Monday, April 02, 2007

testing ...

kali ni nak test publish post from annemasse pulak...

Friday, March 23, 2007

Tuesday, March 20, 2007

muaz pulak


kakak lagi


kakak


Monday, March 19, 2007

Sembang sembang

hehehe.. lamanya rasa tak dapat nak bercerita kat blog nih... lama jugak la aku tak dapat nak jenguk blog sendiri ni.. bukan sebab busy anak dah bertambah.. tapi disebabkan internet kat rumah aku nih yg macam biskut... now u see, now u dont..:) . nak buat camana.. internet free la katakan.. bukan boleh nak marah2.. so.. terima aje la... bila internet ada, boleh la guna.. bila takde tu rasa macam duk dalam gua je.. terasa jauh betul ngan family dan kawan2 kat msia.. sedih sungguh!!!
sedar tak sedar umur muaz dah nak masuk 3 bulan... mak usu dia pun dah balik msia.. kejap je rasanya.. kakak dia pulak dah 2 thn 7 bulan.. dah besar dah.. penat rasanya anak dah dua nih... tapi berdasarkan pengalaman aku yg sedikit nih.. rasanya jaga baby boy ni lebih penat compare ngan jaga baby girl ... dulu aqilah senang sungguh nak jaga dia masa baby... tido je keje dia.. tak kira siang ke mlm... berbeza sungguh dgn muaz nih... siang dia tak byk tido.. dah la tu.. nak kena sentiasa ada org kat sebelah.. nak masak pun susah... byk nangis lak tu... lagi manja dr kakak dia rasanya.. apa2 pun seronok rasanya dah ada dua anak nih.. tak la aqilah boring sgt..:)
ops.. dah bgn dah si muaz nih... nak kena stop... ni ada gambar terbaru kami kat paris with mak usu...




Monday, February 05, 2007

cerita org habis pantang...:)

alhamdulillah... dan horraaaayyyyyyy.. aku dah habis pantang.. dah boleh mkn semua benda..(macamla sebelum berpantang sgt).. sat lg nak masak mee kari.. letak udang byk2... lama sungguh rasanya tak mkn udang.. ma feveret..
hari nih hari ke 44 muaz.. dah besar dah muaz sekrg nih.. kakak dia pulak dah masuk 2 thn 6 bulan.. dah besar jugak.. dah pandai macam2 dan yg paling penting dah boleh mintak tolong.. ringan rasanya kerja bila aqilah dah boleh disuruh2..thanks ye kakak..
muaz makin byk minum susu sekrg nih.. tak sempat nak rehat rasanya.. tapi alhamdulillah.. so far takde apa2 masalah kecuali masalah kulit mukanya yg terlalu sensitif.. selalu naik merah2..mungkin alahan susu.. dah jumpa doktor... doktor dah kasik ubat.. bila taruk ubat.. baik sekejap pastu naik balik.. sampai aku dah tak tau nak taruk ubat apa lg.. kalau ada sesape yg ada petua budak alahan susu.. jgn segan2 share dgn aku ye..:)
semlm kami sekeluarga gi arcachon.. kawasan pantai.. cantik... tiga jam drive dr toulouse..ngeri sungguh rasanya semlm.. mana taknya pergi balik drive dlm kabus.. apa pun tak nampak..rasa macam lemas je... nasib baik semuanya selamat....
gambar nanti aku upload kat photoalbum....

my precious!!!

Saturday, January 20, 2007

birthday wishes to aqilah's friend..

happy birthday to ALIF ADHA..


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

Tuesday, January 16, 2007

kawan baik..

i've just received an email from my biras.. talking about good friend.. aku rasa menarik.. and aku decide to put it here.. bacala.. hehehe .. :)

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Wednesday, January 10, 2007

gambar- gambar baby MUAZ HADIF



muaz hadif ... berusia tiga hari.. di hospital Joseph Ducuing.. Toulouse..


Muaz Hadif... berusia 6 hari.. tido je keje dia masa nih...:)






Muaz hadif dan Maryam Aqilah.. kakak dia.. masa berusia 6 hari.. baru lepas mandi..






tido lagi dia...



hari ke tujuh muaz hadif... hari raya aidiladha.. papa dah start mencukur rambut muaz..:)



hati-hati ye pa.. selawat byk2..

gambar terbaru muaz.. kepala dah botak.. hehehe..

Tuesday, January 02, 2007

2006... a year to remember..

at last ada juga masa utk aku update blog aku nih.. banyak betul rasanya aku nak cite.. hmmm... hari nih dah 1 januari 2007.. dah masuk tahun baru.. semua mesti baru.. azam baru.. semangat baru.. hidup baru.. hehehe.. BUt semua kenangan yg lepas2 tak harus dilupakan.. tahun 2006... so many things happen in this year.. macam2.. ada yang tak best..ada yang best..yg sure.. semuanya akan sentiasa aku ingat..
mei 2006 aku sekeluarga balik bercuti ke msia setelah dua tahun kami diToulouse.. happy sungguh masa tu.. dapat melepaskan rindu kat semua benda.. kat family, kawan2 and delicious FOODS.. hehehe..kat msia jugak aku dapat pengesahan yg aku pregnant baby no 2.. alhamdulillah.. happy sungguh rasanya..
july 2006 balik semula ke Toulouse.. jalani hidup as usual tapi busy sungguh masa nih.. dengan check up pregnant yg tak abis2.. kejap2 kena ambik darah.. sampaikan aku dah tak takut nak kena ambik darah lagi..hehehemasa nih jugak kami tak abih2 berjalan.. mana taknya dapat kawan yg tak reti duk rumah.. kejap2 nak kluar.. tapi seronok jugak walaupun penat.. rasa nya takde masa kami dapat spend kat rumah that time.. semua carboot sales kami redah.. shoping mainan aqilah.. hehehe..
august 2006.. kami ikut konvoi dari paris ke Barcelona.. empat kereta semuanya.. akhirnya sampai jugak aku ke Barcelona..
november 2006.. kami konvoi 3 kereta ke limoges.. tempat lama papa study.. kak za nak carik porcelaine de limoges.. aku pun apa lagi.. tumpang sekaki la carik.. mahal nak mampus rupanya bendaalah tu.. hehehe..
november 2006 jugak aku rasa dalam dua kali kami ke Carcassone.. tapi dua2 kali kami sampai dah senja.. tak dapat nak ambik gambar dengan elok.. rasanya.. termasuk kali ni dah empat kali kami ke Carcassonne.. mmg cantik tempatnya.. dan tak puas tgk walaupûn dah 4 kali pegi..
november 2006.. kami konvoi tiga kereta ke Biarritz...ville yg ada pantai yg sgt cantik.. subhanallah.. rasanya ni la pantai yg paling cantik pernah aku tgk.. nsyallah kalau ada peluang lagi nak pegi lagi sekali.. tapi sayangnya geng yg best2 tu sumenya dah balik...:(
november 2006.. kak za (one of family msia this year) melahirkan baby keempat dia.. nama baby AMIRUL FARIS..tahniah ye kak za..:)
december 2006.. bulan akhir thn 2006.. macam2 benda yg tak diduga happened.. atas sebab2 tertentu dua family msia yang best2 semuanya terpaksa balik.. baru je rapat.. sedih betul rasanya.. aqilah dah la rapat dengan anak diorg.. masa diorg mula2 balik terasa jugak kesunyian tu.. mana taknya.. sepanjang 5 bulan diorg kat sini.. banyak masa kami spend together.. buat BBQ ramai2.. jalan sama2.. shopping sama2.. boleh kata semua benda kami share.. aqilah la paling kesian.. mula2 tu dia lain sungguh.. terasa kehilangan kawan yg rapat.. banyak diam.. kejap2 cakap aqilah nak alif(nama the only kawan yg dia rapat)..
december 2006.. aku pulak melahirkan baby no 2 aku.. tahniah kat aku jugak!!!... 22hb dec 2006.. tak disangka2 aku mengalami tanda2 nak bersalin.. tapi aku tak percaya lg sebab due datenye hujung bulan satu.. barang2 yg pihak hospital listkan takde satu pun yg ready..nasib baik hari nih first day papa start bercuti krismas dan thn baru...terus siap2 pegi carrefour.. carik barang2 baby.. sempat lg beli udang galah dua ekor sebab masa dekat2 krismas diorg selalu buat promotion.. harga mmg murah gila.. 13euros masa promotion compared tu 40euros harga biasa... balik rumah aku suruh husband masakkan terus sebab takut esoknye aku bersalin.. tapi dia tak berani nak masak udang tu hidup2.. semua keje mlm tu husband aku yg buat.. aku berehat je.. sebab berharap tanda2 nak bersalin tu hilang dgn berehat... tup tup lebih kurang pukul 10 mlm.. aku turun air.. kami panik gila.. terus siap2 nak gi hospital.. aqilah kami tinggalkan kat rumah kak za.. menangis jugak dia mlm tu.. pastu mogok lapar.. tak nak tukar pampers..heheh sampai kat hospital.. mid wife yg handle aku.. kena ambik darah lg.. dia tak terer ambik darah.. habis lebam2 tgn aku kena cucuk.. nasib baik dia tersangat baik dan lawa lak tu.. so aku tak byk citer la.. aku biarkan aje..pukul 3 pagi.. aku masuk labour room.. pukul 5.10 pagi 23 december 2006 aku selamat melahirkan baby boy.. bernama MUAZ HADIF.. nama muaz sempena nama sahabat nabi dan hadif bermaksud "yang mempunyai matlamat".. alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dah yg paling penting semuanya selamat..
december 2006.. 30 dec 2006.. genapla seminggu umur muaz.. tiba masa yg di tunggu2.. hari bercukur kepala muaz.. secara kebetulan pulak 30hb 12 adalah hari raya haji di sini.. kami sambutnya beramai2 dgn fmily2 msia yg lain dan student2 bujang ditoulouse.. makan ramai2.. masa nih dah takde pantang lagi dah.. semua aku makan.. hehehe..lepas makan dan solat maghrib.. papa muaz start upacara bercukur.. lama jugak rasanya nak settle.. lepas 1 jam lebih.. teng teng teng.. kepala muaz dah botak.. hehehe
december 2006.. adik ipar aku sampai dr msia.. kononnya aku nak tinggalkan aqilah ngan dia masa bersalin.. tapi terbersalin awal lak..
huih.. panjang pulak karangan aku kali nih.. macam dah nak kena stop je nih.. aku nak kena siap.. sat lg nak pegi timbang berat muaz.. hmmm.. makin busy la nampaknya.. tiap2 minggu nak kena gi timbang berat baby.. dengan check up yg pelbagai.. macam2.. nasib baik tak kena bayar.. kalau tak haru.. hehehe..

a plus...

Monday, December 11, 2006

my 4th marriage anniversary..

hmmm... lama sungguh rasanya aku tak berpeluang nak update aku nye blog nih.. busy betul lately... plus dengan internet yg tersangat la slow... tu yg lebih buat aku malas nak duk depan pc nih...
actually yesterday was my fourth marriage anniversary.... dah 4 tahun kami kawin.. insyallah tak sampai lagi dua bulan kami bakal menerima kelahiran baby baru.. hadiah anniversary utk kali nih...:)... by the way.. dah alang2 aku update blog hari nih aku nak wish... happy marriage anniversary to my beloved husband...happy anniversary mon amour!!!! ...
and lagu nih.. utk abang!!!!!

"Nine Million Bicycles"

There are nine million bicycles in Beijing
That's a fact,
It's a thing we can't deny
Like the fact that I will love you till I die.

We are twelve billion light years from the edge,
That's a guess,
No-one can ever say it's true
But I know that I will always be with you.
I'm warmed by the fire of your love everyday

So don't call me a liar,
Just believe everything that I say

There are six BILLION people in the world
More or less and it makes me feel quite small
But you're the one I love the most of all

[INTERLUDE]
We're high on the wire
With the world in our sight
And I'll never tire,
Of the love that you give me every night

There are nine million bicycles in Beijing
That's a Fact,
it's a thing we can't deny
Like the fact that I will love you till I die

And there are nine million bicycles in Beijing
And you know that I will love you till I die!

Thursday, November 02, 2006

gambar- gambar raya 2006

masak nasi himpit di malam raya.. kul 3 pagi baru siap..:)


amat aye papa...


amat aye mama...


happynye aqilah...


berBBQ di hari raye...