Wednesday, September 07, 2005


Cit� de Carcassonne

Third Visit

the return to Carcassonne!!! hmmm.... trip kali ni pegi carcassonne for the second time... tapi takpe sebab carcassone ni cantik sungguh.. dan visit kali ni kami diiringi oleh professional guide dari carcassonne.. kami spend half day kat carcassonne.. pegi kul 12.30 balik kul 7.00.. seronok.. actually ramai yg g carcassone ni nak carik souvenir.. ye la dah tak lama nak abih study.. kami je yg ada lagi 3 thn kat sini...apa pun seronok jugak join trip... lepas ni 2 minggu berturut2 takde trip.. aku pun nak pi london next week.. hujung bulan nih baru start balik sunday trip.. seronoknya!!!

Friday, September 02, 2005

Second visit

ahad lepas 28 ogos aku join lagi second trip yang campus IAS buat... seronok.. kami pegi lac saint ferriol..yang terletak kat atas black mountain.. tasik buatan sendiri utk salurkan air ke canal du midi yang menjadi sumber pengangkutan masyarakat sini..
memula sampai.. rasa cam tak best je.. sebab tasik kenyir pun lagi besar dari nih rasanya.. tapi bila kami dah naik lagi kat atas bukit tu.. nampak air terjun.. terus semua org happy... seronok dapat main air terjun kat france.. ni la first time aqilah merasa berendam dalam air.. sejuk...
lepas tu kami semua di bawa utk melawat bandar tua di france.. REVEL.. takde yang menarik sangat kat sini kecuali market dia yg tertua yang masih beroperasi hingga ke hari ini..
at last kami di bawa ke Saint Felix Laugarais.. bandar kat atas bukit yang tinggi... dari bandar ni kami dapat tgk view yng menarik..pukul 6.30 ptg kami bertolak balik.. hmmm.. tak sabar nak tgg next trip pulak.. :)

Thursday, August 25, 2005

first visit

last sunday aku join trip IAS to abbaye de fontfroide, pantai mediterranean dan Carcassonne..... bertolak kul 9.30 sampai rumah kul 7.30 ptg.. ramai gak la yg join.. lebih 20 org..
awal2 tu seronok lagi sebab cuaca elok... tapi bila time nak g pantai mediterranean tu.. hujan la pulak.. semua org kecewa.. takde can la mandi manda.. so singgah kejap je kat pantai tu.. our tourist guide tu pening dah tak tau nak bawak pi mana... at last dia bawak kami g carcassonne.. kalau ikutkan trip ke carcassonne ni minggu ke 4.. tapi kami seronok je.. sebab dah save 15 euro seorg.. carcassonne ni cantik sungguh.. ada castle yg besar gila.. kira ok la trip kali nih... ni tgh tak sabar nak tunggu second trip... ahad ni..28ogos.. trip to black mountain and revel yg tasik st feriol..harap2 trip kali ni pun best jugak...

Saturday, August 20, 2005

Happy Birthday Ma Princess

hari nih... 20 ogos 2005 genapla umur aqilah setahun.. dah besar dah anak aku... pejam celik pejam celik dah sethn.. macam tak pecaya je aku dah ada anak!!! hehehe
apapun aku happy dengan kehadiran dia... dia mmg penyeri dan pelengkap dalam hidup aku.. kalau tak sure boring gila duk sini... thanks ma cherie!!! Alhamdulillah... :)

Felicitation!!!!

aqilah dah boleh jalan!!!!
semlm aku happy sungguh tgk buah hati aku nih dah boleh jalan... dia nampak bersungguh-sungguh nak praktis jalan sekrg nih... dia dah makin besar.. cerdik dan nakal...masa nih dia memang perlukan full attention dari mama ngan papa dia.. kalau tak layan dia mula la menjadik perangai dia.. hmmm.. betul la kata orang.. lagi besar anak kita..makin penat nak jaga.. apapun felicitation dr mama utk aqilah sebab dah boleh jalan!!!!

Syurga Rumahtangga

Hayati.... pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal.... Semoga yang baik dapat dicontohi bersama......

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi,
Naluri semulajadi yg. pinta diisi,
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami,
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri,
Masing-masing dengan harapan,
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan .....

Matlamat yg. satu tapi jalan berliku ,
Destinasi sama kaedah berbeza,
Lalu bermacam-macamlah jalan menuju ke sana ....

Ada yang mengatakan,
Bahagia itu pada harta ...
Diukir dari intan permata ...
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan,
Bahagia itu pada rupa ....
Ditempa oleh wajah rupawan ...
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan,
Bahagia itu pada nama ....
Dibaja gelar yang glamour ...
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan,
Bahagia itu pada kuasa ....
Dituai oleh pangkat dan jawatan ...
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbulkan dilema,
Mencari yang benar mempelai tersasar,
Kalaulah bahagia itu ada pada harta,
Kalaulah bahagia itu ada pada nama,
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa,
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa,
Kenapa berlaku perpisahan

Bahagia itu dari dalam diri,
Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata di dasar hati,
Terbenam bagai mutiara disalut nurani,
Bahagia itu pada HATI ,
Bertakkhta di kerajaan diri,
Bahagia itu pada JIWA,
Mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu KESABARAN,
Bila susah tak gelisah,
Bila miskin tak pemarah,
Bila sakit tak gundah,
Bila gagal tak resah,

Bahagia itu KESYUKURAN,
Bila kaya pemurah,
Bila berkuasa amanah,
Bila berjaya tak alpa,
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN,
Bila hati mengingati Tuhan,
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu
memberi ketengan pada hati"
Suami isteri sama-sama mengerti,
Maksud terseni takdir Ilahi,
Itulah zikir yang hakiki,
Binalah rumahtangga atas tapak iman,
Tuliskan niat luruskan matlamat,
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah,
Dengan nama Allah,
Gerbang perkahwinan pun terserlah ....

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan,
Iman itu tujuan syariat itu jalan,
Tempat merujuk segala permasalahan,
Tempat mencari semua penyelesaian,
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf,
Rumah jadi sambungan madrasah,
Serinya kerana solat,
Indahnya oleh munajat,
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "suami setia dan penyayang "
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'

Monday, August 15, 2005

Albi

khamis lepas aku n family pi visit Albi.. kampung sebelah toulouse yang glamor ngan castle yang besar dan cantik yang diperbuat dari tanah liat... dengar citer diorg ambik masa 200 thn utk siapkan castle tu...
albi ni jugak glamor ngan wine... agaknya sebab tu la sepanjang jalan nak g albi ni penuh ngan ladang anggur.. tapi frustnya sebab masa kami lalu tu.. takde anggur pun.. tak tau la samada belum berbuah ataupun dah abih berbuah...
kami bertolak dari rumah kul 12 tghari dah.. sampai sana dalam kul 1.30.. kira sejam setengah jugak la dr rumah kami..
sampai sana mmg kami terpegun jugak la tgk castle yang tersergam indah tu.. sakan la kami bergambar.. cukup 2 jam kami terpaksa balik sebab plan nak sampai rumah sebelum kul 5.30.. sebelum asar...

Wednesday, August 10, 2005

Lac sesquiéres


tasik yang banyak anjing

Tuesday, August 09, 2005

Walk..walk.. walk

semlm.. 8 ogos.. for the first time aqilah is begin to walk tanpa pegang kat sapa2...
seronok tgk dia make her first step.. selalunya kalau takde org pegang jangan harapla dia nak melangkah.. sure dia berdiri je.. pastu tak larat duduk..
tak sabar nak tgk aqilah dapat jalan banyak lagi... maybe dia nak tgg 20 ogos bila dia cukup sethn kot baru nak jln betul2...tapi ada doktor cakap baby kalau lagi lama dia merangkak lagi bagus.. sebab dia guna both of their brain when dia merangkak.. itu doktor la yang cakap.. tak tau la betul ke tak.. apapun.. all the best dr mama utk aqilah!!!

Thursday, August 04, 2005


Andorra La Vella


Stop!!!!


Andorra La Vella


Andorra La Vella

Tuesday, August 02, 2005

andorra la vella

andorra la vella...negara sempadan perancis sepanyol.. duty free country... hmmm banyak betul kenangan kat sini.. happy.. sedih...ni yang nak citer ni..
sabtu lepas.. aku ngan other family msian gamble konvoi ke andorra la vella...tau tau je la ngan keta kami yang diwarisi turun temurun dari previous msian and indonesian... takut pun ada.. seram pun ada.. ye la.. nak g andorra la vella ambik 3 jam jugak dari toulouse.. dan this is the first time kami nak try.. kalau tak mmg kete tu kami guna utk g carrefour beli barang rumah je....
kami konvoi 2 kete je... memula mmg everything's ok... tapi bila dah lepas tol yang dah nak sampai kat andorra la vella.. kete other msian ni tetiba je tokleh nak start.. masa tu semua org guna la kepakaran yang ada... macam2 kami cuba... pun tokleh start.. at last nak tak nak.. kena la call company insurans... then.. datang lori tarik kete.. and family msian tu dihantar balik ke toulouse ngan teksi... sedihnya.. ingatkan nak g jln ramai2... dah la ni first trip..
kami dah tak tau nak buat apa masa tu... nak teruskan ke bandar andorra.. ataupun nak patah balik ke toulouse...pikir punya pikir.. memandangkan yang andorra tinggal lebih kurang half an hour dan nak balik toulouse ada 2 and half hour .. kami decide nak teruskan ken andorra sebab papa aqilah ada target nak buy a few things...(rokok, cdr.. coklat ngan perfume murah kat situ)
everything's berjalan dgn lancar sehingga ke andorra... kami cari parking... pegi cari rokok... coklat... cd kosong and perfume... tak sampai sejam kami dah ready utk balik ke toulouse... maklumla.. hati masih tak senang.. ingatkan member yang lagi sorang ada problem...
on the way back.. nak dijadikan citer lagi... aqilah pulak meragam... menangis2 tak nak duduk kat seat dia...kat sini pulak baby tokleh duk atas riba.. semuanya kena duk atas car seat.. geram betul aku... dah la aku sendiri pun mabuk kete... nak layan dia menangis pulak... last2 aku tawakkal je.. riba je dia sampai tido.. dah tido baru aku letak kat seat dia balik..and dia tido je sampai rumah..luckily takde polis sepanjang perjalanan tu... kalau tak mau kena saman free je...
agaknya dia dah boring duk dalam kete lama sgt..kesian aqilah...:)