opening match les bleus(france) lawan argentina... semangat aku pegi tgk kat aphitheatre kat bawah nih.. konon nak sokong france.. tension je.. dengan argentina pun boleh kalah... so... utk continue ke phase seterusnya france mesti menang semua match dan berharap argentina kalah dengan irlande.. kalau tak mati kat situ je la.. sokong all black la camnih..

aku yg awal2 lagi dah boring..:(

nampak sedih je aku tgk diorg nih kalah.... tapi masa main aku tgk tak sungguh2 lansung.. apa nak sedih ntah

talent d'or all black.. bagi aku la.. kick kat position paling susah pun masuk gak tuh.. gamba all black belasah itali 76-14

Saturday, September 08, 2007

felicitation

special wish to beloved sister "TAHNIAH" kak je for her new baby boy... lahir pukul 12 tgahri waktu malaysia.. 8 september 2007.. semoga baby dan mama nya sihat-sihat hendaknya..

jugak tahniah utk farhan kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.. belajar rajin2 ye.. dah sampai sana jgn lupa mail moksu..


Friday, September 07, 2007

RALAT: Limoges revisited

dah nak masuk sebulan kami pegi Limoges.. baru hari nih dapat nak cite ngan upload "sedikit" gambar.. takde apa yg menarik tentang limoges.. hanyala kerana porcelainnya yg glamer dan paling menarik sebab papa aqilah dan muaz dulu study kat sana.. 4 tahun jugak dia study kat situ.. tu yang dia rajin nak pegi limoges.. ada kisah cinta dia kat situ.. aku pun tumpang happy sebab dapat singgah kilang porcelain on the way to limoges.. ni kali ke berapa kami ke limoges pun aku tak berapa ingat dah.. cuma kali nih special sikit sebab papa bawak g rumah lama dia dan bawak pegi universiti tempat dia study dulu.. syahdu je rasanya.. iyela.. tempat jatuh lagi dikenang.. inikan pulak tempat study.. hehehe.. so kat bawah nih ada sedikit gambar kami di Limoges..

kakak dengan kuda merah kat depan rumah lama papa dia.. sunyi je kawasan rumah nih.. kalau aku duk sini mesti mati kutu nya.. hihih.. sorry ye pa

muaz dgn anjing kuning.. cool je muaz walaupun aku tinggal dia sorang2.. nasib baik tak jatuh..:)

hikhikhik.. seronok la papa.. dapat jugak dia posing depan rumah lama dia.. konfius jugak nih.. napa la dia suka sgt dtg sini?? ada apa2 ke pa??

ni pulak gamba kat pintu masuk universiti tempat papa belaja dulu.. puas aku carik nama universiti nih.. satu pun tak tulis.. rupanya nama dia Faculté des Sciences & Techniques, Université of Limoges..

aku pun nak tumpang glamer jugak la.. hehehe.. tak malu

Thursday, September 06, 2007

lagi gamba apple..

aku dan muaz dengan epal golden.. tak nampak macam golden.. nampak soooo green

hasil tuian kami di ladang epal... royal gala dan golden yg jus epal.. pakcik tuan ladang tu cakap dia eksport jugak epal royal gala ke malaysia.. cuma aku tak tau apa nama dia..:)

Tuesday, September 04, 2007

happy

bestnya bila dah ada internet kat rumah nih.. lama sungguh rasanya tak dapat nak mencurah perasaan kat blog ni.. sebelum nih ada la jugak pegi cyber cafe.. tapi dpt update sikit2 je blog nih.. yg penting2 je..:)
byk betul rasanya aku nak cite sekrg ni.. rasa tak cukup tangan je.. hihihi.. benda yg paling tak sabar aku nak cite mestila pasal anak2 aku.. aqilah dah 3 tahun lebihsekrg nih.. dah besar dah dia.. walaupun dah berminggu2 kami celebrate birthday dia... sampai sekrg dia duk nyanyi happy birthday to you... happy betul dia.. mana taknya.. dapat byk hadiah.. hehehe.. aqilah sekrg nih kuat makan.. tokleh lambat sikit masak sekrg nih.. sampai masa dia lunch ngan diner mesti dia mintak nasi.. habihla aku .. bulan puasa dah nak sampai nih.. ada yg aku paksa aqilah puasa sekali ni..
muaz pulak sekrg nih pun dah besar jugak.. dah boleh merangkak..dah boleh bergantung2 kat tepi katil.. kat kerusi.. cuma satu je masalah dia.. bila dah bergantung tu dia tak reti nak turun sendiri.. bila dah boring mulala dia jerit panggil org selamatka dia.. lagi satu, gigi pun dah nak masuk 4 batang.. byk cakap muaz nih.. suka tegur org.. yg paling kelakar dia suka stare org semacam je.. tak takut org lak tu.. tapi kesian muaz.. sakit kulit dia tak baik lg.. semlm dah pegi jumpa doktor dia.. sekrg nih dlm tempoh rawatan.. semoga sakit kulit dia cepat sembuh.. aminnn
keje2 mengait aku lak dah lama betul rasanya terbengkalai.. semuanya sebab ada satu teknik yg aku blom jumpa solution dia.. tension betul.. harapnya dgn ada internet nih dapat la aku carik solutionnya.. insyallah..nanti dah ada hasil baru ..aku surenya letak kat blog nih.. kuang kuang..
papa pulak dah start keje balik... boringnya bila dah sebulan lebih dia kat rumah.. tetiba je dia g ofis.. hihihi.. tak gi memana sgt cuti kali nih.. takde budget.. cuma sabtu lepas kami konvoi beramai2 ke andorra .. dapat handbag lg aku kali nih.. sorry ye unti AS.. :).. ni antara yg sama2 pegi andorra.. bestnya bila dpt pegi ramai2.. tapi sayangnya kak za sekeluarga takde.. ni aku letak "sedikit" gamba kami di andorra



gamba aqilah sorang2.. org lain ambik gamba tak pernahnya ada dia.. asyik lari je.. boring betul

ahad lepas pulak kami ke Les VERGERS de NOTRE DAME.. apple plucking.. org yg sama jugak join jalan2 kali nih.. tercapai jugak hasrat aku nak petik apple kat ladang apple.. masuk free jugak dan bayar utk apple yg kita nak bawa balik je.. 1 euro perkg..thanks to Linda sebab dptkan address tu.. on the way balik sempat lg kami menceroboh ladang bunga matahari.. gamba2 tu pun nak letak jugak kat bawah nih... hihih